Thursday, March 1, 2007

Hari Angkatan tentera Malaysia ke-73




Hari ini merupakan Hari Angkatan Tentera yang ke 73.
Pada 1 Mac 1933 seramai 25 orang pemuda Melayu telah di pilih sebagai anggota skuad percubaan Rejimen Askar Melayu. Skuad ini telah berkembang sehingga tertubuhnya sebuah batalion iaitu pada 1 Jan 1938.Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu.
Batalion Kedua rejimen Askar Melayu pula ditubuhkan pada 1 Disember 1941, 6 hari sebelum Perang Dunia Kedua tercetus di tanah Melayu.
Sejak itu pasukan Angkatan Tentera telah berkembang pesat dan semakin moden dan telah mencabang kpd Tentera Darat,Tentera Udara dan Tentera Laut.

Sebagai anak bekas askar bawahan pencen, aku mengucapkan Selamat Hari Angkatan Tentera kepada semua lapisan anggota ATM.
Semoga usaha kalian dikenang oleh rakyat dan pemimpin(tidak seperti sekarang.Lepas pencen merudumlah kehidupan ex-army kecuali kalau yang berpangkat tinggi).


Semua foto dan logo dari laman web ATM

Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

No comments: