Tuesday, June 12, 2007

Teladan dan sikap suami

Fire stroke sunset(bukit katil)
foto: tokasid

Keteladanan dan Sikap Lemah Lembut Suami

Rasulullah saw. bersabda:

"Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya dan paling lemah lembut terhadap keluarganya. " (HR Bukhari Muslim)

"Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik kepada isterinya" (HR Tirmidzi)

Para suami sepatutnya benar-benar menyedari bahawa dalam pandangan Islam sebaik-baik lelaki adalah lelaki yang paling lemah lembut dan paling baik sikapnya kepada isteri, keluarga serta anak-anaknya. Jadi, jika seorang suami bersikap kebengisan, garang atau kasar, walaupun mempunyai pangkat dan jabatan yang tinggi, memiliki ilmu yang banyak, menyandang gelaran dari anugerah Sultan, sebetulnya belum menjadi lelaki yang baik.

Memang, boleh jadi kerana satu dan lain hal, isteri terkadang membuat jengkel atau sulit mentaati suami. Namun, sebenarnya yang paling penting untuk difikirkan adalah keperibadian sang suami itu sendiri. Mengapa?

Kerana, seorang suami akan sulit untuk mengubah isteri atau anak-anaknya kearah yang lebih baik, jika si suami sendiri belum mengubah perilakunya menjadi baik. Padahal dalam Al Qur’an surat at-Tahrim : 6 dikatakan:

"Jagalah dirimu dan keluargamu dari siksa api neraka"

Ertinya, yang menjadi keutamaan seharusnya adalah menjaga diri dan keluarga. Pokoknya kalau kita ingin berbuat sesuatu, sesudah kita memperbaiki diri, selamatkan keluarga. Banyak pemimpin yang jatuh gara-gara keluarganya. Kemungkinan akibat dari isterinya, dari anaknya, atau sebaliknya.

Ironisnya, kadang-kadang suami lebih banyak menuntut dan menyalahkan isteri apabila ada hal-hal yang dianggapnya tidak baik. Misalnya, ketika sang anak malas belajar atau beribadah, suami sibuk menyalahkan isteri. Isteri dianggap tidak mampu memperhatikan anak, tidak mampu mendidik, dan sebagainya. Padahal, persoalan mendidik anak bukan semata-mata tanggung jawab isteri.

Tidak sedikit rumah tangga yang menganggap pendidikan anak hanya pekerjaan ibu, sementara suami lebih sibuk mencari nafkah. Padahal sosok ibu hanya sebahagian daripada potensi rumah tangga.

Memang mencari nafkah bagi suami adalah kewajiban bahkan ibadah. Namun sesungguhnya, kewajiban suami itu bukan hanya mencari wang atau mencari nafkah lahir, tetapi seorang suami juga mempunyai kewajiban untuk menanamkan visi dalam rumah tangga. Perkiraannya, hendak dibawa kemana rumah tangganya nanti?Senja Mahkota Parade
foto:tokasid

Disamping itu selayaknya seorang suami dapat menjadi suri tauladan bagi isteri dan anak-anaknya, serta mampu mengawal moral keluarganya agar tetap terpelihara. .


Orang tua harus lebih serius menjadi figur suri tauladan bagi anak-anaknya. Jangan sampai anak kecewa pada figur orang tuanya. Misalnya, sudah suami jarang pulang, ketika pulang ragamnya hanya marah-marah.
Bersikap kurang sopan dihadapan anak, memperlakukan isteri tidak baik dihadapan anak. Ketika figur ayah tidak mencerminkan akhlakul karimah, terus bagaimana anak boleh termotivasi untuk berakhlak baik? Disinilah kebanggan anak pada figur ayah boleh pudar begitu saja. Anak tidak lagi melihat contoh konkrit dari figur moral.

Oleh kerana itu, seorang suami hendaknya bukan hanya bangga kerana mampu membuatkan rumah untuk keluarga, jangan hanya bangga kerana mampu membelikan kereta, perabot cantik, dan sebagainya, namun seorang suami seharusnya berusaha semaksima mungkin untuk membangun keluarga yang bermoral, bermartabat, dengan ikut memperhatikan pendidikan moral dan akhlak anaknya sebaik mungkin.


Sehingga akhlaknya kelak jauh lebih baik dari orang tuanya. Itulah prestasi, jangan bangga mempunyai anak yang belajar di luar negeri, namun kelakuannya buruk. Itulah tanda kegagalan menjadi orang tua. Bagaimanapun anak akan melihat sikap dan perilaku kedua orang tuanya. Kegigihan orang tua yang dengan serius membuat program suri tauladan bagi anak-anaknya adalah pendidikan yang tidak ternilai.

Singkatnya, apa yang diinginkan dari si anak, mulailah dari diri sendiri.
Ingin anak rajin, jadilah orang tua yang rajin.
Ingin anak pintar mengaji, jadilah orang tua yang juga rajin mengaji.
Ingin anak ramah dan lembut, mulailah dulu dari orang tuanya.

Suami pun memiliki kewajiban untuk menitikberatkan kesempurnaan ibadah, serta kebaikan akhlak dan moral keluarganya.
Dalam hadits diatas, akhlak yang baik serta perilaku lemah lembut dari seorang suami memang sangat ditekankan.

Tentu saja, Rasulullah Muhammad SAW teramat patut untuk dijadikan sebagai suri teladan kepada sang suami yang ideal. Nabi Muhammad SAW begitu halus dan lemah lembut sikapnya kepada isteri-isteri Baginda.


Baginda tidak pernah marah dengan kata-kata kasar. Kalaupun baginda marah, baginda hanya akan mendiamkan saja. Dan, itupun adalah sebahagian dari pendidikan yang baginda berikan kepada isterinya. Bahkan, suatu ketika diriwayatkan bahawa saat Rasul pulang larut malam, ternyata Siti Aisyah sudah tertidur. Rasulullah tidak mengetuk pintu lalu marah-marah. Begitu lembutnya beliau kepada isteri, Rasulullah yang mulia pun tidur di hadapan pintu rumah tanpa membangunkan Siti Aisyah. Disini berkali-kali disebutkan tentang kelembutan.
Sebab walau bagaimanapun, seorang suami adalah pemimpin dalam keluarga. Dan kalau tidak hati-hati, seseorang yang merasa dirinya sebagai pemimpin, dalam skala apapun, cenderung menggunakan kekasaran.

Hal inilah yang tampaknya patut diperhatikan secara mendalam dan serius.


"….Dan bergaullah dengan mereka (isteri) secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak." (QS.. An-Nisaa’ ayat 19)
Apabila isteri tidak taat kepada suami, kemungkinan juga suaminya belum layak ditaati. Suami harus berani mengevaluasi diri.. Ibarat ada bisul terus dibelai, tentu orang menjadi marah bukan kerana belaiannya, tapi kerana bisulnya. Kekerasan itu bukanlah alternatif yang sangat penting, melainkan lemah lembutlah yang mampu mengendur kekerasan.


Aspek-aspek lain yang juga harus diperhatikan oleh seorang suami ketika mendidik keluarga adalah perkataan yang harus terjamin kebenarannya. Jangan sampai seorang suami berbohong sedikitpun kepada anak dan isterinya, kecuali untuk hal-hal positif yang hanya ditujukan untuk menyenangkan hati mereka, seperti memuji masakan atau dandanannya.

Selanjutnya, bila memperingatkan sesuatu harus tepat situasi dan keadaan. Jangan sampai ketika bicara tidak tepat situasiya, kerana orang yang sedih dengan orang yang gembira itu berbeza situasi hatinya.

Lalu, jika berbicara jangan sampai menyusahkan.
Suami yang baik,kata-katanya itu harus yang enak. Jangan bicara yang membuat isteri semakin tertekan.
Misalnya, isteri mempunyai kekurangan pada tubuhnya, jangan disebut-sebut. Isteri yang mempunyai kisah masa lampau, jangan diungkit-ungkit. Isteri mempunyai orang tua yang memiliki suatu kekurangan, jangan sekali-kali dibeberkan. Jangan membuat orang susah perasaannya.

Dan terakhir, seorang suami yang baik itu, kalau berbicara dapat memberi manfaat.
Nabi Muhammad SAW sangat memuliakan sekali isteri-isterinya. Di rumah membantu pekerjaan isteri-isterinya. Bahkan, Rasulullah SAW memanggil isterinya dengan panggilan kesayangan. Beliau benar-benar senang berkasih sayang dengan keluarganya. Anak isteri beliau dibahagiakan dan dimuliakan dengan bimbingan ukhrawi.

Yang paling penting dari semua itu adalah selain suami harus berlemah lembut, mampu menjadi contoh/tauladan dan mampu mendidik, adalah bagaimana suami mendidik anak-anaknya agar mampu mengharungi hidup ini di jalan Allah.

Tidak cukup hanya membawa wang, tetapi anak harus tahu bagaimana mensyukuri wang, bagaimana menafkahkan wang di jalan Allah.
Kehormatan seorang suami bukan kerana gelar, pangkat, kedudukan, harta, jabatan atau populariti. Yang namanya kemuliaan itu kalau kita mempunyai kemampuan untuk jujur pada diri sendiri dan senantiasa memperbaiki diri agar tidak menyimpang dari jalan Allah. Sehingga walaupun dia tidak dikenal, dia pekerja yang memungut sampah, dia seorang pembantu di rumah, tapi boleh jadi lebih bagus daripada majikannya yang mempunyai status jabatan yang lebih tinggi. Kerana dia mampu membimbing keluarganya menuju redha Illahi. Allah tidak memandang kemuliaan seseorang dari kebendaan duniawi melainkan keindahan akhlak dan budi pekerti. Wallahu’alam

http://usrahkeluarg a.blogspot. com/


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

8 comments:

Unknown said...

Doc, aku cedok hadith yang pertama tu untuk satu ruangan di blog aku. Takpa kot no?

tokasid said...

Salam che'gu;

Tak pa aih. Sapa-sapa pun boleh ambek mana-mana hadiths atau ayat Quran yg ada dalam mana-mana entry aku. Lagi kita sebarkan hadith shahih lagi bagus. kalau ada orang amalkan sunnah dapatlah juga saham kat kita sikit che'gu oii...so feel free to do it.
It goes to others too. Be my guest.

Anonymous said...

Peringatan yang cukup baik. Ada orang dengan hari ini, esok dia lupa, ada pula minggu depan dah lupa , yang lain pula bulan depan lupa terus, dan ada pula yang ingat sentiasa. Kalau begitu, ada yang setiap hari perlu dingatkan, atau pula perlukan, peringatan mingguan dan bulanan. Yang baiknya merka yang sentiasa ingat, dan selalu beri ingatan. Terima kasih Doc

Anonymous said...

Tazkirah di pagi Rabu doctor? Tiap2 pagi pun tak pe.... good for the blood pressure

Salam

mokk said...

Salam..

I know and we all know that..bukan senang nak jadi husband,ayah,dalam keluarga...

Dulu sebelum kahwin ,kita tak pernah belajar atau diajar bagaimana nak jadi suami ....kita (most of us) belajar secara trial an error je kot..Ya..mungkin sikit sebanyak dari penbacaan kita...
dan dari observations kita pada orang tua kita dan environment di sekeliling kita semasa kita membesar...

Kita tak belajar secara mendalam aspek psikologi rumahtangga ...dan banyak lagi...

Kursus perkahwinan yang ada sekarang sepatut ada kurikulum macam ni...tak kan nak ajar .. macam mana nak mandi hadas lagi...

Our anak will observe us...dan akan mengikut teladan kita...kalau kita penyayang dgn isteri kita...mereka akan develop rasa kasih sayang terhadap suami atau isteri mereka macam kita juga...

Mamat...aku this year dapat title.."SUAMI MITHALI" ha ha ha

tokasid said...

Salam to all.

Pak zabs:
Actually I am the one that needs daily reminders.While doing that I just wanted to share with friends in blogsphere.

Elviza:
Tazkirah Jumaat still ada.Cuma bahan ada banyak sikit so hari Rabu kira macam gezet dulu la kot.

Mamat mokk:
Yes my bro. Kita masa nak menikah takdak ilmu langsung pasai melayari perkahwinan. Yg banyak orang bagi petua( banyak yg kelentong pun) hanya pasai nak berjimak. So bila dah ada anak baru terkedu kita.tambah pula masa umur muda-muda hati kira nak seronok saja.jadi anak tengok bapak dia macam nak joli saja. Bila anak dah besar baru kelamkabut nak pi mesjid nak pi mengaji. baguslah mcm tu tapi takut kat otak anak dia ingat pak dia dok lewat solat,subuh gajah, etc.

Isteri pula pasti ingat perangai teruk kita dulu.jadi mana dia nak respek suami dia.Bila suami mula belajar ugama tapi perubahan sikit saja, perkara tak senonoh kdg2 continue juga lagi dia tak respek. Mesti dia kata laki aku ni Lebai Jadian saja kot.
For someone to change his ways and personality it take a lot of effort and time. he needs friends yg boleh remind and make sure dia tak melencong semula. Sometimes its difficult .very difficult. tapi itulah hakikatnya.

Hang jadi Suami Mithali. Alhamdulillah.
Aku jadi SUAMI TAIK GIGI saja kot!

Anonymous said...

Salam TA,

Walk the talk, walk the talk ...

tokasid said...

Anon:

This posting is to remind me of my own short comings.
I was not a good example to my wife and son. I had to face that fact. This posting is not to teach others but a reminder to me actually.
I know there's nothing that can be down to change the past. But I believe a person can redeem themselves to be a better person. But they will need all the support they need esp from family and friends. And they must be sincere and try hard to change.

This is not about mengajar orang lain but more of mengajar diri sendiri. How can a ketam ajar anak berjalan lurus? But the ketam must try to berjalan lurus first.
TQ.