Saturday, August 30, 2008

Ramadhan kembali: Perkara yang perlu di ketahui






Salam untuk semua. Alhamdulillah kita bakal bertemu dengan Ramadhon mulai Isnin ini 1 Oktober 2008. Bulan yang paling istimewa bagi umat Islam, iaitu bulan kebaikan. Bulan Ramadhon adalah bulan yang dipilih oleh ALLAH kepada umat Muhammad s.a.w. dan tidak pernah dipilih kepada umat-umat sebelum ini.


Hakikat Puasa
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Puasa itu perisai dan benteng yang membentengi dari sentuhan api neraka."
Riwayat Ahmad dan Baihaqi



Secara umum ada beberapa kategori manusia di bulan Ramadhon:

1-Muslim yang berpuasa tetapi masih bergelumang dengan noda dan dosa. Malah ada jugak yang langsung tidak berpuasa( dengan sengaja). Tanpa segan silu, siang atau malam mereka lakukan maksiat. Apabila ditegur atau di nasihati,pandai pula mereka naik marah.

2-Golongan yang hanya berlapar dan dahaga sahaja kerana mereka telah melakukan perbuatan keji seperti mengumpat, bercakap kotor dan lucah etc. Puasa mereka mungkin sah, tetapi tidak ada nilai di sisi ALLAH. Ada juga yang jadikan Ramadhon sebagai peluang menjamu selera sehingga membazir( apa lagi kan pasar Ramadhon banyak kat tempat kita). Ada pula yg ambil peluang berjaga malam, tetapi bukan utk baca Quran atau zikir atau bermunajat tetapi menyambung aktiviti melepak di warung hingga waktu Subuh!

3-Golongan yang berpuasa dan menjaga segala larangan dan adab berpuasa. Mereka menjaga perkataan dan perbuatan mereka. Mereka membuat kebajikan seperti bersedekah,membaca al-Quran dan solat malam.

Persediaan menghadapi Ramadhon al-Mubarak:

1-Berazam utk bertaubat dan menyerah diri pada ALLAH serta melahirkan cita2 utk mengimarahkan bulan Ramadhon dgn amalan soleh.

Firman ALLAH dalam Surah Toha ayat 82:

Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian ia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya.

2-Memanafaatkan Ramadhon sebaik mungkin,mudah-mudahan bermula sehingga berakhir Ramadhon akan menambahkan kebaikan dan kesan mendalam dalam diri kita.

3-Mengambil peluang untuk sucikan diri dan membuat perubahan agar kembali taat dan mengingati ALLAH.

4-Sentiasa mengaungkan Asma al-Husna(nama-nama ALLAH) dan menghayati maksud setiap nama tersebut.

5-memperbanyakan zikrullah seperti membaca al-Quran,bertahmid, bertasbih bertakbir dan seumpamanya.

6- memperbanyakan doa-doa pada waktu yg afdal:
(i)-waktu hampir berbuka puasa
(ii) waktu antara azan dan iqamah
(iii)-Satu pertiga malam terakhir iaitu ketika waktu sahur.

7-Memperbaiki akhlak kita dan sentiasa sabar dengan karenah manusia.

8-Ramadhon adalah bulan keampunan.Celakalah sesiapa yang tidak mendapat keampunan pada Ramadhon.

PUASA: dari segi syarak bermakna~ menahan diri dari segala makanan dan minuman bermula dari terbitnya fajar(Subuh) sehingga tenggelam matahari(maghrib), di sertai dengan niat.

Rukun Puasa:

1-Niat. Seperti semua amalan ibadah puasa mesti disertai dgn niat pada malam harinya(untuk puasa wajib). Niat itu di hati, ianya gerak hati kita hendak melakukan sesuatu amalan. Jumhur ulamak tidak mensyaratkan lafaz niat.

2-Imsak: maknanya menahan diri dari makan dan minum bermula dari terbit fajar(Subuh) hingga tenggelam matahari.

3-Islam,baligh,berakal dan berkemampuan.

Perkara yang membatalkan puasa:

1- Jimak-puasa terbatal dan wajib mengqada' serta di kenakan kiffarah(denda) mengikut turutan(dalam hadith riwayat Abu Hurairah ra di dalam Sohih Bukhori dan Muslim)

(i)-membebaskan seorang hamba yang beriman( zaman sekarang tiada lagi perhambaan)
(ii)-wajib berpuasa selama 2 bulan berturut-turut dan tidak boleh di selangselikan. Jika tertinggal maka di lakukan semula selama 2 bulan berturut-turut jugak.
(iii)-Jika tidak mampu berpuasa 2 bulan , hendaklah memberi makanan kepada 60 orang miskin.
( nota: Kaffarah adalah yg pertama dahulu,kalau tiada hamba maka wajib yang kedua, jika tidak mampu( kerana zakit atau uzur) barulah boleh yang ketiga)

2- mengeluarkan mani dengan sengaja(pada siang hari bulan ramadhon)- puasanya terbatal dan wajib mengqada'kan pada bulan yang lain. Tetapi jika air mani terkeluar di sebabkan mimpi, tidak batal puasanya( kerana itu bukan atas kehendaknya atau perbuatannya).Org itu hanya perlu mandi wajib dan teruskan puasanya.
( suami isteri yang bercumbu atau memeluk isteri tetapi tidak keluar maninya, puasanya tetap sah)

3- Makan dan minum secara sengaja( sedar dan ingat dia sedang berpuasa). tetapi jika tidak sengaja atau terlupa dia puasa( eg tidur petang, bila bangun dia tak ingat dia puasa,lalu makan. Tapi ketika makan dia teringat dia puasa atau ada org lain menegur, dia mesti terus berhenti makan/minum dan teruskan puasa)

4-Muntah dengan sengaja( eg jolok jari dalam mulut sampai muntah). Jika tak sengaja,puasa nya sah dan mesti teruskan puasa.

5- haid dan nifas.

Perkara yang diharuskan ketika puasa.

Ini adalah keringanan yang diberikan oleh ALLAH kepada hamba-hambaNya.

1-Bersiwak/gosok gigi.

2-Berbuka bagi musafir,orang sakit dan sesiapa yg tidak mampu.

3-berkumur-kumur atau memasukkan air ke dalam hidung, tetapi hanya sekadar menghilangkan debu dan kotoran dalam mulut dan hidung.

4- Merasa makanan(taste..not eat)- selagi hadnya tidak sampai ke halkum.begitu juga masaalah berkaitan ubat gigi.

5- Mandi dan basuh kepala utk menghilangkan kepanasan dan dahaga.( hadith riwayat Abu Daud)

6- memasukkan ubat ke telinga atau mata.

Sunnah dan Adab berpuasa:

1- Berdoa ketika melihat anak bulan.

2- Sahur

3- Melewatkan sahur

4-Meninggalkan kata-kata keji dan perbuatan jahil

5-Tidak membalas cercaan atau makian.

6- Tidak di benarkan berbohong( riwayat al-Bukhori)

7-Bersedekah. Nabi s.a.w. banyak bersedekah pada bulan Ramadhon.(hadith riwayat Bukhori)

8- membaca al-quran. Dalam hadith riwayat Bukhori: Jibril a.s. menemui Nabi saw setiap malam di bulan Ramadhon dan Nabi saw memperdengarkan bacaan Quran kepada Jibril a.s.

9-Melakukan Umrah(jika mampu)

10-Menyegerakan berbuka puasa.

11-Memperbanyakan doa sebelum berbuka

12- Berbuka puasa dengan Rutab, tamar atau Air( ikut turutan itu,mana yg ada): ini yang sering Nabi saw lakukan.

13- Segera mengerjakan solat Maghrib.

14- Berbuka secara sederhana( ini yang ramai kita tak boleh buat)

15-Menjamu orang yang berbuka puasa.

16-Mengerjakan solat tarawih.

17-Berusaha mendapatkan Lailatul Qadar.

18-Beriktikaf pada sepuluh terakhir Ramadhon.


Tentang fadhilat berpuasa boleh baca apa yang telah di blog oleh Pak Mior.
And some nice artwork tentang fadhilat Romadhon di sini.

Beberapa link tentang puasa (boleh baca ketika menunggu iftar atau menunggu sahur atau selepas berterawih:

1-E-book tentang kemusykilan puasa Ramadhon dan berkaitan puasa.

2-Berhati-hati hadith palsu tentang fadhilat solat Terawih.

3-
KEUTAMAAN DI BULAN RAMADHAN

4--
KEUTAMAAN IBADAH PUASA

5-
-FADHILAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

6-SAHUR UNTUK BERPUASA

7-Adab-adab berbuka puasa menurut Sunnah Rasulullah S.A.W.( SS Mufti Perlis)

8-ANCAMAN BAGI ORANG YANG MEMBATALKAN PUASA RAMADHAN DENGAN SENGAJA

9-
PERKARA-PERKARA YANG WAJIB DIJAUHI OLEH ORANG YANG BERPUASA

10-
Kemudahan Dan Keringanan Ketika Berpuasa

11-Tidak Mengapa Dilakukan Oleh Mereka Yang berpuasa

12-Perkara-Perkara yang membatalkan Puasa

13-Sunnah-Sunnah Di Dalam Berbuka Puasa

14-
Mengqadha’kan Puasa



Semoga Ramadhon tahun ini akan memberi perubahan yang baik kepada kita semua. dan semoga ALLAH menerima puasa kita dan Mengampunkan segala dosa-dosa kita. Ameen Ya Rabb.

Tuesday, August 26, 2008

Oii munafik!! Nak marah,marah lah.

Munafik- bila berjanji tidak di tepati. Atau lebih tepat lagi berdusta secara terang-terangan.
Si munafik ada di mana-mana saja. Apalagi zaman canggih ini.Hidup kita di kelilingi kemunafikan.
Aku sendiri pernah bersifat munafik rasa-rasanya.

Tapi bagaimana bila pemimpin tinggi negara secara terangan-terangan bersifat munafik?
Seingat aku sudah banyak kali si munafik ini berdusta atas janji-janji yang di keluarkan dari mulutnya sendiri.

Masih ingatkah sewaktu kempen PRU 12 bulan Mac 2008 dulu.Si munafik ini berkata harga petrol/diesel tidak akan di naikkan sehingga hujung tahun ini. Selepas pilihanraya harga bahan bakar ini melonjak sehingga 41 peratus dan si munafik mengeluarkan kenyataan untuk justify kenaikkan,

Terbaru, di Permatang Pauh pada 16 Ogos 2008, selepas penamaan calon pilihanraya kecil si munafik berkata:

BN tidak eksploitasi kes liwat dalam kempen Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh,

(sila lihat lapuran the STAR 17 ogos di sini)

Tapi apa yang di lihat selama seminggu yang lalu,isu liwat itulah yang menjadi modal utama kempen. Setiap malam di ulang tayang video clip 'sumpah' oleh Saiful baik di Permatang Pauh malahan di kaca TV terutama TV3. Dan pemimpin munafik membiarkan saja ini berlaku walaupun beliau telah berjanji tidak akan menggunakan isu 'liwat' oleh BN.

Kalau itu bukan kemunafikan.....

Sememangnya pilihanraya kecil Permatang Pauh ini kotor.Paling kotor. Lebih kotor dari Ijok.
Dan kita dapat melihat karektor orang-orang yang terlibat dalam pilihanraya ini. Kita lihat bagaimana serangan peribadi di buat tanpa henti dari segenap penjuru untuk mendapat kuasa.Kita lihat bekas penyokong setia kini menggigit sahabat lama. Lihat saja apa yang Ezam dan Nalla buat di Permatang Pauh.

Lebih kotor lagi bila kes mahkamah di bawa ke medan pertempuran politik. Tidakkah ini menghina mahkamah yang memang telah hina ?

Kita lihat bagaimana 'mangsa liwat' mengizinkan dirinya di telanjangi di Permatang Pauh. Setiap hari setiap malam.Tak tahulah apa yang hendak atau dapat di banggakan bila 'aib di jaja kesana ke mari.

Dan kita lihat di Permatang Pauh, sumpah sudah menjadi rendah nilainya di mata manusia. Kita lihat si munafik bersumpah dan mencabar orang lain bersumpah. Di Perak bekas MB,Tajol Rosli jugak bersumpah dan mencabar MB Mohd Nizar turut bersumpah.

Aku sedang menunggu samada Samy Vellu akan turut serta dalam acara sumpah menyumpah ini. Atau mungkin Nalla jugak akan bersumpah pernah 'di lewat' ?Atau Ezam juga mungkin mahu bersumpah atas apa saja alasan terhadap Anwar?

Aku cuma bimbang ramai nanti akan di sumpah menjadi sumpah-sumpah akibat terlalu gemar bersumpah.

Monday, August 18, 2008

Pingat Emas Olimpik: Terlepas sejuta RM

Salam to all.

Many of us probably saw last night how our No 1 shuttler Lee Chong Wei was brought down to earth from the Heavenly Kingdom by the Heavenly Kingdom's ace ,Lin Dan.

Many Malaysian have high hopes for our badminton team but unfortunately our team is always at their element. That is letting us down.Again.

Credits to Chong Wei for he did manage reach the final stage of the tourney.But last night he went down in 39 minutes! And he was bullied in court by Lin Dan. It was like a national player against a sekolah kebangsaan kid.

But you and me whats gonna be the excuses from BAM,right?
Try this: Lee Chong Wei was under tremendous pressure when 99% ofthe crowd was cheering for Lin Dan.
True!What do you expect when he is at home ground. Our players used to have homeground advantage but still failed.

Or this: Chong Wei was tired because of the gruelling semifinals.
And as if Lin Dan and the others didn't have to sweat at all.

Anyway,isn't the RM 1 million big enough a carrot for Chong Wei? Do you think the Chinese govt promised 1 million yuan for their gold medalist? Or Ethiopia promised the same numerations to their long distance runners?

Our shuttlers have the skills just like the Chinese or the Indonesians or the Danes. But one thing we do not have: Mental strenght to fight when under pressure.We've seen it before.We saw it last night.We will see it again.

Sorry Chong Wei, you miss the RM 1 million offer.
But actually I'm glad you lost.Really!I'm not joking.
You save RM 1 million of rakyats money.

But unfortunately we still have politicians to rip that off from us.

Monday, August 4, 2008

Setelah sebulan tiada.....

Salam to all.

Dah hampir sebulan aku tak dapat berblog.Dan aku merasa bagaikan seorang goblok.
Juga amarah pada awal tempuh itu.

Hati terasa baran setiap kali muka mengadap screen PC.Butang refresh menjadi mangsa.

Begitulah bila penagih blog tidak dapat berblog.Rasa bagai mahu saja PC di hempok ke lantai biar berkecai.Baru padan muka.Tapi bila di fikirkan semula:Padan muka siapa?

Aku betul-betul hairan. Sejak sebulan sambungan streamyx di bumi Hang Tuah dan Hang Li Poh ini talian streamyx lebih lembab dari kura-kura yang bakal mewakili Malaysia di Olimpik Beijing.Sungguh!Bila di akses ke Firefox atau IE tiada masaalah.Tetapi bila cuba membuka helaian-helaian web atau blog atau mail memang mencabar kesabaran. Keadaan begini memang akan memahirkan seseorang yang mahu belajar memaki hamun atau mencarut.

Aku ingat aku sorang yang kena begini. Ternyata tidak. Ramai teman yang mengalami kekuraan streamyx. Pengemar You Tube boleh terlena menanti clip di download. Pelanun-pelanun movies melalui Torrent macam mahu meraung kerana kekuraan ini.

Streamyx bagaikan mogok.Atau mungkin ini satu konspirasi pemberi khidmat? Mungkinkah dalam kocek mereka ada sistem baru yang ingin di perkenalkan ke dalam masyarakat lalu terpaksa mengurakan khidmat streamyx?
Aku masih ingat ketika streamyx di perkenalkan sambutan amat dingin.Tetapi tiba-tiba sistem dial-up menjadi kura-kura.malah menjadi kura-kura yang lumpuh kerana angin ahmar! Kesannya? Streamyx manjadi pilihan utama.

Apakah sekarang jugak begini? Mungkinkah ada sistem baru yang lebih laju mahu di perkenalkan pada kita?

Aku tak tahu samada tulisan ini boleh di publish atau tidak.Aku hanya mencuba.
Bismillahh.