Salam buat semua.
Masih ingat lagi betapa meluapnya kemarahan umat Islam Malaysia ketika Israel laknatullah membedil Tebing Gaza? Atau ketika tentera Amerika mencerobohi Afghanistan serta Iraq?
Kita lihat pelbagai demonstrasi di jalan serta di depan kedutaan Amerika Syarikat.Kita lihat pelbagai banner dan bunting dengan slogan-slogan yang membangkit semangat.Kita lihat usaha dan kempen-kempen untuk memboikot barangan dari Amerika atau sekutu-sekutu Israel.
Kita lihat bagaimana cempera dan kelam kabut perniagaan yang di franchise dari jenama syarikat-syarikat Amerika.
Kerana apa? Kerana kita membenci tindakan Amerika atau sekutunya dan Israel melakukan pencerobohan serta kezaliman ke atas umat Islam di Palestine serta di Afghanistan dan Iraq. Kita menunjuka kepada dunia bahawa kita amat sensitif terhadap umat Islam di Palestine serta Afghanista.Jugak Iraq.
Minggu lalu satu dunia menyaksikan betapa umat Islam di Xinjiang,China di zalimi. Liputan media menunjukkan 'keganasan' terhadap umat di Xinjiang(yang bertambah hebat sejak 1996).Kita pun sebenarnya tidak tahu apa punca berlakunya 'keganasan' ini. Pelbagai andaian di lontarkan. Ada yang kata masyarakat Uighur yang beragama Islam memulakan keganasan ini. Ada yang kata ini tindak balas atau reaksi kemarahan masyarakat Uighur terhadap kezaliman yang mereka hadapi dari kerajaan China.Kerana mereka Muslim. Muslim sejak berkurun-kurun lalu.Sejak zaman Khalifan Usman ibn Affan. Tetapi oleh kerana perubahan suasana politik mereka akhirnya terperangkap dalam negara Komunis yang sehingga kini menyekat masyarakat Uighur dari mempraktis agama serta adat budaya mereka di tanah air mereka sendiri.
Sebelum mereka terperangkap dalam genggaman komunis dahulu, masyarakat Uighur Muslim berjumlah lebih kurang 48 juta namun dengan 'cleansing' licik komunis umatIslam Uighur berada dalam sekitar 10 juta sahaja. Mereka di larang ke masjid.Mereka di larang dari mengadakan kelas-kelas agama.Mereka di larang dari menyambut 'Eidul Fitr dan 'Eidul Adha.
Entah,mungkin kerana Uighur kurang glamour dari Palestine atau Afghanistan atau Iraq atau Chechene atau Bosnia ramai dari kita tidak sedar tentang apa yang mereka hadapi.
Media memaparkan tragedi di Xinjiang sebagai perkauman. Benarkah ianya di sebabkan perkauman? Atau sebenarnya ianya lebih kepada penindasan beragama dari kerajaan China.
Yang menakjubkan ialah respon dari rakyat Malaysia. Kemana menghilangnya pejuang-pejuang Islam yang sering berdemonstrasi dan kempen memboikot dulu? Tiada kah yang mahu berdemonstrasi di Kedutaan China? Menghantar memorandum kepada Duta Besar China? Tidak mahukah di lakukan kempen memboikot barang-barang dari negara China?
Atau kerana kita ingin menjaga hati rakan negara kita yang berbangsa etnik Cina?Atau kerana kita risau ini boleh menyemarakkan perasaan perkauman antara masyarakat Islam dan masyarakat Cina ?
Kita harus ingat(baik Melayu Muslim atau dari etnik Cina) bahawa rakyat Malaysia beretnik Cina tiada kaitan lagi dengan rakyat China walaupun sentimen mereka masih kuat( itu adalah normal bagi apa jua bangsa yang telah berhijrah walau puluhan tahun yang lalu.Walau jika tidak pernah menjejak kaki ke tanah air nenek moyang mereka). Kezaliman yang di lakukan oleh kerajaan Komunis China terhadap rakyat mereka(dalam kes ini, Uighur Muslim di Xinjiang) tidak ada kena mengena langsung dengan rakan senegara kita yang beretnik Cina.
Tetapi itulah malangnya. Mungkin kerana bayang-bayang 13 Mei tidak akan pernah lekang dari benak kita(atau benak ahli politik kita) kita pendamkan atau diamkan kezaliman ke atas masyarakat Uighur.
Atau kita sudah ngak ambil pusing?
Bacaan menarik tentang Xinjiang di Wiki ini.
Tiga Kisah Sedih Zaman SMAPK
10 years ago
9 comments:
biasa la tu..maintain
saya sokong
Salam Doc,
Benar kata Doc, dan telah saya sampaikan kepada yang saya kira sepatutnya.
Betuiiiiii, sokonnnnng
http://www.zainbhikha.com/00_index.html
sori, nak bagitau, lagu kat sini pun sedap222
http://www.zainbhikha.com/00_index.html
Salmah:
rasa macam kita ni double standard saja.
Nenek:
terima kasih.
Kesengsaraan Uighur memang terlepas dari pandangan masyarakat Muslim dunia. Mereka umpama keseorangan menghadapi tekanan rejim Komunis.
Negara China menganggap Uighur golongan pemisah ekstrimis. Media Barat kerana kecenderungan untuk menempelak China memberi liputan luas. Jika bukan di China mungkin media Barat akan melabel Uighur sebagai teroris.
Shah:
Thanks bro.
Lets hope something is done to help the Uighurs.
Anon:
thank you.
Post a Comment