Showing posts with label krisis. Show all posts
Showing posts with label krisis. Show all posts

Saturday, March 15, 2008

Seminggu sesudah PRU...krisis sana sini.



Salam buat semua.

Dah seminggu PRU12 selesai. Keputusan rakyat sudah kita ketahui.
Tapi dalam seminggu ini jugak kita lihat terdapat krisis hebat yang melanda di beberapa negeri.

Bukan sahaja di negeri yang buat kali pertama jatuh ke tangan Barisan Rakyat seperti di Selangor dan Perak, malah di negeri yang kekal di tangan Barisan Nasional iaitu Trengganu dan Perlis.

Di Perak terdapat masaalah memilih MB. Bagaikan permainan pingpong. Sehingga ahli politik antik DAP YB Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan pedas mahu memboikot upacara perlantikan MB jika wakil PAS Ir.Nizar di pilih Sultan sebagai MB Perak. Beratus-ratus komen menghentam LKS, maka LKS si-politikus antik menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf dari Duli Tuanku.
Raja Nazrin yang tidak mahu kemungkinan timbul krisis kemudian hari, mengarahkan kesemua 31 wakil rakyat BR menandatangan suruh setia kepada MB baru. Kini selesai sudah krisis di Perak.

Di Selangor agak lancar walaupun terdapat kemelut tentang jawatan Timbalan Menteri Besar dan pembahagian jawatan EXCO.

Tapi yang menjadi persoalan menarik ialah negeri yang kekal dengan BN. Mengapa Perlis dan Trengganu mengalami kesukaran melantik MB? Sedangkan Shahidan telah lama menjadi MB Perlis. Dan Idris Jusoh juga merupakan MB Trengganu yang memimpin Bn menghalang kebangkitan semula PAS di Trengganu.

Jika benar Shahidan dan Idris telah membangunkan negeri mereka dengan jaya, mengapa sudah seminggu masih tiada MB?
( Terkini:Perlis sudah mempunyai MB baru iaitu Datuk Dr Md Isa Sabu. Yang menariknya Bernama melapurkan PM PakLah melantik Shahidan sebagai MB Perlis. Yang lebih menariknya Bernama turut melapurkan Raja Perlis telah melantik Md Isa Sabu sebagai MB)
Shahidan juga merasakan ada pihak yang telah mempengaruhi Duli Tuanku dalam hal ini seperti yang di lapurkan dalam Star.

Di Trengganu sehingga kini tiada khabar nyata bila krisis kepimpinan Trengganu akan selesai. Berita di TV telah beberapa kali menunjuk muka masam Idris Jusuh yang mengalami masaalah dalam perlantikan semula sebagai MB. Kita tidak pasti samada Idris tidak di kehendaki oleh ahli BN Trengganu sebagai MB atau pihak lain. Tetapi Star melapurkan Istana Trengganu menafikan ini adalah campurtangan dari istana. All is not well in Trengganu after all.
Terbaru Utusan melapurkan kesemua ADUN Trengganu di minta menghadap Majlis Penasihat Pemangku Raja Trengganu di Putrajaya. Yang menjadi kemusykilan ialah Idris Jusoh selaku Pengurusi Badan Perhubungan BN Trengganu mengesahkan dia tidak akan hadir menghadap. Jadi krisis di Trengganu memang benar-benar serius.

Some people have commented that the BR is so kelamkabut that they can't appoint a MB in Perak. Apparently BN is no better that Trengganu still haven't got an acceptable person as MB and Perlis is seeing some stormy weathers ahead.

Also the hot news was when Lim Guan Eng the Penang CM announced that his gomen will do away with DEB and this had caused anxiety to many Malays( read UMNOPutras) in Penang. Guan Eng wanted a more transparent and open tendering system for govt projects in Penang and no more handouts to to BN leaders or individuals closely related to BN leaders as done previously not only in Penang but elsewhere too. Namun Guan Eng berkata bahawa orang Melayu tidak akan di pinggirkan di Penang. Kita tunggu dan lihat saja.

Ramai kata DAP nak halang keistimewaan Melayu. Memang benar. DAP dari dulu lagi sudah nyatakan begitu. mereka mahu semua sama rata.

Bagi aku dalam hal DEB ini, DAP dan UMNO sama saja. Malah dalam berpolitik juga DAP dan UMNO sama cara mereka.

Bagi DEB:
DAP: nak SEKAT semua keistimewaan Melayu dalam DEB.
UMNO : nak SEBAT semua keistimewaan Melayu dalam DEB.

Dari segi politik:
DAP: guna isu perkauman Cina untuk raih sokongan.
UMNO: guna isu perkauman Melayu untuk raih sokongan.

Cuma ada satu berita yang membuat aku rasa sejuk hati bila wakil-wakil rakyat PAS di Selangor akan memberi 30% dari elaun wakil rakyat mereka bagi membantu golongan fakir miskin di Selangor.Alhamdulillah. Ini adalah satu langkah yang baik bagi menanda kesyukuran mereka kepada rakyat yang memilih mereka. Juga sebagai tanda janji mereka inginkan Negara kebajikan. sekurang-kurangnya mereka mahu melakukan di DUN masing-masing dulu dengan wang elaun mereka sendiri.Aku berharap jika wakil-wakil rakyat PAS di Kedah,Kelantan serta Perak dapat juga melakukan demikian.