Friday, March 30, 2007

Tentang Sambutan MaulidurRasul s.a.w.




Sebuah artikel menarik yg saya terima hari ini untuk dikongsi.
Semoga memberi manafaat kepada kita.



SEJARAH RINGKAS:

Perayaan Maulidur Rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir. Kerajaan Fatimah telah merayakan perayaan ini secara besar-besaran. Bukan hanya hari jadi Rasulullah saw sahaja yang dirayakan, tetapi juga ahli keluarga Nabi saw seperti Zainab, Hassan, Hussain (r.a.). juga dirayakan. Bahkan mereka juga merayakan kelahiran Nabi Isa as.


Walaubagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun H488 atas perintah Perdana Menteri al-Afdal Shahindah pada ketika itu yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer. Masyarakat berhenti merayakannya sehingga Al-Ma'moon Al-Bataa'ni memegang kuasa kerajaan. Beliau telah yang memulakan kembali perayaan yang telah dihentikan sebelum itu.Apabila Kerajaan al-Ayubbiah merampas kuasa, semua perayaan telah dihentikan. Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya dikalangan keluarga mereka di dalam rumah.


Pada Abad ke 7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa'd Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen `Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil. Beliau merupakan seorang sunni. Muzafar mengambil berat akan perayaan ini sehingga memerintahkan agar persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin. Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan ini di dalam khemah yang telah didirikan itu.


Perayaan diadakan pada 8 Rabiulawal dan kadang-kadang 12 Rabiulawal. Sambutannya diisikan dengan pelbagai acara antaranya membaca sejarah Nabi (s.a.w.) sehinggalah kepada menghias binatang ternakan untuk disembelih kemudian diadakan jamuan besar-besaran.Berkata Ibnu Haajj Abu Abdullah Al-Abdari, perayaan tersebut tersebar luas di seluruh Mesir pada zaman pemerintahan Putera Muzafar ini. Beliau menentang akan perayaan yang diadakan. Banyak buku telah ditulis mengenai perayan Maulidur Rasul ini antara penulisnya ialah Ibn Dahya, meniggal dunia pada H633, Muhy Ed-Deen Ibn Al-`Arabi, meniggal di Damascus pada H683, Ibn Taghrabik, meniggal di Mesir pada H670, dan Ahmad Al-`Azli dan anaknya Muhammad, meniggal di Sebata pada H670.


Oleh kerana amalan bid'ah yang banyak ketika perayaan itu, ulama' telah berbeza pendapat akan kebolehan merayakan Maulid Nabi ini. Pendapat pertama membolehkan perayaan ini manakala pendapat yang kedua mengatakan sebaliknya. Antara yang membolehkan ialah As-Siyooti, Ibn Hajar Al-`Asqalaani dan Ibn Hajar Al-Haythmi. Walaupun mereka bersetuju dengan perayaan ini, mereka tetap membangkang aturcara ketika Maulid itu(pada zamannya).


HUKUM MAULID:

Seperti yang telah diketahui, perayaan Maulidur Rasul ini merupakan satu perayaan yang kontroversi. Ulama' berbeza pendapat akan kebolehan perayaan ini. Kita sebagai masyarakat awam tersepit antara dua pendapat. Yang mana perlu kita turuti. Sedangkan kedua-dua belah pihak terdiri daripada ulama'-ulama' yang hebat dan tidak boleh ditolak lagi akan kewibawaan mereka. Di dalam artikel ini, akan dilampirkan kedua-dua belah hujah setakat mana yang mampu dikumpulkan. Melalui cara ini, kita dapat menilai sendiri yang manakah mempunyai hujah yang kuat. Dan insya Allah, kita akan berada di jalan yang benar.


HUJAH MEMBOLEHKAN MAULIDUR RASUL:

Antara ulama' yang menyokong akan Maulidur Rasul ialah Imam Jalaluddin Sayuti dan Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan.
Telah berkata Imam Jalaluddin Sayuti: "Ibadat macam itu adalah bid'ah Hasanah (bid'ah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia".


Dan berkata Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan: "Telah berlaku kebiasaan bahawa orang apabila mendengar kisah Nabi dilahirkan, maka ketika Nabi lahir itu mereka berdiri bersama-sama untuk meghormati dan membesarkan Nabi Muhammad saw. Berdiri itu adalah hal yang mustahsan (bai) kerana dasarnya ialah membesarkan Nabi Muhammad saw dan sesungguhnya telah mengerjakan hal serupa itu banyak dari ulama-ulama ikutan umat."


Berkata pula Syeikh Atiah Saqr: "Saya berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk menyambut maulid. Apatah lagi di zaman ini pemuda pemudi Islam semakin lupa dengan agama dan kemuliannya. Perlu juga diingat sambutan tersebut janganlah dicemari oleh perkara-perkara haram dan bid'ah. Seperti pergaulan antara lelaki dan wanita tanpa batas. Kita juga tidak sewajarnya menjadikan sambutan ini sebagai satu tradisi yang khusus, sehingga timbul dalam kefahaman masyarakat jika sesuatu acara tidak dilansungkan maka seseorang itu dikira telah berdosa dan melanggar syariat."


Syeikh Yusuf Qardawi juga telah memberi komen mengenai maulid ini.Beliau berkata(ringkasan): "Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah saw tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah saw. Ini adalah kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah saw dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah saw itu kekal di dalam hati dan juga ingatan. Sa'd Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah saw kepada kanak-kanak sama sepertiman keghairahan mereka mendidik anak-anak itu Al-Quran. Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah saw, maka tidak perlulah mereka merayakan sepertimana dirayakan Maulid ar-Rasul kini.Walaubagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya. Dengan itu, perayaan Maulid Rasul ini diadakan bertujuan untuk mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah saw masih hidup. Tetapi malangnya, Maulid Rasul ini telah bercampur dengan amalan bid'ah yang ditentang oleh Islam. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam.Maka dibolehkan meraikan Maulid Nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bid'ah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam."


Berikut adalah antara dalil-dalil yang menjadi hujah bagi yang membolehkan Maulid ini:


1) Allah berfirman: "maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung." - (Al-Araf: 157 )

Keterangan: Tujuan maulud diadakan adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad saw. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.

2) Firman Allah: "Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah."-(Ibrahim: 5 )

Keterangan: Al-Baihaqi di dalam "Syakbu al-Iman" daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi saw, sesungguhnya baginda menafsirkan 'hari-hari Allah' ialah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma'ani menjelaskan lagi dengan katanya "kelahiran Nabi saw merupakan nikmat yang paling besar."

3) Bahawasanya Nabi Muhammad saw datang ke Madinah maka beliau mendapati orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu: "Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?" Jawab mereka: "Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan." Maka Nabi berkata: "Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu." – [Riwayat Bukhari dan Muslim.]

Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata bahawa dari hadis ini dapat dipetik hukum: - Umat Islam dibolehkan bahkan dianjurkan memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari maulud, mi'raj dan lain-lain. - Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.

4) Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: "Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan."

Keterangan: Rasul saw menegaskan kelebihan hari kelahirannya berbanding hari-hari lain. Oleh itu setiap mukmin sewajarnya berlumba-lumba beramal dan bersyukur dengan kelahiran baginda saw yang membawa rahmat kepada seluruh alam.


HUJAH MENENTANG MAULIDUR RASUL:

Berikut antara pendapat yang menentang bersertakan hujah mereka:

1)Nabi Muhammad saw tidak pernah merayakan atau menyuruh umatnya untuk merayakan hari kelahirannya. Nabi saw telah menekankan agar jangan memperbesarkannya sepertimana orang kristian memperbesarkan Nabi Isa as. Ini dijelaskan di dalam hadis riwayat Bukhari:Baginda bersabda, "Jangan memperbesarkan mengenai aku seperti Kristian memperbesarkan mengenai anak Maryam. Aku hanyalah hamba, jadi katakanlah, 'hamba Allah dan pesuruh Nya."(Au Qoma Qol)

Apa yang telah disuruh Rasulullah saw hanyalah menyuruh umatnya menjadikan hari kelahirannya satu hari untuk beribadat yang mana berbeza dengan perayaan.

Bertepatanlah dengan hadis di bawah:

Dalam sahih Muslim daripada Abi Qatadah al-Ansari berkata: Nabi (s.a.w.) telah ditanya tentang puasa pada hari Isnin lalu baginda bersabda: "Di hari tersebutlah aku dilahirkan dan di hari tersebut jugalah aku diutuskan."

"Dan hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang diada-adakan , kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid'ah , dan setiap bid'ah itu adalah sesat " . [Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud]


2)Para sahabat Rasulullah dan juga umat Rasulullah saw pada 3 abad kemudian tidak pernah merayakannya walaupun merekalah orang yang lebih mencintai Rasulullah saw lebih dari umat terkemudian..
Hadis Imran bin Husain r.a:

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya yang terbaik dari kalangan kamu ialah sezaman denganku, kemudian orang yang hidup selepas zaman aku, setelah itu orang yang hidup selepas mereka. Imran berkata: Aku tidak mengetahui kenapakah Rasulullah s.a.w menyebut selepas kurunnya sebanyak dua atau tiga kali. Selepas itu datang satu kaum yang di minta memberi penyaksian tetapi tidak di beri penyaksian, yang berkhianat sehingga tidak boleh dipercayai, yang suka bernazar tetapi tidak melaksanakannya dan sukakan kemewahan.

Perayaan Maulid Nabi datang beberapa abad kemudian yang mana ciri-ciri Agama Islam yang sebenar sudah hilang dan bid'ah berleluasa.


3)Allah berfirman di dalam Al-Quran:Katakanlah, "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu,Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. "Katakanlah, "Taatilah Allah dan Rasul-Nya; Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir". (QS. 3:31-32)

Ayat di atas menerangkan cara menunjukkan kasih sayang yang sebenar yang patut dilakukan kepada Rasulullah saw. Ayat yang pertama di atas menjelaskan bahawa cinta itu hanyalah pengakuan, tetapi buktinya ialah menuruti apa yang Rasulullah saw bawakan. Manakla ayat kedua menekankan kepentingan dalam menuruti kehendak Allah dan Rasul Nya. Allah menyudahi ayat di atas dengan ancaman yang keras bahawa sesiapa yang tidak mahu mentaati adalah kafir dan Allah tidak mencintai orang kafir.
Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agamamu. (QS. 5:3)
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (QS. 33:21)


4)Kata-kata sahabat Rasulullah saw:Huzaufah Ibnu Al-Yamaan ra berkata : "Setiap ibadah yg tidak dilakukan oleh sahabat Rasulullah saw, maka janganlah melakukannya"
Dan berkata Ibnu Mas'ud :"Ikutlah (sunnah) dan jangan menambah, dan telah cukup bagi kamu - perbuatan yg lama (kekal dengan cara lama)"

Catatan dari tokasid:
Lakukan ibadah seperti mana yang Rasulullah saw ajarkan kepada kita melalui hadith-hadith.Amalan yang dilakukan secara 'ittiba' sudah pasti ketulenannya.Amalan yang ditokok tambah belum tentu bermanafaat.
Seringlah kita bersalawat ke atas Nabi saw kerana ini menunjukkan kecintaan kepada Baginda saw.
Wallahu'alam.







Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Thursday, March 29, 2007

Blacklisted and tinted car

Teratai blooming

Teratai bunga indah

Gambar bunga Teratai di atas tiada kaitan dengan kisah aku ini.Cuma sebagai penyejuk hati yang panas.

Few days ago , my other half told me that the insurance and road tax for her car had expired( Abang! Roadtax dan insurance keta dah mati tau).
I said okay,I'll take care of everything( thats my standard promise,but she knew me better).

Yesterday I asked a friend to give cash to an officer with bank Muamalat Jebatville branch to renew the insurance and road tax. Told my wife we'll have your roadtax by tonight.

At 5pm the bank officer called me.

Din: Hello! Tadi kita tak dapat renew roadtax you lah. Kat pos ofis kata kereta you kena black list. You kena pergi ke JPJ and tengok apahal...

Me: Cik Din, biar betul ni.Kena black list sebab apa? saman JPJ atau Polis?

Din: I pun tak tau la syeh.Esok you pi cek kat JPJ and settle apa yang patut.Pas tu inform I okay?

With that we said our goodbyes and I smsed my wife. So last night after maghrib we sat infront of our computer browsing through.And finally manage to get the RTD/JPJ website.And yes! In bold red there it stated the car was black listed. And one need to go to a nearest JPJ office to find out why(and get lectured and pay the fines and get lost as fast as you can).

This morning at 8 am sharp I was already in front of JPJ Jebatville. By 8.15am I entered and told the kind and pretty lady in dark blue uniform my intention.Told her the car was blecklisted and I'm here to pay whatever fines there is. She punched in the registration number and printed something for me.

JPJ lady: Cik, kes ni belum ada saman dan masih dalam siasatan.Cik bawa print out ni ke bahagian sebelah sana(pointing her finger) dan jumpa pegawai penyiasatan.

I followed her instruction to the dot. There were 2 guys there at the bahagian Penyiasatan.One was looking into a file.Another one was a his computer terminal trying to play Iklim's mp3 songs.

I gave my salam to the file guy and he looked up.Took the slip I gave and went into another room,rummage thro several files and came back to me.

File man: Kita dah hantar surat mintak datang bulan 12 dulu ni tapi cik tak datang pun?

Me: ya ka? saya tak tau pun.Mungkin surat tu pada nama isteri saya kot?

File man: Ni kita dapat semula surat tu.Cik tak pergi ambik di Pos opis ka?Ni kereta cik ni ada masaalah( he open the letter they posted to mt wife).Cik ada pasang cermin tinted ka?

Me: Ya ada.Semua orang pasang tinted kan la ni...

File man: Memang la..tapi cik punya ni gelap sangat.Cik ada bawa kereta tu sekarang?( I shook my head).Cik kena koyak tint tu baru boleh keluarkan dari senarai black list.

Me: Kereta tu tak bawak la pasai roadtax dah mati bang..Macam ni saja lah.Apa kata saya bayar saman atau denda ni dulu,pas tu saya renew roadtax dan bawa kereta tu mai JPJ semula supaya boleh inspection.

File man: Tak pa lah.Cik pergi bayar denda ni kat sebelah(lady in blue uniform) dan renew tax tu. Tak payah bawa kereta ke sini tapi cik kena buangkan tint yang gelap tu.kalu tak nanti kena saman lagi tak dapat nak bagi diskaun macam hari ni.

Me: Okay..okay..bang,Nanti saya buang menatang tu.Tima kasih pasai bagi 30% diskaun.

I paid the fine.RM200/=. Early in the morning.And it was drizzling this morning. Told my wife I had to forked out RM200/=. Takpa,shakali shakala she said.

Finally her raod tax is settled.Next week will be my car.Luckily my car is clean with the JPJ.

(upon checking the PDRM summonses site: mak datok...banyaknya terkumpul both cars)

So you guys out there,before you renew your road tax,please check the JPJ blacklist website.You never know.




Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Wednesday, March 21, 2007

Mereka Kata

(foto by tokasid: Senja Pantai Kundor)

( this is my response to Bigdogdotcom on his recent posting: The Scomi story)

Dedicated to the bravehearts and fearless bloggers out there.
Mereka kata.


Mereka kata ada rakyat kelaparan
Mereka kata ada rakyat tiada pakaian
Mereka kata ada anak tidak dapat bersekolah
Mereka kata ada kawasan tiada listrik dan air bersih

Mereka kata anak menantuku mengaut harta negara
Mereka kata saudara mara ku dan ipar duai ku pun sama
Mereka kata anakbuah tingkat 4 amat berkuasa
Mereka kata sahabat handai media manipulasi sentiasa

Mereka kata aku kaki tidur tiada mengira
Mereka kata aku gemar mengembara ke luar negara
Mereka kata menantuku gila kuasa
Mereka kata menantuku jual harta Malaysia ke luar negara

Mereka kata aku tak pandai memerintah
Mereka kata aku sudah menikah
Mereka ketawakan aku kah kah kah
Mereka kata pada ku Pooodaahhhh!!!

Aku hairan dengan mereka ini
Menteri-menteri ku kata mereka begitu begini
Tapi mereka tetap berani
Walau di saman berguni-guni

Aku hairan dengan mereka ini
Bagaimana mereka tahu semua hal aku ini
Telah ku beritahu Nazri berkali-kali
Jaga-jaga mulut mu wahai balaci

Kali hubungi ku berkali-kali
Bagaimana nak buat dengan mereka ini
Saman sudah diberi berguni-guni
Namun mereka ada yang berani mati

Aku hairan dengan mereka ini
Bagaimana bisa ketahui rahsia ku ini
Banyak benar dari yang boleh ku nafi
Kalau dapat di bukti kemana ku nak lari

Mereka kata…
Mereka kata…
Mereka kata….


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Friday, March 16, 2007

Pedis Oralis minister: I didn't mean all women

(Pedis Oralis)
Minister Nan: I didn't mean all women. I was referring to Indon journalist.

I saw in the Star today Friday 16th March 2007. Page N24.
The minister who suffered Pedis Oralis(Foot in Mouth Disease) had finally, as we all expected, denied to his statement that there are about 8000 unemployed and liar women bloggers.

Now Tok nan said he loved "all women" and was "here because of a woman."
"In fact,most of my supporters in my constituency are women." he said.

Well, I think we can safely predict that our Ministers will have cerebral constipation with Pedis Oralis one day and few days later they will deny or 'clarify' their statement. And they want us to forgive and forget.
He can have my foot in his mouth. But he better request for Tabasco sauce or Peri-Peri extra hot sauce to go with it.

Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Thursday, March 15, 2007

Signboard in Temerloh Pahang

Last weekend went to Temerloh Pahang for a chess competition.Hafiz wanted to compete and its in the National Chess circuit calendar.
This is the first time for me to be in temerloh for more than an hour.(last passed by was almost 32 years ago)

Before I go to the Chess tourney, I'll tell about 2 signboards I saw in Temerloh. Lets have a look guys.

It appears that this book store is meant for men and men only judging by its tag. No women is allowed in there. Most probably it only has men's reading materials only. If they do keep women's reading materials then only men can go in and buy for the womenfolks.
But when I peeped in, there were lots of women inside. So its just a name.


Another funny tag. Pusat Komputer Rakan Itek? A computer centre for friends of ducks??If you are no friends of ducks I'm sorry there is no way you are going to learn at this computer centre. So please have lots of duck-pals. And downstairs is the Happy Fried Chicken outlet. Those chicken are sure very friendly. They are happy knowing they will be swimming in the hot oil.At least the ducks are better off.They can go upstairs and learn to use computers.

Rakan Itek membership open to all interested to enroll for computer classes.Please visit: www.itekgembogembo.tipahtertipu.net/
Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Thursday, March 8, 2007

Wars of the world

I received an e-mail from a friend today.
I would like to share its photos with fellow bloggers.Some of you might had seen these before and some might be their first time.
All these showed the suffering and tragedies faced by the human race.
Most still exists today either at a bigger or smaller scale. And it can happen anywhere on this planet.It can happen to us.It can happen to our neighbours.It can happen to our friends.

1957:The first day of Dorothy Counts at the Harry Harding High School in USA.Counts was one of the first black students admitted in the school and she was no longer able to stand the harrassment after 4 days.

1960,January 2: A second before the Japanese Socialist Party leader Asanuma was murdered by an opponent student.

1962: A soldier shot by a sniper hangs onto a priest in his last moments.

1963:Thich Quang Duc,the Buddhist priest in South Vietnam burns himself to death protesting the govt's torture policy against priests.Thich Quang Duc never made a sound or moved while he was burning.

1965: A woman and her children try to cross a river in South Vietnam,in an attempt to run away from the American bombings.

1966: US troops in South Vietnam, dragging a dead VietKong soldier

1966,February 1: South Vietnam Police Chief,Nguyen Ngoc Loan shots a young man whom he suspects to be a VietKong soldier.

1973: A few seconds before Chile's elected President Salvador Allende is dead during the coup.
1975: A woman and a girl falls down after the fire escape collapses.

1980: A child in Uganda about to die of famine

1981,February 23: Spain's Parliament seized by Military Police

1982: Palestinians refugees murdered in Beirut,Lebanon

1992: A mother in Somalia held the body of her child who died of hunger

1987: South Korea protesting the alleged manipulation of General Election.

1988: A young man in Beijing stands before the tanks during protest for democratic reforms

1994:A man who was tortured by soldiers since he was suspected talking to Tutsi rebels.

1996: Kids who are shocked by the civil war in Angola

2001:Afghani child's janazah prepared for funeral in Pakistani refugee camp

2002: Earthquake in Bam ,Iran.Looking for his father.

2003: an Iraqi POW tries to comfort his child


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Innalillahi wa inna ilaihi roji'un siri2

Hari ini Khamis 8 Mac 2007, bekas DG Pendidikan Tan Sri Rafie Mahat telah pulang ke Rahmatullah selepas beberapa lama sakit. Janazah Allayarham akan di kebumikan di Bukit Baru Melaka pada hari ini juga.
Semoga ALLAH Azza Wa Jalla mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan semoga ahli keluarga beliau bersabar menghadapi kematian ini.Ameen.

Sejak 3 hari lalu ,kejadian gempabumi telah melanda Sumatera Barat(SUMBAR) terutama kota Padang. Banyak kematian dan kemusnahan di lapurkan.Namun rakyat Indonesia terus dengan berani menghadapi satu demi satu ujian musibah yg tak henti melanda mereka.
Kita bersyukur tidak menerima seperti mereka.


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Monday, March 5, 2007

Which is right?

Bukit Katil: approaching dusk

Received a sms from my sahabat just now.

Read it and please give your answer and the reason why you prefer that answer.No prize for the correct answer and its reason(s). Here goes:

WHICH IS RIGHT?:

#1) A woman without her man is nothing.

#2) A woman, without her man, is nothing.

#3) A woman: without her, man is nothing.

( the photos here have nothing to do with the puzzle.Its just me showing off the photos I took . Kira macam masuk bakul angkat sendiri lah)

Bukit Katil: selepas hujan petang
(all photos by tokasid)


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Saturday, March 3, 2007

Persona Non Grata- a film by Sheih


Persona non grata( unacceptable person or personally unacceptable or unwelcome),
Baru semalam aku selesai menonton filem Melayu bertajuk Persona non grata.It was directed by Syed Azidi AlBukhary aka known in blogsphere as Sheih.
It starred 2 talented actors Hans Isaac( his best performance so far) and the Erra Fazira.

It tells a story about Ben who escaped to Thailand after he and his brothers double-crossed some notorious drug dealers in Malaysia. In Thailand he continued to be a crook, this time stealing cars in Bangkok. It also tell us about Hey/Sya who had amnesia after been knocked down by a car while in Bangkok to 'merawat luka di hati".
Ben sort of 'rescued' Hey/Sya and along the way love bloomed.

Persona non grata is a love story but on screen it was not the typical malay love story movie whichusually are very jiwang-jiwang. Persona non grata is slightly different( maybe thats the reason it didn't do well in the cinemas).It didn't take the popular approached with 'tangkap lentok' dialogues and 'tangkap leleh' songs.

I like the shots taken especially the opening scene and the scenes over the canals.
Hans Isaac gave a powerful performance. Erra is still Erra lah....boleh lah....

Congratulation to Syed Azidi. I think you should do more movies. But I'm not sure any producer have the guts to employ you now( depa mesti takut kena GAM).For me you are in the same league with Nasir Jani.Berani dan digeruni.


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

The tagging game

My old friend and fellow blogger Clark Gable of Pulau Duyong(CGOPD) had tagged me.And once someone tagged you, you are suppose to tell the whole blogdom( or blogsphere, whatever) whats weird about yourself( and at least 6 of that).It will be weird if you have nothing weird to tell them the blogtizens. But Blogdom can be a weird world for non weirdo.

I've seen fellow bloggers got tagged and some had told us the 6 weirdest characteristics they had( or so they assumed). At least they knew they are weird. I deny I'm weird. My friend CGOPD or mokk( of Sarawak) might disagree with that statement. They might think I have lots of weird skeletons in my cupboard. But for me what they thought might be weird about me might just be normal to me.And thats weird.

So what is this tag thing all about?Who started it? Whats its purpose?What do you benefit from it?I sincerely do not know the answers to all this. But I try to be a sport(like the others did).

Tag can mean:
1-Label
2-Identifier of person,animal,products)
3-Vehicle registration plate
4-Part-of-speech(grammatical tagging)
5-Tag game(or tig), game children play.
6-Tagline,as in advertisementslogan.
7-Skin tag. beningn growth of the skin(esp at neck or axilla/ in obese person)
8-Tagging, passing control to another memebr of a team sport(eg wrestling)
9-Tag,final scenes of a TV programme
10-Tag, the German word for day.

So which type of Tag are we into?You tell me.
However there is a rule that I must pass on before I could tell my 6 weirdness.

RULES:
People who are tagged should write a blog post of 6 weird things about them as well as state this rule clearly.In the end,you need to choose 6 people to be tagged and list their names.Don't forget to leave a comment that says" you are tagged" in their comments and tell them to read your blog.

Nombot Satu:
My wife always complained and got irritated with this. I had my primary education in Taiping.You know Taiping is the first mining centre in Tanah Melayu. In Kamunting( near the ISA Palace) we had several Kapal Korek.So, what has Kapak Korek got to do with me? When I drive, I automatically korek hidung( doesn't matter whether there is 'bijih' or not).
My wife will be upset( a bit) especially if its her car I'm driving.

Nombot dua:
My wife noticed this and she said its weird.And my son had developed this weird habit too. When having a meal I will reserve a piece of my favourite dish( especially telor Dadar with onions and Chilli) on my plate after finishing the rice and other lauk. Before I wash my hands I will pick up the last piece of telor Dadar ,put it in my mouth and keep it there for several minutes.Sucking the dadar taste. Same thing if its Paru Goreng or Kerabu Paku Rawan or Kerang Rebus.I must taste the best dish last.

Nombot tiga:
I kept almost 2 thousand audio CDs,VCDs, cassette tapes and VHS tapes. It can be music,ceramah ugama,movies or documentaries. There are still some which I have not open their cover. I still have almost 50 VCDs of Nik Aziz still in their plastic wrapping. had almost 200 VHS tapes which had collected fungus( tapi sayang nak buang).This started during campus days and its a hard habit to break. My mother would say " Awat hang dok buang duit beli menatang tu? Membaziaq saja.Hang jangan dok boghoih sangat..."

Nombot empat:
Gayat!!!Yes I'm afraid of heights. Its started when I was in Std 5 at King Edward VII-2.My classroom was at the upper floor. KE VII was an old colonial type building.Its 2 storey is like a 3 storey building now. The stairway was steep and wide. During recess someone accidentally knocked me down on that huge stairway and I fell from top to bottom tergolek-golek.Alhamdulillah nothing was broken but since then I developed fear of height. If I'm 12 feet off ground, my stomach will have a ball rolling in it.I will have palpitation immediately and sometimes have the feeling of 'kecut teloq'.
I dare not take the rollercoaster in Times square. Mat Cincang cable car in Langkawi?I don't think I'll go near it.
8 years ago I went to Beijing aand visited the Great Wall and climbed it.Took lots of photos in the emperor's gown. After an hour the guide told us to go down. Looking down I saw the buses were very tiny and I was unable to move.I had to take the steps with my buttock( turun guna punggung) and when we(me and my wife,she had no problem with height) finally reached ground zero ,our bus had left! And we can't speak Mandarin at all.

Nombot lima:
Whenever I feel sleepy( at home,at work,while driving) I will automatically shake my legs. If I'm driving my wife will know its time for her to drive. And she would say " tu dia kaki ayah hang dah goyang dah hafiz oii...Alamat mama la nak kena wak keta ni"

Nombot Nam:
I luv Chinese movies esp kungfu flicks and triads. It started during SAHC days. I and Kri Mugem would hopped from one cinema to another during our weekly outings on saturday in Alor Setar from 77-79. Almost every saturday we( or sometimes me alone) watch movies churned out by Shaw Bros. Those days it was mainly kungfu flicks starring Ti Lung,Chen Kuan Tai,Alexander Fu Sheng,Yuen Hwa ,Lo Lieh and Ku Feng. After Fu Sheng died Jacky Chan rose to fame. Despite my weekly doses of Chinese movies, sampai la ni aku tak paham sepatah haram apa pun bahasa Cina or mandarin.Thats weird right?

So that about it.I told you that there is nothing weird about me but since this tagging thing insists.
With this I tagged mokk of ni nak molah....
auntyN of Celoteh seorang makcik kampong


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Friday, March 2, 2007

Takziah: Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un


Innalillahi wa inna ilaihi roji'un.
Itu lah ucapan seorang Muslim bila mendapat atau mendapat tahu rakan handai taulan atau saudara mara mendapat musibah.
Sejak semalam ucapan itu telah beberapa kali aku ucapkan.
Ada 3 kematian di beritahu kepada ku dan ada 2 rompakan ke atas dua orang kenalan aku.
Kematian pertama: seorang bekas technician RTM Melaka. Kata keluarganya beliau kena serangan jantung.Tahu ketika bersarapan dgn teman melalui sms kepada teman tersebut. Rupa-rupanya Allahyarham ada bertalian dgn pak mertua aku.Dah lewat malam baru tahu.
Kematian kedua: Isteri seorang kenalan di Seremban.
Jam 10.30 mlm tadi Hj Salim telefon aku.Suaranya lain sedikit.Tiada ceria seperti selalu.Katanya dia berada di Seremban di rumah Abusstar sepupunya.Aku tahu wife Abusstar menghidap kanser.Hj Salim memberitahu wife Abusstar meninggal before maghrib.Aku berharap Abusstar akan bersabar dan tabah dgn ujian ini.
Kematian ketiga: Abang seorang kenalan.
Jam 1.40am terima sms dari KA guru di KYS.Dia beritahu abang Pn Siti Noor seorang pentadbir KYS telah meninggal mlm tadi.Allahyarham dulu seorang pegawai pendidikan di Melaka dan mempunyai doctrate. Beliau menghidapai kanser paru-paru.
Begitulah sunnatullah. Setiap insan wajib mati. Tidak dapat dielakkan atau lari dari kematian.Persoalannya sudahkah kita ada bekalan utk membawa kita melalui alam barzakh dan alam akhirat nanti?
Rompak satu: Pagi semalam lebih kurang jam 4 am, stesen minyak sahabat karib di rompak oleh 3 lelaki bersenjatakan parang.Alhamdulillah staf yg bertugas tidak di cederakan.
Rompak dua: Pagi ini jam 5.40am seorang lagi kawan pula kena. Stesen minyak beliau juga dirompak. Penjenayah menggunakan kapak dan parang panjang utk memecahkan pintu masuk. Ketika aku singgah 8.30 am tadi PDRM sedang menyiasat dan melihat rakaman CCTV.
Rasanya kumpulan yang sama melakukan jenayah tersebut.
"Ya ALLAH! Ya Rabb! Lindungilah kami dan ahli kami dari kejahatan manusia dan syaitan.Lindungilah kami dan ahli kami dari kejahatan siang dan malam. Kekalkan iman kami Ya ALLAH.Ampunkan dosa-dosa kami sesungguhnya kami memang sering zalim ke atas diri sendiri."

Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Thursday, March 1, 2007

Hari Angkatan tentera Malaysia ke-73




Hari ini merupakan Hari Angkatan Tentera yang ke 73.
Pada 1 Mac 1933 seramai 25 orang pemuda Melayu telah di pilih sebagai anggota skuad percubaan Rejimen Askar Melayu. Skuad ini telah berkembang sehingga tertubuhnya sebuah batalion iaitu pada 1 Jan 1938.Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu.
Batalion Kedua rejimen Askar Melayu pula ditubuhkan pada 1 Disember 1941, 6 hari sebelum Perang Dunia Kedua tercetus di tanah Melayu.
Sejak itu pasukan Angkatan Tentera telah berkembang pesat dan semakin moden dan telah mencabang kpd Tentera Darat,Tentera Udara dan Tentera Laut.

Sebagai anak bekas askar bawahan pencen, aku mengucapkan Selamat Hari Angkatan Tentera kepada semua lapisan anggota ATM.
Semoga usaha kalian dikenang oleh rakyat dan pemimpin(tidak seperti sekarang.Lepas pencen merudumlah kehidupan ex-army kecuali kalau yang berpangkat tinggi).


Semua foto dan logo dari laman web ATM

Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa