Showing posts with label petrol. Show all posts
Showing posts with label petrol. Show all posts

Sunday, June 8, 2008

Bertunang.....zaman minyak naik harga

March 2010

Rombongan 3 biji kereta mula memasuki kawasan rumah Pak Malau.
Sebiji Kancil ,Sebiji Viva dan sebiji Savvy. Kereta di parkis di celah-celah pokok cempedak Pak Malau. beberapa ekor kambing biri-biri berkeliaran di bawah pokok cempedak sambil merangut-rangut putik cempedak.

Di hujung pagar sebelah utara terdapat 2 ekor lembu berbonggol besar dan 3 ekor kaldai sedang mengunnyah rumput dan daun kelapa sawit. Berhampiran dengan itu rerdapat kawasan yang di petikan dengan papan setinggi 2 kali,penuh dengan tahi lembu dan kaldai. Angin yang membayu membawa aroma itu ke hidung tetamu yang baru sampai.

Di sebelah barat rumah Pak Malau ada 2 biji kereta lembu seperti yang terdapat di Kawasan rekreasi Ayer Keroh dan sebuah kereta yang ringkas untuk di tarik keldai.

Dari setiap kereta keluar 6 penumpang.Masing-masing berpeluh.Ada yang sampai lencun baju bagai baru keluar dari mandi lombong. Baju masing-masing juga berkerepot sana sini bagai baru di angkat dari ampaian jemuran.

Pak Sood,ketua rombongan 3 kereta itu agak besar orangnya.Bukan agak besar lagi.Memang besar orangnya. Dengan berat 106 kg dan tinggi dia nampak seperti Rashiki pemain gusti dari WWE.Dia mengeluarkan tuala Good Morning dari poket baju Melayunya lalu mengesat muka,dahi dan lehernya.tuala itu di perah.Air mengalir lebat dari tuala. Mat Kilat pemandu kereta yang Pak Sood naiki senyum lebar bila melihat Pak Sood memerah tuala Good Moring.

"Apa yang kau sengih-sengih Kilat? Aku dah kata on-kan aircond kereta kau tak nak!" bentak Pak Sood.

"Bukan taknak Pak Chu...nanti banyak pulak pakai petrol....."balas Mat Kilat masih tersengih-sengih menampakkan gigi depan yang kekuningan dek kerana candu rokok.

Di pintu depan,Pak Malau melambai-lambai tetamunya masuk.Dia menjengah ke dalam ruamh tamu rumahnya dan mengarahkan 10 orang budak antara 10-12 tahun untuk bersedia dengan kipas mengkuang yang baru petang semalam Pak Malau beli di pasar malam supaya berdiri di tepi dinding. Bila tetamu-tetamu datang Pak Malau menghulur tangan bersalaman dan menjawab salam.

"Sila oh sila...mai masuk dok dalam ni....dalam ada kipaih. sejuk sikit"

Mat Kilat menjeling pada Pak Sood." Pak Chu! Ada kipas angin...baru best!"
Pak Sood cuma senyum.

" Mai...mai dok tang ni....Hah!Budak-budak!Mai tolong kipaih rombangan Melaka nih....Depa semua hangat sampai berpeluh-peluh dah ni....Ni Timah oii...bagi tau orang di dapoq, wok mai sirap bandung keluaq dulu.Bagi tamu kita peleiah dahaga dulu...."

Budak-budak mula mengipas kipas mengkuang di tangan ke arah tetamu yang datang tapi yang lebih terasa angin kipasan adalah diri mereka sendiri.

Setelah 5 jag sirap bandung habis di minum Pak Sood berdehem ...dan memberi isyarat pada Pak Malau.Pak Malau angguk nak mengetuk gelas dengan sudu.Ting ting ting ting!

" Selamoklaikum!" ujar Pak Sood.
"Kami datang ni ada hajat sedikit.Jadi kalau tuan rumah izin kan saya nak wakilkan Tok Sidang Baba selaku ketua adat di tempat kami untuk bercakap bagi pihak kami"

"Silakan....teruskan hajat tuan-tuan" balas Pak Malau. Di belakang Pak Malau isterinya Mak Senah dan ahli-ahli keluarga semua sedang bersila dan bersimpuh.Di luar kanak-kanak kecil berlari-lari mengejar kambing biri-biri yang mengembek sakan bagaikan lari dari perogol bersiri.

Tok Sidang Baba meluruskan badannya yang kecil. Dia meraba-raba songkok tingginya dan kemudian mengeluarkan sikat warna oren dari saku baju lalu menyikat misai sejemput umpama misai Hitler betul-betul di bawah batang hidungnya.

"Selamekom tuan rumah..Saya Tok Sidang Babi telah di amanahkan oleh ketua rombongan Pak Sood untuk menjadi jurucakap bagi pihak lelaki."

"Sebab kami dari Melaka saya ingin berpantun sedikit"

Pak Malau dan mak Senah angguk.Pak Sood angguk.Mat Kilat dan Mat Sedan asyik dok bisik bisik sambil dok jeling ke arah 3 orang anak dara yang bersimpuh di belakang Mak Senah.Mat Kilat mengangkat-ngangkat keningnya kepada anak-anak dara tersebut.

Tok Baba memulakan buah:

Naik motor di lorong belakang
terjumpa polis dah kena saman
Dari jauh kami datang
Ingin menyunting bunga di taman

"Mahap la noo...saya ni tak reti nak pantun-pantun.Jadi ni saya suruh Haji Lah bekas bilal kami untuk jawab laa noo...Boleh kot Haji Lah?" cuit Pak Malau ke lengan Haji Lah yang duduk di sebelah kanan Pak Malau.

" Hah! Apa dia?....", ujara Haji Lah bagai terkejut dari tidur sambil mengesat air liur yang melelah di sebelah kiri bibirnya dengan lengan baju Melayu.

" Tolong pantun kat orang Melaka", jelas Pak Malau.
"Ha...boleh...boleh"kata Haji Lah yang masih kelihatan mamai dan manyau.

Dua tiga kucing berlari
mana sama si kucing belang
Hangpa mai naik lori
Pasai tu lah pakat sakit belakang

" Laa...Haji Lah!Awat pantun tak senonoh lagu tu!Tak apa lah. Biaq saya handle keniri",rengus Pak Malau. Mukanya agak merah menahan malu akibat pantun haji Lah yang mamai.

"Maaf yang Tok Baba....Haji Lah ni dia nyanyok sikit.Dia ni senang tidoq walau dok ramai-ramai lagu ni dia memang senang lena....Sori la noo...Saya saja pantun la kot"

Turun pi bendang kaki kena pacat
Dekat pula petak Tok Nan
Bunga mana yang di hajat
Kumbang mana yang berkenan

Tok Baba senyum dan angguk.

Belajar di laut ternampak pulau
Singgah sebentar memasak dodol
Bunga di hajat si Nur Balqis Qistina Alawiyah binti Malau
Kumbang berkenan Mohd Noor Aqashah Putra bin Jendol

"Alhamdulillah...eloklah lagu tu....depa pun berkawan dah lama. Saya setuju lah kalau mereka berdua kita tunangkan." balas Pak Malau tanpa mahu berpantun lagi.

"Kalau begitu Pak Malau,saya nak tanya berapa belanjanye....."senyum Tok Baba.
Mat Kilat dan Mat Seman masih menjeling pada anak-anak dara.Ada response.

" Macam ni sajalah Tok Sidang. Kita mudahkan saja urusan budak-budak ni...tak usah kita susah-susah" jelas Pak Malau.

" Kami minta hantaran Sepuluh ribu sahaja.Tapi kami tak mahu duit cash..."

" Tak mahu cash? Jadi nak emas ke?Perak ke? Berlian ke?"

" Taklah macam tu....Kami mahu hantaran 10 ribu dalam bentuk voucher petrol dan voucher beras".

" Ohh....gitu...Boleh aje.No hal pada kami. Cincin dan hantaran bagaimana?"tanya Tok Baba.

" Itu macam biasalah Tok Sidang...Dan kita buat kenduri kawin setahun dari sekarang"

"Baiklah kalau begitu, saya bagi pihak lelaki bersetuju dan mengucapkan terima kasih kepada Pak Malau sekeluarga kerana sudi menerima peminangan kami.Alhamdulillah"

Tok Baba beralih kepada Pak Sood dan angguk.Pak Sood membalas.

" Hah...urusan rasmi kita dah selesai. Mai kita jamah makanan sikit la dulu noo....Woi orang dapoq! Wok keluaq makanan.:

Beberapa talam berisi pinggang dan makanan di bawa dan di letak di atas tikar mengkuang.kain sapra di hampar. tetamu-teamu senyum melihat makanan yang terhidang. mengecur air liur masing-masing.

Ubi kayu rebus dan kukur nyiok dan tamban goreng.Bengkang ubi kayu.Ubi kayu bakaq. kek lapis ubi kayu. Pucuk ubi masak lemak cili padi campur petai.Pucuk ubi rebus cisah air asam. Ubi kayu sweet-sour.TomYam ubi kayu.Sup ubi kayu.

Ahhh....menyelerakan.

Dari bilik Nur Balqis Qistina Alawiyah terus sms kepada Mohd Noor Aqashah Putra tentang berita gembira mereka.