Last week aku dah letakkan entry about miscommunication.
Hari ni pun about miscommunication.Yang ni berlaku kat aku sendiri yesterday.
betul-betul kena batang hidung. And it was very embarassing.Tak tau mana nak letak muka. Mujuq aku ni jenis muka tebal..masih boleh dok kerenyeh dan senyum sumbing dalam dok simpan malu.
To Mrs Tokasid: I'm sorry sayang!
Sabtu lalu 28 April aku dan Mrs TA pergi ke Kajang untuk ambil Hafiz balik dari asrama SMAP.Dia dapat cuti panjang sikit bersambung dengan Hari Pekerja.
Sebelum ke asrama kami lalui BB Bangi sebab nak singgah ke beberapa nursery.Nak tengoklah kalu ada pokok2 bunga yg berkenan di hati.
Kami masuk satu nursery berdepan dengan BOMBA BBB. Kemas nurserynya,bersih dan cantik landscapingnya.Kepunyaan bumiputera.Alhamdulillah.
Pusing punya pusing,ushar punya ushar ada lah pokok air yg kami berkenan jadi belilah. Sebab lepas ambil Hafiz kami cadang nak ke One Utama aku simpan pokok di nursery dan berjanji akan ambil pada Hari Pekerja.
Di situ juga ada beberapa spesies orkid yg cantik-cantik.Ada yg wangi baunya(first time aku tengok orkid berbau harum).Dalam dok tengok-tengok Mrs TA ternampak satu pasu tembikar kat bawah pokok.Memang cantik.Made in Burma.
Aku tanya tokey nursery tu:
TA: Dik..ni pasu ni berapa harga?
Tokwkay Nursery(TN): yang ni bang eee....(sambil dia dok pusing-pusing keliling pasu tu.Dok garu-garu dagu dia macam lah terasa gatal).Yang ni mahal sikit bang sebab yang ni Burma punya.
TA: Ye la..berapa harga dia?
TN: Yang ni last punya bang.Tak ada lagi dah.Ni pun saya tolong jual utk kawan saya( masih dia dok tawaf keliling pasu tu)
TA: Ye lah..berapa harga dia?
TN: Untuk abang saya bagi lima lapan.
TA:( bila dengar lima lapan aku okay saja la..)Okay.Tapi abang tak dapat ambil hari ni sebab nak ambil anak kat asrama.Nanti 1 Mei abang hantar dia balik abang singgah ambil pokok tadi dan pasu ni.Boleh?Engkau bukak tak 1 Mei?
TN: Boleh bang!Saya bukak sampai pukul 7 malam.
TA: Kalau macam tu ,abang bayar dulu duit pokok.Berapa pokok tadi?
TN: Pokok tu tiga lima.nanti saya tulis dah sold jadi staff saya tau.Takut terjual pada orang lain pula.
TA:(aku bagi lima puloh kat dia dan dia bagi balance lima belas)Okay dik abang pergi dulu..nanti Selasa abang datang.
End of part 1.
Semalam lepas hantar Hafiz ke asrama SMAP( dia balik awal sebab esoknya kena pergi Kuala Kubu Baru utk Chess tourney MSSS(state level)aku,Mrs TA dan mak mentua pergi ke BB Bangi.Seperti yg dijanjikan memang nursery tu buka .Alhamdulillah. Bila sampai towkay(TN) tak ada.Yang ada helper dia dan adik dia. Lepas masukkan pokok yg di beli aku jumpa adik TN dan tanya pasal pasu Burmah. Dia kata harga empat lapan.Aku senyum la dalam hati sebab TN kata lima lapan. Tapi adik dia kata nak telefon TN dulu. Tak sempat dia call, TN pun sampai dengan vannya.Penuh pokok keladi dalam van.
Dia turun dan jumpa aku.
TN: Apa khabar bang? Dah ambil pokok air tu?
TA: Sihat.Pokok dah boh dalam kereta dah.Ni tentang pasu Burma tu macamana?Bagi la kurang sikit kat abang.
TN: Macam saya cakap Sabtu tu la bang.Lima lapan.
TA: Tadi adik kau kata empat lapan.(tapi aku tau adik dia silap)
TN:Tak bang..ni memang mahal sebab dari Burma.Dan ni yang last punya tak ada lagi bang.
TA: Okay,berapa kau boleh kasi kurang.Abang pun dah tambah satu pokok tadi ni(Mrs TA memang ada ambil satu pokok kecil.Harga lima)
TN:( selepas dok tinjau sana tinjau sini) Baik.Saya boleh bagi abang lima enam.Saya jual ikut harga kawan saya.Saya ambil komisyen dua saja.'
TA:Okay lah.Boleh masuk kereta ke?
TN: Kat boot tak muat tapi kita taruh kat seat belakang.
TN pun panggil sorang Mat Indon to clean-up the pasu dan angkat masuk kereta.
TA: Okay dik.Pasu lima enam.Tadi akak kau ambil pokok,staff kau kasi lima.Jadi semua enam satu kan?(sambil aku hulur enam puluh satu ringgit kat dia)
TN:( sambil dok pegang enam satu ringgit tapi muka dia macam confuse saja)Bang duit pasunya mana?
TA: Tu yang kau pegang laa..Tadi pasu lima enam.Pokok pula lima.Jadi total enam satu kan?( aku pun heran juga..apasal mamat ni tak tau matematik ka?)
TN: (masih confuse nampaknya)..tapi duit pasu mana bang? Tak cukup ni.
TA: Tak cukup? Kan ada enam satu tu?
TN: Eh bang..pasu tu lima ratus enam puluh.Bukan lima puluh enam bang!
TA:( aku terkedu. Patut la TN nampak confuse tadi.)Ye ke? Laa..abang ingat lima enam kau tu maksud lima puluh enam.Abang tak tau lima ratus enam puluh.
(Malu aku masa tu. Aku tengok Mrs TA aku jadi serba salah)
TA: Abang tak bawa duit sebanyak tu dik...Macam ni lah..nanti abang datang semula okay.Ni abang booking boleh? Adik wak keluarlah pasu tu dari kereta.Sorry eh!
Mrs TA: Takkan abang ingat pasu macam tu rega lima puluh enam kot?
TA: Ya lah..mana abang tau.Sayang tau kan abang mana pernah beli pasu. Yang orang tu pun tak cakap terang-terang. Lain kali kata lah lima ratus enam puluh. Ni dia kata lima enam,lima enam.Abang ingat lima puluh enam la.
Jadi kami pun balik dengan dua pokok saja.
Kesian Mrs TA tak dapat pasu semalam.Sorry ya sayang.
Abang dah nak jadi tua,tak faham cakap orang berniaga.
Kesimpulan: Kalau kita nak bagi info kepada orang lain make sure penerangan kita itu jelas supaya orang tak salah anggap. kalau orang salah anggap boleh menyebabkan jatuh kemaluan(oppss...) jatuh air muka orang itu.
Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa
16 comments:
Salaam to TA:
First off, hang ni betui kalut lah. Macam aku jugak! Zaujah hang ngan aku mesti boleh member punya. MANA ada pasu Burma murah mcm tu? Ha ha ha. BTW, lain kali berminat nak tengok nursery, Sg. Buluh area tak jauh fm my place pon ok. Should be back Mid-Jun, tp tunggu clear cuti sekolah dulu.. Nak bawak pi Utagha dulu - holiday...
Matsalo;
aku mana la tau ghega pasu.Selalu mem aku beli ngan maid.Jadi bila mamat tu kata lima lapan aku paham lagu tu la.Kalu dia kata awai2 lima ratuih lapan puloh kan senang crita.Boleh lah pekemaih siang2.
Aku ingat kita orang jantan ni memang ambik perkara2 ni sempoi sangat kot.Tu yang manjang dok blur.
Weekend ni nak pi balik BBB to sambaq pasu burma.
Pasu sampai RM560?? Aish...
Kalau saya pun tak beli...and kalau saya pun pikir RM56...
Betul tu...cakap biar terang....!!!
Salam TA
Kalau nak ikut cerita dari mula, towkay tu yang misinformed you. Kalau dia kata harga pokok tu tiga lima (RM35) and then she said the pasu is lima lapan (which I take to mean RM58 instead of RM580), then the mistake is actually hers and you could, if you insisted, gotten the pasu for a steal.
Tapi beli pasu for RM580? Nak isi apa ya?
Have a good week, whatever is left of it.
Pengalaman aku.. bila ada satu-satu insiden yang membuatkan aku malu yang 'teramat gaban', aku akan tumpang sama gelak dengan orang yang gelakkan aku..!
Kehkehkehkeh! Baru 'happening'!
Fauziah XM: yes...as far as I am concerned, that nursery guy made a terrible mistake.From our tawar menawar from the first day my impression was RM58/=.He should have said 580/= then things would been different. We might decide not to buy or if we wanted it we would have brought enuf money.That would avoid any embarassment to everyone there.
Hasrul; Aku pun kerenyeh macam kerang busuk hang kata.Tapi lam ati malu la juga.Aku rasa mem aku pun malu kot.Mesti towkay tu ingat mamat ni sengkek tapi ada ati nak beli pasu Burma kot?Mungkin juga mamat tu realize kesilapan dia bila aku explain kat dia aku paham lain .
Mujuq aku buka jenih muka atau telinga merah bila kena malu( tu untung orang kulit blackcurrent hang tau ka).kalu dak haruih macam udang bakaq laa.
salam to TA,
kalau nak pasu cantek dan berbaloi harganya u pegi kat Ipoh,susur keluar sebelum Jelapang dari PLUS hala selatan ke utara.Banyak kedai pasu kat situ dah macam kilang pulak.
Replika untuk taman dan bekas air pancutnya pun cantik dan murah.
...sekadar berkongsi minat.
Drzeze:
Hat jalan lama dari Sg Siput nak masuk Ipoh tu ka? Lama tak lalu kot tu.Hat pesen tu di Jebatville dan Sg Buloh pun banyak. Hat kami tengok di BB Bangi ni tak tau nampak cantik.Sampai aku pun berkenan bila tengok.Mrs TA ada kata Sabtu tu tak amek pun takpa.Tapi aku kata hat Burma ni cantik.Kita beli jugak aku kata.Hari Selasa masa singgah,MrsTA ada kata sekali lagi kalu tak amek pun takpa( dia dah tau rega 580 kot) tapi aku kata takpa kita beli jugak( dok ingat rega 58/=).
Awai Jun akan pi Ipoh ada kenuri dan haruih balik Tepeng sat.Kalu dan nak pi tempat drzeze kata tu.
TQ sis.
Amboi...mahainya rega pasu tu TA... Awat cantik sangat ka? Saya pun suka pasu2 cantik tapi jika sampai rega camtu mau pikiaq 10 kali sebelum beli... If dah jumpa kedai yg hat ipoh tu...mai habaq kat saya nooo...
Raden:
Yes.The pasu is simple but cantik. Sampai saya sendiri pun berkenan.Selalunya dok tengok pasu2(bila ikut Mrs TA cari pokok) tapi tak terasa 'meremang bulu roma'.Yg ni bila tengok ada meremang( macam bila 1st time dengar certain lagu yg best sangat2). Mrs TA dah kata tak payah beli tapi saya kata kata ,takpa kita beli jugak.So thats a promise that I made( walaupun misguided by the lima lapan thing).
Kalau sempat singgah di pasu Ipoh(maklumlah kenuri kenara ni ramai waris hadir kena minggle lama sikit la) I'll get their names and nama area tu.I'll share with sapa yg berminat.
...ohh...pasu Burma...
Salam Mamat..
Aku kenai hang mamat...Hang dok usha minah yang juai pasu(jambu ka?)...sampai tak dengaq harga yang disebut minah tu....ha ha ha...
Mamat:
Tokay tu bukan minah daa...mamat daa..Kalau aku usha dia kira dah nak cari nahas la.
Hang dah bawak anak2 pi pameran dinosor kat Kucing?
TA,
Pastikan pasu tu hang letak kat tempat dan tanam pokok yg serlahkan rega RM580. Jangan pulak hang tanam pokok togeh, lepaih tu letak kat blekang rumah. Rugi kalau org tak perasan. hehehe....
TA,
Awai Jun ni saya ada kat Ipoh. Shooting 2 minggu kat sana.
Mute:
Aku nak tanam pokok petai dan jerin.
Hah3
Anon 8th May 2007:
TQ for your cmment.
Post a Comment