Friday, June 8, 2007

Apa jenih punya jantan?

Kantoi mamat ni..

Seorang lelaki,suami dan ayah. Mempunyai syarikat perniagaan sendiri yang suam-suam kuku sahaja. Adakala berniaga okay adakala kureng.Nak kata kaya sangat tak juga. Nak kata papa kedana pula jauh sekali. Nak kata kacak tidaklah sangat.Perut pun memboyak sudah.Rambut bersilver sudah. Nak kata tidak hensem tak lah juga sebab masa dia muda-muda dulu wajah "bolehlah" kata orang. Tu masa dia muda lah.


Dalam berniaga adalah dia menggaji beberapa pekerja wanita. Ada yang dah menjadi isteri orang dan ada yang menjadi tunangan orang. Yang menjanda tak adalah pulak.Masing-masing ada rupa tersendiri ada yang tembam ada yang cengkung ada yang pendek ada yang tinggi menggalah. Ada yang sentiasa bad mood walau depan boss ada yang macam biskut sekejap hangin sekejap sunyi ada yang rajin buat kerja tanpa disuruh dan kebanyakkannya malas sampai nak kena suruh baru buat kerja. Pendek kata atau panjang kata pekerja ni ada macam-macam ragam.


Nak dijadikan kisah(dan tauladan atau sempadan) boss jantan ni sudah ada suka sikit( yes sikit) pada sorang staff dia. Tapi dia tak berani nak ngorat all out pasai staff ni isteri dan mak orang lain. Tapi dasar ulat bulu ni dia cuba try tokai tengok usik-usik staff ni. Tapi malangnya no response yang dia dapat.Jadi dia pun tak lah berapa kesah sangat sebab dia pun bukannya all out nak ngorat. Sekadar syok dan suka ataupun dasar nak menggatai. Kadang-kadang dia hantar sms masa kerja untuk tanya itu ini tentang tugasan kerja kat staff ni(staff ni handle bahagian akaun syarikat). Kadang-kadang dia nak hantar sms kat wife dia tetapi terhantar kat staff ni maklumlah nama wife dan staff hampir-hampir sama bunyi phoneticnya.


Satu hari nak dijadikan cerita( kalau tak jadi mana ada cerita kan?) mamat sekoq ni dah kantoi. Di sebabkan matanya yang semakin rabun tapi malas nak pakai cermin mata dan selalu lupa cermin mata tu letak di mana mamat ni telah melakukan kesalahan besar yang telah menyebabkan meletusnya gunung Merapi dan tsunami melanda hidup dia.


Cerita tu macam ni: Satu hari mamat ni nak bagitau kerani akaun dia bahawa buku cek ada pada dia kerana baru di ambil buku baru di bank. jadi mamat ni pun typekan sms yang berbunyi "Syg buku cek ada kat bawah". Lepas tu mamat pun tekan send untuk hantar sms pada kerani yang di syok ni kerani yang memang isteri orang dan punyai anak satu.


Tak sampai 5 minit phone mamat ni bunyi menandakan ada mesej sms masuk. Dia pun tekan nak baca sms yang di hantar oleh isteri dia sendiri. Bila dia buka mesej tu berbaca(takkan berbunyi kot): Please explain which sayang yang abang maksudkan?

Mamat ni pun hairan. Apa yang wife dia maksudkan? Bila masa aku sms kat bini aku hari ni? Jadi dia pun sms balik kat bini dia nak tau apa yg bini dia maksudkan. Bila bini dia sms semula kat dia mesej yang dia sms awal-awal tu baru mamat ni sedar. Dia pun cek sentbox kat handphone. Mak datuk! Memang ada mesej tu dan di hantar kat wife dia dan bukan kat kerani akaun. Habih terKantoi lah dia. Dia tau memang perang besar menunggu.



Lebih kurang 10 minit kerani akaun call mamat ni: Tuan, isteri tuan telifon saya kata nak jumpa saya di ofis. Macam dia marah je tuan. Apa yang saya buat tuan?
Lalu mamat ni pun explain kat kerani tentang apa yang di buat dari sms hingga silap tekan send sebab mata rabun hingga sms yang bini dia hantar dan seterusnya. Bermeter-meter juga explaination dia.

kereta perang dah datang

Tak sampai setengah jam wife mamat ni call dia dan kata: Abang tolong naik ke ofis jap! Mamat dengan penuh tawwadhuk dan kepala melentok sampai dagu cecah dada pelan-pelan naik ke pejabat. Wife dah dok cekak pinggang berdiri di tepi puan kerani yang nampak celaru dan keliru serta haru biru. Mamat ni dengan slow and steady despite terkantoi tadi masuk dan duduk kat kerusi menunggu tropedo dari isterinya. KAABOOOOM!!

KAABOOMMM!!
Perang tercetus.

Bom pertama: Ooooo...abang dah pandai nak bercinta dengan bini orang ye! Tak tau malu ke abang ni? Kalau bercakap berdegar-degar mengalahkan ustaz.
(Mamat tunduk senyap sunyi dan sepi)

Bom kedua: Dulu abang selalu condemn sapa yang dok ngorat bini orang.La ni abang sendiri buat benda tu. Apa yang abang kata pada orang dah kena batang hidung abang.

Bom ketiga: Sejak bila abang dok hantar sms sayang kat kerani ni? Awat yang dah gatai sangat.(sambil tengok kerani) Sejak bila jantan ni dok panggil awak sayang? Dia dah usong awak pergi mana hah?
Kerani: saya tak dapat pun sms yang puan tunjukkan tadi tu. Dulu-dulu pernah saya dapat sms sayang tapi saya ingat tuan hantar kat puan sebab waktu tu waktu lunch. Saya tak layan le sebab saya rasa tuan salah hantar.Lagi pun saya dah ada suami dan anak buat apa saya nak layan tuan.
( setakat tu cerita yang diluluskan oleh Lembaga Penapis untuk di siarkan. Dialog yang lebihnya di kira boleh mengaibkan ramai yang terlibat)

Jadi dari kisah di atas apa yang kita dapat pelajari?
1-Suami cuba-cuba bermain api dengan bini orang yang juga pekerjanya.Belum api terbakar tangan dah hangus.
2- Adakah ini dikira sebagai sexual harrassment oleh majikan?
3-Isteri telah kecewa yang amat sangat. Patutkah suami bangap di maafkan walau sudah hilang kepercayaan terhadap mamat bangap tu?
4- Bolehkah isteri menerima mamat ni semula? Atau bolehkan suami begini dipetisejukkan buat beberapa lama.
5-Kerani kena berhenti instantly, bolehkah dia reportke Pejabat Buruh?
6-Selain dari minta mahap banyak2 kat wife apa yang patut mamat bangap kantoi ni buat? Expalin to his wife dah tentu. Explain to laki kerani yang kena pecat tu?

So apa pendapat anda semua tentang mamat sekoq ni? Tiada hadiah untuk pendapat terbaik.


Sepi gencatan senjata


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

16 comments:

de_kerinchi said...

Sakam Tokasid,

Maaf cakap zaman sekarang ni, kehidupan manusia dah haru-biru. Ada laki bercinta dengan isteri orang ada isteri bercinta dengan laki orang, dah macam trend.

Ikutkan persekitaran aku,lelaki yang berjaya dan berkarier, hampir 80% mendua kan isterinya( Tidak termasuk aku). Sebab mereka kini dah berduit dan mempunyai banyak ruang dan alasan untuk pasang dua.
Bagi pihak isteri pula aku boleh bagi 50% yang curang itupun sebab diabai pihak suami.

Sebenarnya aku berpengalaman juga bab bercinta dengan bini orang ni masa kat johor, tapi bukan salah akulah, aku ingat dia single at last dah kawan dan dating hampir setahun rupa nya dia bini orang apa nak buat..tapi aku dok terkenang juga kat dia walau dah berpisah...ialah tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain...hehehehe emmm dasar lelaki...

p/s: Ingatlah wahai lelaki, isteri mu itu adalah sebaik-baik anugerah yang memang dijodohkan Allah s.w.t. maka jagalah amanah ini baik-baik, jika tidak kau akan menyesal kelak.

mokk said...

Salam Mamat..

Jawapannya...
1.orang lelaki ni Mamat...semangat adventorous nya sangat tinggi...dia akan mencuba bermain api..kalau ada rezeki dapat,kalau tak dapat nothing to rugi...alah..kalau terbakar pun kecik je,sapu ubat nanti sembuh balik

2.Sexual harrasment? Aku rasa lah Mamat...ada petunjuk yang minah ni respon kot...itulah mamat sorang ni semakin berani...minah ni nak jaga diri akan kata mamat ni kacau dia.
Consenting adults..bukan harrasment kot,.

3.Kuasa Veto kat tangan org lelaki..so org lelaki masi ada joker kat tangan dia orang.Isteri dia gertak je lebih...nanti sejuk..kalau silap mengaku je...lain kali berhati-hati di jalan raya. Ada studi mengata behaviour macam ni susah nak berhenti...most of the time they will repeat it...after all its all in the genes.

4.Bab berhenti kerja ni memang patut lah otherwise jiwa dia tak akan tenteram....

5.Berani ke mamat kantoi minta maaf kat laki dia...nak kena pelempang?

tokasid said...

de_kerinchi:

yes we read about it everyday and kita kutuk dalam hati atau terang2 perbuatan begini. Kadangkala berlaku pada orang yang tahu hukum hakam, yg tahu perbuatan itu salah. Sebab kalau wanita isteri orang melayan bermakna wanita itu telah derhaka pada suaminya pula.

Kadangkala lagi banyak ilmu lagi kuat dugaan syaiton untuk melakukan perbuatan sebegini.Adakala kita tak tahu/tak sedar ia berlaku ,kita jadi leka dan khayal sendiri. Kalau tak bertepuk kedua tangan okay lah lagi.Tapi kalau ada respons dari si isteri orang sampai keluar dating bercinta lagi teruk. Ada yg sampai dah macam suami isteri. Itu dah kira haru-biru sangat dah. But thats the reality yg terjadi zaman ini.

Aku setuju isteri kita adalah anugerah dan amanah terbaik ALLAH berikan pada kita.Mungkin kita kena adjust sikit dan sabar banyak2 dgn hangin mereka.Kita terimalah baik dan buruk mereka.

Unknown said...

Jantan macam ni selunggok sekupang dok juai ditepi jalan. Balambak sangat jenih kote kawaq ni. Nak menggatai tau tapi takut bini. Padan muka dia. Kalau pompuan tu betoi2 tak tau apa, naya lah dia tapi kalau dia pon bagi line jugak then she has it coming.

tokasid said...

Mamat mokk:

Ada benar yg hang kata tu. Tapi mamat bangap ni kata dia tak di layan. Wallahu'alam.

Che'gu:
Memang ramai berp----q kawaq. saya cari pasai.Bini ada dok elok-elok mengada-ngada cari penyakit.I don't blame his wife mengamok. Dah betoi dia buat dan ngaku. Tapi dia kata baru nak otek-otek saja.Dia kata laa...

Unknown said...

Nak otek2 kalau balik otek bini la. Kena tanya dia pasai apa dia tak otek bini dia. Bini tak bagi ka. Bini dah kerepot ka? Bini okay tapi dia memang jenih kawaq ka? Apa pun, kesian kat pompuan tu, naya saja. Ni 1 perangai. Pasai apa sibini tak mau pecaya kat pompuan tu? Mungkin pasai banyak sangat kes pompuan kawin pun gatai so si bini tak mau pecaya pompuan tu. Patutnya dia kena lebih simpati kat kaum sendiri tapi bila dah cemburu mana buleh pikiaq betoi? Laki layan la bini elok2. Bini pulak layan la laki elok2 baru tahan lama.

Oh ya aku katataknak tapi masuk dari blog melayu aku 'naktaknak'.

Unknown said...

Doc, saja nak war2kan, saya baru bukak blog melayu dalam bah melayu. Oh lupa saya chegu katataknak. Blog saya http://naktaknak.blogspot.com.
terima kasih

tokasid said...

Che'gu:

Tak tau pasai apa.Mamat bangap ni bini muda lagi,cun melecun.Dengaq kata bini dia layan okay.Tak tau la kot jenih kawaq kot. Dia kata dolu2 dia pernah juga tackle amoy.Bini dah bagi last warning dah.Masuk kali ni takkan warning lagi kot.Mesti la bini kata: KATA TAK NAK.
Mamat ni kata NAKTAKNAK?

Anonymous said...

Dear TA,

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai..

Kawan u ni sayang tak isteri dia? Kalau betul-betul ikhlas dan jujur mulut kata sayang, perkara macam ni tak kan berlaku le...

Berani buat, berani tanggung.

ZABS said...

Tuan TA,

Apa yang mungkin terjadi ialah, kerani berhenti kerja untuk mengelak di boikot (salah sangka)pekerja-pekerja lain. Isteri minta dilepaskan. Mamat Kantoi (MK) ni kawin lagi satu dalam senyap. MK ni berpecah dengan rakan kongsinya dan buka syarikat lain dan masih lagi merangkak untuk naik semula businessnya. (Tak ada ambil kerani akaun (khidmat tak diperlukan).....................
Maaf terlebih andaian.

tokasid said...

Salam all.
Anon:
Mamat ni memang sayang kat wife dia. Dia terima wife dia seadanya. Memang depa ada problem sikit sebab ada gangguan pada rumahtangga mereka tapi mamat ni masih hold jugak bertahun-tahun lamanya.Along the way dia kata macam dia tak diendahkan oleh keluarga. So dia pendam saja lah perasaan tu. Dia rasa serba salah kalau cakap perasan dia tak diperdulikan dia bimbang wife dia tak boleh terima pula. Mungkin sebab rasa tak diperdulikan dan sunyi dia pi ngada-ngada usik bini orang lain. Memang dia tahu itu tak betoi dan salah .
Dia memang sayang habis kat bini dia walau bini dia dah susah nak terima dia semula.
Dah tersilap memang dia kena tanggung lah apa yg dia buat.

Pak zabs:

Kerani dah berhenti 24jam.Isteri tak minta dilepaskan.Mamat ni pun bukan dia nak cerai-berai. mamat ni saya rasa tak mungkin akan kawin samada senyap-senyap atau terang-terang. Dia bukan jenis yang mampu nak tanggung sampai 2 keluarga. Saya tengok dia ni pun hutang keliling pinggang, tak payah lah dia simpan cita-cita nak kawin satu lagi.Bukan lagi elok rasanya malah lagi tambah masaalah pada dia.
This guy is so f****d up, he doesnt appear to know how to manage his life!His life have to be dictate by others.

Like Anon said: Berani buat berani tanggung lah.
Walau I know mamat ni personally dalam kes ni aku kata Padan Muka hang!Jgn marah arr...

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
Beban yang di cari sendiri. I always believe that if you set yourself up to do something that is against the law or the religion, you'll get caught somehow.
Nawaitu tu dah salah from the start.

Anonymous said...

Salam Brother TA,

Nak tergelak ada, kesian pun ada jugak. Sapa victim kat sini? Kesian staff dia yang tak layan pun dia.

Nenek selalu jugak pesan kat saya TA, jangan terlalu kontrol or terlalu bagi kebebasan pada suami. For me, susah nak buat tuh. Kalau ada manual book okay lah. Apa kau merapu nih Elviza? Lapar sebenarnya, tapi malas nak turun makan, sebab tu jadi macam nih.

Okay okay, my point of view lah (menyebok seperti biasa), kalau husband dia main2 jer, tak serious, maafkan lah dia. Dan si suami tuh, dah dah lah tuh..... nasib baik dapat yang tak layan, kalau yang melayan macamana?

Thats why now TA, the divorce lawyers are reaping millions in fees. Que sera sera.

Take care brother. I enjoyed the story nonetheless.

tokasid said...

Fauziah: memang betul tu. Selalunya bila buat perkara tak baik satu hari akan diketahui jugak. Mungkin mamat ni lupa ka alpa ka tentang itu.

Elviza:
yes, suami ni jgn control sangat dia jadi tak tentu arah. Jgn bagi lesen beasr juga, dia jadi terlalu galak pula.
Biasanya bila jadi kes macam ni isteri akan hilang trust terhadap suami dan mereka jadi awkward bila bersama. Isteri dah ada senjata untuk titik suami jika ada buat apa-apa silap selepas ini. Semua akan di raut masuk bila nak hentam suami. Semua yg di dengar samada betul atau tidak akan dijadikan hujjah.Semua cakap orang akan di percayai as long as about suami yg buat perangai burok tu. Segaqla kebaikkan suami walau sebesar debu sudah tak ada lagi. Suami sudah jadi worthless being dalam rumahtangga. Some husbands will just take all these insults to safe the family. Some esp yg mudah melenting will bangkit to fight back supaya tidak dikatakan dayus bila isteri hina macam tu.

Saya nak tanya : Siapa yg tak pernah melakukan kesalahan dalam hidup dan perkahwinan mereka? Isteri-isteri tak pernah buat salah pada suami? Mengapa?Sebab we are human. We tend to forget and become complacent with life.
Sometimes we became astrayed due problems that we faced problems that we cannot find a solution. Sometimes we become unaware of things when we feel alone and we do not realise what we did.
Adakah samada suami atau isteri dengan sengaja nak buat perkara yg boleh melukakan hati pasangan yg mereka sayangi? Kalau ada memang macan che'gu KTN kata: jenih p****q kawaq.

Anonymous said...

wow! best gak dapat pandangan berbeza netters semua..
bagi mama sebiji epal pun bermacam pandangan berikan,rasa tak bestlah takmacam rasa tomyam la,warna tak menariklah kalau macam pelangi cantik kot, rupa tak cantiklah sebb tu badan macam epal tak macho kan?, takwangi la buah tu macam buah durian ....inikan pulak cerita laki ngorat bini orang walaupun sekadar nak test market,bini ngamuk pasai laki cuba menduakannya..semuanya ni menambahkan stress yang dah sedia ada didalam diri pasangan.pastu pakat cari sebab dan alasan terbaik untuk mengiakan tindakkan masing masing...ahahaha...pesan mama pada pasangan begini," pada bininya,"jangan bagi 100% cintamu pada suami, simpan sedikit rasa cinta pada diri sendiri,pada Tuhanmu, pada Rasulmu,pada anak anak dan saudara-maramu supaya kita boleh survive jika dikecewakan."Pada si suami...nanti TA tanya dia apa lagi yang tak dia puashati?begitau mama ok...ehehehe hidup ini terlalu singkat untuk bersedeh.

tokasid said...

Mama drzeze:
Jazakallah for the response. nanti saya tanya mamat bangap ni apa lagi yang dia tak puas hati.