Friday, May 11, 2007

Tazkirah Jumaat: Al-Hadith.

Malam mengambang( malam 16)
foto by tokasid
Aku dapat e-mail setiap hari dari group mymasjid. Ada seorang insan dgn nama Abu Hekal yg tidak jemu-jemu mengirimkan al-Hadith kepada ahli group tersebut.Hari ini aku ingin berkongsi beberapa hadith yang Abu Hekal hantarkanSekurang-kurangnya kita mendapat ilmu yg Rasulullah s.a.w. mahu sampaikan kepada kita,Jika kita dapat mengamalkan walau sedikit pun bermakna kita telah menjalani sunnah Nabi s.a.w.
Jika berkemampuan aku akan postkan al-hadith setiap Jumaat.



Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Barangsiapa yang
melapangkan suatu kesusahan dari beberapa kesusahan seseorang Mu'min
di dunia, maka Allah akan melapangkan untuknya suatu kesusahan dari
berbagai kesusahannya pada hari kiamat."

"Barangsiapa yang memberikan kemudahan kepada seseorang yang
kesukaran,maka ALLAH akan memberikan kemudahan padanya di dunia dan
di akhirat."

"Barangsiapa yang menutupi cela seseorang Muslim, maka Allah akan
menutupi celanya di dunia dan di akhirat."

"Allah itu selalu memberikan pertolongan kepada hambaNya, selama hamba
itu suka memberikan pertolongan kepada saudaranya."

"Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari suatu ilmu
pengetahuan, maka Allah akan memudahkan untuknya jalan menuju ke
syurga."

"Tiadalah sesuatu kaum itu berkumpul dalam sebuah rumah dari
rumah-rumah Allah, untuk membacakan kitab Allah (Al-Quran) juga
mentadarusnya antara mereka itu, melainkan turunlah kepada mereka
ketenangan hati, ditutupi oleh kerahmatan Tuhan, juga diliputi oleh
para malaikat dan Allah menyebutkan mereka itu di kalangan makhluk
yang ada di sisinya."

(Riwayat Muslim)

UPDATE: Ada sorang kawan aku yang punya lama hibernate dari blogging dan idup semula. Rupa-rupanya dia terlupa password blog dia.Sikit punya haru ka mamat sekoq ni.Tapi dia la yang dok layan aku ngeteh hari-hari dengan sorang lagi bakal blogger.
Kalau ada masa singgahlah tempat dia http://anakkedah7775.blogspot.com/

Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

8 comments:

k.d said...

Terima kasih tokasid atas tazkirah ini. Buat lah setiap jumaat...apa-apa yang baik elok dikongsi dan disebarkan.

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
Thank you for sharing. Tanggungjawab bersama untuk memberi pengetahuan dan peringatan kepada kawan2 yang lain.
Have a good weekend.

Unknown said...

Iye, setuju sangat dgn K.D. tu...saya pun perlukan peringatan sebegini supaya sentiasa berada di track yang betul...maklum, kita manusia mudah alpa. Apapun, jazakallahu khairan khatira Tok...

mokk said...

Salam Mamat..
Jazakallah...

tokasid said...

k.d. /Fauziah XM/Radengaloh/mokk:

Hanya sekadar tu yg termampu.InsyaALLAH kalu ada kudrat akan dibuat setiap Jumaat.

Anonymous said...

Dear TA,

Terima kasih, sama-sama lah kita ingat mengingati...(dosa pun banyak ni nak kena bayar.. huaaaa!!!)

Good day Doc

Unknown said...

Tokasid

Berapa kali dah aku nak jumpak hang tak dapat ni?!

Pertemuan-pertemuan tersebut sudah aku serahkan kepada pihak yang berautoriti di dalam PAS.

Sejak dari awal lagi aku nak pertemuan-pertemuan itu dipegang oleh pihak-pihak yang secara rasminya mewakili PAS.

Aku hanya start the ball rolling saja. Bagi jadi sesuatu yang belum terjadi, dengan izin Allah.

Selepas ini, jemputan-jemputan akan dikendalikan oleh Ketua Penerangan, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Kita dah setuju supaya Lujnah Penerangan DPPWP jadi macam badan "care taker"lah.

Sejak dari awal lagi, Allah jua yang menjadi Saksi, aku hanya nak bagi bergerak ja pertemuan-pertemuan tu.

Sepanjang dua kali aku panggil pertemuan-pertemuan tu, bukannya aku tak gelisah. Aku sapa? Apa locus standi aku nak panggil? Aku penyokong PAS sahaja.

Sebab tu aku harap sangat kat Roslan SMS supaya dia ambil alih.

Malangnya dia tak datang atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Tapi budak-budak dia datang.

Nasib baik malam tu Ketua Penerangan DPPWP, Herman Samsudeen, datang. Jadi aku cadangkan serah kat depa sebagai "care taker government" sementara nak diambil alih oleh pihak yang lebih atasan. Semua setuju.

Ni aku boh kat blog hang sama ni.

(Fasal puak tolak agama yang hang ulas tu, aku rasa kena pakai hujjah akal, sebab depa terpengaruh dengan hasil mengelamun kaki-kaki mabuk di dunia Barat yang dapat idea dalam jamban yang depa sanjung tinggi sebagai ahli-ahli fikir.)

s.k. Roslan SMS

Mat Salo said...

Jazakallah...

TA, hang ni aku tengok pon pengamat fotografi gak ya? Citer hang pasai "potong stim" amik gambaq tu... haha . . senang jer TA, kat PC kita boleh "crop" buangkan mana2 yang tidak berkenan ...hehee

Makasih kerna memperingatin, Ya Pak Dok? Salaam...