Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Wednesday, August 12, 2009

Ramadan Datang

Salam buat semua.

InsyaALLAH pada 21 Ogos 2009, Jumaat akan di lakukan kegiatan melihat anak bulan.
InsyaALLAH kita akan mula berpuasa pada Sabtu 22 Ogos 2009.

Sempena itu aku menggatalkan tangan membuat sebuah video klip tentang sambutan umat Islam untuk berpuasa Ramadan ini.

Nyanyian Tompi seorang penyanyi Indonesia.

Semoga kita dapat melakukan ibadah puasa ,bertaraweh, bertadarus dan bersedekah di Ramadan ini.
Amin Ya Rabb.

Monday, October 13, 2008

Terkenang semasa dulu 12: Puasa sekolah rendah

Ramadhan 1973.
Darjah 5.
Kemunting ,Taiping.

Sejak tadika Mak dan Bapak dan ajar kami anak-anak berpuasa. Mula-mula sekerat hari. Lepas tu sampai jam 3, 4 dan akhirnya sampai lengkap sehari.

Selalunya dalam darjah 2-3 kami dah boleh ber'posa' sepanjang hari.

Dah menjadi adat budak lelaki sekolah rendah. Berpuasa ka tak berpuasa mana boleh dok diam. Dalam dok berposa kami 'hero-hero' lorong Bakaq Sampah dan lorong 10 Kpg Pinang akan terus dengan aktiviti permainan kami. Termasuk main bolasepak.

Aku masih ingat dengan jelas, bagaimana di sebabkan main bolasepak aku telah 'mencilok' puasa dan kemudian membuat muka 'steben' bila balik ke rumah.

Hari tu hari Sabtu. Kapten pasukan The Red Lion(TRL) dah buat arrangement nak lawan dengan team dari Kpg Jana di Padang SK Long Jaafar.Pagi tu ketika bermain-main kapten TRL, Zetzet bagitau: "Ni sat lagi pukoi 12 kita ada lawan bola dengan budak-budak Kpg Jana.Kita kena pi tau".

Lebih kurang jam 11.30 pagi kami beramai-ramai menapak ke SK Long Jaafar yang terletak di Kpg Jana.Lebih kurang 2 km dari larong kami di Kpg Pinang. Bila di sana budak-budak Kpg Jana ada yang dah sampai.

Di sebabkan kedua-dua team tak cukup pemain dan tiada pula pemain import pada zaman itu, kami mengambil keputusan bermain bolasepak dan bukan perlawanan bolasepak. Jadi teramatlah sakan budak-budak sekolah rendah main bola sampai hilang ingatan bahawa ketika itu adalah bulan puasa. Lebih kurang 1.30 tengahari masing-masing letih.Badan berpeluh sakan dan tekak memang dahaga yang amat amat sangat. Kalau masa tu ada apek jual aiskerim(berbasikal) lalu di situ alangkah eloknya.Atau kalau makcik yang jual ais kepal dan aih kacang(ABC) buka alangkah enaknya dapat menghisap sirap yang di tuang di atas aih kepai.
Atau jika dapat minum sebotol ayaq lemnet berperisa aiskrim soda atau sasparilla.

Tapi semua itu tak ada di tengahari bulan puasa. Jadi di tengah rembang itu kami menapak pulang. Lebih kurang 100m dari pintu pagar SK Long Jaafar terdapat sebuah paip atau pili awam di tepi jalan besar Kpg Jana.Kepala paipnya besar dan airnya laju. Di sebabkan hari yang panas ada antara kami mengambil keputusan untuk membasuh kepala dan badan di paip air tersebut. Aku letakan kepala di bawah paip dan membiarkan air deras yang sejuk dan nyaman membasahi rambut dan kepala.Aduh enak rasanya ketika itu.

Dalam membasahkan kepala dan muka, aku dengan sengaja 'terminum' air paip beberapa teguk sehingga hilang dahaga dan terasa segar semula.Kalau di ajak main bola semula ketika itu memang aku no problem.
Aku rasa ada kawan-kawan lain yang 'terminum' jugak.Tapi kami masing-masing menafikannya bila di tanya.

Bila sampai di rumah, aku terpaksa berlakun letih. Aku berjalan longlai dan berbaring di pangkin di bawah pokok di tepi rumah. Memang nampak letih. Mak dan adik Nizah di dapur membuat persediaan untuk berbuka puasa.Aku tahu nanti jam 5 petang aku akan di suruh ke kedai membeli aih batu.

Bila mak tanya kemana aku dengan adik-adik tadi aku beritahu kami pergi main bola.Bila mak tanya samada aku ada minum air aku nafikan dan beritau mak yang aku masih puasa.

Seingat aku itu lah sekali aku ponteng puasa dan berlakun berpuasa.

Bila berbuka puasa memang minuman sejuk berais menjadi kegemaran semua.Apalagi jika berpuasa di musim panas atau kemarau.

Semasa sekolah rendah, rumah kami tiada peti ais. Gaji Bapak dan Mak tak mampu untuk kami berpeti ais. Jadi untuk berbuka puasa dengan minuman berais, selalunya menjadi tugas aku untuk membeli aih ketoi di kedai runcit Pokcik Mat Kelantan.

Aih ketoi adalah bongkah-bongkah ketulan ais yang di tutupi dengan karung guni.Jika sesiapa hendak membeli Pokcik Mat Kelantan akan bertanya :" Mu nok berapo kettul awe?"
"Saya nak seketoi saya pakcik:

Dia kemudian akan mengergaji bongkah ais mengikut saiz. Kemudian bahagian yang telah di gergajikan akan di tabur dengan habuk kayu(sawdust) dan di bungkus dalam keratan suratkhabar dan di ikat dengan tali rafia. Serbuk kayu katanya untuk mengurangkan kadar kecairan ais ketul. Bila iah ketoi berada di tangan terpaksalah berlari pulang atau mengayuh basikal cepat-cepat . Masa ni tak boleh nak singgah bersembang dengan kawan-kawan atau nak singgah bermain guli atau getah kerana bimbang ias akan cair kesemuanya.

Dengan iah ketul mak akan buat air sirap atau air bandung yang amat kami nanti-nantikan.Atau kadang-kadang cuma air kosong tetapi berais,itu pun sudah cukup lazat bagi kami adik beradik.

Saturday, August 30, 2008

Ramadhan kembali: Perkara yang perlu di ketahui

Salam untuk semua. Alhamdulillah kita bakal bertemu dengan Ramadhon mulai Isnin ini 1 Oktober 2008. Bulan yang paling istimewa bagi umat Islam, iaitu bulan kebaikan. Bulan Ramadhon adalah bulan yang dipilih oleh ALLAH kepada umat Muhammad s.a.w. dan tidak pernah dipilih kepada umat-umat sebelum ini.

Hakikat Puasa
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Puasa itu perisai dan benteng yang membentengi dari sentuhan api neraka."
Riwayat Ahmad dan Baihaqi

Secara umum ada beberapa kategori manusia di bulan Ramadhon:

1-Muslim yang berpuasa tetapi masih bergelumang dengan noda dan dosa. Malah ada jugak yang langsung tidak berpuasa( dengan sengaja). Tanpa segan silu, siang atau malam mereka lakukan maksiat. Apabila ditegur atau di nasihati,pandai pula mereka naik marah.

2-Golongan yang hanya berlapar dan dahaga sahaja kerana mereka telah melakukan perbuatan keji seperti mengumpat, bercakap kotor dan lucah etc. Puasa mereka mungkin sah, tetapi tidak ada nilai di sisi ALLAH. Ada juga yang jadikan Ramadhon sebagai peluang menjamu selera sehingga membazir( apa lagi kan pasar Ramadhon banyak kat tempat kita). Ada pula yg ambil peluang berjaga malam, tetapi bukan utk baca Quran atau zikir atau bermunajat tetapi menyambung aktiviti melepak di warung hingga waktu Subuh!

3-Golongan yang berpuasa dan menjaga segala larangan dan adab berpuasa. Mereka menjaga perkataan dan perbuatan mereka. Mereka membuat kebajikan seperti bersedekah,membaca al-Quran dan solat malam.

Persediaan menghadapi Ramadhon al-Mubarak:

1-Berazam utk bertaubat dan menyerah diri pada ALLAH serta melahirkan cita2 utk mengimarahkan bulan Ramadhon dgn amalan soleh.

Firman ALLAH dalam Surah Toha ayat 82:

Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian ia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya.

2-Memanafaatkan Ramadhon sebaik mungkin,mudah-mudahan bermula sehingga berakhir Ramadhon akan menambahkan kebaikan dan kesan mendalam dalam diri kita.

3-Mengambil peluang untuk sucikan diri dan membuat perubahan agar kembali taat dan mengingati ALLAH.

4-Sentiasa mengaungkan Asma al-Husna(nama-nama ALLAH) dan menghayati maksud setiap nama tersebut.

5-memperbanyakan zikrullah seperti membaca al-Quran,bertahmid, bertasbih bertakbir dan seumpamanya.

6- memperbanyakan doa-doa pada waktu yg afdal:
(i)-waktu hampir berbuka puasa
(ii) waktu antara azan dan iqamah
(iii)-Satu pertiga malam terakhir iaitu ketika waktu sahur.

7-Memperbaiki akhlak kita dan sentiasa sabar dengan karenah manusia.

8-Ramadhon adalah bulan keampunan.Celakalah sesiapa yang tidak mendapat keampunan pada Ramadhon.

PUASA: dari segi syarak bermakna~ menahan diri dari segala makanan dan minuman bermula dari terbitnya fajar(Subuh) sehingga tenggelam matahari(maghrib), di sertai dengan niat.

Rukun Puasa:

1-Niat. Seperti semua amalan ibadah puasa mesti disertai dgn niat pada malam harinya(untuk puasa wajib). Niat itu di hati, ianya gerak hati kita hendak melakukan sesuatu amalan. Jumhur ulamak tidak mensyaratkan lafaz niat.

2-Imsak: maknanya menahan diri dari makan dan minum bermula dari terbit fajar(Subuh) hingga tenggelam matahari.

3-Islam,baligh,berakal dan berkemampuan.

Perkara yang membatalkan puasa:

1- Jimak-puasa terbatal dan wajib mengqada' serta di kenakan kiffarah(denda) mengikut turutan(dalam hadith riwayat Abu Hurairah ra di dalam Sohih Bukhori dan Muslim)

(i)-membebaskan seorang hamba yang beriman( zaman sekarang tiada lagi perhambaan)
(ii)-wajib berpuasa selama 2 bulan berturut-turut dan tidak boleh di selangselikan. Jika tertinggal maka di lakukan semula selama 2 bulan berturut-turut jugak.
(iii)-Jika tidak mampu berpuasa 2 bulan , hendaklah memberi makanan kepada 60 orang miskin.
( nota: Kaffarah adalah yg pertama dahulu,kalau tiada hamba maka wajib yang kedua, jika tidak mampu( kerana zakit atau uzur) barulah boleh yang ketiga)

2- mengeluarkan mani dengan sengaja(pada siang hari bulan ramadhon)- puasanya terbatal dan wajib mengqada'kan pada bulan yang lain. Tetapi jika air mani terkeluar di sebabkan mimpi, tidak batal puasanya( kerana itu bukan atas kehendaknya atau perbuatannya).Org itu hanya perlu mandi wajib dan teruskan puasanya.
( suami isteri yang bercumbu atau memeluk isteri tetapi tidak keluar maninya, puasanya tetap sah)

3- Makan dan minum secara sengaja( sedar dan ingat dia sedang berpuasa). tetapi jika tidak sengaja atau terlupa dia puasa( eg tidur petang, bila bangun dia tak ingat dia puasa,lalu makan. Tapi ketika makan dia teringat dia puasa atau ada org lain menegur, dia mesti terus berhenti makan/minum dan teruskan puasa)

4-Muntah dengan sengaja( eg jolok jari dalam mulut sampai muntah). Jika tak sengaja,puasa nya sah dan mesti teruskan puasa.

5- haid dan nifas.

Perkara yang diharuskan ketika puasa.

Ini adalah keringanan yang diberikan oleh ALLAH kepada hamba-hambaNya.

1-Bersiwak/gosok gigi.

2-Berbuka bagi musafir,orang sakit dan sesiapa yg tidak mampu.

3-berkumur-kumur atau memasukkan air ke dalam hidung, tetapi hanya sekadar menghilangkan debu dan kotoran dalam mulut dan hidung.

4- Merasa makanan(taste..not eat)- selagi hadnya tidak sampai ke halkum.begitu juga masaalah berkaitan ubat gigi.

5- Mandi dan basuh kepala utk menghilangkan kepanasan dan dahaga.( hadith riwayat Abu Daud)

6- memasukkan ubat ke telinga atau mata.

Sunnah dan Adab berpuasa:

1- Berdoa ketika melihat anak bulan.

2- Sahur

3- Melewatkan sahur

4-Meninggalkan kata-kata keji dan perbuatan jahil

5-Tidak membalas cercaan atau makian.

6- Tidak di benarkan berbohong( riwayat al-Bukhori)

7-Bersedekah. Nabi s.a.w. banyak bersedekah pada bulan Ramadhon.(hadith riwayat Bukhori)

8- membaca al-quran. Dalam hadith riwayat Bukhori: Jibril a.s. menemui Nabi saw setiap malam di bulan Ramadhon dan Nabi saw memperdengarkan bacaan Quran kepada Jibril a.s.

9-Melakukan Umrah(jika mampu)

10-Menyegerakan berbuka puasa.

11-Memperbanyakan doa sebelum berbuka

12- Berbuka puasa dengan Rutab, tamar atau Air( ikut turutan itu,mana yg ada): ini yang sering Nabi saw lakukan.

13- Segera mengerjakan solat Maghrib.

14- Berbuka secara sederhana( ini yang ramai kita tak boleh buat)

15-Menjamu orang yang berbuka puasa.

16-Mengerjakan solat tarawih.

17-Berusaha mendapatkan Lailatul Qadar.

18-Beriktikaf pada sepuluh terakhir Ramadhon.

Tentang fadhilat berpuasa boleh baca apa yang telah di blog oleh Pak Mior.
And some nice artwork tentang fadhilat Romadhon di sini.

Beberapa link tentang puasa (boleh baca ketika menunggu iftar atau menunggu sahur atau selepas berterawih:

1-E-book tentang kemusykilan puasa Ramadhon dan berkaitan puasa.

2-Berhati-hati hadith palsu tentang fadhilat solat Terawih.

3-
KEUTAMAAN DI BULAN RAMADHAN

4--
KEUTAMAAN IBADAH PUASA

5-
-FADHILAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

6-SAHUR UNTUK BERPUASA

7-Adab-adab berbuka puasa menurut Sunnah Rasulullah S.A.W.( SS Mufti Perlis)

8-ANCAMAN BAGI ORANG YANG MEMBATALKAN PUASA RAMADHAN DENGAN SENGAJA

9-
PERKARA-PERKARA YANG WAJIB DIJAUHI OLEH ORANG YANG BERPUASA

10-
Kemudahan Dan Keringanan Ketika Berpuasa

11-Tidak Mengapa Dilakukan Oleh Mereka Yang berpuasa

12-Perkara-Perkara yang membatalkan Puasa

13-Sunnah-Sunnah Di Dalam Berbuka Puasa

14-
Mengqadha’kan Puasa

Semoga Ramadhon tahun ini akan memberi perubahan yang baik kepada kita semua. dan semoga ALLAH menerima puasa kita dan Mengampunkan segala dosa-dosa kita. Ameen Ya Rabb.

Wednesday, January 16, 2008

Hari Asyura(10 Muharram): Jom Puasa sunat.

Asalamu'alaikum to all,

Pada hari Sabtu ini 10 Muharram 1429(bersamaan 19 Januari 2008) ialah Hari 'Aashuraa' .
Kita umat Islam di anjurkan melakukan puasa sunat Asshuraa pada hari tersebut.

Pengenalan :

Ia hari kesepuluh dari bulan Muharram setiap tahun.

Sempena :

Mensyukuri Allah Ta'ala yang telah menyelamatkan Nabi Muusa
'alayhissalam dan kaumnya daripada Fir'aun Mesir pada zamannya.
(berdasar hadith riwayat Bukhori)

Kelebihannya:

Nabi sallAllah 'alayhi wa sallam bersabda :
Aku berharap agar Allah mengampunkan dosa pada tahun yang sebelumnya
bagi orang yang berpuasa pada hari tersebut.
[Riwayat Muslim]

Martabat-martabat puasa 'Aashuraa':

Yang paling sempurna: Berpuasa juga hari sebelum dan selepasnya(9,10 dan 11 Muharram)

Kedua: Berpuasa hari ke-9 dan 10 sahaja( hadith riwayat Muslim dan di syarah oleh An-Nawawi , serta riwayat Bukhori di syarah oleh Ibn Hajar dalam Fathul Bari))

Ketiga: Berpuasa hari ke-10 Muharram sahaja

Antara Bid'ah Hari 'Aashuraa':

Buat bubur 'Aashuraa' dengan kefahaman dan dasar yang salah.

Penjelasan lanjut sila pi kat sini.
Penerangan Dr MAZA di sini.

Saturday, September 22, 2007

Hadith palsu fadhilat tarawih...berhati-hati

Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata’ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu ‘alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawih pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.

Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut,

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:

· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..

· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh…

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini.

Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya :

Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka.
(Bukhori, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu’ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim.

Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini.

Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga.

Fiman Allah bermaksud:

Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan.
(An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi:

Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa’bah…..

(hadith palsu)

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud:

Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
(Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud:

Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang.
(Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan/palsu) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur’an dan hadis-hadis shohih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.

4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan “Ya Ali” sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w.Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT
SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Monday, September 17, 2007

E-book tentang Kemusykilan puasa Ramadhon dan yg berkaitan puasa.

Senja di Mahkota
foto by tokasid

Salam buat semua.

Ada cerita2 lama ttg puasa masa kanak2 nak saya tulis, tapi tak tertulis-tulis juga. Weekend sibuk sikit jadi tak sempat nak tulis.

Tapi di sini saya nak beri beberapa link untuk sama-sama kita menafaatkan sempena bulan puasa ni. Link-link pun berkaitan puasa.

Anda ada banyak kemusyikilan tentang puasakan. nak tanya orang, kawan2 kita pun dua kali lima macam kita.Tak berapa faham jugak. Dah tu kawan ni kata macam ni, kawan tu kata lagu tu..Jadi untuk senang kita semua apa kata tengok di sini dan boleh download to our PC atau Notebook E-book Kemusykilan Puasa.

Kat bawah ni ada beberapa syarahan video jugak tentang puasa:

1- KSB(Kuliah Soheh Bukhori): Adakah dikatakan Ramadhan atau bulan Ramadhan....

2-KSB : Bab Ar-Rayyan untuk orang2 berpuasa....
3- KSB: Bab Puasa itu adalah penghapus dosa.
4-KSB: Bab kelebihan Puasa.

5-KSB: Bab kewajipan berpuasa pada bulan Ramadhan

Masjid Nabawi di Madinah Al-Munawwarah

Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Wednesday, September 12, 2007

Pesanan tentang Berpuasa Romadhon

Salam untuk semua. Alhamdulillah kita bakal bertemu dengan Ramadhon mulai esok. Bulan yang paling istimewa bagi umat Islam, iaitu bulan kebaikan. Bulan Ramadhon adalah bulan yang dipilih oleh ALLAH kepada umat Muhammad s.a.w. dan tidak pernah dipilih kepada umat-umat sebelum ini.