Si munafik ada di mana-mana saja. Apalagi zaman canggih ini.Hidup kita di kelilingi kemunafikan.
Aku sendiri pernah bersifat munafik rasa-rasanya.
Tapi bagaimana bila pemimpin tinggi negara secara terangan-terangan bersifat munafik?
Seingat aku sudah banyak kali si munafik ini berdusta atas janji-janji yang di keluarkan dari mulutnya sendiri.
Masih ingatkah sewaktu kempen PRU 12 bulan Mac 2008 dulu.Si munafik ini berkata harga petrol/diesel tidak akan di naikkan sehingga hujung tahun ini. Selepas pilihanraya harga bahan bakar ini melonjak sehingga 41 peratus dan si munafik mengeluarkan kenyataan untuk justify kenaikkan,
Terbaru, di Permatang Pauh pada 16 Ogos 2008, selepas penamaan calon pilihanraya kecil si munafik berkata:
BN tidak eksploitasi kes liwat dalam kempen Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh,
(sila lihat lapuran the STAR 17 ogos di sini)
Tapi apa yang di lihat selama seminggu yang lalu,isu liwat itulah yang menjadi modal utama kempen. Setiap malam di ulang tayang video clip 'sumpah' oleh Saiful baik di Permatang Pauh malahan di kaca TV terutama TV3. Dan pemimpin munafik membiarkan saja ini berlaku walaupun beliau telah berjanji tidak akan menggunakan isu 'liwat' oleh BN.Kalau itu bukan kemunafikan.....
Sememangnya pilihanraya kecil Permatang Pauh ini kotor.Paling kotor. Lebih kotor dari Ijok.
Dan kita dapat melihat karektor orang-orang yang terlibat dalam pilihanraya ini. Kita lihat bagaimana serangan peribadi di buat tanpa henti dari segenap penjuru untuk mendapat kuasa.Kita lihat bekas penyokong setia kini menggigit sahabat lama. Lihat saja apa yang Ezam dan Nalla buat di Permatang Pauh.
Lebih kotor lagi bila kes mahkamah di bawa ke medan pertempuran politik. Tidakkah ini menghina mahkamah yang memang telah hina ?
Kita lihat bagaimana 'mangsa liwat' mengizinkan dirinya di telanjangi di Permatang Pauh. Setiap hari setiap malam.Tak tahulah apa yang hendak atau dapat di banggakan bila 'aib di jaja kesana ke mari.
Dan kita lihat di Permatang Pauh, sumpah sudah menjadi rendah nilainya di mata manusia. Kita lihat si munafik bersumpah dan mencabar orang lain bersumpah. Di Perak bekas MB,Tajol Rosli jugak bersumpah dan mencabar MB Mohd Nizar turut bersumpah.
Aku sedang menunggu samada Samy Vellu akan turut serta dalam acara sumpah menyumpah ini. Atau mungkin Nalla jugak akan bersumpah pernah 'di lewat' ?Atau Ezam juga mungkin mahu bersumpah atas apa saja alasan terhadap Anwar?
Aku cuma bimbang ramai nanti akan di sumpah menjadi sumpah-sumpah akibat terlalu gemar bersumpah.