Thursday, June 21, 2007

Tazkirah Jumaat:: Ciri-ciri Bijak



Adakah kita seorang insan yang bijak? Dan kalau kita bijak, bijak dari segi apa? Adakah kita bijak merencanakan masa depan kita? Jika ya,Alhamdulillah.
Tapi masa depan yang mana kita bijak rencanakan? Masa depan di alam fana sahajakah atau masa depan di alam ukhrawi juga?

Maksud aku kita dah plan sebaik mungkin macamana nak layari hidup di dunia ini.Ada wawasan. Tapi kadang2 apa yang kita plan tak menjadi.Mungkin kerana plan kita tak bagus atau mungkin terdapat halangan yang kita tidak terelak. Macamana pun kita dah plan.Dan untuk itu kita rasa kita bijak.

Mari kita sama-sama lihat bijak yang ALLAh dan Rasulullah s.a.w. sarankan kepada kita.


Diriwayatkan oleh Abu Ya'la Syaddad Bin Aus r.a., dari Nabi s.a.w, sabdanya, "Orang yang bijak adalah orang menghitung dirinya dan suka beramal untuk mencari bekal sesudah mati, sedangkan orang yang lemah ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsu dirinya dan mengharap-harapkan kemurahan dari Allah (yakni mengharap kebahagian dan keampunan Allah di akhirat, tanpa beramal). (Riwayat Tirmizi)



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, "Sebahagian daripada kebaikkan keislaman seseorang adalah apabila dia meninggalkan apa-apa yang tidak mendatangkan menafaat bagi dirinya". (Riwayat Tirmizi)
--
Ringkasan: Orang yang bijak adalah orang yang merencanakan kehidupan di dunia dan akhirat(yang kekal). Kita di sarankan menyediakan bekalan untuk akhirat dan bukan hanya mengikut nafsu mencari keduniaan tetapi meninggalkan akhirat.

Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

8 comments:

Bunga Telur & Bally Shoes said...

assalamualaikum,
terimakasih banyak kerana sudi tolong saya ni (lampiran dalam email cara nak download lagu). baghuih betui tokasid ni, tak sangka sanggup tolong saya yang baru nak belajar buat blog ni.
(bulan julai ni maulana imran hossein datang lagi ke penang, kalau x silap saya 13 haribulan)
wasallam

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
Another gem of a tazkirah.
Orang yang bijak adalah orang yang menggunakan akal yang Tuhan beri dengan sebaik-baiknya untuk pencarian dunia dan akhirat.
A balanced life, if we can find it.

ZABS said...

Salam Doc.,
Di dunia kalau apa yang dirancang tak menjadi, boleh diubahsuai.
Tapi kalau perancangan akhirat salah, dah sampai sana baru tahu, tak boleh nak minta balik ke dunia nak "ubahsuai" lagi dah. Semoga kita di beri taufik dan hidayah serta mendapat keredhaanNya.

de_kerinchi said...

salam saudara Dr. Tokasid

Dunia dan akhirat sebenarnya tidak terpisah, ia berkait antara satu sama lain dan sama penting dan saling mempengaruhi. Manusia kadang-kadang lupa dan sering mengaku bijak, mengaku alim dan mengaku segala yang baik-baik, tetapi lupa sebenar nya syaitan itu satu ketika dulu adalah mahluk yang juga bijak,alim lagi patuh yang tak tertanding oleh manusia, oleh itu kita akan mudah tertipu dengan bisikan iblis, maka berhati-hatilah dengan bisikan nya.

Jadi dalam mencari keberkatan dan keredhoan Allah s.w.t.dunia dan akhirat, maka fikir-fikirkan juga tentang orang lain, kerana mereka juga mahluk Allah s.w.t. dan terikat pada hukum Allah s.w.t.

Yang penting sekali tauhid kepada Allah s.w.t., sesungguh nya tidak bergerak barang, walau sezarah pun, tanpa ikhsan Allah s.w.t.

Subhanallah maha suci Allah dari segala nya...

tokasid said...

Salam to all.

Bro bunga teloq berkasut Bally:
Takdak pa pa yg tolong tu. Nanti nak pi dengar lagu yg U dah boh.

tokasid said...

Salam to Fauziah,Pak Zabs dan bro de_kerinchi:

Semakin kita maju/modern kita dapati semakin nilai2 agama/tatasusila /adab dan budaya terhakis. Makin ramai memandang agama,budaya dan moral sebagai nilai sisipan yang digunapakai jika memberi menafaat duniawi.jika boleh membawa untung peribadi atau harta benda( tapi ramai juga yang tak kaya-kaya pun).
Hidup hedonistik secara sendirinya menyisihkan agama dari jiwa kita tanpa kita sedari.sejarah telah membuktikan ini. Jika kita lihat 50-100 kebelakang , kita dapati anjakan kemajuan yang menakjubkan telah meruntuhkan nilai-nilai moral di Eropah, Amerika malah Asia(look at Japan). Anak2 sudah tidak menghormati kedua ibubapa, apalagi orang lain. Pergaulan bebas tanpa batasan menambah bilangan anak luar nikah dan kadar penguguran haram. Gejala arak dan dadah semakin meruncing despite segala usaha oleh pihak berkuasa.
Kerana tiada peningkatan nilai iman/aqidah serta amalan dalam hidup kita. Kita lupa nak advancekan ilmu agama dan tatasusila kita. (malah level solat kita masih di level sekolah rendah dulu!).

Ini merupakan cabaran yang pemerintah dan pihak berwajib dalam agama mesti hadapi. Mereka perlu gembeling akal dan tenaga untuk memperkukuhkan sistem pendidikan Islam utk di fahami oleh masyarakat yg lebih luas. saya rasa program TV untuk mengajar ilmu Islam perlu di kembangkan.Bukan saja dari segi waktunya tetapi method ia disampaikan. Kita tak boleh lagi sogokan cara Forum Perdana kepada masyarakat. Kita perlu seperti Al-Hidayah. Atau Hikmah(dari Indonesia). Ustaz2 tak perlu beretorik dalam mengajar. Hit us by the head sepatutnya.

Kita di peringkat keluarga, kita cuba pupukan semula nilai Islam dalam famili kita. Ajar anak agar cintakan ALLAH.Cintakan Rasulullah s.a.w.

At the same time kejarlah kehidupan dunia.Tapi ,ingatlah kehidupan yang berkekalan adalah akhirat.Hanya ada 2 pilihan di depan kita. Jika tersilap tak bisa di ubah lagi.

salam.

Unknown said...

Salam Doc...again jazakallah and am feeling grateful for having the chance to read your tazkirah. Indeed, it is another reminder for me...and another yardstick for another profound muhasabah..

May Allah bless us all and take care.

ZABS said...

Salam lagi Doc.
Setuju dengan Doc. bila berkata
"(malah level solat kita masih di level sekolah rendah dulu!)". Baru2 ini ada ceramah di surau, Ustaz tu sebut ttg tu juga. Dia bahagikan solat kepada 3 tahap, kanak-kanak, dewasa dan orang alim. Jangankan nak sembahyang cara orang alim, sembahayang macam orang dewasa pun tidak. Malahan katanya kebanyakan orang sekarang bersembahyang seperti yang dipelajari semasa disekolah rendah dahulu juga, tak berubah-ubah. Wallahua'lam