
Salam semua.
Sejak seminggu ni semua mata tertumpu ke Trengganu. Negeri yang sedang di landa geroda politik.
Negeri yang telah melahirkan ramai pembesar kurang ajar dan derhaka kepada al-Sultan mereka sendiri. Negeri yang ada samseng di kalangan ahli UMNO menulis perkataan NATANG yang entah di tujukan kepada siapa jika bukan al-Sultan.
Trengganu, negeri yang membuat Perdana Menteri, TPM Najib dan seorang Naib Presiden UMNO( Ali Rustam of Melaka) juga menderhaka terhadap Sultan Trengganu yang juga sedang menjadi DYMM Yang DiPertuan Agong.
Terbaru dapat berita semalam 3 orang besar(kepala) Trengganu telah dilucutkan pangkat dan gelaran Datuk yang telah di kurniakan oleh Sultan Trengganu dahulu. Jadi dengan perlucutan gelaran ini kita sudah boleh agak bagaimana perasaan Duli Tuanku Sultan terhadap mereka.In other words depa ni boleh kata bye-bye pada jawatan idaman mereka.
Dalam pada itu terfikir juga, orang-orang begini yang sudah biasa dan selesa di panggil Datuk tentu akan menghadapi kesukaran nanti. They might not be able to live without the title.
Jadi aku rasa kita berilah gelaran kepada mereka agar mereka tidak merasa tersisih. Here goes:-
1- Natang Seri Idris Jusoh
2-Natang Rosol Wahid
3-Natang Din Adam.
Enough of Ganu today. Ni nak tengok ke negeri yang aku membesar semasa sekolah rendah dulu. Negeri Perak Darul Ridzuan.
Selepas keputusan PRU12 Perak yang mula-mula ada pergolakan. Pergolakan nak lantik siapa jadi MB. memang kalut lah masa tu. Aku rasa semua orang terkejut berok bila keputusan PRU keluar. Tajol MB lama paling terkejut sampai di perintah berkurung dalam rumah selama beberapa hari.Ntah berapa tan tissue paper atau toilet rolls dia habiskan untk lap(kesat) airmata dan air hingus ketika tereyak(menangis) kerana kalah.
Yang puak-puak Barisan Rakyat pun terkejut juga . Terkejut gorilla. Tak pernah depa mimpi nak boleh perintah Perak. Mungkin mereka sekadar yakin dapat banyak kerusi di DUN saja.
Jadi bila dah menang depa jadi kelam kelibut nak cari sapa jadi MB. Memang lah kecoh sikit pasai depa tak prepared kot nak jadi kerajaan dgn tiba-tiba.
Tapi Alhamdulillah dalam masa 10 hari semua dapat di selesaikan walaupun pada peringkat awalnya ada tergeliat sikit bila Lim Kit Siang buat statement nak boikot.Tapi bila ramai rakyat(yg kebanyakaannya Cina) hentam sama Kit Siang dia pun minta maaf pada Raja Muda Raja Nazrin. Maka selesailah masaalah MB di Perak.
Apa yang nak aku highlightkan kali ini ialah berkenaan sekumpulan mangkuk hayun di Perak. Mangkuk-mangkuk hayun ni ramai dan ada persatuan. Mereka ni juga besar kepala macam Derih and Co walaupun power mereka tak lah besar mana. Tapi mangkuk-mangkuk ini jangan kita pandang lekeh. Kehidupan orang kampung banyak boleh terganggu dengan adanya mangkuk-mangkuk hayun ini.
Siapa mereka ini? Mereka adalah ketua-ketua kampung. Di sesetengah tempat di panggil berbeza. Ada di panggil Tok Sidang. Ada Tok Pengawa. Macam-macam lah lagi kot.
Secara sejarahnya ketua-ketua kampung ini di lantik oleh kerajaan negeri. Hampir kesemua mereka adalah dari ahli-ahli parti komponen BN terutamanya UMNO. Kalu di kampung Baru mungkin dari MCA dan di estet mungkin dari MIC.
Mereka ini selalunya terdiri dari Ketua Cawangan UMNO dan termasuk dalam senarai JKKK.
Di Perak mereka diberi elaun bulanan sebanyak RM600/=( RM400 dari Federal dan RM 200/= dari negeri). Kebanyakan dari mereka mempunyai pekerjaan di jabatan-jabatan kerajaan ataupun pemakan duit pencen.
Mangkuk-mangkuk ni penting bagi kehidupan orang kampung. Nak menikahkan anak mesti dapat surat pengesahan dari mangkuk hayun bahawa anak kita masih single mingle atau telah janda atau duda. Kalau nak bantuan apa-apa kena ada sokongan dari mangkuk-mangkuk ini. Nak buat kenduri-kendara pun kena ada persetujuan mangkuk-mangkuk ini supaya tidak ada clash of kenduri.
Yang malangnya ada segelintir besar mangkuk-mangkuk ini beraja di mata bersultan di hati terhadap orang kampung. Kalau kita tidak di sukai oleh ketua kampung( atas pelbagai alasan yang tidak perlu dia beritahu pada kita tetapi selalunya bab politik atau personaliti) alamat agak sukarlah kita nak hidup berkampung di situ. Kita mungkin di boikot oleh kroni-kroni ketua kampung dan JKKK. Permohonan kita mungkin gagal kerana tiada sokongan dari ketua kampung.
Jadi masaalah di Perak ialah mangkuk hayun nak letak jawatan beramai-ramai mulai 1 Mei 2008. Alasan kerana perbezaan politik dengan kerajaan Perak yang baru ini. bermakna selama ni mangkuk-mangkuk hayun ni buat kerja untuk UMNO dan BN ,BUKAN untuk rakyat.
Mungkin depa ingat dengan ugutan nak letak jawatan beramai-ramai ini akan melumpuhkan kerajaan Perak. Mungkin itu agenda mereka (setelah mereka berbincang dgn Tajol MB Lama)
Aku sokong depa resign.Lagi cepat lagi baguih. MB Perak Ir M.Nizar kata selepas ini pemilihan sebagai ketua kampung akan di buat secara undian oleh penduduk kampung sendiri. Alhamdulillah. Satu tindakan yang bijak oleh kerajaan Perak . Kita mulakan di kampung lepas itu kita luaskan ke pemilihan ahli majlis kerajaan tempatan pulak. Tak ada lagi political appointment macam yg BN dok buat selama ini.
Kepada mangkuk-mangkuk hayun Perak aku ucapkan: BERAMBUS CEPATLAH YOB!
