Showing posts with label sms. Show all posts
Showing posts with label sms. Show all posts

Thursday, July 19, 2007

Pilih Negarawan guna SMS??? dan Balai kena curi..

Cerita 1: PILIH NEGARAWAN GUNA SMS??

Ni apa punya pesyen ni? Awat Stesen TV bersatelite tu nak pekena rakyat Malaysia lagi ka? Nak katok duit orang ramai lagi ka? Tak kenyang-kenyang ka depa kaut duit orang Melayu dengan segala rancangan TV Realiti depa selama ni?
Awat orang yang berkuasa dok buat diam saja? Ada dapat komisyen ka??


Ada beberapa bloggers timbulkan soalan ini. Antaranya ialah saudara de_kerinchi dan saudara muteaudio of SKYM.


Kata muteaudio:

ATTACK OF THE 50 GREAT MALAYSIANS



Undi SMS telah berada ditahap yang paling teruk sekali dalam sejarah SMS. Perlu kah kita mengundi 50 great Malaysians?
Saya rasa ini bukan caranya untuk memilih 50 great Malaysians. Mungkin sukar untuk meletakkan 50 negarawan terulung. Bagi saya biarkan saja. Letakkan saja sesiapa yang dirasakan layak. Pasti ramai yang akan menyokong atau membangkang senarai yang dipilih. Pasti ramai yang mempersoalkan parameter yang digunakan untuk memilih 50 negarawan terulung. Masing-masing mempunyai senarai dan hujah mereka. Biarkan, kita tidak dapat memuaskan semua orang. Tetapi apa yang saya tak puas hati ialah kaedah pemilihan yang digunakan oleh sebuah stesen tv. SMS! Negarawan kita are worth more than our SMS.
Sikit-sikit sudah lah. Tak kan semua benda pun nak kena SMS. Lepas ni saya nak membuat pemilihan PM, ketua kampung, ketua darjah dan Head of Department melalui SMS. Boleh tak? Stesen tv boleh juga guna kaedah SMS untuk memilih CEO baru. Ada berani?


Kata saudara de_kerinchi:


Salam sejahtera pembaca sekalian, saya sebenar nya sedang mengikuti perkembangan satu program yang dilancarkan oleh astro dimana ia bertujuan untuk menobatkan seorang personaliti yang telah meninggal dunia menjadi calon sebagai "Anak Gemilang Malaysia" berdasarkan sumbangan dan jasabakti mereka kepada negara dalam pelbagai bidang. Mulanya saya ingat ia hanya satu program mengenang jasa seseorang, tapi timbul rasa kehairanan di hati saya apabila melihat senarai terkini program ini yang jelas menampakan kecelaruan kearah membodek sahaja. Melihatkan senarai pendahulu undian yang terkini, menguatkan lagi rasa pelik saya atas pemilihan orang ramai ini.


Kalau hendak dibandingkan Jasanya dengan Allahyarham Tunku Abdul Rahman bapa kemerdekaan , Allahyarham Tun Abd.Razak Bapa Pembangunan, Allahyarham P. Ramlee dan Allahyarham Sudirman Hj. Arshad yang berjasa kepada industri perfileman Negara, Allahyarham Mokhtar dan mendiang R. Arumugam yang memang berbakti dalam memartabatkan nama Negara dikancah bola sepak antarabangsa atau calon-calon Allahyarham dan mendiang yang lebih layak, pasti kita akan nampak ada jurang yang amat jauh untuk membezakan kedudukan dan martabat tokoh-tokoh ini.


Saya tidak faham bagaimanakah pemikiran pengundi-pegundi kita yang membuat pemilihan ini. Adakah mereka sudah terbawa-bawa atau tersampuk dengan konsep atau tataetika yang meragukan di dalam program-program realiti yang kini banyak disumbatkan ke jiwa anak-anak merdeka?. Atau ini semua hanya permainan agen-agen propaganda tidak profesional yang hendak mempolitikkan kepentingan sejarah Negara? Saya yakin kita tidak buta sejarah, Yang berjasa harus dikenang dan dinobatkan di tempat yang sewajar nya.


Saya yakin rakyat Malaysia tidak sebegitu bodoh dalam membuat penilaian, ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku. Darimanakah senarai top 50 ini diambil? siapakah yang menilai calon-calon ini? dan banyak lagi persoalan yang akan bermain dipemikiran orang yang waras. Adalah amat diharapkan, hentikanlah semua propaganda yang tidak menguntungkan ini, biarlah yang telah pergi itu aman mengadap Ilahi. Usah kita mengadaikan maruah orang lain untuk kepentingan politik dan peribadi kita. Kalau hendak mengenang jasa sekalipun buatlah dengan cara yang profesional, tidak meragukan dan tidak kelihatan amat bodoh.


Sekira nya anda rakyat Malaysia yang berfikiran waras & rasional, sila membuat pengudian yang selayak nya ada dijiwa anak merdeka. Sila lawat laman Anak Gemilang Malaysia dan buktikan undi anda adalah berbaloi untuk memartabatkan pejuang-pejuang tulin negara. Yang penting buktikanlah kita anak merdeka berminda kelas satu yang mendukung konsep cemerlang, gemilang dan terbilang dan bukan nya rakyat yang membilang-bilang untung nasib nya.


Kata de_kerinchi ~p/s :Bosan betul dengan propaganda politik. Banyak yang nampak macam tak profesional dan kearah membodek sahaja.


Kata tokasid: Awat depa tak buat pilih Perdana Menteri guna SMS sama? Takut ke??




Kisah 2:Kereta kena curi di Balai Polis:-
Aku baca dalam STAR 18 July 2007 yang siarkan bahawa sebuah Porsche 911 telah di curi dari Balai Polis di Seberang Prai.

Tabik spring aku kat pencuri ni. Bukan sebab aku redha orang mencuri. Bukan sebab aku suka orang mencuri.tapi aku tabik spring pasai mamat sekoq ni berani dan ada kecekalan hati untuk curi semula Porsche yang dia curi di showroom 2-3 hari dulu tapi minyak habis. Bila Polis angkut Porsche ke balai, mamat ni dgn nekad sanggup pi curi semula.

Soalan aku di sini: Macamana Porsche yg hampir RM sejuta tu disimpan di balai Polis boleh di curi? Macam dulu di balai Polis Ayer Keroh Melaka, computer chip games yg di rampas di curi dari kompaun Balai? Depa tidoq ka? bukankah semua Balai di pagar di Malaysia ni?

Kalau Balai kena curi macamana dengan kita orang awam ni?
Pikiaq pikiaq tengok lah.


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa