Showing posts with label BR. Show all posts
Showing posts with label BR. Show all posts

Saturday, March 15, 2008

Seminggu sesudah PRU...krisis sana sini.



Salam buat semua.

Dah seminggu PRU12 selesai. Keputusan rakyat sudah kita ketahui.
Tapi dalam seminggu ini jugak kita lihat terdapat krisis hebat yang melanda di beberapa negeri.

Bukan sahaja di negeri yang buat kali pertama jatuh ke tangan Barisan Rakyat seperti di Selangor dan Perak, malah di negeri yang kekal di tangan Barisan Nasional iaitu Trengganu dan Perlis.

Di Perak terdapat masaalah memilih MB. Bagaikan permainan pingpong. Sehingga ahli politik antik DAP YB Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan pedas mahu memboikot upacara perlantikan MB jika wakil PAS Ir.Nizar di pilih Sultan sebagai MB Perak. Beratus-ratus komen menghentam LKS, maka LKS si-politikus antik menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf dari Duli Tuanku.
Raja Nazrin yang tidak mahu kemungkinan timbul krisis kemudian hari, mengarahkan kesemua 31 wakil rakyat BR menandatangan suruh setia kepada MB baru. Kini selesai sudah krisis di Perak.

Di Selangor agak lancar walaupun terdapat kemelut tentang jawatan Timbalan Menteri Besar dan pembahagian jawatan EXCO.

Tapi yang menjadi persoalan menarik ialah negeri yang kekal dengan BN. Mengapa Perlis dan Trengganu mengalami kesukaran melantik MB? Sedangkan Shahidan telah lama menjadi MB Perlis. Dan Idris Jusoh juga merupakan MB Trengganu yang memimpin Bn menghalang kebangkitan semula PAS di Trengganu.

Jika benar Shahidan dan Idris telah membangunkan negeri mereka dengan jaya, mengapa sudah seminggu masih tiada MB?
( Terkini:Perlis sudah mempunyai MB baru iaitu Datuk Dr Md Isa Sabu. Yang menariknya Bernama melapurkan PM PakLah melantik Shahidan sebagai MB Perlis. Yang lebih menariknya Bernama turut melapurkan Raja Perlis telah melantik Md Isa Sabu sebagai MB)
Shahidan juga merasakan ada pihak yang telah mempengaruhi Duli Tuanku dalam hal ini seperti yang di lapurkan dalam Star.

Di Trengganu sehingga kini tiada khabar nyata bila krisis kepimpinan Trengganu akan selesai. Berita di TV telah beberapa kali menunjuk muka masam Idris Jusuh yang mengalami masaalah dalam perlantikan semula sebagai MB. Kita tidak pasti samada Idris tidak di kehendaki oleh ahli BN Trengganu sebagai MB atau pihak lain. Tetapi Star melapurkan Istana Trengganu menafikan ini adalah campurtangan dari istana. All is not well in Trengganu after all.
Terbaru Utusan melapurkan kesemua ADUN Trengganu di minta menghadap Majlis Penasihat Pemangku Raja Trengganu di Putrajaya. Yang menjadi kemusykilan ialah Idris Jusoh selaku Pengurusi Badan Perhubungan BN Trengganu mengesahkan dia tidak akan hadir menghadap. Jadi krisis di Trengganu memang benar-benar serius.

Some people have commented that the BR is so kelamkabut that they can't appoint a MB in Perak. Apparently BN is no better that Trengganu still haven't got an acceptable person as MB and Perlis is seeing some stormy weathers ahead.

Also the hot news was when Lim Guan Eng the Penang CM announced that his gomen will do away with DEB and this had caused anxiety to many Malays( read UMNOPutras) in Penang. Guan Eng wanted a more transparent and open tendering system for govt projects in Penang and no more handouts to to BN leaders or individuals closely related to BN leaders as done previously not only in Penang but elsewhere too. Namun Guan Eng berkata bahawa orang Melayu tidak akan di pinggirkan di Penang. Kita tunggu dan lihat saja.

Ramai kata DAP nak halang keistimewaan Melayu. Memang benar. DAP dari dulu lagi sudah nyatakan begitu. mereka mahu semua sama rata.

Bagi aku dalam hal DEB ini, DAP dan UMNO sama saja. Malah dalam berpolitik juga DAP dan UMNO sama cara mereka.

Bagi DEB:
DAP: nak SEKAT semua keistimewaan Melayu dalam DEB.
UMNO : nak SEBAT semua keistimewaan Melayu dalam DEB.

Dari segi politik:
DAP: guna isu perkauman Cina untuk raih sokongan.
UMNO: guna isu perkauman Melayu untuk raih sokongan.

Cuma ada satu berita yang membuat aku rasa sejuk hati bila wakil-wakil rakyat PAS di Selangor akan memberi 30% dari elaun wakil rakyat mereka bagi membantu golongan fakir miskin di Selangor.Alhamdulillah. Ini adalah satu langkah yang baik bagi menanda kesyukuran mereka kepada rakyat yang memilih mereka. Juga sebagai tanda janji mereka inginkan Negara kebajikan. sekurang-kurangnya mereka mahu melakukan di DUN masing-masing dulu dengan wang elaun mereka sendiri.Aku berharap jika wakil-wakil rakyat PAS di Kedah,Kelantan serta Perak dapat juga melakukan demikian.

Wednesday, March 12, 2008

Surat terbuka buat Barisan Rakyat.


Assalamu'alaikum.
Salam sejahtera kepada semua wakil-wakil rakyat dari DAP-PKR-PAS atau apa yang aku lebih selesa memanggil Barisan Rakyat(BR).

Tahniah di ucapkan kerana tuan-tuan dan puan-puan telah di amanahkan oleh rakyat di kawasan masing-masing untuk mewakili mereka samada di Parlimen atau di Dewan Undangan Negeri.

Juga tahniah yang tidak terhingga kepada Rakyat kelantan kerana mengekalkan PAS sebagai kerajaan Kelantan. Kami sedar rakyat Kelantan telah cuba di hukum oleh BN dengan pelbagai cara agar rakyat memilih BN semula.Namun kecekalan Rakyat Kelantan amat hebat.Walau di ugut dan di sekat bantuan dan bila bantuan di berikan secara terpilih-pilih, rakyat Kelantan sekali lagi memberitahu BN: Kalau BN tekan kami kami akan tolak.Lagi tekan lagi di tolak.

Syabas kepada rakyat Kedah,Pulau Pinang,Perak,Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Anda yang selama ini amat selesa dengan kerajaan BN telah menunjukkan protes terhadap banyak hal yang di lakukan atau tidak dilakukan oleh BN. Anda dengan berani menukar kerajaan negeri masing-masing walaupun anda tahu BN mungkin akan menyekat bantuan seperti mana yang gemar BN lakukan.Lihat saja Kelantan dan Trengganu semasa di bawah kerajaan PAS.

Rakyat-rakyat di bawah kerajaan negeri PAS di ugut,di sekat hak mereka. saluran bantuan di beri melalui pihak yang telah rakyat tolak(badan perhubungan BN negeri). Adakah BN memikirkan rakyat yang memilih selain dari BN bukan rakyat Malaysia? Bukan pembayar cukai?Tapi memang telah terbukti BN akan berlaku zalim pada yang tidak memihak kepada BN.

Memang ada dan akan ada yang berkata; Kalau dah tak sokong BN memang tak wajar di bantu oleh BN. Begitu singkat alasan mereka.Dangkal. Rakyat Malaysia tetap rakyat Malaysia walau di perintah oleh BN atau PAS atau DAP atau PKR. dan rakyat Malaysia berhak di bela oleh kerajaan yang memerintah tanpa mengira parti politik apa yang rakyat tersebut sertai.

Wahai YB-YB Barisan Rakyat.
Saudara-saudara ingatlah luahan saya ini. Jangan sekali-kali saudara berperangai seperti kebanyakan wakil rakyat BN yang dahulu. Ingin saya senaraikan beberapa perkara kepada saudara-saudara yang telah rakyat amanahkan tanggungjawab:

1- Jangan saudara membalas dendam kepada rakyat yang tidak menyokong saudara kerana itu adalah hal demokrasi mereka. saudara sudah menjadi wakil mereka maka laksanakan amanah dan tanggung jawab itu. Jangan di sekat hak mereka.Jika kawasan saudara ingin membuat jalan atau perparitan jangan hanya di hentikan sehingga rumah penyokong saudara sahaja. Seluruh penduduk berhak menikmati pembangunan saudara bawa. Walaupun jika wakil BN dahulu memilih -milih bila hendak membuat bantuan atau projek kecil saudara jangan bersikap seperti mereka.

2-Jangan saudara berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk kepada rakyat. Tak perlu saudara tayangkan kereta mewah saudara kepada kami.Tak perlu saudara bina rumah bagai mahligai untuk kami lihat. kami akan terima kedatangan saudara walau dengan kereta proton atau dengan motorsikal sekali pun.

3- Saudara-saudara kami pilih untuk menyatakan hasrat kami dan membantu kami. jika itu yang saudara lakukan,kami akan membantu saudara. Tapi jika saudara hanya mahu mengumpul harta kemewahan serta projek-projek untuk keluarga dan sahabat handai bagi kami itu adalah perbuatan khianat saudara kepada kami. Jika itu yang saudara mahu lakukan, kami tak perlu tukar wakil baru sebab wakil-wakil kami yang lalu memang telah lama melakukannya.

4-Ingatlah,saudara di sini kerana kami yang memilih.Jika saudara tidak amanah atau saudara melakukan rasuah atau saudara seleweng kami jugak yang bakal menendang saudara keluar.percayalah cakap kami.Kami telah membuktikannya baru-baru ini.

5- Di kala kehidupan kami sempit dengan kos yang tinggi, jangan saudara bermewahan dengan wang negara. Jangan saudara menjemput artis-artis hebat untuk menghiburkan rakan-rakan serta keluarga saudara tetapi kami yang membayarnya. Jangan saudara membazir menukar kenderaan rasmi yang masih cantik dan dalam keadaan baik hanya kerana model baru sudah di pasaran. Dan tolonglah, saudara tak perlulah menggunakan wang rakyat untuk mendapat nombor plate kenderaan yang mahal-mahal.

6-Saudara ingatlah, saudara kami pilih mewakili rakyat di kawasan masing-masing. Inagtlah kami ini ada yang Melayu ada yang Cina ada yang India ada yang Sikh ada yang Melanau ada yang Iban ada yang orang Dusun,Bajau,Kadazan dan lain-lain. Saudara wakil kami semua dan bukan hanya wakil bangsa saudara sahaja. Saudara wakil rakyat Malaysia.Inagtlah.Ingatlah betul-betul hal ini.

Saya tahu ini adalah sesuatu yang berbeza.Kini saudara menjadi kerajaan di Kedah,Pulai Pinang,Perak dan Selangor. Saudara cubalah lakukan amanah yang kami berikan ini dengan sebaik mungkin. Kami tahu usaha saudara akan di perhatikan oleh teman dan musuh. Usaha saudara akan di kritik kuat oleh BN. Saudara akan di tuduh itu ini.Itu adalah lumrah. Tapi kami akan berpuas hati jika negeri-negeri yang saudara perintah dapat menjadi lebih prihatin dan lebih telus dalam apa yang di lakukan. Jika usaha dapat di lakukan agar lebih mudah kami berkerja atau berniaga. Jika tak perlu lagi peniaga atau usahawan terpaksa merasuah kerana mahukan lesen perniagaan atau tapak perniagaan.

Kami berharap proses tender terbuka bakal mengurangkan kejadian rasuah. Kurangkan pilih kasih.

Tak lupa juga keada wakil-wakil BN yang terpilih,tahniah aku ucapkan.Kepada yang tewas, takziah dan cyba lagi di PRU13. Aku pasti BN tercari-cari punca kemerosotan ini. Percayalah, ini bukan kerja Barisan Rakyat.Bukan kerja pembangkang. Muhasabbah lah diri. Muhasabbahlah apa yang berlaku dalam BN sejak 5-6 tahun lalu anda akan dapat jawabannya. Bila sudah dapat jawabannyam usahakan ke arah pemulihan modal insan dalam BN sendiri. BN wajib berubah kerana rrakyat sudah bosan dengan politik wang dalam BN.Rakyat sudah bosan dengan sikap sombong dan bongkak wakil-wakil BN yang suka menunjuk-nunjuk kemewahan instant mereka. Rakyat sudah bosan dengan YB-YB yang merasakan mereka kebal dan tidak boleh di tegur.Mereka lupa kuasa untuk menaikkan atau menurunkan mereka ada di tangan rakyat.

BN harus ingat, mungkin ahli-ahli BN tidak berani melakukan perubahan ketika perhimpunan Agung parti tetapi rakyat terutamanya ahli-ahli BN melakukan perubahan yang mereka rasa sesuai dengan menurunkan saudara-saudara.

Aku berharap kerajaan Pusat BN tidak terus melakukan modus operandi yang sama mereka lakukan kepada Kelantan dan Trengganu(semasa PAS) kepada Kedah,Pulau Pinang,Perak dan Selangor. Jika BN menyekat hak-hak bantuan kepada rakyat di 5 negeri ini, jangan marah jika pada PRU 13 nanti rakyat akan memberi lagi 2 negeri kepada Barisan Rakyat!

BN perlu berlaku adil pada rakyat.Jangan hanya berucap di mulut tetapi realitinya rakyat di tekan di ugut dan di sekat.

Aku berharap mulai hari ini sehingga PRU 13 akan datang barisan Rakyat dan BN berilah khidmat yang kami telah amanahkan pada anda. Berlaku adil lah kepada kami rakyat Malaysia. Hentikan politik membalas dendam. Jika itu mampu BN dan BR lakukan.kami rakyat Malaysia akan membantu anda menghebatkan lagi negara kita,Malaysia.

Hanya ini yang mampu aku pesan kepada YB-YB semua. Mana yang baik YB gunakan. Mana yang tidak sesuai YB fikir-fikirkan lah. Tapi kami rakyat Malaysia sedang memerhati YB-YB semua. dan YB-YB ingatlah, kami sudah berani melakukan perubahan. dan kami tidak akan pandang belakang lagi.

Salam.