Friday, March 2, 2007

Takziah: Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un


Innalillahi wa inna ilaihi roji'un.
Itu lah ucapan seorang Muslim bila mendapat atau mendapat tahu rakan handai taulan atau saudara mara mendapat musibah.
Sejak semalam ucapan itu telah beberapa kali aku ucapkan.
Ada 3 kematian di beritahu kepada ku dan ada 2 rompakan ke atas dua orang kenalan aku.
Kematian pertama: seorang bekas technician RTM Melaka. Kata keluarganya beliau kena serangan jantung.Tahu ketika bersarapan dgn teman melalui sms kepada teman tersebut. Rupa-rupanya Allahyarham ada bertalian dgn pak mertua aku.Dah lewat malam baru tahu.
Kematian kedua: Isteri seorang kenalan di Seremban.
Jam 10.30 mlm tadi Hj Salim telefon aku.Suaranya lain sedikit.Tiada ceria seperti selalu.Katanya dia berada di Seremban di rumah Abusstar sepupunya.Aku tahu wife Abusstar menghidap kanser.Hj Salim memberitahu wife Abusstar meninggal before maghrib.Aku berharap Abusstar akan bersabar dan tabah dgn ujian ini.
Kematian ketiga: Abang seorang kenalan.
Jam 1.40am terima sms dari KA guru di KYS.Dia beritahu abang Pn Siti Noor seorang pentadbir KYS telah meninggal mlm tadi.Allahyarham dulu seorang pegawai pendidikan di Melaka dan mempunyai doctrate. Beliau menghidapai kanser paru-paru.
Begitulah sunnatullah. Setiap insan wajib mati. Tidak dapat dielakkan atau lari dari kematian.Persoalannya sudahkah kita ada bekalan utk membawa kita melalui alam barzakh dan alam akhirat nanti?
Rompak satu: Pagi semalam lebih kurang jam 4 am, stesen minyak sahabat karib di rompak oleh 3 lelaki bersenjatakan parang.Alhamdulillah staf yg bertugas tidak di cederakan.
Rompak dua: Pagi ini jam 5.40am seorang lagi kawan pula kena. Stesen minyak beliau juga dirompak. Penjenayah menggunakan kapak dan parang panjang utk memecahkan pintu masuk. Ketika aku singgah 8.30 am tadi PDRM sedang menyiasat dan melihat rakaman CCTV.
Rasanya kumpulan yang sama melakukan jenayah tersebut.
"Ya ALLAH! Ya Rabb! Lindungilah kami dan ahli kami dari kejahatan manusia dan syaitan.Lindungilah kami dan ahli kami dari kejahatan siang dan malam. Kekalkan iman kami Ya ALLAH.Ampunkan dosa-dosa kami sesungguhnya kami memang sering zalim ke atas diri sendiri."

Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

4 comments:

Clark Gable of Pulau Duyong said...

Inna Lillah WIRJN

Harap sampaikan ucapan takziah dan Al Fatihah ku sedekahkan.
Multiple robberies ,snatchthieves,drug addiction,Along menace,Bankruptcies and Child and Spouse abuses are the few simple social indicator of economic hardship.Please read on Tale of two cities by Big guy on MT ...how different it is on the othe side of fence.

X-Matters said...

Tokasid
Al-Fatihah untuk mereka yang telah pulang ke rahmatullah semoga mereka di tempatkan bersama orang2 yang soleh.
Dari Allah SWT kita datang, kepadaNya kita kembali.

tokasid said...

CGOPD: it will read it later.TQ for hilighting it.

X-matters: TQ sir for visiting me and leaving 2 comments on two entries.

tokasid said...

Ralat:
X-matter: sorry to address you as sir. Should be TQ ma'am.Sorry for the typo