Saturday, January 6, 2007

Qurban di Bukit Katil 2006

Qurban-satu ibadah yang di lakukan pada hari-hari Tasyrik(sehari selepas hari Wuquf) pada musim Haji setiap tahun. Ianya bersempenakan qurban yang telah ALLAH Azza Wa Jalla perintahkan kepada bapa para Nabi iaitu Nabi Ibrahim a.s. Perintah ini adalah sebagai ujian keimanan kepada Nabi Ibrahim a.s. , anak baginda Nabi Ismail a.s. dan isteri baginda Siti Hajar.

Kerana iman yang teguh dan jitu Baginda bertiga telah rela untuk mengorbankan Nabi Ismail a.s. sebagaimana yang ALLAH perintahkan. Kerana keikhlasan iman ini, ALLAH telah memerintahkan di qurbankan seekor Kibasy menggantikan Nabi Ismail a.s.

Semenjak itu ibadah qurban dilakukan oleh umat Islam.
Tahun ini seperti kebiasaan,Balai Islam Bukit Katil telah bergotng royong melakukan ibadah qurban.Sebanyak 3 ekor lembu telah diqurbankan selepas solat sunat 'Eidul Adha.

Di pamirkan foto2 dari awal hingga selesai qurban.(Maaf jika ada yang rasa ngeri melihat foto2 ini)






































Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

No comments: