Thursday, February 7, 2008

Innalillahi wa inna ilaihi roji'un: MIL che'gu KTN .

Assalamu'alaikum sahabat semua.

Just got a call from our Che'gu Nazir of Kata Tak Nak a minute ago.

MIL che'gu, Puan Rahila Bee telah pulang menghadap Penciptanya jam 4.00 petang hari ini.
Ucapan takziah pada keluarga che'gu terutama pada isteri che'gu.

Kita doakan ALLAH mencucuri rahmatNya kepada roh Allahyarham makcik Rahila Bee dan semoga ALLAH ampunkan segala kesilapan beliau ketika hayatnya dahulu. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan Allahyarham di alam barzakh dan alam Akhirat nanti.Semoga ALLAh memberi kesabaran dalam kedukacitaan keluarga che'gu.
Juga semoga ALLAH mengampunkan segala dosa kita yang masih diberi peluang menghuni di alam fana ini dan memberi keinsafan kepada kita.

Al-Fatihah utk makcik Rahila Bee.

Wednesday, February 6, 2008

Keagungan Tuhan.

Insaflah wahai manusia
Jika diri mu bernoda
Dunia hanya naugan
Tuk makhluk ciptaan Tuhan

Masih terngiar-ngiar di telinga kelunakan penyanyi D'lloyd, Syamsuar Hashim(Sam) ketika mendendangkan lagu Keagungan Tuhan.
Waktu itu pada pertengahan 70-an.

Lagu ini antara lagu berunsur dakwah yang aku minati selain Selimut Puteh.

Di sini aku kongsikan bersama clip Keagungan Tuhan yang di nyanyikan oleh penyanyi lain tapi masih tetap menarik.


GONG XI FA CAI

Wishing a Happy CNY to all my Chinese friends with abundance prosperity and success through out your lives.

( specially dedicated to Daphne Ling)

Monday, February 4, 2008

Philosophy Of The Stock Market


Philosophy Of The Stock Market

Once upon a time in a village, a man appeared and announced to the villagers
that he would buy monkeys for RM 10. The villagers, seeing that there were
many monkeys in the forest, went out and started catching them. The man
bought thousands at RM 10 and as supply started to diminish and villagers
started to stop their efforts, he announced that now he would buy them at RM 20
.
This renewed the efforts of the villagers and they started catching monkeys
again. Soon, the supply diminished even further and people started going
back to their farms. The offer rate increased to RM 25 and the supply of
monkeys became so that it was an effort to even see a monkey, let alone
catch it. The man now announced that he would buy monkeys at RM 50.
However, since he had to go to the city on some business, his assistant
would now buy on behalf of the man.

In the absence of the man, the assistant told the villagers, "Look at all
the monkeys in the big cage that the man has collected. I will sell them to
you at RM 35 and when the man comes back, you can sell them to him for
RM 50 each.

The villagers queued up with all their savings to buy the monkeys.
After that, neither the assistant nor the businessman could be found
anywhere but the monkeys were everywhere!



Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Friday, February 1, 2008

Monolog seorang tua sepi.

Alone
tokasid BQ

Monolog seorang tua sepi.

Aku rasa sungguh sunyi kala ini.Dulu terlalu ramai yang dampingi aku sehingga lenguh2 tangan aku berjabat tangan.Aku kenal tangan2 mereka walaupun wajah mereka tak aku kenali.Ada tangan putih dan lembut bile berjabat di dewan-dewan besar atau hotel mewah. Ada tangan yang legam dan kasar bila aku ke pendalaman, membuat rasa gerutu tapak mencubit tapak tangan aku.Ada tangan yang harum wangi di rendam minyak wangi Paris berliter-liter jumlahnya.Ada tapak tangan yang berbau getah sekerap atau tempoyak selepas meraut tangan aku.

Semua mereka claim mengenali aku.Semua mahu bergambar dengan aku agar boleh di tunjuk pada tetamu mereka atau pada cucu2 mereka nanti.

Ramai yang beratur di tepi jalan bila aku melawat.Ramai yang memakai pakaian sekolah, berdiri di tengah panas terik. Tidak ada kelas kah mereka hari ini? Mungkin ibu bapa mereka menyuruh mereka datang menyambut aku. Tak mungkin ada pengetua yang memaksa anak-anak ini berdiri di tengah2 panas terik . Tapi mengapa anak2 ini bercakap bahasa loghat daerah masing-masing? Mungkin aku akan menyuruh mereka guna kan bahasa orang putih supaya hilang loghat daerah mereka.

Di bawah khemah2 pula ramai yang menunggu aku tiba.Ahh...mungkin mereka mahukan projek pembangunan.
Tak apa lah. Aku akan minta tok ketua negeri bantu mereka ini, tapi aku risau juga sebab tok-tok ketua negeri pun ramai yang mengambil projek-projek dengan menggunakan proxy. Tapi bila mereka buat begitu ,akan menambah 'peluru' bagi aku jika mereka tak mahu sokong aku lagi.

Tak apa lah. Tapi kalau projek-prjek besar di pusat aku rasa kenalan-kenalan di Kuala Selut lebih layak.Mereka boleh bantu anak-anak jika perlu.

Tapi kini...aku betul-betul sunyi.Sepi. Kemana aku pergi sudah tidak ramai yang menyambut aku. Yang dulu sentiasa menunjuk muka di majlis-majlis ku juga sudah hilang batang hidung mereka. Mereka mudah lupa,dulu aku yang tolong mereka.

Dulu yang puji-puji aku ,sekarang sudah pandai mencaci aku di belakang.Ada sesetengahnya berani secara terang-terangan.Memang yang jenis ini anak jantan!

Dulu ada hulubalang-hulubalang yang aku ambil, sering mengipas aku.Aku hebat kata mereka.Aku amat adil kata mereka.Aku amat bijak kata mereka.Aku punya ingatan yang bagus kata mereka.
Tapi kini, mereka kata aku nyanyuk.Mereka kata aku kejam.Mereka kata aku kuku besi.
Yang terbaru ada budak-budak hingusan buat kain rentang,kata Aku Mudah Lupa!! Ada ka patut lagu tu??

Sekarang ni depa suruh aku bagi keterangan pulak sebab ada orang mabuk asyik nak korek,korek,korek dan pom-pom apa pulak dah.Mana aku ingat semua tu. Kalau aku ingatpun, sapa nak marah kalau aku kata aku tak ingat?

Menyesal aku bagi jawatan tok penghulu kat orang yang suka tidur,kalau aku tahu begini jadinya lebih baik aku stay on dulu. Tapi apa boleh buat,taik kambing bulat-bulat. Nasi sudah jadi bubur.Mee maggi sudah jadi mee sua'.

Yang lebih sedih,minggu lalu kawan lama aku tok penghulu kretek dan tempe telah meninggal dunia.Aku kamcing dengan dia. Tapi aku kesian macamana anak-anak kampung dia layan dia selepas dia tak jadi tok penghulu lagi. Awat depa hina dia sampai macam tu sekali.Dia pun macam aku jugak dulu.Banyak pembangunan kami bawak untuk kampung kami masing-masing.Aku tak tau samada anak-anak kampung dia maafkan dia atau tidak.

Aku pun cuak. Bagaimana anak-anak kampung Boleh ni akan layan aku selepas ini? Selepas aku asyik mudah lupa?Atas nasihat aku dulu supaya jangan lupa, mereka memang tidak lupa lagi. Tak lupa apa yang aku buat.Yang baik dan yang buruk. How aku wish depa akan lupa semua tu!
Kalau depa dah tak lupa, adakah aku akan di maafkan? Aku sendiri rasa aku tak buat salah apa-apa pada mereka atau kampung Boleh ini. Kalau aku tak rasa salah maka aku tak berdosa pada mereka.

Tapi ramai yang kata, aku lah yang jadi tok penghulu masa peristiwa kampung Mamalee dulu ,tapi masa tu aku kan tak ada di kampung! Aku ziarah kampung lain.Depa jugak kata aku buat projek potong Lalang. Ya lah...kalau lalang dah banyak dalam kampung aku kena la tebas. Kalau tak nanti lalang naik junjung,bukan sireh.Kalau lalang banyak tak cantik lah kampung aku. So,salahkah aku tebasatau racun atau bakar lalang?Tak salah kan?

Dah tu ada yang kata aku fitnah assistant aku dok menjub*q. Ada ka aku buat lagu tu? Aku tak ingat pun. Jangan-jangan hangpa nak fitnah aku kot. Hangpa ingat, fitnah tu lebih teruk dari membunuh.Aku tahu ,jadi takkan lah aku nak fitnah assistant aku. Tapi sebenarnya aku tak ingat kes tu...sungguh!!

Dulu-dulu ada satu orang di kampung ni jugak,dia ada impian nak jadi tok penghulu kampung kita ni.Tapi layak ka dia? Dengan pakai lebai putih dan simpan janggut mana dia boleh jadi tok penghulu.Nanti orang kampung lain tak mau berniaga lah kat kampung kita ni.

Masa tu, ramai orang kampung marah kat aku.Pasai kes assistant aku tu lah...err...kes yang aku lupa tu....Ramai yang maki hamun aku dan doa supaya aku mati cepat.
Tapi tok syeh ni dia bagitau kat orang-orang yang suka pada dia: Jangan begitu!Kita kena doakan agar ALLAH panjangkan umur tok penghulu ni.Biar sampai umur 100 pun tak apa.Kalau umur dia panjang, mungkin dia akan lihat betapa dia akan di hina oleh anak buah dia sendiri..Dia akan di maki hamun oleh orang-orang yang dulu sanjung dia.

Jadi aku sekarang risau.Adakah du'a orang-orang yang lawan aku ni sedang menjadi? Sebab sekarang makin ramai anak-anak buah aku yang mula mengata tentang hal-hal aku dulu.

Memang aku rasa sunyi sekarang.Sepi.Aku tak tahu samada apa yang aku cakap atau tulis akan orang gunapakai lagi seperti dulu. Orang sudah hilang hormat pada aku. Itu yang aku sedih.Mujur anak-anak aku ada.dan beberapa kerat lagi anak buah yang asih sokong aku...kalau tak tentu aku mati kesepian.


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa