Thursday, July 9, 2009

PPSMI : Macam main sorong tarik sahaja.

PPSMI akan di hentikan secara langsung mulai 2012. Begitu kata Tan Sri Muhyiddin selaku Menteri Pelajaran dan juga TPM.
(Berita penuh boleh baca di sini(Malaysianinsider)

Bagi kebanyakan orang ini mungkin satu berita baru.

Bagi aku ini adalah berita lama yang baru di umumkan bagi tujuan PRK Manek Urai.
Ini adalah pengumuman politik Muhyiddin bagi mendapat sokongan pengundi Manek Urai.

Aku tahu ramai kawan-kawan yang sokong UMNO akan kata aku mempolitikkan isu pengumuman Muhyiddin. Akan kata bagi aku semua kenyataan daripihak UMNO adalah bersifat politik.

I'm NOT.

Biar aku clarify:

Pada cuti sekolah yang lalu aku berpeluang balik ke Taiping.Balik ziarah Mak.Balik uruskan hal tanah mak yang di jual pada sepupu aku beberapa tahun lalu.Balik bertemu mak-mak sedara dan pak-pak sedara aku di Kedah.

Ketika di Taiping , kakak ipar adik aku, seorang guru di Kuala Krai Kelantan turut balik ke Taiping menziarahi keluarganya.

Adik aku: Abang...kak ipaq orang bagi tau baru-baru ni Timbalan Menteri Pelajaran ada mai visit Kuala Krai. Adalah dia jumpak dengan cikgu-cikgu di daerah Kuala Krai. Timbalan Menteri kata PPSMI akan depa stop. tapi depa tak akan announce lagi benda ni.

Aku: Abang dah agak dah...PPSMI memang kena stop punya.Awat yang Kementerian tak mau announce lagi la ni?

Adik aku: Kak ipaq orang kata ,Timbalan Menteri kata Muhyiddin akan announce masa time kempen di Manek Urai nanti...tak tau la ya ka dak.

Aku: Ya la tu...pasai isu ni amat sensitif bagi orang Melayu terutama hat dok luaq bandaq. Jadi kalu Muhyiddin announce nasa Manek Urai, kira ada politicak advantage pada UMNO la masa tu.

Adik aku: Tu laa...orang pun dok pikiaq lagu tu.

Jadi sebenarnya keputusan tentang PPSMI telah di buat lama dah.Cuma timing pengumuman saja .Kebetulan berlaku PRK Manek Urai maka apa lagi....

Itu satu hal.Ini satu lagi hal.Juga tentang Muhyiddin. Dua tiga hari yang lalu Kementerian Pelajaran telah memberi peralatan sekolah kepada pelajar2 sekolah di Manek Urai. Kononnya ini usaha Kementerian nak bantu rakyat.

Ya ka nak bantu rakyat ?

Secara logiknya kalau Kementerian nak bantu pelajar2 sekolah, mengapa hanya di Manek Urai?Bagaimana pelajar-pelajar yang lain?Mereka tak perlukan bantuan kah? Okay..kita anggap saja Kementerian nak bantu pelajar miskin.Soalnya adakah pelajar miskin hanya di Manek Urai? Di Bukit Gantang tak adakah? Di Paloh tak adakah? Di Kodiang tak ada kah? Di Durian Tunggal tak adakah pelajar miskin?
Kedua,mengapa bantuan di beri pada bulan Julai?Setelah hampir 6 bulan persekolahan?Mengapa tidak pada Januari lalu sedangkan waktu itulah pelajar2 terutama yang miskin amat memerlukannya.

Bolehkah ini di anggap rasuah? Apa kata SPRM dalam hal ini( most likely SPRM kata itu bukan rasauah)

9 comments:

Unknown said...

Amboi, lama betoi hang tak menulih? Ingat kah hang merajok lari pi Ghana ka, Mongolia ka?

Ntah berapa harga beg sekolah dan basikal yang depa bagi tu. Aku rasa kalu tengok bil depa mesti 1 beg harga 3 ratus lebih dan basikal harga motor. nak cari makan kan.

Pak Idrus said...

Zul, Welcome back to the real world. Anway do have a nice day.

Hasbullah Pit said...

Kurniaan tu dah jadi perkara biasa bila pilihanraya.

Tapi kita kena sebut juga

tokasid said...

Che'gu:

Quotation harga beg sekolah sama mahal dgn begtangan Gucci isteri menteri2 tapi yg budak2 dapat hanya sumpit glenjar. Quote harga kasut macam Nike tapi yg dapat hanya kasut plastik puteh yg bila kotor boleh gosok dgn kain buruk saja.

tokasid said...

Pak Idrus,
The real world realy sucks.

You too Pak.

tokasid said...

Bol:

Betul tu..kalu tak sebut nanti jadi 'halal' pulak.

Anonymous said...

urmm..betul..betul..betul..

AJAI62 said...

Salam Bro

Apa2 pun tindakan bodoh kerajaan hanya nak menang di manik Urai..PPSMI di mansuhkan . Kenapa tak wujudkan aje satu aliran sekolah di malaysia yang menggunakan B Malaysia sebagai penghantar tak payahlah ada lagi bahasa cina dan india untuk memuaskan hati pejuang bahasa yang tak reti bahasa tu...Lepas ni semua murid sekolah baleh baca sajak si janggut putih...

tokasid said...

Ajai62:

Nampaknya kerajaan cuma mahu popular saja.

In the long run anak2 yang rugi