Wednesday, May 16, 2007

Melayu umpama burung......

Saya punya seorang teman yg saya kenali 10 tahun sewaktu zaman Mata Lebam umpama Panda dahulu.Beliau seorang yang pernah menetap di 3 negara Nusantara. Beliau membesar di Singapura sehingga berbelas tahun sehingga merantau ke Jakarta untuk meneruskan pengajian. Di Jakarta menetap selama beberapa tahun sehingga tamat kuliah. Kemudian berhijrah ke Malaysia dan menetap sehinnga kini.

Dalam pengamatan teman ini, ada 3 rupa rumpun Melayu di Nusantara dan pandangan hidup mereka juga agak berbeda.Sementelah pemimpin mereka begitu maka rakyat jelata juga mirip begitu. Kata teman saya:

Melayu Singapurr....umpama burung merpati. Keluar pagi pulang petang mencari makan.tidak memikirkan akan lain melainkan mencari makan. Tidak perlu buat sarang sendiri.Sarang bertingkat-tingkat sudah disediakan 'tuan rumah'.



Melayu Indonesia(termasuk Jowonya,Sunda,Bali,Madura etc) ...umpama burung garuda.Pantang yang melintas pasti di sambarin mereka. Ngak perduli halal haramnya asal rejeki dong. Mereka biasanya berani dalam apa keadaan sekali pun dan jarang putus asa.Sanggup terbang tinggi dan jauh asalkan beroleh rejeki dong.Ya...ngak kira halal haram, kecil atau besar.Semua bisa sambar ya dong pak.



Melayu malaysia....umpama burung Merak jantan.Bila ada memandang mereka mengembangkan sayap dan memuji diri sendiri.Lagi di puji lagi mereka mengembangkan sayap sehingga bulu-bulu sayap mereka yang cantik di ambil orang satu persatu tiada mereka peduli asalkan sentiasa di puji.Biar papa asal bergaya.Asal orang pandang kita hebat dan pemurah walau bulu cantik kita semakin menipis dan hampir menelanjangkan kita. Sebab bagi merak apa pun boleh asalkan mendapat pujian. Ini lah merak Bolehsia.



Apa pendapat anda? Melayu mana satu kita ini? Adakah sudah menjadi merpati atau garuda atau masih kekal sebagai merak?
Tiada hadiah sambutan kemerdekaan untuk jawaban anda.Tiada Perodua Viva atau Proton savy untuk anda, Tiada Volvo atau BMW jika jawaban tepat. Juga tiada handphone percuma atau sms percuma untuk anda.


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

20 comments:

mokk said...

Salam....

Jinak-jinak burung merpati..
ditangkap ia terbang lari...
Jinak lagi burung sendiri...
dipegang ia berdiri...ha ha.

Anyway..memang betul mamat kita hanya boleh bermegah dgn kuasa politik dan status bumiputra...
Kalau kat Sarawak ini kaum buminya jauh ketinggalan dari segi ekonomi.,education,sosial semakin merudum,...
Sometimes we envy dgn kaum bumi di semananjung...

Anonymous said...

Dearest TA and Mokk,
The worst kaum bumi are those who abused their power and abuse previlleges for theemselves .UMNO and Many so called parties for the bumiputra have gone to the dog.
Nowadays they even feel embarassed to fight for the very people they represesnt!!!

Have you ever wonder why there is no people like Dato' Michael Chong in UMNO or Parti Bumiputra S'wak?

Anonymous said...

Dearest TA and Mokk,
The worst kaum bumi are those who abused their power and abuse previlleges for theemselves .UMNO and Many so called parties for the bumiputra have gone to the dog.
Nowadays they even feel embarassed to fight for the very people they represesnt!!!

Have you ever wonder why there is no people like Dato' Michael Chong in UMNO or Parti Bumiputra S'wak?

Ophelia said...

A'kum TA,

Aduh duh duh.... tepat sekali description melayu malaysia that you put.

Be that as it may, I refuse to belong to that group. Malu lah. Nak jadi macam padi, makin berisi makan menunduk...

Selamat pagi sahabat

Mat Salo said...

Assalamualaikum. wr,wb Pak TA,

Hmmm? Melayu mana kita ni Pak? Ntah-ntah dah pupus. Melayu di samananjong amat unik skali.. pendapat teman bapak itu amat tepat.. Sifat2 arrogan burung merak ini amat ketara, Pak. Apa lagi, ya? Ya, kuat perasan. Macam baguih ya Pak? Mengharap supaya dengan peredaran masa, sifat2 yang kurang diingini ini bisa hilang secara genetik.. Gimana Pak Dok?

Raden Galoh said...

Dalamnya persoalan bro hari ini...termangu-mangu saya memikirkan Melayu yang manakah aku ini...

Masih pikir ni...

tokasid said...

Mokk:

Aku pun tak tau awat kita jadi lagu ni...majoriti orang kita macam ni.baik di kampong baik di desa.Kalau sikap makan puji tak boleh di kurangkan aku takut kita akan jadi merpati satu hari nanti.

Anon( is this the sailor?):
Yes this group of ppl are unfortunately the ones who have political powers.They will only think of the merpati come election time.

Ophelia:Betul.Lets not be a merak anymore.Lets not be a bird anymore.Let us be insan again.Insan yg merdeka berfikir yang tidak takut di ugut.

Matsalo:Bapak tentu lebih ngerti saya kira sebab bapak sudah meranto seluruh pelusuk dunia.sudah berbagai spesies burung bapak sudah lihat.Dan bapak sudah netap di negara merak sehinnga bapak ngak sanggup kerja kerana ke'merak'kannya.Sehingga bapak kini di negeri garuda di mana semua bisa jika harganya sesuai ya dong pak.

saya berharap agar sifat burung merak bisa pupus dari sanubari Melayu dalam seratus tahun ini pak.

Horas pak!

Radengaloh:
Hah3..tak payah mikir-mikir.harapan saya agar anak-anak kita dapat kita pesan agar buang sifat merak.Supaya anak kita akan pesan pada anak-anak mereka dan seterusnya...

Kak Ainon, Besut said...

Asmk Tokasid

Apa khabar? Rasanya dah dekat 2 bulan saya ta’ singgah kat laman TA ni. I think my last visit was just before the Machap election. Then I went back to KL, Percaya tak - kat sana saya ta’ ada internet access from home. Ni dah balik Besut (few weeks ago), baru okay. Banyak nya posting2 lama dari favourite blogs yang nak kena baca.

Walaupun postings TA from mid April ta banyak sangat, tapi semuanya “mengancam”. Macam2 ada – yang cool, kelakar, sedih, spiritual, bijak, etc. Your current bird-posting on orang2 Melayu ni pun, rasanya (in general) tepat LAH. Pandai TA mengkias.

Dua tiga hari ni, saya rasa lega sikit bila ada public follow-ups on the 2 MP clowns tu. Ini burung merak juga ke atau special breed? Dah lama “mual” dengan perangai dia orang berdua ni. I don’t know whether they are better behaved di luar parlimen or @ kampong dia orang. Tapi dari apa yang saya tengok dalam Sudut Parlimen tu, memang dah wajar sangat that they are taught some lessons. To me, they more than deserve the 6-month suspension. Set the example. Dah lama sangat perangai kurang ajar. There are many more of the BN MPs yang perangai macam budak2. Plain arrogant! Macam parlimen tu bapak dia orang punya. Walaupun kot ada benda2 baik yang pernah mereka cakap, tapi kalau perangai macam samseng, susah orang nak appreciate. But sadly, up to now, there are still leaders who share this sense of humour (ref to posting by Zoro-unmasked). His analogy pasal bapak budak tu, saya setuju.

Betul gak kata DSAI dalam Malaysiakini that “Language is the dress of thought (quote: Samuel Johnson)”. It reflects our akhlak in general. Hope I’m not overdoing this. Ini pasal dah lama sangat simpan geram.

Sorry lah TA. Dah melalut ni. Before I end it, ada sikit lagi nak sebut. Lepas baca the 1st comment to this posting from MOKK (tergelak jugak), then I visited Screenshots. Ha, kat situ, topic dia pasal NAIK, NAIK, NAIK, ... Current tag-line agaknya. Oh ya, lagu melayu asli - best jugak.

Ok, wassalam.
Kak Ainon.

drzeze said...

salam to TA,
Melayu di Afrika macamana pulak? jangan lupa species kita di sana.

Pernah anak anak tanya,'mama orang asli ke?
'taklah' jawab mama.
'o jadi mama ni orang tiruan la ya?'
terkena!...mama senyum terpaksa..

Kata Tak Nak said...

Melayu Malaysia sebenaqnya, Burung Kakatua, dia asyik ajuk saja apa orang kata. Towering Malays, Melayu Glokal, Fist class infrastracture, Taraf dunia bla, bla, bla, so full of fury signifying nothing.

de_kerinchi said...

salam Tokasid,

Saya rasa kebanyakan nya kita ini, Melayu lupa diri.

mana tidak nya,
Ramai juga melayu jadi freethinker, merempit, black metal, rasuah, dan segala macam lagak moden yang mengerikan...terfikir juga apa nasib anak-anak ku nanti...

pena said...

Akummm..

Tepat.. tulisan sdra memang tepat tak dinafikan begitulah sikap orang melayu msia..

Kami wartawan akhbar menyokong tulisan sdra. Tapi ribuan maaf kami tak boleh siar.. Kalau boleh.. dah tentu kami beri muka depan..

Teruskan menulis bagi membina orang melayu sedar dari lena.

Sekian..

pena said...

Akumm

Tulisan sdra memang tetap sekali dan tidak saya nafikan itulah sikap orang melayu malaysia.

Teruskan menulis untuk menyedarkan bangsa melayu yang suka terlena.


sekian

pena KL

david santos said...

Please, it puts fhoto of Madeleine in your Bloggue

Missing Madeleine!
Madeleine, MeCann was abduted from Praia da Luz, Portugal on 03/03/07.

If you have any information, please contact Crimestoppers on
0800 555 111

Please Help

rapat_umum said...

Salam Tokasid,

kebanyakan nya melayu mudah lupa. Kebanyakan nya pentingkan diri sendiri. Hasad dengki jangan cakap, memang bersarang dihati.

Melayu-melayu tapi aku juga melayu.

Hasrul Halid said...

Seperti pantun Mokk, jadik burung sendiri ajerlah Doc... kehkehkeh!

Boleh gitu?

tokasid said...

Salam to all.

Kak Ainon Besut:
TQ singgah sini kak.Memang dah lama kak ainon tak singgah.Ingatkan tak sudi ke,sibuk ke atau ibu kakak sakit ke.Kalau ada kelapangan kak ainon beri lah buah fikiran semua kita semua boleh kongsi bersama.Have a nice weekend kak.

Drzeze:
Orang tiruan??Kah3..budak2 tu pekena mak depa noo...
Melayu Afrika Selatan dan sri Lanka dan Christmas Island tak tau la macam burung apa sebab teman saya tak pernah tinggai di sana.Mungkin kalau sapa2 yg sering melawat ke sana boleh bagi tau kita.

Che'gu KTN:
Ya jugak tu che'gu esp barisan pemimpin yg dok ada.Apa PakLah sebut ,seminggu burung kakaktua dok ulang. Mungkin kita boleh kacuk kot cikgu jadi MERAK TUA atau KAKAK MERAK atau MERTUA. Jadi sifat merak pun ada sifat kakaktua pun ada.Amacam?Boleh kot?

tokasid said...

de_kerinchi:
Yes bro. Cuma macamana nak sedarkan orang Melayu dari mimpi indah atau perasaan perasan ini.It seems that all the negative elements senang sangat orang kita nak tiru.The problem is we do not understand our aqidah well.

Pena:
Kami di luar tahu bagaimana perasaan orang surat khabar yg tangan terikat dan jiwa menjerit kerana mereka tahu berlaku mungkar yg banyak tetapi tidak dapat berbuat apa-apa.
InsyaALLAH kami para bloggers akan cuba dedah/kemuka apa yg kami fikir boleh membantu.
TQ pena.

David Santos:
if you can give the link for her photo maybe I can put it here.

Rapat_umum:

Betul tu. Majoriti kita orang Melayu.Samada kita suka atau tidak kita adalah Melayu.Tapi sifat buruk boleh kita ubah walau brand melayu kita tak boleh ubah.Saya tidak malu ngaku melayu tapi malu dgn sifat negatif yg macam dah sebati dgn bangsa kita. Let us begin the changes.Let us start with ourselves and our families,friends.Mungkin akan ambil masa yg panjang tetapi tidak mustahil boleh di ubah mentaliti merak dan kakaktua kita.

Hasrul:
Welcome back sedara Tepen ku.dah mangkit tidoq dah ka? Lepaih ni muleh aku contiang blog hang semula.

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
Kalau ikut burung, ramai Melayu sekarang seperti burung merpati, terus menerus cari makan, mengejar impian untuk jadi realiti (tapi bukan Akademi Fantasia).
Dulu, kalau bercakap dengan kawan2 bukan Melayu, ramai yang buat rancangan untuk berpindah ke luar negara.
Now, three out of five of my Malay friends are planning to migrate overseas to the UK, Australia and Dubai.
What has happened to the Malays?
They are disillusioned with what the government/country can offer them.
They think the pasture is greener elsewhere. Well, maybe.

Kata Tak Nak said...

Aku sedih bila aku mengata kat bangsa aku sendiri tapi the reality of it is that, our people purposely blind themselves. They chose to accept handouts when actually they could get much more by opening up their eyes to the opportunities thats around them. They let themselves be bought during elections when actually what is given them is theirs in the first place. They don't like to question things chosing the easy path of putting everything in God's hands but ignoring God's call for them to not blind themselves to reality. Aku bukan seronok bila mengata kat bangsa aku sendiri, on the contrary I am sad. sampai bila kita nak jadi macam ni, satu masyarakat yang cepat puas, suka berpesta dan sangat2 leka. I am sorry kalau ada orang yang tak agree with me but thats the way I see it.