1-Terbaru berita Eric Chia dibebas dari pertuduhan pecah amanah kerana kekurangan bukti.
Aku heran kerana kes di siasat bertahun-tahun sampai satu dunia, tiba-tiba tak cukup bukti. Kalau dah tak cukup bukti awat yang tuduh dia di mahkamah?Bukankah telah berjuta digunakan untuk kes ini?
2-Hari Ahad 24 Jun 2007 dari Kangar pula ada cerita KP Negeri akan denda kawad bagi anggota balai terbabit kalau kes-kes curi motor di Perlis tak berjaya di kurangkan.
Aku rasa elok hukum kawad diperluaskan ke seluruh negara. Boleh kita tengok pertandingan kawad Polis seMalaysia( kategori kes curi motor).Mungkin juga boleh dibuat untuk kategori lain kot.
3-Juga dalam edisi yang sama aku heran bin ajaib bin pelik bin takjub bila terpampang di muka depan tentang ramai Melayu( Islam kalau ikut perlembagaan) terutama VIP dan kenamaan yang dok percaya tangkal boleh bagi panjang umur dan tolak bala. Ada yang nak jadi kebal.
Sampai sanggup bayar berjuta-juta untuk tujuan itu. Kalau benarlah berita ini ,aku minta sangat-sangat pihak berkuasa agama( di ibukota) seperti MAIWP atau JAWI atau JAKIM atau IKIM tolonglah siasat dan ambil tindakan untuk memperbetulkan aqidah VIP dan orang kenamaan yang dah sesat aqidah ni. Kalu kat Arqam dan Ayah Pin boleh di ambil tindakan tolonglah selamatkan orang-orang kaya yang bengong ni.
Mereka ni dah syirik dan seolah-olah bertuhankan Tok sami Siam.
Syirik adalah dosa yang tidak terampun melainkan taubat nasuha.
(Taubatunnasuha adalah taubat yang benar benar iaitu seseorang betul betul menyesal di atas perbuatan itu dan berhenti dan memohon maaf serta bertaubat dan niscaya perkara itu tidak akan buat lagi. Untuk membuat taubatunnasuha
[1] berhenti perkara itu serta merta
[2] menyesal kerana perbuatan itu
[3] tidak akan ulangi perbuatan itu
[4] berharap sangat kepada kehampunan Allah swt
[5] memberbanyakan amal ibadat dan kerja kerja kebaiakan dan juga kerja kerja kebajikan serta berzikr banayak banayak.
Tidak ada solat yang tertentu untuk bertaubat ,solat sunnat atau solat hajat supaya taubat di maqbul oleh Allah swt boleh dilakukan sebanyak yang mampu dan apa sahaja surah boleh dibaca. Nazar perlu ditunaikan tetapi jika lupa apa yang telah nazar, cuba ingatkan kalau tak ingat juga ambil apa yang pasti dan perlu ditunaikan mengikut kepastian itu selepas tunaikan memohon Allah swt supaya dapat dimaqbul dan juga dimaafkan di atas kekurangan kerana lupa dan sebagainya. )
Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa
11 comments:
Salam Dr Tokasid,
Eric Chia, dengan tidak kehadiran saksi pun telah membuat kes ini tidak kukuh. malang nya kes yang sebegini besar, mahal dan lama tidak mempunyai satu bukti kukuh di pihak pendakwa raya. Apapun zaman ini tiada yang mustahil.....
Denda Kawad, saya dah lali dah bila ada sahaja idea baru dari pihak-pihak di Perlis...nak tanya juga apa jadi dah kempen sang mulut tempoh hari...
VIP Tangkal- Yang inipun saya dah lali, bukan benda baru, saya dah jumpa ramai ahli politik, kebanyakan nya ada tangkal, habis kecik pun sebutir batu...Tapi kalau tang sampai berjuta-juta harga tu saya agak pelik sikit, bodoh sangat ke VIP tu, Kalau pi menuntut ilmu kebal tahap kuman pun sekitar Malaysia fidiyah nya yang paling murah saya rasa sekitar tiga ratus sahaja. Apapun insaflah wahai umat, hentikan benda syirik tu, kalau benar lah kebal, pi lah berperang dengan israel tu, jangan jadi jagoaan di bumi sendiri sahaja...alahaiiii..
Salam Mamat...
Lama tak singgah sini...aku pi rehat main tenis kat sibu. Tempat yang terkenal dgn banyak nya gangster.
Dan paling merimaskan ialah ada Timbalan Menteri dan Senior politician yang dikatakan involved dalan triads ini.
de_kerinchi:
Kes Eric C ni bak kata bakaq penarik beca: Bukan Ella saja pandai buat konsert....
Kes kenyataan KP Polis ni memang betoi.Macam2 yg kita dengar tapi tahap kerja dok macam tu jugak lah...semua 'lip-service' saja.
bab rosak aqidah ni memang serius.Ada yg dok ingat masih Muslim walau pun buat syirik. Ada yg terang2 declare keluar Islam seperti Lina Joy.
Mungkin ini satu dari jalan2 ALLAH nak tikar umat yg lebih beriman bila sesuatu kaum semakin tergelincir aqidah mereka? na'uzubillahi min zalik.
Mamat mokk:
Aku ada tengok blog hang ttg hang pi Sibu. Aku ingat hang pi ganti taiko yang kantoi tu...kah3.
Memang keadaan di Sarawak amat merimaskan bila gangsterism semakin menjadi-jadi dan ahli politik berselindung di sebalik mereka. Rasa macam kat Hong Kong dan Vietnam pulak Sarawak la ni noo...
Maaf Doc. Saya tag Doc. untuk kerja kebajikan ni. KTK dan saya harap TA teruskan ye. Harap lawat blog sya untuk maklumat. Salam.
Salam Tokasid
1/ And yet they question why trust on the judicial system has eroded!!! I can understand why our police and ACA guys get easily frustrated when their cases get thrown out. I heard once someone remarked, "kalau dah sah dia orang ni penjahat, biar ditembak mati. Kalau tangkap, pi court, boleh lepas. "
2/ Not only nationwide and not only for kes curi motor je. I think they have to be penalised for not keeping the crime rate down, if not achieving zero crime rate. If you read the papers, sntach theft dah kurang tapi rape cases menjadi-jadi. Of late, attempts to rob ATM machines lah pulak!
3/ Mona Fandey may have died at the gallows but there are still those who seek these kind of 'assistance'!
Pak zabs:
TQ. Raden pun dah tag saya utk pak idham. InsyaALLAH saya akan langsungkan dalam sehari-dua ni.
Fauziah:
1-yes its very frustrating. Tak tau dimana silapnya. Ada suara2 yg kata memang sengaja di tidakcukupkan bukti supaya kes di buang. Kalau benar begitu alangkah malangnya kerana perbelanjaan yg banyak utk siasat dan prepare kes2 sebegini.
Tak tau nak percaya yang mana tapi memang ada perasaan skeptikal sejak awal kes ini lagi perasaan saya bias menyatakan Eric C akan bebas sebab tak cukup bukti.
Teringat bakaq penarik beca kata: Bukan Ella saja yang pandai buat konsert....
2- Badan penguatkuasa....sudah bosan dgn slogan dan ugutan mereka. tapi hasil kerja?Cuma efektif bila nak keluarkan saman saja...Sori pada sapa yg kerja dgn badan penguatkuasa.Adik aku pun polis dulu...
3- Sistem pendidikan agama dan kurukulum pembelajaran agama mesti di ubahkan. Penekanan kepada AQIDAh mesti di utamakan. Sekarang banyak di tekan kepada fiqh. Sebab tu ramai rajin solat,sedekah,zakat ,puasa dan berumrah-haji berpuluh kali TAPI perkara bida'ah dan khurafat buat jugak.
Salam lagi Doc.,
Semuanya boleh berlaku di mahkamah kita nampaknya. Yang tak cukup bukti, ditambah2 bukti. Yang ada bukti bertimbun2, jadi tak cukup pulak. Banyak keputusan mengejut akan terjadi lagi nanti. Tengok jelah.
Kalau anggota PDRM asyik berkawad nanti, tambah berleluasalah, pencuri motor nampak gayonya.
Sekarang mereka dah tak intip orang berkhalwat, boleh lah tukar ke aktiviti intip orang jumpa bomoh siam pulak.
Maaf doc kalau orang kata saya sombong. Masa dia kena tahan dulu saya dah kata dah kat kengkawan yang this is all a charade. The present trial pun nampak macam heading that way too. A word of advise to all Malaysians, kalau nak p mahkamah pastikan anda Datuk, Tan Sri, Tun atau adik beradik dengan depa. Kalau orang UMNO pun, pastikan anda ada jawatan tinggi. If you are non of the above, you will be given a fair trial. If you are any of the above, the trial will be very fair to you.
Che'gu:
You are actually not alone saying that. Ramai lagi yg sceptical bila high profile cases involving high profile people di hadap ke "pengadilan"(kenyet mata 4-5 kali noo...).
Kalau ada pangkat dan gelaran ni,tak payah sampai mahkamah. Di balai pun orang layan kita lagu lain dah...
Post a Comment