Tuesday, July 21, 2009

11 amalan kita yang terbalik kuang....

Salam buat semua.

Aku dapat satu e-mail menarik pagi tadi dan aku nak kongsi bersama.
Ada yang mungkin bersetuju dan ada yang mungkin tak bersetuju. Terpulang.

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan
harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau
bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam.. Mungkin
kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup
orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan
yang
terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati
selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan
seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah
telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati
untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa
kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang
datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir
kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati
atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut
Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam
berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak
dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia
menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau
menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri
kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan
bukan untuk ia menambah pendapatan.


3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan
segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian
lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang
terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan
nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu,
sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan
rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat
malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah
seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang
berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah
orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi
dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah.
Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum
bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran
berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka
dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah
amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.


8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa.
Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak
tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen
baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup
dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru
Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.
Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak
tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti
pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan
kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap
tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta
tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak,
bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang
dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang
lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang
bahagia.


11. Kita cukup teruja untuk meng'forward' kan sms atau emel dalam bentuk
gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar
dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward
emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima
hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita
menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut
selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan
peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun
satu ayat." (Riwayat Bukhari)

14 comments:

ummisara said...

Doc...

chek setuju sangat lah dengan posting u.

Chek pernah alami...masa adik ipaq & pak mentua meninggal...yang mai umah ziarah masa tengahari [jenazah dah dikebumikan], siap mintak nasik bungkuih [yang disediakan untuk keluarga kerana tidak memasak]....dah bagi 1 bungkuih, mintak pulak untuk anak yang dia heret mai sana ... bukan 1 tapi 3 orang...

satgi mai pulak lagi....lagu tuh jugak...pelik lah manusia nih.


have a gud day sir

Kama At-Tarawis said...

salam doc

sangat2 setuju dengan apa yang diperkatakan disini. semoga diberkati Allah swt selalu.

tokasid said...

Mynn:

Kalau nak cerita pasai kenuri arwah yang menjadi top ten amalan orang Melayu ni, seminggu pun tak habih.
Kita dok ingat sepatutnya bila ada musibah kita sebagai saudara mara atau jiran atau anak khariah akan meringankan beban mereka tetapi sebenarnya sebaliknya pulak.

Pernah dengar ada yang terpaksa meminjam duit kerana nak buat kenuri arwah? Sebab banyak mulut dok kata kalau tak buat macam tak kesian pada arwah. Ada yang kata macam tanam binatang ka?(pasai mana ada org tanam binatang buat kenuri arwah kata mereka).

How sad and pathetic, dak ka.

tokasid said...

Kama:

thanks.This will soon receive lots of flaks. Sama macam posting ttg kenuri kahwin tempuh hari.

Yang benar tetap benar walau di pertikaikan.
Yang salah tetap salah walau di selindungkan.

luah fikiran said...

Kita sama-sama ambil pengajaran daripada posting ini dan bertindak membetulkan diri kita. Peringatan yang semacam ini yang sewajarnya kita perbanyak dan perluaskan lagi hebahannya. Teruskan. Hentikan kerja-kerja membuat fitnah, mengumpat, membuat cerita-cerita rekaan, mencerca, berdendam dan menjatuhkan hukum. Inilah sebenarnya ajaran agama kita.

Anonymous said...

salam bro...

adusss.... benjol dahiku kena tunjai dgn tulisan-tulisan you ari ni...

pernah berdebat dgn mak pasai hal ni... mak kata fardhu kifayah tahlil ni sebab buat kita ingat mati and ingat nak jadi anak yg soleh, sebab yg menghubung yg hidup dgn yg mati antara 3 doa anak yg soleh... ikut niat kot kan?

mcm khairat kematian, alhamdulillah di tempat sy masih bagus sumbangan org kpd keluarga yg kematian... bila kenduri kawin tu rata2 la ni sedekah je lah... tp ada gak yg tulis nama on the envelope tu... mcm tanam ubi lah tu... hahhaa

ummisara said...

Apa pun kan Doc...benda-benda nih bila kita dah tau...yang elok amik buat teladan...yang tak elok jadikkanlah sempadan...

terima kasih sbb saling ingat mengingatkan.

tapi kan memang payah nak ubah mentaliti org melayu kalau mai bab-2 lagu yang u sebut tuh...

kita sama-2 berdoa.

catatan pelbagai said...

artikel yg bagus! benda yg simple tapi kekadang kita tak perasan..

tokasid said...

luah fikiran:

InsyaALLAH.
Jazakallah khair.

tokasid said...

Sis Raden:

benjol sikit je tak apa.

Dari pemerhatian saya: bila di buat kenuriarwah samada malam pertama atau ke tujuh atau ke 40 atau ke 100, seringkali bila time baca doa anak2 dan ahli2 keluarga akan sibuk nak angkat segala hidangan kepada tetamu. Hidangan di letak atas sapra.Ada antara jemaah yang sedang mengaminkan mata ngerling sana sini ke arah jaudah dan tiada konsentrasi ke atas doa yang tekong tahlil bacakan.

Ada elok anak2 sekadar berdoa atau bertahlil sesama anak2 dan ahli keluarga dgn cara bersolat jemaah ketika semua masih berkumpul di rumah arwah.

tokasid said...

Mynn:

memang payah cek oi....
payah sepayah payahnya

tokasid said...

Nur ilham:

memang benar.
saya sering begini..terlepas pandang dan alpa

Pak Zawi said...

Tokasid,
Banyak pengajara daripada perkara-perkara yang Doc sebutkan ini. Sedarlah wahai kaumku.

de_kerinchi said...

salam doc,

Perkara diatas memang dah menjadi amalan biasa bagi masyarakat islam melayu Malaysia..

Lebih malang apabila kita ingin bertanya, sekadar untuk membetulkan keadaan kita pula akan dikata sesat... abih camno...;-)

apapun email yang mempunyai kandungan yang menepati sasarannya