Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Thursday, September 17, 2009

Selamat 'Eidul Fitri 2009



Salam buat teman teman bloggers dan pelawat Ikan Pekasam,Cincalok dan kepoklekor.......

Akan tiba hari Lebaran 'Eidul Fitri dalam beberapa hari saja lagi.Selama aku menulis dan berinteraksi dengan kalian aku pasti ada yang terasa hati dengan apa yang aku tulis atau utarakan. Ini kerana kita insan memang secara fitrah akan mempunyai pandangan yang berbeza-beza jadi pasti ada pertentangan pandangan atau pendapat .

Oleh itu,aku dengan ikhlas memohon maaf atas apa-apa kesilapan yang telah aku lakukan pada kalian.

Bagi diri aku,tiada apa yang aku simpan di hati ke atas sebarang komen-komen yang kalian kongsi bersama-sama selama ini.

Aku rasa beruntung berinteraksi dengan kalian kerana telah membuka minda ku.



Kepada teman teman yang akan pulang ke kampung halaman, memandulah dengan cermat dan selamat dan bergembiralah dengan sanak saudara.

SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI.

tokasid melaka dan famili.

Thursday, September 10, 2009

Monday, December 8, 2008

Thursday, June 12, 2008

Terkenang semasa dulu.....part 6

1969.
Malam Raya
Kg Bujang ,Merbok.


Yeeeeeehhhh...esok Raya!
Agak riuh rendah di rumah Tok selepas berbuka puasa. Anak cucu sudah mula berkumpul sejak petang. Keluarga aku baru sampai petang itu dari Taiping dengan menaiki bas. Keluarga kami paling jauh yang pulang.keluarga Pak Tam tak pulang. Masa tu Pak Tam posting di Kucing.

Lepas makan kami kanak-kanak turun bermain di laman. Abang dan kakak saudara yang lebih besar mengeluarkan pelita dan botol-botol minyak gaih(minyak tanah).Minyak gaih di tuang ke dalam pelita dan di sangkut ke batang batang kayu yang telah di pacak beberapa petang lalu.

Dalam rumah Tok,mak dan makcik serta Tok sedang sibuk membuat ketupak dan kuih bangkit dan bahulu dan sampret daan rendang. Ada yang sedang pasang tirai tingkap(langsir).

Kami anak-anak mula keluarkan bunga api dan mercun.Tak ada mercun roket. Berhampiran pagar depan jalan kampung Bang Jon dan Bang Mi sepupu aku sedang memasukkan karbait(carbide) ke dalam batang besi(nampak macam batang besi katil dulu-dulu) untuk di buat meriam untuk 'bertarung' dengan anak-kanak lain di seberang jalan. Kami tak pernah main meriam buluh.Jadi meriam di buat dari batang-batang besi atau tin-tin Milo yang di buang punggung dan kami tanam ke dalam tanah supaya meriam tin Milo tak melayang bila meletup.

Kami yang kecil-kecil hanya di beri izin main bunga api.Mercun dan meriam tak boleh. Cuma boleh tengok dari jauh saja.Tapi Bang Jon dan Bang Mi kadang-kadang bagi jugak aku cucoh meriam atau main mercun yang mereka dah cucuk pada bilah lidi penyapu.Lepas di cucuh api pada sumbu mercun aku di suruh depang tangan supaya mercun tak meletup dekat muka atau tubuh.

Di antara rumah Tok dan rumah Mak Ndak( same compound) ada 3 barisan pokok getah(dan banyak di belakang kedua-dua rumah). Dengan idea kreatif yang aku ada, bunga-bunga api yang aku nyalakan aku lambung ke atas pokok getah agar batang bunga api(yang aku bengkokkan dalam bentuk J akan tersangkut dan nampak cantik .

Tapi memang malang tak berbau.Dalam melambung bunga api, sebatang telah terjatuh di atas bumbung dapur rumah Tok( rumah ibu beratap zink).Bumbung beratap rumbia.Tau-tau saja api menyambar atap. Kak Tinah dan Kak Ani terus menjerit panik.

"Bumbung tebakaq!Bumbung tebakap!"

Yang dewasa di dalam rumah pakat meluru ke tingkap menjengah kami kanak-kanak di bawah.

"Tebakaq? Mana?"
"Bumbung dapoq Tok! Tuu...api koi besaq"

Bang Jon yang sedang bermain meriam terus berlari ke arah rumah Tok.Bila dia nampak api di atap dia dengan pantas memanjat pelantar dapur dan para kayu yang ada di tepi dinding.Dengan pantas juga dia penarik lapisan atap yang terbakar dan membaling ke bawah.

Selamat rumah Tok dari terbakar malam Raya.Aku cuma berdiri kaku dan tak terkata apa.Cuma tercegat macam batang talipon.

"Sapa balin bunga api ataih atap?"

"Adik Sham yang balin......", sambil menunding jari pada aku.Aku tak ingat sapa yang dedahkan rahsia bencana tu.

"Sham!Hang mai sini! Mai naik ataih ghumah!", jerkah mak dari pintu dapur.
"Amboi...hang nak bakaq ghumah Tok hang noo!!"

"Dak....dak...cek tak sengaja" balas aku dengan cuak.Siaplah aku kena tarik telinga nanti.

"Mai naik!"

"Sudah lah tuu...kesin kat budak tu.Bukan dia sengaja", sampuk Tok yang telah berdiri di pelantar kayu.
"Sham mai kat Tok.Mai tulong Tok buat bauhulu...hang mai tulong Tok rimbuk teloq",pujuk Tok.Aku tahu Tok pasti akan defend aku.Aku cuu kesayangan dia.Tok yang bela aku di kampung sehingga aku masuk sekolah.

Aku naik ke pelantar.Tok capai tangan aku dan bawa aku ke dapur. Berasap dapur dengan dapur kayu.

"Tok...cek tak sengaja Tok...bukan cek nak bakaq ghumah Tok ..."
"Tak pa aih...Tok tau hang bukan saja buat Lain kali kalau nak main bunga api jangan la dok tauk ataih pokok.Main saja macam besa."

"Tok, cek taku mak marah cek...."
"Tak pa hang jangan takut.Kalau mak hang marah hang Tok marah dia balik...."
"Tok...malam ni cek tidoq ngan Tok naa...."

Tok angguk dan usap kepala aku.

Wednesday, October 10, 2007

SATU HARI DI HARI RAYA

Salam to all.

(Update of update: Cara-cara menyambut Syawal dan adab-adab 1 Syawal, sila lihat tulisan pak zabs. )

(UPDATE: Lepas Subuh tadi terima sms dari seorang sahabat Chot dari KL. SMS sebuah hadith yang nak saya kongsi bersama:
"Satu ketika Rasulullah saw menyebut Ameen sebanyak 3 kali ketika menaiki mimbar. Bila ditanya, Baginda saw berkata "Jibril a.s. datang dan berkata: Celakalah orang yang tidak berselawat apabila di sebut namamu(Muhammad saw), celakalah orang yang ibu-bapanya masih hiduptetapi tidak mendapat keredhaan mereka dan celakalah mereka yang tidak mendapatmenafaat Ramadhan".Aku(Nabi saw) mengameenkan semuanya."

Semoga kita tidak termasuk kedalam 3 golongan yang mendapat celaka itu.)

Hari ni dah 28 Ramadhan 1428 Hijriah. InsyaALLAH Sabtu ini kita akan menyambut 'Eidulfitri.
Semoga ALLAH izinkan kita bertemu dengan Ramadhan tahun hadapan pula.
Selepas beraya sakan, jangan lupa berpuasa sunat enam( 6 hari di bulan Syawal) pula.

Kepada rakan-rakan yang akan memandu pulang ke kampung, PLEASE DRIVE SAFELY.
Jangan lupa guna seat belt.Kalau letih memandu berehatlah sebentar.
Jangan nak cilok kat emergency lane. Yang ke Utara, berhati-hati antara Rawang hingga ke Behrang serta sebelum tol Jelapang di Ipoh, kerana kerja-kerja menambah lane belum selesai.

Jangan lupa solat bila bermusafir nanti. Boleh di jamak dan qasarkan solat kita.

Dengan ini saya TOKASID, memohon maaf dari teman-teman bloggers jika mana-mana tulisan serta komentar saya di sini atau di blog anda telah membuat anda terguris hati atau berkecil hati.
Saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya buat teman-teman semua.

Saya sertakan lagu Raya yang paling saya suka untuk hiburan bersama.






Suatu Hari Di Hari Raya
Lagu/lirik/nyanyian: M.Nasir)

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia
Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa
Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya
Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa