Friday, May 25, 2007

Tazkirah Jumaat: Siratulrahim

Menadah tangan
foto dari internet(tanpa izin)

Derhaka pada ibubapa.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, "Semua dosa-dosa yang dilambatkan oleh Allah pembalasannya hingga hari akhirat kecuali dosa derhaka terhadap kedua ibu bapa, maka sesungguhnya Allah menyegerakan (seksaNya) bagi yang bersangkutan sewaktu hayatnya di dunia ini sebelum matinya." (H.R Attabrani)

Siratulrahim.

Berita dari Anas r.a. mengatakan bahawa Nabi s.a.w. {bersabda;} {Siapa yang ingin diluaskan rezekinya dan ditunda ajalnya (dipanjang umurnya) maka hendaklah dia menyambung hubungan kekeluargaan.} - Riwayat Bukhari dan Muslim

Dari Abdullah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila kamu bertiga, janganlah yang kedua orang berbisik tanpa yang ketiga sebelum dia bercampur dengan orang lain, karena itu dapat menyinggung perasaannya." (Hadith Riwayat al - Muslim)


penetrating the clouds(Bidor Perak)
foto by tokasid

Kasih sayang.

Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Al-Aqrak bin Haabis pernah melihat Nabi s.a.w memeluk Hasan. Al-Aqrak lalu berkata: Sesungguhnya aku memiliki sepuluh orang anak, namun aku tidak pernah memeluk seorang pun daripada mereka. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya sesiapa yang tidak menyayangi, nescaya beliau tidak akan disayangi.
(Muttafaq 'alaih)

Hadis Jarir bin Abdullah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa tidak menyayangi sesama manusia, maka Allah tidak akan menyayanginya.
(Muttafaq 'alaih)

Muliakan tetamu.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, "Sesiapa yang beriman kepada Allah s.w.t dan hari akhirat maka hendaklah ia memuliakan tetamunya." (H.R Bukhari & Muslim)



water carrier

foto by tokasid
Cakap tak serupa bikin.(ni kena batang hidung aku Semoga ALLAH berikan hidayah pada ku.Ameen)


Dari Abu Zaid iaitu Usamah bin Zaid bin Haritsah radhi-allahu 'anhuma,katanya:


"Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan didatangkan seseorang lelaki pada hari kiamat, kemudian ia dilemparkan ke dalamneraka, lalu keluarlah isi perutnya, orang tadi lalu mengelilingi isiperutnya sebagaimana seekor keledai mengelilingi alat gilingan. Para ahli neraka berkumpul di sekelilingnya lalu bertanya: "Mengapa engkau ini hai Fulan? Bukankah engkau dahulu suka memerintahkan kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran?" Orang tersebut menjawab:"Benar, saya dahulu memerintahkan kepada kebaikan, tetapi saya sendiri tidak melakukannya, dan saya melarang dari kemungkaran, tetapi saya sendiri mengerjakannya."(Muttafaq 'alaih)


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

13 comments:

de_kerinchi said...

Salam Tokasid,

Takzirah yang baik dan bagus sekali.

Saya hanya ingin menekankan tentang derhaka kepada kedua ibu bapa.

Kalau ini dah gagal, bagaimanakah kita boleh tenteram untuk melakukan ibadat dan amal baik yang lain?

Dari Ibu dan bapa kita lahir kedunia lalu kita pun mengenal akan Allah s.w.t. lalu beribadt kepada nya, jadi apakah kewajaran nya kita menderhaka pada mereka? Laknatlah bagi mereka yang menderhaka kepada kedua ibu bapa.

Maaf tokasid, saya emosional sikit kalau bersangkutan dengan ibu bapa, bagi saya, tiada ruang kompromi dan alasan untuk kita menderhaka.

tokasid said...

de_kerinchi:
Jangankan menderhaka, jika ibu tidak redha kepada anak pun hidup anak pasti tidak tenteram. ALLAH redha jika ibu redha.Begitulah tingginya martabat ibu dalam Islam.Syurga di bawah telapak kaki ibu.Oleh itu kita sebagai anak jgn sekali-kali melakukan perbuatan yg boleh mengguris hati ibu.Orang lelaki sering mempunyai masaalah dari sudut ini apalagi jika isteri mereka tidak 'ngam' dengan ibu suami.Seringkali suami akhirnya tunduk kpd isteri dan tanpa di sedari ibunya makan hati berulam jantung.Tanpa di sedari ibu berkecil hati kepada anak.

Seperkara tentang redha, ALLAH akan redha kepada seorang isteri jika suami redha kepadanya.

Ya ALLAH, Kau berilah petunjuk dan hidayah kepada hamba-hambaMu yg lemah dan tergelincir.Kau ampunkanlah dosa-dosa kami dan ibubapa kami.Kau jauhkan kami dari menderhaka kepadaMu dan kepada ibubapa kami.Ameen.

Anonymous said...

Cakap tak serupa bikin tu mungkin ada masanya sebab terlupa. Tulis tak serupa bikin, lagi teruk kot, sebab bukti ada tertulis, masih tidak dibikin. Semoga kita semua mendapat hidayahNya, Ameen.

Mat Salo said...

Pak Dok TA,

Aduh! Den raso podeh sobab makan chili padi ayam gulai.. Sooooooot!

Baguih hang ni sering dok mengingati kami Hamba Allah SWT yang serba kuuu-reng.

I have sinned against my parents so many times that I accept my fate as WILLED by GOD...

"...rabbugh firli waliwalidai ya.. Aamiiinnn...."

I'm willing to accept what dekernichi said.. laknatullah... na'uzubillah...

Salaam.

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
When I don't fulfill my mother's requests, I get sleepless nights until and after I've done it.
There is a bond that cannot be explained. It must had been through the umbilical cord.
There is, however, a thin gray line that differentiates what is derhaka and what is not.
Sometimes there are things that we as children cannot fulfill but whether that tantamounts to derhaka when it is not fulfilled, only Allah SWT knows.
Good advice neverheless.

Anonymous said...

Dearest TA,
Terpanggil untuk komen kenyataan TA yang mengatakan isteri tak ngam dengan ibu suami. Kadang2 suami ini tak perasan yang sebenarnya ibu2 mereka yang tidak ngam dengan isteri. Di depan anak2 lelaki, ibu2 ini hebat bersandiwara untuk megelabui mata anak2 jantan mereka. Tetapi si isteri makan hati berulam jantung kerana kerap disindir, dimaki dan difitnah. Sehingga bila balik kampung, jiran tetangga mertua pandang serong dan senyum2 sinis. Poor wife...! Bila si isteri cannot take anymore of those nonsense dan bertindakbalas, si isterilah selalunya yang dapat nama busuk.

tokasid said...

Salam to all.
Pak zabs: I'm always in the situation of cakap tak serupa bkin.True! Nasihat orang pandai tapi sendiri...macam ayam jantan berkokok hebat tapi ekor penuh najis. Semoga ALLAH give me more hidayah and maintain whatever iman I have.

Pak Matsalo:
Memang la kita ni selalui cuai dalam kehidupan kita.Aku selalu macam tu.leka memanjang.Rasa macam aku ni best habih. Masa student dulu lagi derhaka tapi pandai pulak ambik hati mak dan pak so kira settle la. Sekarang tak dapat balik selalu tengok mak tapi dia faham. dapat 2-3 bulan sekali balik pun dia dah okay.
Kita ni selalu kena minta maaf tak payah tunggu Raya.Dan minta mak halalkan air susu dia.

Fauziah: yes , its a thin line now. Tapi kalau mak-mak kita faham dan tidak terlalu authorative sangat senang kira. Kalau mak asyik nak ikut kata dia saja , susah jugak. Tapi asal tak menyalahi syarak kita cuba patuh sebaik mungkin.

Anon:
Memang betul ramai juga mak mentua suka bawak mulut terhadap menantu-menantu perempuan.Itu yg tak ngam. Tapi baik buruk mak mertua she is still mak suami kita. Ramai juga mertua yg upset dgn anak lelaki mereka kerana ada problem dgn menantu. dalam hal ini suami nak buat macamana? Adakah biar saja sampai mak sendiri begitu marah atau disowned? Atau macamana? Semua orang ada perangai buruk dan hodoh masing2. Kita terima mereka in total dan cuba nasihati mereka( yes walau mak kita sendiri).
ALLAH sendiri menyatakan jgn derhakai ibu-bapa.Tak kata jgn derhakai isteri. Redha ALLAH apabila ibu redha kepada anak. Redha ALLAH bila si isteri di redhai suami.

Mungkin ada yg kata ini tidak adil, macam zalim terhadap para isteri. Tapi itu lah kehendak ALLAH dan ALLAH Maha Mengetahui.
Unless kita tak kesah suami kita jadi anak derhaka dan di humban ke api neraka, dan kita tak kesah isteri kita derhaka dan humban ke api neraka. Na'uzubillahi min zaliq.

ALLAH telah menempatkan kedudukan wanita di tempat yg paling tinggi kerana tanpa keredhaan ibu pasti sia-sia lah hidup anak.

Anonymous said...

Thanks Bro Ta... Nasihat ini berguna untuk saya sentiasa melihat diri di dalam 'cermin'... berkatkah hidup ini jika orang paling hampir dgn kita tidak redha dgn apa yang kita lakukan... bagi saya mak mertua adalah mak saya... walaupun ada yang saya lakukan itu dia tidak berkenan ataupun sebaliknya saya tidak pernah menyekat suami utk memenuhi kehendak ibunya...kan tanggungjawab anak lelaki pada ibubapa sendiri berpanjangan selagi hayat dikandung badan... sebab dunia ini ibarat roda...suatu hari nanti insya'allah saya juga akan ada menantu...tentunya saya mahu anak-anak lelaki saya mempunyai rasa tanggungjwb kepada ibubapa mereka walaupun mereka sudah berumah sendiri... Sejak ada kanser ini saya memang byk mengubah hala tuju hidup saya...tentang ibubapa sendiri atau mertua... kadang2 bila fikir kita ni diberi jalan membuat pahala dgn mudah iaitu dengan membahagiakan ibubapa tapi kita tidak melakukannya malah membuat dosa free2 pula...Ya Allah...kau jauhkanlah aku dan muslimin-muslimat yang lain dari sikap menderhakai ibu-bapa...Terangkan hati kami dari kegelapan dunia...Amin.

tokasid said...

Raden:
Amin ya robbal'alamin.
Life is too short to please everyone.Memang semua kita berharap dan mengharap kehidupan yg sentiasa problemless samada dgn parents,saudara-mara,sahabat handai malah dgn suami isteri masing2. But nama kita pun insan.Menjadi fitrah insan sentiasa alpa dan lupa dan hanyut dalam melayari hidup. Aku antara yg begitu, hingga sering mengecewakan orang-orang yg aku kasihi.
Cuma aku sentiasa berharap agar berpeluang membetulkan apa yg salah kepada semua orang.

IBU said...

Thank you Tok, berpesan-pesan ke jalan kebenaran.

Teringat dulu zaman anak-anak, Mak sampai migraine jaga kami adik-beradik, "korang ni nakal2, nanti anak korang balas balik - baru korang tau" she retorted sometimes.

La ni bila rumah macam tongkang pecah, senyum sendiri la teringat keluhan mak dolu-dolu. Baru tau!!

Dulu anak, sekarang ibu. Telan!

Anonymous said...

Komen TA pada Anon tu sungguh tepat sekali. Semua Anon membacanya dengan hati terbuka.
Saya berharap semoga tidak benar, anggapan anda yang diri anda macam ayam jantan berkokok hebat tapi ekor penuh najis. Jangan terlalu merendah diri.

Anonymous said...

Dear TA and zabs,
Thank you for yor comments.And believe me, i am very open dan CUBA SEDAYA MUNGKIN untuk perbaiki diri yang serba kekurangan.
TA, i totally agree with you. I too have sons of my own. Tapi yang mengecewakan suami-suami yang 'kayu' ini seolah-olah tak sedar yang isteri-isteri ada perasaan and ada limit to how much humiliation they can take. Berapa kerat anak-anak jantan yang mampu menasihati ibu-ibu mereka?

tokasid said...

Salam to all.

Ibu:Yes its not easy jadi seorang ibu. Berkorban apa saja untuk anak-anak.
Masa mengandung semakin hari semakin berat kandungan dibawa.Kaki membengkak besar hingga tidak muat sepatu.Pinggang sakit.kaki cramps.Kencing kerap.Itu kalau tiada penyakit seperti K Manis atau Drh Tinggi.Kalau ada lagi berat ibu menanggung.
Anak sakit ibu yg berjaga malam( bapa pula mengheroh tidur...macam saya)mengelap badan anak yg panas.Menyapu minyak yuyi bila anak kembong.Membancuh susu di dinihari. Menukar lampin bila anak kencing atau berak.Anak nak tumbuh gigi ibu hadapi.Anak sakit ibu berkira ke klinik atau hospital.Anak gembira ibu gembira sama.Anak bersedih ibu juga mengalir airmata.
Begitu besar pengorbanan seorang ibu.Mana mungkin anak boleh membalas itu semua.Apa yg anak mampu lakukan tak sekelumit mana comparatively.

Pak zabs: saya bukan merendah diri cuma meluah realiti.Bukan membuka pekung di dada. Cuma saya berusaha agar tidak berterusan menjadi ayam jantan tersebut.Perkara yg paling susah untuk kebanyakan orang ialah membuang atau pengawal perasaan "aku bagus".

Anon:
Rasa saya the so called suami'kayu' tahu but mungkin mereka tak tau macamana nak handle perkara ini.Mungkin ada baiknya jika pulang ke kampung suami balik sendirian saja kalau isteri tak boleh ngam dengan mak mertua.Memang akan ada banyak soalan dari ibu masing2..tapi ibu pasti akan dapat merasakan lama kelamaan yang menantu tak berkenan kepada beliau.
Baik balik sorang dari terpaksa menghapdap dua wanita yg di kasihi berwajah cuka.

Memang tak ramai anak2 lelaki sanggup menasihati mak mereka.But percayalah its actually easy.They just have to pick up their courage and tahu apa masaalah dan cara nak sampaikan kepada mak-mak mereka. I find that easy. Cuma kita jangan harapkan miracles to happen. Sikap dan sifat ibu dan bapa kita sudah terpahat sejak mereka remaja lagi ketika zaman mereka itu mungkin menjadi sesuatu yg normal.Cuma di zaman kini fe'el itu mungkin sudah weird atau senang melukakan hati banyak pihak. Kebanyakkan orang yg masuk kategori tua persepsi mereka masih di zaman mereka. Kita juga mungkin akan begitu bila masuk kategori tersebut. Mungkin perlu adjustment tapi jgn harap sangat ibubapa nak adjust( mereka makan garam lebih dulu dari kita...kata mereka lah). Sebab itu anak2 yg terpaksa tolerate dan adjust.