Showing posts with label Dr Ayam. Show all posts
Showing posts with label Dr Ayam. Show all posts

Tuesday, April 15, 2008

Eh..eh...eh...Babi Selangor!Rupa2nye....


Salam semua.

Babi!Babi!
Sebab engkau satu Malaya bising.
Satu Malaya pot-pet pot-pet cerita tentang engkau.
Engkau memang haiwan glamour.Kat Melaka glamour.Kek Nogori Sombilan glamour.
Kat Selangor lagi kau glamour.

Dulu kat Melaka ramai berpiket nak pertahankan kau sampai FRU,PDRM dan MDAG kepong.
Tapi baru di tunjuk sangkar kau...pakat auw!! semua lari.
Tapi di Melaka ni dulu tuan besau kau Pak Ali telah perli kerajaan Selangor bila nak mengteknologikan kau dengan cara Jerman.

Sekarang sebab kau ramai yang berdemo.



Bantah sebab kau nak di bela dalam kandang teknologi Jerman. Achtung!Achtung!

Dok tak dok rupa-rupanya nak nak mengteknologikan kau rupa-rupanya orang UMNO Sepang.
Tak caya? Eh...caya lah babi...
Bukan aku yang kata.MCA yang kata.
MCA? Sapa dari MCA yang kata?

Ada kenal Dr. Ayam?Tak kenal? Okay..Dr Lee Chong Meng kenal? Ya! Yang jadi calun BN/MCA bagi Bukit Bintang tu....

Dr. Ayam telah mendedahkan dalam akhbar berbahasa Cina Oriental Daily News berkenaan kisah sebenar disebalik "Projek MPF" atau Modern Pig Farming di Selangor yang telah mencetus kontroversi baru-baru ini.

( Berikut adalah di petik dari rencana saudara Roslan sms di sini):

Menurut Dr Lee, kerajaan BN Selangor bawah Khir Toyo dahulu telah merancang menyerahkan projek MPF ini kepada sebuah syarikat Bumiputera yang akan membawa masuk teknologi Jerman melalui dana yang disediakan oleh Program Alam Sekitar PBB (UN). Melalui projek ini syarikat tadi akan mengenakan levi RM50 bagi setiap ekor babi yang dijual oleh penternak bagi menampung kos rawatan sisa babi tadi.

Dan tahukah anda siapa teraju disebalik projek ini?

Tidak lain dan tidak bukan, orang kuat Khir sendiri iaitu ADUN Tanjung Sepat, Dr Karim Mansor (bekas SETPOL Khir). Beliaulah yang menjadi orang tengah untuk syarikat Bumiputera tadi serta yang merancangkan penggunaan teknologi Jerman itu. Anehnya Dr Karim jugalah hari ini begitu galak sekali kononnya menentang perlaksanaan projek ini oleh kerajaan Pakatan Rakyat.



ADUN (Umno) Tg Sepat

Kerajaan BN Selangor bawah Khir Toyo, kata Dr Lee, telah menghantar delegasi kerajaan negeri ke Jerman utnuk mengkaji dan melihat sendiri teknologi Jerman yang digunakan di ladang babi di sana. Siapakah antara yang menyertai rombongan itu? Dr Karim dan Ketua Kampung Ladang Tumbuk, Mohd Tarmudi Tushiran. Tarmudi inilah yang mengetuai lebih 200 orang penduduk kampung berdemonstrasi depan Bangunan SUK baru-baru ini sedangkan beliau terlibat dalam program ini semasa BN kerajaan dulu!

Berikut kenyataan Dr Lee:
Hari ini saya mahu menegaskan bahawa RM100 juta untuk projek ini bukannya dibiaya oleh kerajaan negeri,. Dr Mansor bertanggungjawab membawa sebuah syarikat Jerman untuk berusaha sama (JV) sengan sebuah syarikat Bumiputera untuk maksud itu. Syarikat JV ini nanti akan menggunakan peruntukkan dari UN (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu)
Menurut akhbar The Sun lagi:

At the press conference he (Dr Lee) strongly criticised Karim and Tarmudi who out of personal political interest made an about turn on the project.

Di sidang akhbar berkenaan beliau (Dr Lee) telah mengkritik keras Karim dan Tarmudi kerana tiba-tiba berpaling tadah dalam isu projek ini semata-mata kerana kepentingan politik peribadi

Rupa-rupanya melalui pendedahan Dr Lee ini kita ketahui bahawa terdapat 132 ladang babi berselerak disekitar Selangor. Kedua-dua EXCO MCA di bawah Khir Toyo dahulu iaitu Chng Toh Eng dan Tang Seed Hang, menurut Dr Lee, telah medapat lampu hijau dari Khir untuk memindahkan kesemua ladang-ladang ini ke pusat seluas 460 hektar di Ladang Tumbuk, Kuala Langat itu.

Yang menariknya menurut Dr Lee lagi, pada bulan Januari tahun ini kerajaan negeri Selangor bahawa Khir Toyo telah meluluskan projek ini dan antara yang menyokong kuat perlaksanaan projek ini adalah Mansor! Menurut Lee juga, terdapat minit-minit mesyuarat dan rekod bagi membuktikan perkara ini!
Begitulah al kisah "babi" di Selangor ini. Sekarang baru kita tahu siapa yang penipu, siapa yang berbohong dan siapa yang "membabi"!
Khir Toyo pada mulanya menafikan perkara ini, dan kemudian memberi pelbagai alasan, Khir Toyo jelas berbohong. Mansor pun pembohong besar begitu juga Ketua Kampung Ladang Tumbuk, si Tarmudi, lidah bercabang itu. Saya tertunggu-tunggu juga bila Utusan Malaysia dan TV3 (perkakas jahat Umno dalam kes babi ini) akan menemuramah Dr Lee Chong Meng.



Tokasid:
1-Jadi kalau orang UMNO yg nak mengteknologikan kau apasal pulak orang UMNO Selangor buat demo?
Bottomline nya cik babi oi...sebab fulus lah. Komisyen deme dah hilang.

2-Najis adalah haram di makan oleh umat Islam. Tetapi kehajisan babi terdapat kekhilafan.
bagi mazhad As-Syafie' kebanyakkan ulama mengatakan ianya najis berat kerana menqiaskan dengan anjing yang mempunyai dalil qat'ie mesti di samak. Namun Imam Nawawi seorang ulamak terkenal mazhab Syafie menyatakan babi bukan najis yang berat sebagaimana anjing. Malah tiada dalil yang mengatakan kita mesti menyamak jika tersentuh babi. Terdapat juga imam-imam mazhab ASWJ yang berpendapat tidak perlu di samak jika kita atau pakaian atau pinggan-mangkuk terkena daging babi. Cukup sekadar membasuh seperti biasa.
Wallahu'alam.