Sunday, December 24, 2006

Trip to Taiping

Ini ada a few shots of my trip back to taiping( to sleep bawah ketiak mak! ha..ha..ha...)
Alhamdulillah trip went smoothly with good weather( and definitely no banjir)

my lunch in RnR Dengkil; Keli masak sambal with rebung masak lemak,ayam goreng n sambai belacan


<young Spore family RnR Tapah: orang berwudhu




< Bas with promo melawat Malaysia Tapah RnR





Terowong gunung Kledang Ipoh
Rambutan pasar minggu Kamunting
Kepak ayam madu..yummy
Apek kacang rebus
Satay di bakar
Sup Gear Box...really superb



Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Pucuk Paku rawan

Hari ni pulang ke rumah mak di Tepeng(taiping). Singgah pasar minggu untuk cari pucuk paku rawan. Alhamdulillah ada. Berbanding dengan pucuk paku pakis, paku rawan lagu kaw(sedap) utk di buat kerabu. Ni aku bagi hangpa tengok paku rawan fresh dulu. Minggu depan bila dah jadi kerabu baru aku bagi semua terliur dgn kerabu paku rawan.




Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Thursday, December 21, 2006

Kerabu, ulam, cincalok dan budu

Seminggu dua ni aku boh posting dan gambar pasai makanan. Dah boh ubi rebuih , dereyan, ulam. Ni aku bawak mai kerabu pucuk paku dan kerang. Aku kalu bab kerabu ni memang lemah. Apa lagi kalau kerabu paku rawan dengan kerang.Apa lagi kalu ghisek(kerisik) banyak.
Kalau ghabu style Siam pun suka esp kerabu perut.
Fuhh....Nalla punya makan.
Sejak dok negeri pahlawan ni aku dah hooked dengan cincalok. Boh calok dalan piring,potong bawang besar dan cabai melaka/cili padi dan picit limau nipis. Goey(gaul) semua tu pas tu pekena dgn ulam. Kalau aku tak payah ulam pun tak pa dah. makan calok sehingga menjilat jari hangpa tau dak...
Kalau di Pantai timur(Kelantan Trengganu) yg famous ialah Budu. Masa kecik2 dulu aku ingat budu ni depa botoikan anak budu(berudu/ infant frog) dan aku naik heran masa tu pasai apa orang Kelantan suka makan anak budu(berudu). Bila dan besag dan ada akai baru tau apa benda Budu.( Ada lagu dikir barat moden tajuk Budu nyanyian Jali Bunga Tanjung.Best gila lagu ni...)
Untuk bagi hangpa naik selera sila lah lihat foto2 yg aku boh ni...
(Kerabu pucuk paku dan kerang)

(Jering,timun,kacang panjang dan petai jeruk)


(Cincalok melaka)

(Budu Kelantan)


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Wednesday, December 20, 2006

King of fruits...love it or loathe it


DURIAN....
"Ohh kome deroyan dah berbunge...."-itu lah intro lagu dari Mr OS pada awal tahun 80'an dulu yg menceritakan tentang buah durian( dereyan, deroyan,doyan,dian etc)

King of fruits in Malaysia.Sapa yang tak kenal dereyan? semua orang Malaysia kenai buah berduri ni. Tapi ada yg suka yang amat dgn dereyan dan ada yang benci teramat dgn dereyan.

Hangpa masuk golongan mana?



ni pokok dereyan nak bagitau mai kat hangpa


King of fruits: DURIAN@DEREYAN


Dereyan ni boleh di makan dengan beberapa cara:

1-Secara mentah. Ni yang paling syok dan kaw.Boleh makan di dusun atau di tepi jalan(tempat menjual) atau di rumah.tapi di hotel tak boleh.Baru bawa masuk kita dah kena halau.Kalu makan ramai2 lagi best.Lepas tu pakat-pakat lawan sendawa.

2-Makan dgn pulut kukus serta santan dan gula melaka/gula nira/gula kabong. Menu ni paling best in the world.Gerenti sapa yg ada Diabetes sugar level akan meloncat naik melampaui rekod Olimpik.

3-Buat serawa( atau ada panggil pengat atau bubur).Kemudian makan dgn pulut atau cicah dgn roti menggali.

4-Boleh buat pulut kacau(atau bahasa bakunya wajik) dereyan.

5-Boleh di buat TEMPOYAK. Ni orang Negori dan Kuale Kangsor suke bebenor. Buat masak lomak tempoyak taruh cili padi. Fuuuhhhh!!!

Tapi pada sapa2 yg ada Kencing Manis, atau Sakit jantung kena lah berhati-hati dan ikut nasihat doktor pasai dereyan ni.(Masaalahnya ada doktor yg dia pun pantang pasai dereyan ni. Pantang jumpa!)


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Banjir, bah atau flood

Hujan turun tanpa henti selama 48 jam di Selatan semenanjung tanahair. Media menyiarkan beberapa kawasan terutama di Johor telah banjir dan ada penduduk yg terpaksa di pindahkan.

Hari ni(Selasa 19 Disember 2006), pekan Durian Tunggal(DT) telah banjir! Kali terakhir pekan ini banjir adalah 8 tahun lalu sekitar 1998.

Air sungai telah membuak dan melimpah ke jalan besar menyebabkan kereta dan motor kapcai banyak yang stuck. Orang ramai mula berkumpul bagaikan ada pesta air. Pasukan PDRM dgn cepat mengawal lalulintas.



Alhamdulillah tiada kejadian serius berlaku. Sehingga kini air belum surut tapi harap2 esok keadaan akan pulih seperti sediakala. kalau tak haru birujuga jadinya.Ramailah budak kilang akan tuang/ponteng kerja.







Kejadian banjir ini membuat kami bersyukur kerana kami tidak mengalami banjir setiap tahun seperti saudara-saudara di Kelantan,Teganu,Pahang,Perlis,Utara dan Selatan Kedah serta Seberang Prai.Juga tidak seperti di Kuala Lumpur dan Shah Alam.

Namun, mereka sabar dan tabah menghadapi ujian banjir ini. Mungkin kami di Durian Tunggal tidak setabah mereka.

Ya ALLAH! Jangan kau uji kami dengan apa yang tidak sanggup kami tempuhi.









Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Monday, December 18, 2006

Bahaya menyebar Hadith palsu

Salam buat semua
Dapat ini dari seorang kenalan maya. Semoga kita berhati-hati dan mendapat menafaat,Ameen.


Diriwayatkan dari Salamah bin Al-Akwa r.a., aku pernah mendengar Nabi Muhammad s.a.w bersabda, " Jika seseorang mengatakan sesuatu yang tidak pernah aku katakan dengan nisbahnya kepadaku maka nescaya dia akan dimasukkan ke dalam api neraka" (Riwayat Bukhari )

Diriwayatkan oleh Ali r.a., Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda, "Jangan mengatakan sesuatu yang dusta tentang aku kerana sesiapa yang mengatakan dusta tentang aku nescaya dia akan dimasukkan ke dalam api neraka." (Riwayat Bukhari & Muslim)

Dari Abu Said berkata: beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkara n itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman.(Riwayat Muslim)

Pendek kata, api neraka adalah ganjaran orang yang mendustakan Nabi saw. Apabila kita melihat dan mengetahuinya, maka perlulah kita mengambil tindakkan sama ada dengan kuasa atau sekadar dengan hati.

Namun untuk menegur, Allah telah menyuruh kita menegur dengan baik dalam surah Fussilat ayat 34, "Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib."

Kita juga boleh menggunakan taktik Nabi Ibrahim a.s. iaitu dengan memberi ruang kepada kaumnya memikir semula apa yang mereka sembah. Di dalam Al-Quran diceritakan, bahagiamana beliau telah memecahkan berhala-berhala kecil dan menggantungkan kapak di berhala besar, lalu menyuruh kaumnya bertanya dengan berhala-berhala itu sendiri. Secara tak langsung, kaumnya telah dipaksa untuk berfikir. (Rujuk surah Al-Anbiya ayat 57 hingga 65)

Dalam konteks untuk menyedarkan ustaz-ustaz atau pakcik-pakcik yang kita hormati itu, kita boleh bertanya dengan mereka secara baik. Mereka mungkin tidak menyedari mereka salah. Pertanyaan-pertanyaan kita akan membuat mereka berfikir semula.

Sebagai contohnya, apabila kita mendengar hadith-hadith palsu, lalu bertanyalah kita kepada mereka, "Pakcik, hadith tu riwayat siapa yer?"Mungkin beliau akan menjawab, "Abu Hurairah ..""Eh .. bukan riwayat Ali bin Abi Talib ? ", anda boleh bertanya dan dia akan mula berasa ragu. "Boleh tak pakcik cuba dapatkan lafaz hadith tersebut dalam bahasa arab, kalau boleh saya nak catatkan, mudah-mudahan pakcik diberkatiNya.", anda meminta dia mendapatkan sumber.

Beliau mungkin akan meminta sedikit masa untuk menyemak semula sumber-sumber beliau, jika hadith yang diceritakan memang sahih dan bersumber, sudah tentu kita akan mendapat jawapan dan itu akan menjadi suatu ilmu untuk kita. Alhamdulillah. Namun jika sebaliknya, beliau akan dipaksa untuk berfikir .. dan sudah tentu tidak akan mengulangi hadith berkenaan.. Sekadar pandangan ..


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Sunday, December 17, 2006

Ubi kayu rebus kelapa parut



Ubi kayu rebus kelapa parut....

Sebenarnya dah lama aku tak makan menu ni. Dulu masa kecik-kecik selalu pekena menu ni. Menu orang kampong. Dulu-dulu bila petang-petang hari tak sekolah mak dan arwah bapak bersama anak2 akan pi cabut ubi kayu yg kami tanam di tanah reserve KTM di depan rumah.
Aku atau adik-adik akan di suruh pi beli nyioq( bahasa baku: kelapa) sebiji-dua. Lepaih cabut ubi kayu kami budak-budak akan bersihkan sementara mak belah nyioq dan kukog( kukur).

Ubi yg dah dibersihkan akan di rebus sampai hempok( masak). Nyioq yg dah di kukog akan di campur sedikit gula dan di goey( gaul).Ini untuk buat cicah dgn ubi rebus. Kopi atau teh O akan di sediakan oleh adik pompuan.

Bila semua dah siap kami sekeluarga akan bersila atas tikag(tikar) mengkuang mengelilingi ubi rebus, nyioq gula dan kopi. masa tu rasa amat nikmat makan ubi rebuih.Apa lagi kalau petang tu hujan....


Pagi tadi aku dan isteri pi merket dan jumpa ubi kayu.Apa lagi teruih (terus) la beli. Petang tadi..dapat la pekena ubi rebuih cicah nyioq gula...
Hangpa aku bagi tengok gambaq saja noo.....

(Selain dari ubi kayu,jangan lupa beli nyiok parut sebiji)

(Nyioq sedang di parut pakai mesin)

(Nyioq yg telah diparut di goey dgn gula)

(Ubi yg telah hempok di rebuih)

(Menu: Ubi kayu rebus kelapa parut)



Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Thursday, December 14, 2006

Ulam oh ulam...

Masa dinner tadi ada kucai masak ayaq( betoi ka ni? Alah yg macam sup tu laa). Ada la ulam sikit( di rumah aku kalu tak dak ulam dengan sambai belacan atau sambai goreng memang tak sah). Baru berselera dan laju sikit makan. Apa lagi kalu ada petai,jering, pegaga, pucuk ubi rebuih, jantung pisang rebuih,pucuk putat,tenggek burung.....perghh....melecoq ayaq lioq.
Petai pula boleh ada variety: petai mentah,petai rebus,petai salai dan petai jeruk. Walau macamana bentuk petai yg kita makan satu perkara tak akan berubah: Kencing mesti hancing punya...masa tu terasa leceh makan petai atau jering atau genuak/kerdas.

Selain itu ulam-ulam ni mempunyai banyak vitamins,minerals, anti-oxidant dan fibre.So kawan-kawan ayuh kita terus ber'ulam'.

Yg ni bukan ulam noo...Ni periuk kera.Kalau hangpa makan aku tak tau akan apa jadi okay. Saja boh gambar ni nak bagitau di rumah aku ada pokok ni. Tu saja.

Pegaga


ni sayur2 kampong yg ada masa aku pi pasar(tok aku sebut merket)


My favourite ulam: Petai/Potai( kata kawan aku budak Bongek N9)


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Wednesday, December 13, 2006

SENI: Lukisan Md Yusof Othman

Ni lain sikit dari posting selalu.
Kali ini aku letak 4 lukisan dari Md Yusof Othman seorang pelukis dan jurugambar yg agak famous juga di Malaysia kita ni.
Gambar2 ni aku scan dari akhbar STAR.

Md Yusof Othman

(Puisi Alam 1)


(Puisi Alam V)


(Senja Merah)


(Bohohizan-Gunung Kinabalu)



Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Monday, December 11, 2006

Berita gempar:Imam hadhari pegang bini orang!!

Seminggu ini ramai pihak terutama media perdana memberi komen negative bila MPKB(Majlis Perbandaran Kota Bharu) mengarahkan pekerja2 wanita di tempat awam menutup aurat. Jika tidak mereka dan majikan mereka akan di saman.
Ramai lah orang-orang penting parti pemerintah termasuk menteri kutuk tindakan MPKB.

Tapi media dan orang kenamaan senyap membisu bila Al-Imam Al-Hadhari sewaktu Monsoon Cup di Trengganu meletak tangan ke atas bahu Michelle Yeoh yg terdedah.Adakah sebab pemimpin kerajaan buat, perkara dosa pun boleh "tutup sebelah mata?"

Kalau lepas ini ada wakil2 rakyat atau menteri2 atau Exco2 usung bini orang atau raba bini orang kira dah "HALAL" ke oleh Kerajaan Hadhari?

Inikah contoh dan tauladan untuk anak-anak muda oleh Pak Imam Hadhari?


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Sunday, December 10, 2006

Bidai series Part 2( utk Kak Mutiara di Southern Plains)








Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa