Friday, July 24, 2009

Islam di China...klip muzik buat umat Islam China

Salam buat semua.

Kita telah di gemparkan dengan kejadian di Xinjiang sebuah Wilayah Autonomi di Barat China.
Pelbagai anggapan dan tanggapan dari berbagai pihak dan sudut telah kita baca. Seperti biasa kumpulan Muslim terutamanya yang lemah apalagi sebagai minoriti di tunding sebagai pelampau atau pembangkit huru-hara malam sebagai pengganas atau terrorist.

Masyarakat dunia,malah masyarakt Islam di seluruh dunia seolah-olah bersetuju dengan pandangan 'popular' ini.

Dunia lupa atau tidak mahu ambil tahu akan kezaliman demi kezaliman yang umat minoriti di China hadapi sejak zaman Dinasti Qing lagi. Di Shaanxi pernah berlaku genocide yang menyebabkan 91% umat Islam China( di panggil Hui) lenyap dari muka bumi.
Kehadiran rejim komunis terutama ketika era Mao Ze Dong, umat Islam di larang dari mempelajari agama mereka sendiri.Malah di larang beribadat. Cuma selepas kematian Mao keadaan agak bertambah baik sedikit terutama di Wilayah Xinjiang.

Namun penghijrahan tersusun orang berketurunan Han yang semakin bertambah ke Wilayah yang ramai Muslim telah menyebabkan masaalah yang besar. Keturunan Han mendapat sokongan padu dari Beijing secara langsung menyebabkan kaum Muslim terutama orang Uighur di zalimi semula.

Pelbagai jenayah terhadap mereka bagaikan tidak di ambil peduli oleh pihak polis atau tentera.
Padaawal Julai 2009, kaum Uighur yang merasakan mereka di tindas dan di zalimi oleh kerajaan Komunis dan kaum Han memulakan perhimpunan tunjuk perasaan.

Kita maklum di mana mana saja bila ada demonstrasi, pasti akan ada anasir-anasir provokasi yang tidak mahu demonstrasi berlaku secara aman.

Apa yang berlaku kemudiannya telah menjadi sejarah hitam bagi penduduk Xinjiang terutamanya di kota Urumqi.

Atas rasa bersalah( kerana tidak pernah ambil tahu) dan kesedaran penindasan yang mereka lalui, aku membuat music clip ini untuk di kongsi bersama.

Dengarilah bait bait lirik yang menyentuh hati hasil nukilan Dr MAZA, mantan Mufti Negeri Perlis. Lirik ini berdasarkan pengamatan Dr MAZA ketika menziarahi Wilayah Xinjiang sedikit masa lalu.

Bait-bait ini di lagukan oleh kumpulan Algebra, sebuah kumpulan Nasyid yang agak unik.
( Kesemua lagu-lagu dari album Algebra di tulis oleh Dr MAZA dan kesemuanya telah di haramkan oleh RTM kerana ramai pembesar-pembesar negara terasa pedas)

Terimalah Islam di China....



Lirik asal boleh lihat di Dr MAZA



3 comments:

Anonymous said...

Dah ubah topik pulak ??? cakap lah lagi pasai SPRM tuu...

tokasid said...

Anon:

Ubah topik?
Blog saya bukan khusus untuk SPRM atau untuk politik sahaja.Kalau sudi lihat posting2 saya akan dapati iannya pelbagai.

Pasal SPRM, semoga apa yg telah berlaku akan menjadi satu pengajaran yang penting dan tidak terlepas pandang sebarang prosedur yg sepatutnya mereka ikuti.

Anonymous said...

assalamualaikum kepada saudara pemilik blog yang di Rahmati Allah swt:

Dengan izin Allah yang Maha Baik, saya terjumpa blog & tulisan tuan ini. justeru, Saya hadir untuk memohon izin tuan untuk meneruskan usaha dakwah yang baik ini kerana tulisan tuan sangat baik & berfakta benar. Saya berhajat untuk alih bahasakan tulisan tentang Muslim di China ini dalam bahasa Inggeris.

Untuk makluman, saya ingin kongsikan dengan sahabat2 Uyghuri saya (mereka hanya boleh faham BI) segala luahan prihatin tuan dan Dr. MAZA kepada mereka. agar mereka tahu bahawa ada umat Islam dari negara lain juga sedang terus menerus memberi sokongan kepada mereka.

Boleh izinkan saya? Terima kasih

Jazakumullahu khairu jazak..