Showing posts with label derhaka.. Show all posts
Showing posts with label derhaka.. Show all posts

Monday, February 9, 2009

Melayu dan derhaka: Double standard

Apa itu ingkar?Apa itu derhaka?

Mengikut Kamus Dewan Derhaka ialah : . tidak taat atau khianat kpd negara (Tuhan, orang tua, dll), menentang kekuasaan yg sah: anak yg ~ dimurkai Allah; isteri yg ~ kpd suami; 2. = orang ~ = penderhaka orang yg mengkhianati negara (Tuhan, suami, dll): orang yg memasuki perkumpulan haram itu dianggap sbg ~; ;berderhaka berlaku derhaka, berkhianat: orang-orang yg ~ kpd ibu bapa akan menerima balasan di akhirat kelak; menderhaka melakukan perbuatan derhaka, menentang (melawan) kerajaan (orang tua, suami, dll): kesalahan spt ~, membunuh, dan ;penderhakaan perbuatan menderhaka ;penderhaka orang yg menderhaka:

Tesaurus Dewan: khianat, belot, durjana, berpaling tadah, curang, jahil, tentang.

Ingkar: menurut Kamus Dewan Ingkar ialah :Ar 1. = ~ akan tidak membenarkan (mengaku), menafikan, menyangkal, mungkir: jika mereka ~ akan apa yg tersebut itu maka terserahlah kpd Allah; 2. enggan, tidak menurut, tidak mahu: ada orang yg ~ menderma; 3. penafian, penyangkalan, perihal memungkiri; mengingkari memungkiri, menafikan, tidak mengakui (mentaati, menuruti, dll), menderhakai: banyak askar yg lari, yg menjadi lanun dan dgn berterang-terang ~ perintah-perintah waizuri; keingkaran 1. perihal ingkar (menafikan dll); 2. keengganan; pengingkaran perihal mengingkari (menafikan, menyangkal, mungkir), penafian, penyangkalan, pemungkiran; pengingkar orang atau pihak yg ingkar.


Kita maklum, bila ada 'sifat derhaka' kepada raja umumnya orang ramai yang menjunjung institiusi Raja akan melenting marah.Ada yang sanggup bertengkolok dan bersemotar dan jika tidak menjadi kesalahan akan berkeris di tangan meluahkan rasa hati mempertahankan Raja.

Mulia sungguh sikap itu. Menunjukkan kita taat pada raja. Derhaka atau ingkar atau tak mahu menurut kemahuan raja di anggap biadap yang tidak boleh di ampunkan. Dosa besar!

Tapi memang manusia ini pelik.Terutama manusia yang berbangsa Melayu seperti aku ini. Pantang ada orang lawan raja akan panas hati ini.Akan menggelegak darah(walaupun aku cuma suam-suam kuku sahaja).Kata raja jangan di sanggah.Perintah raja jangan di lawan.

Tapi manusia Melayu tidak ambil peduli jika ramai Melayu serta pemimpin Melayu derhaka pada ALLAH.

Ada pernah orang buat bantahan beramai-ramai bila ada orang Melayu atau pemimpin Melayu melakukan RASUAH? Atau BERJUDI? Atau MINUM ARAK? Atau BERZINA? Atau berlaku ZALIM?

Anda pernah lihat samada Melayu UMNO atau Melayu PAS atau Melayu PKR buat demo jalanan dengan sepanduk tentang rasuah,zina,arak,judi?

Ada FRU dan Polis risau jika ini akan berlaku?

Rasuah,judi,arak dan zina adalah termasuk dalam dosa-dosa besar yang ALLAH laknati.ALLAH turunkan larangan ini dalam al-Quran dan dari hadith-hadith Rasulullah SAW. Neraka tenpatnya untuk pelaku-pelaku maksiat ini jika tidak bertaubat nasuha sebelum mati!

Seingat aku Melayu tak sensitif tentang dosa-dosa besar.Melayu tak peduli murka ALLAH.Melayu tak peduli api neraka.

Memang Melayu double standard dalam perkara derhaka.Jangan derhaka pada insan yang berkedudukan tapi tak apalah untuk Derhaka pada ALLAH dan Rasul.