Wednesday, March 21, 2007

Mereka Kata

(foto by tokasid: Senja Pantai Kundor)

( this is my response to Bigdogdotcom on his recent posting: The Scomi story)

Dedicated to the bravehearts and fearless bloggers out there.
Mereka kata.


Mereka kata ada rakyat kelaparan
Mereka kata ada rakyat tiada pakaian
Mereka kata ada anak tidak dapat bersekolah
Mereka kata ada kawasan tiada listrik dan air bersih

Mereka kata anak menantuku mengaut harta negara
Mereka kata saudara mara ku dan ipar duai ku pun sama
Mereka kata anakbuah tingkat 4 amat berkuasa
Mereka kata sahabat handai media manipulasi sentiasa

Mereka kata aku kaki tidur tiada mengira
Mereka kata aku gemar mengembara ke luar negara
Mereka kata menantuku gila kuasa
Mereka kata menantuku jual harta Malaysia ke luar negara

Mereka kata aku tak pandai memerintah
Mereka kata aku sudah menikah
Mereka ketawakan aku kah kah kah
Mereka kata pada ku Pooodaahhhh!!!

Aku hairan dengan mereka ini
Menteri-menteri ku kata mereka begitu begini
Tapi mereka tetap berani
Walau di saman berguni-guni

Aku hairan dengan mereka ini
Bagaimana mereka tahu semua hal aku ini
Telah ku beritahu Nazri berkali-kali
Jaga-jaga mulut mu wahai balaci

Kali hubungi ku berkali-kali
Bagaimana nak buat dengan mereka ini
Saman sudah diberi berguni-guni
Namun mereka ada yang berani mati

Aku hairan dengan mereka ini
Bagaimana bisa ketahui rahsia ku ini
Banyak benar dari yang boleh ku nafi
Kalau dapat di bukti kemana ku nak lari

Mereka kata…
Mereka kata…
Mereka kata….


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

15 comments:

A Voice said...

Here's to bloggers and their steely determination.

A Voice said...

Since you like Pink Floyd, I've just install Another BRick in the Wall on my Blog.

You're on my blogroll. Exchange exchange kawan ...

AuntyN said...

Salam tokasid. AN dah email. Try tokai kodek2 sikit. Lepaih tu hembuih sirih pinang sikit dengan jampi serapah :-) InsyaAllah menjadi.

Clark Gable of Pulau Duyong said...

Aku jugak nak kata
Tapi ramai dah kata
Serupe je kata
kata-kata yang sakit telinga.

Telinga ade dengar
Macam2 aku dengar
Ingat taknak dengar
Tengok tengok sakit mata

Nampak banyak tak elok depan mata
Cari Al Ghazali tak pakai mata
Harta bertimbun depan mata
Jadi aku main rase

Rase ini tak betul ,itu tak betul rase
Manis tiade pahit je rase
Semua buak dek macam tak rase apa2
tak lame aku rase rase.

Sebab tu aku kene kata
kalu tak kata telinga dan mata memang tak boleh kata
Nak dengar aku kata???
Tak cukup lagi ke wang berjuta juta???

Kak Ainon said...

Asmk Tokasid
Cantiknya!! Nicely summed up. Semua ada!

Dedicated to the bravehearts and fearless bloggers out there? Tokasid pun apa kurangnya! Dalam Rocky's comments in NAS's posting tadi, he said his father used to be with the British Army. Patutlah, berani semacam.

mokk said...

..Pandai hang bersajak no !

tokasid said...

A voice:
TQ for visiting and linking me.
Visited yours several times and you did good and well researched write up.
First time visited bcoz of your blog name-a Pink Floyd anthem.

Should tell those Pedis Oralis minister like what Roger waters wrote: "Hey!Teacher!Leave us kids alone." ~another brick on the wall.

Kak AN: TQ for the e-mail.Nanti nak cuba buat.Kalau berjaya cek nak ajaq Clark gable pula.

CGOPD: I think next time pls write a puisi in Trengganuspeak.It will be effective. Wah you glamour now eh? Sheih kickdefella did a nice poster on you yesterday.Keep on writing bro.

Kak Ainon Besut:
Thank you for visiting again and leaving a comment.The puisi was an impromptu effort. I just key what ever came to mind yesterday. Nak duduk and karang-karang tak reti.Bukan ada jiwa seni.
Bapak saya was in the British Army too but diserap ke ATM dan balik Malaysia.Lagi pun ada darah Patani...tapi saya berani dari jauh saja kot.
Sejak pernah dizalimi oleh kerajaan Jebatville after last 2 Pemilu, dah tak takut lagi kat orang2 yg ada kuasa ni.

Mokk:
Hang lagi pandai puisi dari aku.Hang lagi syahdu and jiwang kan?See you 20th April for a big reunion bro.

bergen said...

Good stuff. Gotta sing it to the tune of dikir barat, or boria.

tokasid said...

Bergen,sir: TQ for dropping by.I know you are busy with your new biz world. Am learning to put a song( most probably Ebiet's or dikir barat of Megat Nordin)to my blog. Thanks to AuntyN for her e mail of DIY-To-Put-A song-in blog.
If I'm able to do that our friend Clark Gable will be the next one.

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
Nak bermadah, berpantun dan bersyair saya tak pandai but I like the poem. I like the photo, too.

Formerly known as X-Matters.

AuntyN said...

tokasid : sedapnya lagu hehehe. Baguih, baguih dah pandai dah.

DJINSAKTI said...

First time sini...wa teruja gaks..tapi itu blogger united ah, apa bikin ah ? team bola ka ? macam itu Mancheter United ah ? wa nak main boleh..wa jadi golie keeper boleh ka ?

tokasid said...

Fauziah: Thanks. That was an instant puisi from the heart.

Kak AN: heheheh..TQ kak.
Djinsakti: TQ for visiting and dropping a comment. sekarang position yg kosong jadi ball picker and water carrier saja bro.

drzeze said...

tumpang lalu.
dok cari group Medic MU lepasan 1987.dah 20 years!dah jumpa MOK,Kak Fauziah Ismail.bleh list kan kat sini...
kalau rajin hang p la jengok2 rumah mama kat alamat tu.(sori la tak canggih dan best macam blog ni macam macam ada)....mama tak dak bakat menulis tapi teringin nak buat blog gak.jom layannnn..

Clark Gable of Pulau Duyong said...

ASMLKM,

Wahai Tokasid,
Tak sangka jiwang habih you ni,dengan lagu 'You are everything' berulang2 kali ,Saya dok leh dok lame kat blog ni ....takut nangis lak dengar lagu mendayu2.
Awat tak update blog ni huh? Potong Gaji kang baru tahu...jgn jadi mcm Mr Bergen hilang berminggu2.
Kalu your other half tengok blog ni kang jealous lak dengar lagu macam ni,saya nasihatkan pasang lagu Al Jaru ke amende ,yang you pandai nanyi tu...boleh buat album lak.

Lastly
buatlah posting baru Bang