Showing posts with label bijak. Show all posts
Showing posts with label bijak. Show all posts

Thursday, June 21, 2007

Tazkirah Jumaat:: Ciri-ciri Bijak



Adakah kita seorang insan yang bijak? Dan kalau kita bijak, bijak dari segi apa? Adakah kita bijak merencanakan masa depan kita? Jika ya,Alhamdulillah.
Tapi masa depan yang mana kita bijak rencanakan? Masa depan di alam fana sahajakah atau masa depan di alam ukhrawi juga?

Maksud aku kita dah plan sebaik mungkin macamana nak layari hidup di dunia ini.Ada wawasan. Tapi kadang2 apa yang kita plan tak menjadi.Mungkin kerana plan kita tak bagus atau mungkin terdapat halangan yang kita tidak terelak. Macamana pun kita dah plan.Dan untuk itu kita rasa kita bijak.

Mari kita sama-sama lihat bijak yang ALLAh dan Rasulullah s.a.w. sarankan kepada kita.


Diriwayatkan oleh Abu Ya'la Syaddad Bin Aus r.a., dari Nabi s.a.w, sabdanya, "Orang yang bijak adalah orang menghitung dirinya dan suka beramal untuk mencari bekal sesudah mati, sedangkan orang yang lemah ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsu dirinya dan mengharap-harapkan kemurahan dari Allah (yakni mengharap kebahagian dan keampunan Allah di akhirat, tanpa beramal). (Riwayat Tirmizi)



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, "Sebahagian daripada kebaikkan keislaman seseorang adalah apabila dia meninggalkan apa-apa yang tidak mendatangkan menafaat bagi dirinya". (Riwayat Tirmizi)
--
Ringkasan: Orang yang bijak adalah orang yang merencanakan kehidupan di dunia dan akhirat(yang kekal). Kita di sarankan menyediakan bekalan untuk akhirat dan bukan hanya mengikut nafsu mencari keduniaan tetapi meninggalkan akhirat.

Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa