Monday, October 20, 2008

Nujum Pa' Blalang

Salam buat semua.

Ingat tak film Nujum Pa' Blalang? Alah...yang P.Ramlee jadi Pa' Blalang dan Bat Latiff jadi Blalang tuu....Tak ingat lagi? Alah yang Pa' Blalang auta Sultan sampai dapat tuan Puteri jadi Ma' Blalang tuu....tak ingat jugak? Alahai...awat la samdol sangat nih?

Okay...... ingat tak teka teki mana itik jantan mana itik betina? Atau Blalang guna abu pungkoq belanga untuk buat 'kopi' jamu rombongan Tok Penghulu?Tak ingat jugak?

Yang ni mesti ingat punya: Ajiz dan Sudin jadi penyamun dan dok membahagi harta samun mereka. Eleh...yang satu untuk kau satu untuk aku tu....Ingat? Ha...ingat pun hangpa no.

Andaikata....anda yang kata, bukan aku yang kata, Nujum Pa' Blalang di buat di tahun ini bagaimana agaknya dialog Penyamun 1 dan Penyamun 2?

Penyamun1: Eh, kau tau ka sekarang ni rezeki kita banyak murah daa...

Penyamun 2: Iya daa...untung jugak bila ada jawatan besar-besar ni. Orang tak berani ganggu kita daa....

Penyamun 1: Itu lah aku cakap. Tumpang tengah ada kuasa ni kita kena pandai lah nak buat apa yang patut.

Penyamun 2: Eh apa da kau ni...membebel saja.Elok kita bahagikan harta-harta ni.

Penyamun 1: Ya tak ye jugak daa....aku punya syok sampai lupa nak bahagi-bahagikan daa...Jangan marah daa....

Penyamun 1: Okay aku mula. Ini kapal selam untuk kau ini helikopter untuk aku.

Penyamun 2: Bagus..bagus...aku setuju.

Penyamun: Ini jambatan kedua untuk aku ,itu jambatan bengkok untuk kau.

Penyamun 2: Eh...eh...mana boleh itu macam daa....apasal kau kasi sama aku jambatan bengkok yang sudah batal daa...mana adil.

Penyamun 1: Ya ka? Aku sudah lupa itu jambatan sudah batal daa....Sapa kasi batal eh? Bahlol betul kasi batal kalu tak aku boleh sebat juga....

Penyamun 2: Eh cepat sikit daa....

Penyamun 1: Iya lah....Satu koridor untuk kau dua korridor untuk aku....

Penyamun 2: Eh apa daa...kau dapat 2 koridor aku dapat satu. Ini tak adil.

Pemyamun 1: Aku ambil dua sebab nak kasi kau senang kerja. kau sapu satu saja koridor aku lagi teruk kena sapu dua tau ka? Itu banyak kerja dan masa tau.....

Barang siapa yang mahu menambah sebarang scenario atau dialog di persilakan tetapi mesti dalam kisah nujum Pa' Blalang saja. Skrip terbaik akan di jadikan film terbaru keluaran M-No Production bertajuk nujum Pa' Bedul.

4 comments:

Kata Tak Nak said...

Saya ada 1 teka teki. Ada 2 kapal selam, kenapa harga dia sangat mahal. Ha, jawab.

tokasid said...

Mana tak mahai pasai poket seluaq bocoq.

Mat Salo said...

Ha ha ha... Kepala hotak hang bes pikiaq baguih laa...

Untuk menjawab teka teki KTN: Mahai? Mana ada mahai? Altun cuma mau 500 ribu dollar.. Murah laa tu. Apasai tak bayaq? Komission kan 500 juta... buat pa nak kemot? Siapa susah sekarang? Rakyat Bedul jugak...

cakapaje said...

Salam Doc,

Lol! Tak dapek den nak tambah. Reading Cikgu and you - you are back! - nak pocah porut den ni ha! :)