Showing posts with label permainan. Show all posts
Showing posts with label permainan. Show all posts

Saturday, June 7, 2008

Terkenang semasa dulu....part 5

Rumah Mak
Kpg Pinang
circa 1978



"Mana hang bawak adik-adik hang pi??Oh...hang pi mandi lombong nooo!!!"

1973.
Cuti sekolah.
Tak ingat cuti penggal berapa.

Seperti biasa, masa sekolah rendah hari-hari dalam kepala otak aku dan kawan-kawan hanyalah nak bermain saja. Petang-petang berbolasepak di padang Lorong Padang. Jam 3 petang kami sudah ada di situ bermain bola sepak.Biar panas terik atau hujan kami pasti akan ada di situ setiap Sabtu atau Ahad atau kalau cuti sekolah tak kira hari apa. Selalunya main sehingga jam 5 sebelum padang di take-over oleh budak-budak sekolah menengah yang kadang-kadang mengizinkan kami bermain sama sehingga sebelah team ada 15-16 orang pemain.

Atau kalau ada lawan dengan team Kampong Jana, aku dan geng akan ke SK Long Jaafar.Ketika itu kami ada jersi sendiri.T-shirt puteh kami dye kan merah( aku lah tukang masak dye dan pakat rendam baju team kami. Bila dah kering, kawan aku ZZ akan buat logo dan initials team kami.Gambar Singa( dari botol minuman ringan zaman tu) dan TRL.The Red Lion.
Nampak cantik.Jersi merah(yang kadang-kadang ada bentuk bulat-bulat ring putih kerana aku perah semasa nak jemur.Seluar pendek biru gelap(seluar sekolah rendah actually).Yang paling hebat ialah despite baju merah,kami semua berkaki ayam!

Kalau tak main bola, kami ada permainan mengikut musim.Kadang-kadang main wau(layang-layang/kites) yang kami buat sendiri. Bila musim main wau kami ramai-ramai ke sebelah depan kampung yang berhampiran dengan jalanraya(main road) di mana ramai keluarga Cina tinggal.Hampir dengan Lorong 3 ada satu kolam itik yang terdapat rimpunan buluh dan sederet rumah 4 pintu yang di huni oleh 4 keluarga Cina.Selalunya kami minta buluh di situ.Actually ambil batang-batang buluh yang telah di tebang atau rintis.Dengan buluh itulah kami buat frame wau sendiri.

Dengan pen-knife kami akan raut-rautkan buluh dan buat balancing sebelum di ikat menjadi bentuk wau kangkang. Kertas nipis putih kami beli di kedai mamak atau kedai apek.Untuk gam biasanya aku suruh mak masak kanji sago. Benang untuk wau kami beli dan kadang-kadang benang-benang ini kami kacakan. Dengan beberapa biji telur ayam(yang aku cilok dari lau ayam(reban)kami, kaca-kaca botol yang telah di tumbuk halus di campurkan ke telur mentah.Atau benang di rendam ke dalam telur yang telah di kacau dan kemudian kami ikat di batang-batang pokok .Lalu serbuk kaca yang di tumbuk kami sapukan ke benang bertelur. Bila kering dapatlah benang kaca(untuk buat lawan wau nanti).

Kadang-kadang musim gasing. Pada awalnya gasing kami beli di kedai.Ada yang dua kupang ada yang 3 kupang.Tapi jenis beli ni senang pecah dan senang di tobekkan bila lawan pangkah.Akhirnya kami belajar buat gasing sendiri.Ada saja batang jambu atau batang limau rumah jiran yang kena potong.Ada yang kami minta izin tapi banyak yang kami ambil saja.

Atau kadang-kadang main Police Sentry.Atau main galah panjang. Atau main getah.
Main getah ni memang syok.Getah(rubber bands) di ikat sebagai "gundu".lagi besar gundu lagi hebat. 2 batang kayu akan di pacakkan jarak lebih kurang 6 inci apart dan 6 inci tinggi. Beberapa helai getah di gantung antara 2 batang kayu ini menjadi seolah-olah penyidai.Lebih kurang 15 kaki dari 'penyidai' ini kami akan buat garisan.Garisan ini akan jadi sempadan untuk 'menembak' getah-getah nanti.


Lalu kami akan mengumpul getah2 yang kami ada untuk target shooting .Kalau ada 5 orang,mungkin kami akan letak 10 rubber-bands masing-masing maka akan ada 50 keping getah di 'penyidai'. Di garisan, dengan mengunakan 'gundu' sebagai peluru kami 'tembak ke penyidai' untuk jatuhkan getah-getah.Mana yang terjatuh akan jadi milik penembak.

Jadi masa cuti ini, satu hari aku dan 2 adik aku serta 3 lagi kawanaku, pergi bermain-main di hutan di seberang jalan keretapi di depan rumah. Tak ada apa-apa tujuan tapi sebab hari tu panas ,jadi bila duduk dalam hutan terasa sejuk. Akhirnya kami sampai di hujung hutan dan sampai ke kawasan lombong. Ada 2 lombong di situ.Di salah satu lombong di tepinya terdapat sebuah sampan kecil(ada org guna untuk ambil buah teratai) dan 2 plank papan. Kawan aku ajak kami mandi.Kata dia jangan risau sebab lombong ni tak dalam( iya lah tu!) dan kita boleh pegang papan untuk apungan. Tanpa fikir panjang aku dan adik-adik turut serta.Sedangkan aku memang tak tahu berenang langsung.Dan tak terfikir pula kalau terlepas pegangan pada papan pasti akan lemas.

Memang budak-budak bertindak pada impulse nak seronok saja.
Kami mandi agak lama juga. Lepas tu kami masuk ke lubang-lubang kecil yang terbentuk di tanah-tanah pasir yang di lombongkan kerana dalam lubang-lubang(macam gua) ini terdapat banyak mata air.Tak terlintas bahawa itu pun bahaya jika tanah 'gua'itu runthu pasti kami semua tertimbus.

Lebuh kuranh jam 5.30 petang kami pulang.Sampai di rumah aku tengok ada sebuah kereta sewa di laman rumah.Plate Penang. Aku dengar suara bapak dan Pak Ngah di atas. Rupanya Pak Ngah(abang bapak) dan Tok Nah(mak bapak) datang ke rumah. Bila mak nampak aku dan adik-adik sampai,mak turun ke tanah dan tanya pada aku: Hangpa pi mana? Tok ngan Pak Ngah mai ..."

"Hang pi mana dengan adik-adik hang?"
"Kami main bola mak...." tapi aku tunduk memandang ke tanah.Tak berani nak tengok mata mak bila aku kelentong dia.Tapi mak tahu aku berbohong.Rambut dan kulit kami nampak 'kembang' kesan mandi lombong.

"Mana hang bawak adik-adik hang pi??Oh...hang pi mandi lombong nooo!!!"

"Dak aih mak...kami tak mandi lombong aih...."

"Ooo...hang nak muhong aku no!Hang bawak adik hang mandi lombong.Betuah punya anak.Hang tak tau ka hangpa boleh lemaih di lombong?Hang siap....".

Mak patahkan ranting jambu batu dan kejar kami 3 beradik keliling rumah.Memang macam relay 4x100m layaknya. Memang mak tak terkejar nak ligan kami.Akhirnya kami berhenti sebab tahu,kalau tak sekarang,nanti pasti kena jugak.

Kaki kami jadi mangsa rotan ranting jambu.Memang pedih.Kami 3 beradik menangis kesakitan.
"Mak ampun mak...cek tak buat lagi....mak minta mahap mak...."
"Mak sakit mak..... sudah lah mak....cek sumpah tak buat lagi mak...."

" Lain kali hang jangan buat lagi,Aku punya susah hati hangpa tak balik.Tok hangpa mai nak tengok hangpa, hangpa pi mandi lombong no...."

"Pi masuk mandi! sabun badan tu elok-elok.Satgi pakai baju bersih paih tu pi jumpak Tok ngan Pak Ngah". Aku nampak mata mak berair dan mak kesat.

Tok dan Pak Ngah balik petang tu jugak.Tak boleh nak tidur di Taiping sebab tuan kereta sewa nak balik.

Malam tu mak sapukan minyak ke betis aku dan adik-adik.