
Salam semua:
Tentu anda pernah nontot filem-filem P.Ramlee kan?
Dalam banyak-banyak yang mana paling anda minati? Tokasid paling syok siri Bujang Lapuk dan siri Labu-Labi.
Bujang Lapok ada 4 installations iaitu Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Pendekar Bujang Lapok.
Dalam Pendekar Bujang Lapok(PBL) kita tentu ingat adegan Ramlee,Ajiz dan Sudin nak pergi balajar di sekolah bagi orang buta huruf.Ingat tak? Ingat? Memang ramai ingat adegan tu tapi tak perasan apa yang Sudin eja ketika adegan tersebut,betul tak?
Bro Kerp ada bagitau Tokasid tentang tu, so Tokasid nak share adegan itu dengan semua.
Hint: Dengar betul-betul apa yang Sudin eja dan apa yang dia sebut selepas dia eja.
Kalau tak jelas tengok dua-tiga kali sampai habis.
Selamat menonton.
