Showing posts with label Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu. Show all posts

Sunday, August 26, 2007

Apa Erti Kemerdekaan?

Brighter days ahead
foto by tokasid

(Update: Ketika membaca entri ini sila dengar lagu ke 4 di bahagian Halwa telinga bertajuk Apa Erti Kemerdekaan, sebuah lagu dikir Barat nyanyian Cikgu Naim yang liriknya aku buat sebagai entri ini.)
Tahun ini Malaysia akan menyambut 50 tahun Kemerdekaan.Berbagai pihak samada kerajaan atau swasta sedang bertungkus lumus membuat persiapan untuk sambutan ini.

Kalau kita mahu lihat ke belakang(walaupun David Teoh dan Ahmad Idham kata "Jangan pandang Belakang")kita akan dapati memang setiap tahun sambutan Kemerdekaan disambut dengan meriah.Dengan banyak perbelanjaan besar.Kita di sajikan berbagai tembakan bunga api( aka pembakaran beratus ribu Ringgit) dan pelbagai jenis konsert raksasa di KLCC,Dataran Merdeka,Dataran Shah Alam,Tasik Anniversary dan lain-lain ibu negeri.Dalam erti kata orang kampong macam aku ni, satu pembaziran besar bila mana masih ramai rakyat yang kesempitan hidup.yang masih kais pagi makan pagi.

Apa sebenarnya yang ingin dan akan kita capai dengan perayaan mega sebegini?Adakah rakyat semakin cinta kepada negara hingga sanggup berkorban apa saja?Adakah kempen saban tahun ini membuat generasi muda semakin faham perjuangan pejuang2 kemerdekaan dulu?Adakah sambutan mega ini akan menaqikkan kualiti hidup majoriti rakyat?

Adakah rakyat faham erti kemerdekaan atau hanya faham kemerdekaan versi kerajaan sahaja?Atau kita sekadar faham kemerdekaan adalah masa untuk bersuka-ria secara percuma.Supaya anak-anak muda boleh mengauli sesama mereka hingga azan subuh di Masjid KLCC bergema?
Adakah rakyat sudah merdeka untuk memberi buah fikiran?Adakah rakyat sudah merdeka untuk memilih pemimpin atau kerajaan tanpa bimbang akan reperkasi jika melakukan sebaliknya?Adakah rakyat sudah merdeka untuk memilih wakil tanpa diugut itu ini?
Aku bukannya cendikiawan yang mempunyai jawaban bagi soalan aku sendiri.

Aku pernah mendengar sebuah dikir barat oleh Cikgu Naim tentang pandangan beliau apa itu kemerdekaan.Aku turunkan lirik lagu itu utk kita renungi.Lirik asal dalam loghat Kelantan tapi aku bakukan setakat yg aku faham.

uncertainties
foto by tokasid


Dikir Barat: Apa Erti Kemerdekaan
Nyanyian :Cikgu Naim


Apa erti kemerdekaan
Bagi umat Melayu kita
Tak boleh terima perubahan
Anak cucu berputih mata

Orang lain rebut peluang
Sanggupkah tengok saja
Masa tetap berjalan
sesaat tak tunggu kita

Dilema..
Dilema...
Dilema Melayu kita.

Bangsa lain hidup bersatu
Kita balah sama sekampung
Bangsa lain semakin maju
Bangsa kita masih mundur

Orang cakap percaya selalu
Hangguk kepala macam Jepun
Ikut stail dulu-dulu
Jadi katak bawah tempurung

Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita.

Rumah orang rumah batu
Rumah kita rumah atap
Rumah orang pagar batu
Rumah kita pagar kawat

Rumah orang karpet baldu
Rumah kita tikar berkarat
Masa pekwah nyambut menantu
Patah gelegar cabut tukar

Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita

Kereta orang kereta Mercedes
kereta kita Morris Minor
Kereta orang asap meniti
Kereta kita asap berbunga

Kereta orang hidup dengan suis
Kereta kita tolak sokmo
Beli baru pakai pitih
Beli gelap pun hutang sokmo

Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita

Anak orang naik kapalterbang
Anak kita naik teksi
Anak orang makan hotel
Anak kita kedai kopi

Anak orang jadi towkay
Anak kita jadi kuli
Habih pitih tengah bulan
Barang bini gadai lagi

Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita

Anak orang jadi peniaga
Anak kita jadi petani
Anak orang baju cap buaya
Anak kita baju guni

Anak orang bahagia
Anak kita makin dok pening
Jadi mangsa dadah ganja
Jadi mangsa budaya kuning

Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita

Anak orang baca buku
Anak kita duduk merap
Anak orang masuk U
Anak kita masuk lokap

Anak orang minum susu
Anak kitatogok ubat
Macamana kita nak maju
Kalau tak boleh berubah sikap

Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita

Anak orang dok masjid
Anak kita tepi jalan
Anak orang duduk beratib
Anak kita duduk gewey

Anak orang perangai baik
Anak kita serupa setan
Dok cari bala penyakit
Tok sah fikir fikir masa depan

Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita.



dusk: not forever
foto by tokasid





Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Friday, June 22, 2007

Bangga lah wahai orang Melayu

50 Tahun Merdeka : Anak Melayu Juara Pertandingan Menyediakan Arak

(tokasid:aku dapat e-mail ni tadi. Tak pula aku perasan dalam STAR dulu)

Artikel bertajuk "Bartenders whip up a storm at contest", terbitan akhbar The Star 15 Jun 2007 menarik perhatian saya seketika.
Lewat membaca artikel tersebut saya agak sedih melihatkan nasib anak-anak muda kita di Kuala Lumpur ini. Kehidupan mereka dipenuhi dengan ujian dan kadang kala ujian yang menyeronok seperti ini merosakkan mereka dan imej umat Islam sendiri.
3 orang anak Melayu yang menyertai pertandingan Belvedere
Bartender of the Year 2007 (Malaysia)
anjuran Syarikat Malaysia Belvedere Vodka dilaporkan menguasai pertandingan ini.
Acara ini melibatkan penyediaan Koktail bagi minuman arak jenis Belvedere Vodka dan setiap peserta dikehendaki menyediakan salah satu dari tiga jenis Belvedere Vodka iaitu Belvedere Pure, Belvedere Cytrus atau Belvedere Pomarancza.
Program yang diadakan Frangipani Bar, Bukit Bintang turut dimeriahkan oleh artis Melayu dari Sarawak iaitu Camelia.
Mohd Adzhar Ahmad, bartender dari Qba, The Westin Kuala Lumpur telah diistiharkan sebagai pemenang dan Rizal Junior Johari dari QBA juga telah memenangi tempat kedua
Tempat ketiga pula jatuh kepada Mohd Erik Fiza
Zulkifle
dari The Loft Kuala Lumpur.
Ini hanyalah sebahagian kecil dari gejala-gejala yang telah merosak anak-anak Melayu. Lantaran inginkan keseronokkan dunia dan kemewahan wang ringgit beserta sedikit kemasyuran mereka telah dipedaya dan akhirnya terus tenggelam hanyut dalam dunia hitam ini.

Inilah dia sumbangan terbesar Projek Islam Hadhari kepada generasi kita. Mereka tak boleh minum arak kerana ia haram disisi Islam. Jadi bartender untuk hidangkan arak lebih kecil dosanya tapi dalam masa yang sama ia perlu sebagai menunjukan dakwah kita dan keterbukaan Islam kepada yang bukan Islam. Kita raikan orang bukan Islam yang meminati arak ini, tak mengapa. Itulah dia cara Islam Hadhari diterjemahkan. Yang penting adalah kemajuan imej dan prasarana serta menjaga hubungan dengan setiap bangsa termasuklah meraikan kehadiran pelancong.

Islam Hadhari mahu majukan negara ini dengan apa cara sekali pun, dapat dosa sedikit tak apa sebab kita boleh ganti dengan pahala lain bila buat benda-benda baik, buat masjid, buat bank Islam, Takaful, Tabung Haji dan macam-macam lagi. Tak apa hidangkan arak sebab kita tak minum pun, yang penting niat kita baik dan setiap amal itu bermula dengan niatkan. Niat kita baik mesti dapat pahala, betul tak Imam hadhari?
Sebab tu di Kuala Lumpur ini, Kerajaan mengHALALkan operasi pusat-pusat hiburan berupa disko, pub, bar, cafe dan restoran. Semua ini amat penting bagi memastikan pelancong dapat ditarik masuk ke negara kita. Sambil menari dan mabuk-mabuk mereka boleh memahami pendekatan Islam Hadhari yang begitu toleran. Sambil menyelam dilautan dosa kita berdakwah, bila naik ke darat kita cucilah dengan amal jariah....

Memang mudah kalau kita fikir macam pengikut mahzab Hadhari ini. Malam buat dosa, siang esok kita buat pahala pulak. Akhirat nanti, separuh hari kat neraka, separuh lagi duduk kat syurga, jadi cam burger setengah masak pun ok kan Imam Hadhari...

Fikir-fikirlah apa yang akan kita lalui selepas ini. Sesungguhnya setiap amal itu akan dihitung oleh malaikat, dan akhirat kelak kita akan nikmati hasil yang kita usahakan pada hari ini. Baik buruk telah kita diajarkan maka pandai-pandailah bawa diri. Ibnu Tarmizi dan Ibnu Majah pernah meriwayatkan:
“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya.” (Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)


Kata tokasid:
Patukah aku merasa bangga dengan pencapaian tiga mamat Melayu ni? Mereka begitu handal dalam adun-mengadun arak. Nak marah pun tak guna. Semoga ada sesiapa yang boleh berusaha untuk buat kaunseling pada mereka( dan ramai lagi) agar mereka sedar kesalahan mereka terhadap Islam.
Apakah JAKIM atau IKIM atau JAIWP atau MAIWP atau mana-mana badan berautoriti mampu berbuat sesuatu? Atau mungkin mereka risau kalau2 akan di serang oleh media dan orang2 kenamaan?

Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Tuesday, June 19, 2007

Oh YB oh YB...

Important call- RnR Jejantas Ayer Keroh
foto by tokasid


Tadi terima panggilan telifon dari seorang kawan lama. Dan yang dah lama aku tak bertemu.Walaupun sama-sama tinggal di Jebatville. Mungkin sebab dia sibuk( aku mana ada sibuk kalau practise kawasan kampung) sebab ada banyak branch meniaga.Atau mungkin ada sebab-sebab lain yang dia saja yang tahu dan mungkin aku tahu sikit-sikit. Pokoknya memang dah lama tak jumpalah kami berdua ni.

Kawan: Tokasid! You ada nombor handphone YB DJ tak? (YB DJ dulu sama-sama buat medic tapi dia junior kami. Sekarang jadi YB Parlimen).

TA: Ada. Nanti aku check kat hp aku kejap.

Kawan: Okay...tadi pagi aku breakfast dgn YB DN di Ujong Pasir. Aku ingat nak ajak kau sama tadi...(YB DN is an ADUN in negeri banyak balak dan mempunyai seorang Tengku berbangsa Cina dulu)

TA:(dalam hati aku: kalau takat ingat nak ajak saja sapa pun boleh.Awat tak ajak betul2). Bila YB DN mai sini?

Kawan: Eh..dia selalu turun Melaka. Wife dia kan orang sini.

TA: Aku tau tu...

Kawan: Aku selalu jumpa dia bila dia turun Melaka. Kau tau kan YB DN kamcing dengan Gabenor kita. Manalah tau.....( he didn't finish the sentence)

TA: Ye lah kan dia dengan Gabenor dari satu Negeri.Dulu kan Gabenor tu MB negeri dia.
Ni aku dah jumpa nombor hp YB DJ. Kau salin eh....(aku bagi nombor tu)

Kawan Okay Tokasid.TQ ah...
TA: Assalamu'alaikum...

Lets go ngentot,it's not a crime
taken from blog (?)matsalo

Aku ni ramai jugak berkawan dengan ahli-ahli politik yang bergelar YB. Kalau tak silap ada dekat 10 orang yang jadi YB. Ada yang jadi Timbalan Menteri ada yang jadi setiausaha Parlimen ada yang jadi EXCO negeri. Kebanyakannya aku kenal semasa masing-masing bergelar students dulu. Ada yang kenal masa sekolah menengah. Kebanyakkan semasa di UM.

Tapi masaalahnya aku bila ada kawan2 jadi YB ni aku secara tak sedar akan jadi distance dari mereka. Yg selalu tipon pun dah jadi kurang.Yang selalu sms atau e-mail pun jadi kurang. Its mutual. Bukan sebab depa sisih aku dan bukan sebab aku sisih depa( apa untungnya aku sisih depa?). Mungkin beberapa insiden antara lain membuat aku buat keputusan untuk renggang sikit dari kawan-kawan yang bergelar YB.

1- Kebanyakkan kawan-kawan yg jadi YB bertentangan fahaman politik dengan aku. Kebanyakkan mereka berkeris tak bersarung. Aku pulak bagaikan punggok yang selalu dok tengok bulan. Masa depa tak jadi YB perkara politik ni senang nak bersembang.Tapi sejak jadi YB aku dapati sukar sikit kerana apa yang aku kata bakal mengguris hati depa.

2- Pernah seorang kawan yang agak berjawatan dalam Kabinet: ketika zaman reformasi dulu, seolah-olah 'mengusir' aku dari tanahair ini. Mungkin telinga dia panas dalam perang e-mail kami( masa tu ada group mail alumni kolej di UM). Aku masa tu memang dok hentam DrM atas kes DSAI. Dalam dok bagi hujah, kawan yg jadi Tim.Menteri dah panas telinga maka keluarlah e-mail yg menyatakan jika aku tak suka dgn cara DrM aku boleh serahkan kerakyatan aku dan pilih mana-mana negara aku nak pi dok.Dia boleh tolong supaya aku dapat pindah ke negara tu( maksud dia kat Middle East lah). Selepas kes tu terus group-mail tu mati dengan sendirinya.

3- Pernah juga ketika zaman reformasi seorang kawan yang ketika itu orang kuat Pemuda UMNO, datang ke Melaka untuk bertemu Ali Rustam. Mungkin untuk menjanjikan sokongan Pemuda kepada Ali yg masa tu nak bertanding jawatan yg agak tinggi dalam UMNO. Masa tu aku ada meeting dgn ex-partners atas masaalah penglibatan aku dalam parti pembangkang ketika pilihanraya ketika itu. Yang kawan aku ni pula nak jumpa Ali Rustam di hotel yang sama.( aku pun tak tahu kawan aku ada masa tu) Partner aku bagitahu bahawa kawan aku ada situ dan partner nak pi jumpak dia sat. Lepas dia jumpak dia bagitahu yang kawan aku kirim salam kat aku. Aku kata aku nak pi jumpak dia sat. Partner aku halang. Dia kata : baik engkau jangan jumpa kawan kau tu. Nanti kalau Ali Rustam tahu kau kawan dia susah jugak dia. Tapi aku dah bagi tahu kau ada sini tadi.
Aku terkedu masa tu. Kawan yg dekat 7 tahun tak jumpa tak mau jumpak aku sebab bimbang kalau KM Melaka tahu aku dulu pernah belajar sama dengan dia.

Dua insiden di atas telah membuat aku buat keputusan supaya jangan rapat dengan kawan-kawan yg dah jadi YB. Apa lagi kalau ada jawatan Kabinet.

4-Orang yang tahu aku pernah berkawan dgn YB-YB ni selalu jugak ada minta aku introducekan. Ada yg minta nombor HP peribadi mereka.Ada yg suruh aku buat tenujanji nak jumpa mereka. Kata mereka mereka ada proposal nak bagitau YB.Ada projek nak bincang dengan YB.

Oleh itu aku rasa keputusan aku renggangkan diri( mungkin depa pun suka macam tu) dari kawan2 YBs adalah betul.

Aku jenis tak suka nak minta favour dari orang yang ada jawatan atau power. Hatta dari adik beradik sekalipun. Dulu masa Mrs TA di KT, kami minta transfer balik Jebatville melalui prosedure jabatan. Buat surat dan tunggu. Sedangkan aku ada ramai kawan di Kementerian yang kenal orang2 penting. Malah ada yg jadi Tim Menteri di situ. Ada member2 yg offer untuk call YB-YB supaya tolong aku. Aku cuma bagitau mereka: Tak Payah lah...aku tak mau terhutang budi pada ahli politik walau dulu rapat dengan aku.
Bukan apa, aku tak mau nanti bila aku hentam parti depa aku bimbang depa kata: Mamat sekoq ni betul2 tak grateful.
Pernah seorang YB ketika dok perang sms dengan aku kata aku ni tak kenang budi UMNO. UMNO bagi aku biasiswa,UMNO bagi tempat aku kat medic school,UMNO bagi aku kerja tapi aku lawan UMNO.
Fuhh...aku kata kat dia sejak bila segala Jabatan dan Kementerian jadi hak UMNO? Lepas pada tu aku senyap dia pun senyap.Tak pernah sms lagi dah.

This entry sebenarnya tidak khusus tentang apa-apa. Cuma nak bagitahu bahawa people do change with power. Kalau sapa-sapa ada pengalaman lagi baik punya,lets share...

How's this for a parking ticket?
foto by tokasid( Bukit Bintang)




Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Wednesday, June 6, 2007

Iklan arak iklan rokok: yang boleh dan tak boleh

Aku perasan perkara ni lama dah.Tiap kali aku tengok aku dok ingat nak tulis.Tapi aku jenis pelupa. Jadi itu yang selalu tertangguh. Nak kata pelupa sebab dah tua, tak lah aku ni tua sangat walau ada budak-budak kecil panggil aku atok.

Aku masih ingat dulu-dulu gomen kita telah ban iklan tentang rokok dan arak dari di siarkan di media cetak. dalam paper tak boleh dalam majalahpun tak boleh.Rasionalnya supaya golongan remaja tidak mudah terjebak dengan gejala rokok dan arak.

Baguih la tu. Sebab dah terlalu ramai rakyat yg hisap rokok. Dan mungkin juga ramai yang dok tunggang arak.Sebab tu gomen ban kot. Mula2 ban iklan rokok ramai juga persatuan bolasepak di Malaysia yang upset. Maklumlah source of revenue depa kena potong tiba-tiba.Macam kita bawa kereta laju-laju tiba-tiba buat emergency brake! memang terpelantinglah apa yg patut terpelanting dalam kereta kita. Persatuan bola pun macam tu lah juga pada zaman tu.

Tapi dalam 2-3 tahun ni aku noticed iklan arak tiap-tiap hari ada dalam paper especially the Star. Mujur Utusan dan Berita tak boh sama iklan arak.

Jadi aku heranlah,sejak bila gomen tarik balik ban iklan arak? Apa alasan untuk tarik balik ban tu? Adakah arak tidak sebahaya rokok? Yang aku tahu kerajaan kata " Don't drink and drive". Tak pernah aku dengar orang kata "Don't smoke and drive". Atau sebab syarikat arak nak boikot Malaysia ka kalau tak bagi boh iklan?

Dalam Islam arak telah jelas HARAM. Rokok pula ada beberapa pandangan dari makruh ke Haram( walaupun sekarang lebih ke arah Haram). Tapi di Malaysia yang clear Haram boleh boh iklan kat paper secara halal. Yang tak jelas hukumnya pula Haram di iklankan.

Macamnana eh?


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Wednesday, May 16, 2007

Melayu umpama burung......

Saya punya seorang teman yg saya kenali 10 tahun sewaktu zaman Mata Lebam umpama Panda dahulu.Beliau seorang yang pernah menetap di 3 negara Nusantara. Beliau membesar di Singapura sehingga berbelas tahun sehingga merantau ke Jakarta untuk meneruskan pengajian. Di Jakarta menetap selama beberapa tahun sehingga tamat kuliah. Kemudian berhijrah ke Malaysia dan menetap sehinnga kini.

Dalam pengamatan teman ini, ada 3 rupa rumpun Melayu di Nusantara dan pandangan hidup mereka juga agak berbeda.Sementelah pemimpin mereka begitu maka rakyat jelata juga mirip begitu. Kata teman saya:

Melayu Singapurr....umpama burung merpati. Keluar pagi pulang petang mencari makan.tidak memikirkan akan lain melainkan mencari makan. Tidak perlu buat sarang sendiri.Sarang bertingkat-tingkat sudah disediakan 'tuan rumah'.



Melayu Indonesia(termasuk Jowonya,Sunda,Bali,Madura etc) ...umpama burung garuda.Pantang yang melintas pasti di sambarin mereka. Ngak perduli halal haramnya asal rejeki dong. Mereka biasanya berani dalam apa keadaan sekali pun dan jarang putus asa.Sanggup terbang tinggi dan jauh asalkan beroleh rejeki dong.Ya...ngak kira halal haram, kecil atau besar.Semua bisa sambar ya dong pak.



Melayu malaysia....umpama burung Merak jantan.Bila ada memandang mereka mengembangkan sayap dan memuji diri sendiri.Lagi di puji lagi mereka mengembangkan sayap sehingga bulu-bulu sayap mereka yang cantik di ambil orang satu persatu tiada mereka peduli asalkan sentiasa di puji.Biar papa asal bergaya.Asal orang pandang kita hebat dan pemurah walau bulu cantik kita semakin menipis dan hampir menelanjangkan kita. Sebab bagi merak apa pun boleh asalkan mendapat pujian. Ini lah merak Bolehsia.



Apa pendapat anda? Melayu mana satu kita ini? Adakah sudah menjadi merpati atau garuda atau masih kekal sebagai merak?
Tiada hadiah sambutan kemerdekaan untuk jawaban anda.Tiada Perodua Viva atau Proton savy untuk anda, Tiada Volvo atau BMW jika jawaban tepat. Juga tiada handphone percuma atau sms percuma untuk anda.


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Monday, April 16, 2007

GURINDAM JIWA.....untuk Clark Gable dan semua

Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan.

GURINDAM JIWA, begitulah nama lagu yang di petik dari filem dangan judul yang sama.Lagu nyanyian Allahyarham Rafeah Buang dan R.Azmi begitu menyentap jiwa yang mendengar.Lagu yang mengambarkan mendalamnya kasih sayang dan cinta sepasang suami isteri.

Lagu yang mengitu melelehkan airmata dan melentokkan jiwa sahabat ku Clark Gable Of Pulau Duyong.Lagu yang membuatkan CGOPD sampai tak lalu makan selama seminggu( di luar bulan Ramadhan).

Jika lagu ini meruntun perasaan, menonton filem(sebut filim stail zaman dulu-dulu)pasti menyiat-nyiat hati kita.

Lakunan NORDIN AHMAD dan LATIFAH OMAR begitu serasi(banyak filim Cathay Keris mereka digandingkan bersama).Di tambah dengan bantuan Malek Selamat( dalam filim ini Malek Selamat jadi orang baik...tak macam selalu jadi samseng).Filim araham M.AMIN mengambarkan kisah hidup 'sasterwan Negara" Awang yang dibawa keistana kerana Puteri Sultan sudah jatuh hati pada Awang. Awang pada mulanya agak keberatan untuk meninggalkan isterinya di kampung.Tetapi isteri yang amat kasihkan dan faham akan suaminya telah mengizinkan Awang ke Istana.


Di istana,Awang dengan segala kemewahan yang di limpahkan keatas nya menjadi semakin lupa pada isteri di kampung.Apalagi bila asyik dok layan Tuan Puteri.Isteri di kampung merana kesepian dan amat merindui kepada suami di istana. Percubaan di buat untuk menghubungi dan berjumpa Awang tetapi usaha tersebut semua gagal( kalau dulu ada handfon boleh juga tipon,sms atau mms).
Cuba dapatkan VCD cerita ini untuk mengetahui kisah selanjutnya .....



GURINDAM JIWA
(Nyanyian: Rafeah Buang dan R.Azmi)

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan


Anak Cina pasang lukah
Lukah di pasang di Tanjong Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati


Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun kembali juga.


Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan.


Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga.


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Saturday, March 3, 2007

Persona Non Grata- a film by Sheih


Persona non grata( unacceptable person or personally unacceptable or unwelcome),
Baru semalam aku selesai menonton filem Melayu bertajuk Persona non grata.It was directed by Syed Azidi AlBukhary aka known in blogsphere as Sheih.
It starred 2 talented actors Hans Isaac( his best performance so far) and the Erra Fazira.

It tells a story about Ben who escaped to Thailand after he and his brothers double-crossed some notorious drug dealers in Malaysia. In Thailand he continued to be a crook, this time stealing cars in Bangkok. It also tell us about Hey/Sya who had amnesia after been knocked down by a car while in Bangkok to 'merawat luka di hati".
Ben sort of 'rescued' Hey/Sya and along the way love bloomed.

Persona non grata is a love story but on screen it was not the typical malay love story movie whichusually are very jiwang-jiwang. Persona non grata is slightly different( maybe thats the reason it didn't do well in the cinemas).It didn't take the popular approached with 'tangkap lentok' dialogues and 'tangkap leleh' songs.

I like the shots taken especially the opening scene and the scenes over the canals.
Hans Isaac gave a powerful performance. Erra is still Erra lah....boleh lah....

Congratulation to Syed Azidi. I think you should do more movies. But I'm not sure any producer have the guts to employ you now( depa mesti takut kena GAM).For me you are in the same league with Nasir Jani.Berani dan digeruni.


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa