Showing posts with label monolog. Show all posts
Showing posts with label monolog. Show all posts

Friday, February 1, 2008

Monolog seorang tua sepi.

Alone
tokasid BQ

Monolog seorang tua sepi.

Aku rasa sungguh sunyi kala ini.Dulu terlalu ramai yang dampingi aku sehingga lenguh2 tangan aku berjabat tangan.Aku kenal tangan2 mereka walaupun wajah mereka tak aku kenali.Ada tangan putih dan lembut bile berjabat di dewan-dewan besar atau hotel mewah. Ada tangan yang legam dan kasar bila aku ke pendalaman, membuat rasa gerutu tapak mencubit tapak tangan aku.Ada tangan yang harum wangi di rendam minyak wangi Paris berliter-liter jumlahnya.Ada tapak tangan yang berbau getah sekerap atau tempoyak selepas meraut tangan aku.

Semua mereka claim mengenali aku.Semua mahu bergambar dengan aku agar boleh di tunjuk pada tetamu mereka atau pada cucu2 mereka nanti.

Ramai yang beratur di tepi jalan bila aku melawat.Ramai yang memakai pakaian sekolah, berdiri di tengah panas terik. Tidak ada kelas kah mereka hari ini? Mungkin ibu bapa mereka menyuruh mereka datang menyambut aku. Tak mungkin ada pengetua yang memaksa anak-anak ini berdiri di tengah2 panas terik . Tapi mengapa anak2 ini bercakap bahasa loghat daerah masing-masing? Mungkin aku akan menyuruh mereka guna kan bahasa orang putih supaya hilang loghat daerah mereka.

Di bawah khemah2 pula ramai yang menunggu aku tiba.Ahh...mungkin mereka mahukan projek pembangunan.
Tak apa lah. Aku akan minta tok ketua negeri bantu mereka ini, tapi aku risau juga sebab tok-tok ketua negeri pun ramai yang mengambil projek-projek dengan menggunakan proxy. Tapi bila mereka buat begitu ,akan menambah 'peluru' bagi aku jika mereka tak mahu sokong aku lagi.

Tak apa lah. Tapi kalau projek-prjek besar di pusat aku rasa kenalan-kenalan di Kuala Selut lebih layak.Mereka boleh bantu anak-anak jika perlu.

Tapi kini...aku betul-betul sunyi.Sepi. Kemana aku pergi sudah tidak ramai yang menyambut aku. Yang dulu sentiasa menunjuk muka di majlis-majlis ku juga sudah hilang batang hidung mereka. Mereka mudah lupa,dulu aku yang tolong mereka.

Dulu yang puji-puji aku ,sekarang sudah pandai mencaci aku di belakang.Ada sesetengahnya berani secara terang-terangan.Memang yang jenis ini anak jantan!

Dulu ada hulubalang-hulubalang yang aku ambil, sering mengipas aku.Aku hebat kata mereka.Aku amat adil kata mereka.Aku amat bijak kata mereka.Aku punya ingatan yang bagus kata mereka.
Tapi kini, mereka kata aku nyanyuk.Mereka kata aku kejam.Mereka kata aku kuku besi.
Yang terbaru ada budak-budak hingusan buat kain rentang,kata Aku Mudah Lupa!! Ada ka patut lagu tu??

Sekarang ni depa suruh aku bagi keterangan pulak sebab ada orang mabuk asyik nak korek,korek,korek dan pom-pom apa pulak dah.Mana aku ingat semua tu. Kalau aku ingatpun, sapa nak marah kalau aku kata aku tak ingat?

Menyesal aku bagi jawatan tok penghulu kat orang yang suka tidur,kalau aku tahu begini jadinya lebih baik aku stay on dulu. Tapi apa boleh buat,taik kambing bulat-bulat. Nasi sudah jadi bubur.Mee maggi sudah jadi mee sua'.

Yang lebih sedih,minggu lalu kawan lama aku tok penghulu kretek dan tempe telah meninggal dunia.Aku kamcing dengan dia. Tapi aku kesian macamana anak-anak kampung dia layan dia selepas dia tak jadi tok penghulu lagi. Awat depa hina dia sampai macam tu sekali.Dia pun macam aku jugak dulu.Banyak pembangunan kami bawak untuk kampung kami masing-masing.Aku tak tau samada anak-anak kampung dia maafkan dia atau tidak.

Aku pun cuak. Bagaimana anak-anak kampung Boleh ni akan layan aku selepas ini? Selepas aku asyik mudah lupa?Atas nasihat aku dulu supaya jangan lupa, mereka memang tidak lupa lagi. Tak lupa apa yang aku buat.Yang baik dan yang buruk. How aku wish depa akan lupa semua tu!
Kalau depa dah tak lupa, adakah aku akan di maafkan? Aku sendiri rasa aku tak buat salah apa-apa pada mereka atau kampung Boleh ini. Kalau aku tak rasa salah maka aku tak berdosa pada mereka.

Tapi ramai yang kata, aku lah yang jadi tok penghulu masa peristiwa kampung Mamalee dulu ,tapi masa tu aku kan tak ada di kampung! Aku ziarah kampung lain.Depa jugak kata aku buat projek potong Lalang. Ya lah...kalau lalang dah banyak dalam kampung aku kena la tebas. Kalau tak nanti lalang naik junjung,bukan sireh.Kalau lalang banyak tak cantik lah kampung aku. So,salahkah aku tebasatau racun atau bakar lalang?Tak salah kan?

Dah tu ada yang kata aku fitnah assistant aku dok menjub*q. Ada ka aku buat lagu tu? Aku tak ingat pun. Jangan-jangan hangpa nak fitnah aku kot. Hangpa ingat, fitnah tu lebih teruk dari membunuh.Aku tahu ,jadi takkan lah aku nak fitnah assistant aku. Tapi sebenarnya aku tak ingat kes tu...sungguh!!

Dulu-dulu ada satu orang di kampung ni jugak,dia ada impian nak jadi tok penghulu kampung kita ni.Tapi layak ka dia? Dengan pakai lebai putih dan simpan janggut mana dia boleh jadi tok penghulu.Nanti orang kampung lain tak mau berniaga lah kat kampung kita ni.

Masa tu, ramai orang kampung marah kat aku.Pasai kes assistant aku tu lah...err...kes yang aku lupa tu....Ramai yang maki hamun aku dan doa supaya aku mati cepat.
Tapi tok syeh ni dia bagitau kat orang-orang yang suka pada dia: Jangan begitu!Kita kena doakan agar ALLAH panjangkan umur tok penghulu ni.Biar sampai umur 100 pun tak apa.Kalau umur dia panjang, mungkin dia akan lihat betapa dia akan di hina oleh anak buah dia sendiri..Dia akan di maki hamun oleh orang-orang yang dulu sanjung dia.

Jadi aku sekarang risau.Adakah du'a orang-orang yang lawan aku ni sedang menjadi? Sebab sekarang makin ramai anak-anak buah aku yang mula mengata tentang hal-hal aku dulu.

Memang aku rasa sunyi sekarang.Sepi.Aku tak tahu samada apa yang aku cakap atau tulis akan orang gunapakai lagi seperti dulu. Orang sudah hilang hormat pada aku. Itu yang aku sedih.Mujur anak-anak aku ada.dan beberapa kerat lagi anak buah yang asih sokong aku...kalau tak tentu aku mati kesepian.


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa