Showing posts with label rumahtangga. Show all posts
Showing posts with label rumahtangga. Show all posts

Wednesday, May 7, 2008

2 kisah


Kisah satu: Nak buat pun tak tahu...

Pakcik Mat: Assalamu'alaikum doktor! Apa khabar?

TA: Wa'alaikumussalam.Alhamdulillah, saya setakat sehari dua ni masih sihat.Pakcik Mat macamana?

Pakcik Mat: Doktor mesti lah sihat kan! Tiap-tiap hari dudok dengan ubat. Saya pun sihat Alhamdulillah.
(Ah...that is the typical statement when I tell ppl I am okay.Or if I am sick they'll say: Aik? Doktor pun boleh sakit?)

TA: Mari la dudok minum ngan saya pakcik....

Pakcik Mat: Tak apa...saya nak ke kedai Dak Ali.Nak beli beras.

TA: Hah...cakap pasal beras ni...pakcik masih usahakan bendang lagi ke?

Pakcik Mat: Ada jugak sikit-sikit doc.Tapi itu lah dia nya...tak ramai yang buat sawah kat baroh tu lagi.Semua dah tua-tua macam saya.

TA: Itu lah....Hari tu saya lalu kawasan tu saya tengok ada dua tiga petak yang di tanam padi. Ke atas sikit ada yang buat kebun sayur dan ada yang tanam mangga...

Pakcik Mat: Ha ah doktor. yang buat sawah tak ramai...

TA: Dalam keadaan susah nak dapat beras ni kan bagus kalau ramai usahakan semua tanah bendang tu kan pakcik!

Pakcik Mat: Sapa nak usahakan doktor? Budak-budak sekarang mana mahu nya nak turun ke sawah.Takut berselut berlumpur. Lagi pun mana lagi ada anak-anak muda yang tahu nak bersawah....Kalau hendak pun,mereka tak tahu nak buat macamana....

Betul jugak kata Pakcik Mat. Aku yakin yang berumur 45 tahun ke bawah di Melaka ni dah tak tahu bagaimana nak kerjakan sawah bendang.
Abih tu camno?

Kisah Dua: Dia halau saya tengah malam...

TA:
Sila dudok....Apa kena hari ni? Nampak murung je!

Puan S : Saya rasa tertekan le doc.Sedih sayu rasa hati saya.

TA: Eh..apa pasal? Cuba belajar bertenang.Awak kan mengandung 5 bulan sekarang.

Puan S: Bukan saya tak nak bertenang doc, tapi saya tak tahan dia buat saya macam ni....

Aku tahu ini mesti tentang suami Puan S.

TA: Dia buat apa?

Puan S:Semalam dia halau saya keluar rumah pukul 12 tengah malam!
Puan S mula menangis teresak-esak sambil mencari kertas tisu dalam tas tangan.
Aku pun terkejut jugak mendengar berita ni. Dia yang dah ada anak 4 dan sedang mengandung di halau suami keluar rumah waktu dinihari. Apa dah hilang akal ke suami dia ni?

TA: Mengapa dia buat gitu?Mesti ada sebab kot..bagi tau saya.

Puan S: Ye lah mungkin saya pun ada buat silap. Doc pun tahu kami baru pindah masuk rumah sendiri selepas berbelas tahun menyewa sana menyewa sini. Jadi dah rumah sendiri saya nak lah rumah ni cantik sikit dok. Sejak pindah dua minggu ni saya tiap2 hari berkemas susun barang sana sini. Dah tu anak-anak saya yang 4 orang tu lasak sangat doc.

TA: Ye..saya ingat anak-anak awak.Tapi yang sulong tu kan dah Tingkatan 2 kan? Minta lah dia bantu...

Puan S: Alah anak lelaki doc. Mana lah mahu bantu sangat hal-hal rumah ni. Jadi semua saya buat sorang.Suami saya kerja balik malam doc.Pukul 8-9 baru sampai rumah dah letih.Saya nak minta tolong pun tak sampai hati.Kesian tengok dia.

TA: Okay.

Puan S:Kadang-kadang saya rasa saya ni umpama orang gaji je doc kat rumah sendiri....

TA: Eh!Tak baik fikir gitu.Awak terasa sebab awak sedang ngandung.

Puan S:Mungkin jugak doc,tapi itu lah yang saya rasa.Tak henti kerja.Kemas itu kemas ini. Letih doc.Mana dengan bawak perut boyot ni lagi....

TA: Jadi apasal suami suruh awak keluar semalam?

Puan S: Bukan suruh doc! Halau! Dia halau saya! Semalam saya ada le minta duit sikit nak beli langsir baru.Nak pasang kat rumah sendiri. Saya pun bukan nya nak duit tu la la tu jugak doc.Saya kata kalau ada duit gaji lebih nanti. Kalau!

TA: Okay! Kalau ada lebih...

PuanS: Tau-tau dia tengking-tengking saya dan marah-marah.Kata saya ni asyik nak duit saja.Kata saya boros selalu. Terkejut saya doc. Saya kalau minta duit semua untuk belanja rumah. Beli barang dapur dan belanja sekolah anak-anak. Jarang saya minta untuk saya guna sendiri doc. Sebab saya sedar suami saya bukan gaji besar.
Saya kata kat dia KALAU ada duit lebih bang....Saya kata saya nak beli pun langsir untuk rumah kita bang...tapi dia marah-marah. Memang le saya ada ungkit tentang hal-hal dulu sama. Saya ingat tu yang buat dia halau saya. Bayangkan doc, tengah-tengah malam buta jam 12 dia halau saya keluar. Dia kata : Kalau kau tak keluar sekarang jugak,aku yang keluar!
Memang saya terduduk doc. tak tahu saya nak kata apa.Cuma nangis je masa tu. Dia kata lagi perkara yang sama. Saya tahu kalau dia keluar rumah mungkin dia tak balik doc.Jadi saya yang keluar.....

TA: Astahgfirullah.....Dia tak halang awak keluar? Anak-anak?

Puan S: Tak doc! Bila saya keluar sehelai sepinggang dia buat tak tahu saja. Anak-anak dah tidur.Saya keluar pun sebab anak-anak doc, Kalau dia keluar saya takut dia tak balik langsung,lagi teruk.

TA: Habis awak keluar gi mana?

PuanS: Saya berjalan le sorang-sorang balik rumah mak.Bukan jauh pun cuma 2 km je doc....

TA: Apa mak ayah awak kata?

Puan S: Nak kata apa? Mereka pun tahu suami saya kadang-kadang baran sikit. Saya cerita lah apa berlaku. Mak dan ayah pujuk saya. Adik lelaki saya nak gi serang suami saya.Mujur kami dapat tenangkan adik saya. Mak dan ayah pujuk suruh saya balik rumah.Tak baik gini.Tapi saya dah kecik hati sangat-sangat doc.Sedih pilu rasa.Macamana saya nak tengok muka suami saya? Tapi akhirnya saya turuti jugak nasihat mak ayah.Sepupu saya hantar saya balik naik motor jam 3 pagi.

TA: Alhamdulillah. Macammana suami?

Puan S: Rupanya dia tak tidur doc. Dia dudok kat kerusi macam ayam berak kapur sampai pintu depan pun tak tutup. Bila nampak saya dia senyum sikit tapi tak kata apa.Dia cakap tima kasih kat sepupu saya. Sampai pagi tadi pun kami tak tegur sapa lagi. Saya siapkan sarapan dan siap anak-anak nak ke sekolah. Suami minum sikit pas tu gi kerja.Tak tahu lah malam ni dia balik pukul berapa.....

TA: Awak jangan risau...InsyaALLAh bila dia dah tenang dan fikir secara rasional dia akan okay semula.

Puan S: Entah lah doc......

Thursday, October 4, 2007

Kalau lah......Part II

Broken
foto by tokasid(RnR Ayer Keroh)


Ini sambungan dari kisah Kalau lah....

Tadi selepas solat zohor( Selasa lalu) di masjid DT aku pulang ke klinik bersama Pak Karim.
Dapat juga kami iktikaf sebentar selepas zohor tadi. Alhamdulillah.

Bila sampai klinik aku bayarkan gaji bulan September pada staff, lewat 2 hari bulan ni. Tak apalah sekali-sekala lewat sikit. Dah ada 4 orang menunggu aku. Aku suruh staff panggil satu persatu, Bila selesai ada orang mengetuk pintu kamar aku.

Aku baru saja nak blog jumping. Aku buka pintu dan berdiri tersengih-sengih depan aku si Adnan sang jurutera kilang.

Aku jawab salamnya dan jabat tangan kanan dia.
Apahal si Adnan ni tak pergi kerja hari ni?, tanya aku pada diri sendiri. Si Adnan masih dok tersengih dan terkernyeh macam kerang busuk masuk lalu duduk di kerusi.

Aku bertanyakan khabar dan dia kata sihat.Betul. Nampak terlebih happy saja mamat ni petang ni. Dia ponteng posa ka? fikir aku. Heh...tak kan kot. Dah 40an takkan nak ponteng posa kan?

TA:" Hah...Kau tak kerja ke hari ni Nan? dan ni yang dok kersing kernyeh macam kerang busuk ni apa ceritanya? Hang tak posa ka....Mana lah tau kot-kot hang uzur kot..."
Adnan: "Heh3..Tok ni jangan la buat lawak kat saya. saya hari ni ambil EL(Emergency leave). Hari saya posa la Tok..tapi hari ni saya happy sangat."
TA: "EL? Apa hal yang kau ambik EL? Kambing kau nak beranak ke Nan? Tak pernah-pernah kau ambil EL. Kau kena loteri ke?"

Adnan: "Astaghfirullah Tok...Takkan lah saya nak beli loteri pulak. Dah tu bulan posa pulak tu..Tak baik Tok kata macam tu kat saya. Tapi sungguh Tok! Hari ni saya rasa happy sungguh"


Where's the Jinn
foto by tokasid(at home)

Aku cuma angguk dan sambil-sambil tu menjeling ke monitor PC. Adnan masih kersin kernyeh di sebelah aku.Bila dia tengok aku buat tak kisah dia ulang:

Adnan: "Tok!Hari ni saya sungguh bahagia."
Aku aleh pandangan ke muka Adnan dan senyum kat dia.

TA: "Awat yang bahagia sangat Nan? Bini hang mengandung sorang lagi ka? Atau hang dapat naik gaji ka?"
Adnan: "Tak lah macam tu Tok...Pagi tadi lepas Subuh saya ada mimpi special Tok."
TA: "Mimpi special? Ni hang dah mandi junub ke dak lagi?". sambil aku senyum kat Adnan.
Adnan: "Bukan mimpi yang tu lah Tok. Ni mimpi lagi best. Best in the world!"

TA: "Okay, aku tahu kau datang ni sebab nak cerita kat aku. Hah apadia mimpi best in the world special kau tu??"

Adnan: "Tok ingat tak dulu saya cerita pasal R? R yang masa kat U dulu saya syok tapi tak berani nak ngorat dia tu? Yang saya jumpa masa ada kursus 3-4 bulan dulu tu?"

Aku angguk tanda aku ingat. Ya kalau tak silap bulan Mei dulu Adnan ada cerita pada aku tentang pertemuannya dengan 'cinta rahsia' zaman muda dulu. R yang Adnan sangat suka tapi kelu bila nak tegur sapa. Aku pula yang kersin dan kernyeh kali ni.

TA: " Aku ingat sapa R tu. Jadi apa halnya mimpi hang ngan R ni?"
Adnan: "Begini Tok. Lepas Subuh tadi saya baring sekejap tapi langsung terlelap. Masa tu lah saya mimpi jumpa R, Tok. Ntah tempat tu nampak macam combination bangunan kat kampus kat shopping komplek dan stesen Puduraya je...
Dalam mimpi tu saya terserempak dengan R bersama anak dia. Bila nampak dia tegur saya dan kata dia nak kawin ngan saya. Dia nak ceraikan husband dia sebab husband dia tak pandai cakap orang puteh. Tapi Tok, yang peliknya laki dia dalam mimpi tu bukan laki dia yang sebenar kat luar mimpi. Dalam mimpi tu yang jadi husband ialah coursemate kami dulu. Memang toya mamat ni.Memang mamat ni tak reti nak cakap omputeh Tok. Pas tu, R cium dahi saya dan kata suruh saya tunggu sampai dia selesai bercerai, dia nak saya kawin dia. Masa tu memang syok habih Tok!"

Aku cuma angguk saja dengar cerita mimpi Adnan.

Adnan: "Tapi masa mimpi tu Tok,saya jadi panik sebab anak sulong saya ada kat sebelah saya dan dia dengar R bagitahu nak kawin saya. Haru betul Tok. Macamana kalau anak saya bagi tau kat isteri saya Tok? Habislah saya. melepas la saya nak kawin ngan R Tok!"
TA: " Eh..eh leh...kau ni Nan! Tu kan mimpi saja. Benda dalam mimpi mana anak kau boleh tahu.."

Adnan: "Ya la Tok...tapi masa dalam mimpi dan masa baru terjaga tu, saya betul2 panik. Takut kalau-kalau isteri saya tahu....Tapi bila dah hilang mamai..saya dapat fikir semula . Tu yang saya happy sangat ni Tok!"

TA: "Happy sebab R nak kawin ngan kau atau happy sebab bini kau tak akan tau kau mimpi R nak ajak kau kawin?"
Adnan: " Dua-dua Tok. Dua-dua....".

Adnan masih di lamun mimpi bahagianya. Aku ajak dia keluar dan beli sedikit makanan untuk berbuka puasa nanti.

Kami sama-sama keluar. Adnan masih kersin kernyeh. harap-harap isteri dia tak notice kebahagian suaminya tentang mimpikan R.



Kompleks Budaya Melaka(sunset)
foto by tokasid(Ayer Keroh Melaka)

Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Saturday, August 4, 2007

Kalau lah.........


UPDATE: Dapat pesanan dari Cerita ibu tentang kehilangan En. Salhi (bekas pelajar MCKK) sejak pertengahan July 2007. Sila lihat kat sini dan tang ni dan tang ni jugak untuk kisah lanjut.
Sama-sama di doakan agar En Salhi ditemui dan dapat semula ke pangkuan keluarga beliau.
Terima kasih.






Gerbang maghrib
foto: tokasid



Petang tu( few weeks ago) dia singgah di tempat kerja aku. Mukanya sugul tak macam selalu.Aku dah tak jumpa dia hampir 2 minggu tapi aku noticed air mukanya tak ceria.
Dia senyum hambar bila aku beri salam.Tangan dihulur untuk berjabat.Aku sambut dan ku genggam erat.Terasa longlai cengkamannya.

Adnan. Seorang jurutera di kawasan perusahan di Jebatville. Sudah hampir 5 tahun mengenali beliau.Nak kata rapat dengan beliau tidaklah juga.Tapi kalau nak mengeteh boleh saja baginya.

Aku perlu menyelesaikan sedikit kerja jadi aku suruh Adnan menungguku di kedai ngeteh yang biasa.Aku beritahu akau akan ke sana within 20 minutes.Dalam hatiku tertanya-tanya: apahal si Denan ni? Selalu ceria-meria hari nampak chom(bahasa utara for gloomy) pulak.Muka welfare. Tak apalah bisik hatiku. Nanti aku akan tahu juga sediki sebanyak.

Bila aku masuk restoran Ice Cafe aku mintak nes-0-tar kurma(nescafe-o-tarik kurang manis) seperti biasa. Adnan pula aku lihat sedang dok kelebek handphonenya. Teh tarik di depannya dah tinggal separuh. Aku duduk mengadap Adnan. Dia panggun(dongak) kepala sambil senyum pada aku.Dia capai gelas dan hirup teh tarik seteguk.

Selepas nes-o-tar kurma tiba aku teguk sedikit.
TA: Hah! Apahal Nan? Nampak macam kurang bateri saja hang ni.Apa problem hang?
Aku bila tengok kawan bermuka chom atau mandom saja ,akan tanya direct.Tak payah nak berkias-kias lagi.

Adnan: Tak dak apalah Tok. saja mai nak jengok Tok.Lagipun dah lama kita tak ngeteh sama kan?( Dia cuba ngelak dari soalan aku la ni)

TA: Alah...hang tak payah nak malu-malu la dengan aku Nan. Aku bukan baru kenal hang.Dah dekat 5 tahun ...Hang nak sembunyi apa dari aku.

Adnan: Sungguh tak dak apa-apa la Tok......tapi...kalau saya nak tanya Tok sikit boleh dak?

TA: Hah awat tak boleh pulak...Aku dah agak hang mesti ada kemusykilan ni. Tu la lain kali tak payah nak selindung-selindung dgn aku. Apa benda hang nak tanya? Habaq mai kat aku.

Adnan diam sekejap sambil dok renung ke dalam gelas nes-o-tar aku. macamlah dalam gelas aku ada ikan semilai dok bawah buih nes-o-tar tu.

Adnan: Lagu(macam) ni Tok....Macamana nak cerita eh?(sambil dia garu kepala yang tak gatal)

TA: Macamana nak cerita? Hang buka mulut hang cerita la. Macam tu la nak cerita. Yang hang dok garu kepala tu awatnya? Hang ada kutu ka? Aku ada ubat kutu kalu hang mau.

Adnan tersengih dengan remark aku tu. Aku pun terghesin(lebih sikit dari sengeh).

Adnan: Lagu ni Tok. Aku 2 minggu sudah kena pi course kat KL. Kilang hantar aku. Kat sana aku jumpa awek yang aku suka masa kat U dulu la Tok!

"Pulak dah!", getus hati aku. Nampaknya cerita Adnan ni nak jadi macam siri Manjalara atau Samarinda dah ni. Aku biar dia teruskan cerita dia.

Adnan: Dulu masa student kat U, awek ni, kita panggil dia R cukup lah Tok eh, sama tahun dengan aku. Sama course tapi grouping kami lain-lain. Dia manis orangnya Tok. Cantik sangat macam pelakun-pelakun Malaysia dak lah. ramai lagi yang lebih cantik dari dia. Tapi aku cukup berkenan kat dia. Dia manis Tok. Senyum dia yang buat aku tidoq tak lena dulu.

Adnan capai gelas dan minum sikit teh tariknya.

Adnan: Dia ni anak orang berada jugak Tok tapi bukanlah kaya raya sangat.Tapi kalau banding dengan aku masa tu memang dia kaya lah. Dia guna masa tu Daihatsu Charade. Aku pulak masa tu dok pinjam motor kawan-kawan saja. Jadi aku syok kat dia dari jauh saja. Tak berani nak pi tackle dengan dia.

Adnan: Tapi kawan-kawan aku dan kawan-kawan dia tahu aku syok kat dia. Ada kawan-kawan dia cuba ajak kami pi blind date sekali tu. Depa kata pi ramai-ramai naik kereta. Depa kata aku naik dengan R. Tapi aku tak berani Tok. Aku mana reti bawak kereta masa tu. Dah tu kalau nak makan mana aku nak cari duit.Biasiswa lambat lagi.

TA: Jadi hang tak pi dating la ngan dia?

Adnan: Tak laa....Aku mahu tapi malu masa tu Tok.Ya lah buatnya depa nak pi makan kat hotel ka, mampoih la aku Tok.

TA: Awat depa pi makan di hotel ka?

Adnan: Dak laa....depa pi McDonald saja. Tapi R pun tak pi pasai dia tak dak pakwe.

TA: Jadi masa tu R pun tak dak pakwe?

Adnan: Tak dak...Kawan-kawan dia kata dia pun suka kat aku tapi takkan dia nak ngorat aku kot? Aku la kena approach dia dulu kan?

TA: Betoi lah tu. Zaman tu takkan dia ngorat hang pulak. So apa jadi dengan hangpa berdua?

Adnan: Aku sampai grad tak berani nak ajak dia keluar Tok. Masa 3rd year kot, ada lah satu mamat Kelantan ni ngorat dia.Aku pernah tengok depa dua-tiga kali kat kantin asrama yg R tinggal tu. Tapi depa kawan tak lama. Aku rasa 6 bulan kot pasai mamat Kelantan tu panas baran dan kuat cemburu.

TA: hang pulak?

Adnan: Aku last-last sekali ngorat junior yang masuk buat Science Ed. Tu lah wife aku la ni Tok. dah beranak pinak pun kami.

TA: So, what happen to R?

Adnan: Bila aku dah ada marka masa tu, baru aku berani sembang ngan R bila jumpa kat lecture hall Tok. tapi sembang hal-hal pelajaranlah. Sekali-sekala kami minum kat kantin ramai-ramai. Masa tu walau ada marka, aku masih suka kat R Tok.

TA: Eh, hang ni biaq betul!

Adnan: betul Tok. Lepas aku ada marka macam hilang satu beban bila jumpa R. Aku dah tak rasa segan atau malu dgn dia. Dia pun okay dengan aku.Boleh sembang dan gurau macam tak dak apa-apa.

TA: So, apa cerita pasai jumpak dia semula masa course tu?

Adnan diam sejenak. Mata di pejam macam orang fikir panjang. Kemudai dia tarik nafar dan menghela perlahan-lahan.

Adnan: Masa nak habih kursus tu ada dibuat dinner pada malamnya. Lepas makan aku sembang-sembang dengan R kat meja. Aku tanyalah dia anak berapa,kerja ngan sapa tec,etc la Tok. Kemudian aku saja-saja acah dia pasai kami berdua dulu.

Adnan: Aku kata: " R, hang ni dulu aku nak ngorat awat hang tak layan?"
R : "Mana aku tak layan? Hang yang tak mai nak tegur aku pun . Nak bagi salam kat aku pun sora(suara)hang tak keluar"

Adnan: Ya ka? Masa tu aku betoi-betoi suka kat hang tapi aku tak berani nak approach hang. Aku takut hang tak layan aku.Aku takut hang buat tak tau kat aku.

R : Mana ada la Nan...Aku pun suka kat hang. hang tau ka masa tu punya ramai kawan-kawan aku syok kat hang tapi bila depa tau hang suka aku, depa back-off. Aku pun tunggu jugak kot hang nak mai.Tapi tak mai-mai jugak.

Adnan: Ya ka...La aku tak tahu hang suka aku sama.Kalau aku tahu memang aku jumpa hang.

R: Hang tau ka Nan, bila hang ada makwe budak yang buat Science Ed tu, aku rasa kecewa sikit. sebab aku suka pada hang. tapi okay lah...lepas tu hang mahu sembang dan kawan dengan aku walau pun bukan sebagai kawan special aku. Tapi aku akui, aku frust bila hang kawan budak tu.

Adnan: Aduhai...maaflah R.Aku tak tau. Aku ngorat budak tu sebab aku tengok hang kawan budak Kelantan tu.

R: Aku dgn mamat kelantan tu takdak apa-apa. Aku saja layan, nak bagi hang tengok,nak bagi hang ada courage dan mai bagitau aku hang suka aku. kalau hang mai masa tu, aku pasti terima hang. Hang tau ka....

Adnan: Sori lah R...Aku tak suka kacau orang yg dah ada pasangan.Aku pun frust bila tengok hang ngan mamat tu. Mungkin kita tak dak jodoh R.

Adnan: Macam tu lah kisah aku Tok. Masaalahnya , sejak balik dari kursus,aku dok teringat conversation aku ngan R. macam-macam "kalau" bermain dibenak aku Tok. Macamana kalau dulu aku berani sikit.Tentu R dah jadi isteri aku. Alahai....

TA: Nan! Aku tanya hang sikit boleh?

Adnan: Apa dia Tok?

TA: Hang bahagia dak la ni dengan famili hang? R bahagia dak?

Adnan: Aku cukup bahagia. Wife aku sporting dan supportive.Anak-anak pun setakat ni tak ada yang perangai loqlaq( tak senonoh). R pun aku dengar dari kawan-kawan cukup bahagia. Ada anak dia yang dah masuk Kolej.

TA: So kalau hang happy dan R happy with kehidupan masing-masing, awat yang hang dok ghapla sangat ni? Wat yang dok angau sangat ni?

Adnan: Tak la Tok. Cuma dok fikir kalau dulu.....

TA: Sudah lah Nan. Dulu tu dulu lah. memang tak dak jodoh hang ngan R. Kalau ada tentu ALLAH beri laluan untuk hang dampingi R. Aku nak bagitau hang, hang lupakan kisah-kisah tak jadi hang tu. Tumpukan pada runahtangga dan kerjaya hang. hang nak contact R as a friend boleh tapi jangan nak lebih-lebih. jangan dok nak porak-peranda 2 rumahtangga pulak.

Adnan: Tak lah Tok. Aku rasa kalau aku ngorat dia pun dia tak layan jugak. Aku dengar she is a very good wife to her hubby and a good mother to her sons. Aku tak mau kacau-bilau. Keluarga aku pun bahagia. Cuma..bila dok kenang-kenang la....

TA: Dei!! Sudah lah tu...jangan dok kalau-jikalau lagi dah. Sudah-sudah. Ni staff aku dah sms ada patient dok tunggu aku. nanti aku bayaq dulu minum ni.

Adnan: Takpa Tok.Biaq aku saja yang bayaq. hang sudi dengaq pun aku dah lega. Mujoq Tok tak balun aku habis-habis tadi.kalu dak memang tak boleh angkat muka la aku. Tima kasih Tok.

Aku hulur tangan kanan dan bersalaman dengan Adnan. Aku keluar dan menghala ke klinik semula. hati aku berkata: Mungkin ramai lagi seperti Adnan di luar sana.


Related story jengoi tang ni.


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Tuesday, June 12, 2007

Teladan dan sikap suami

Fire stroke sunset(bukit katil)
foto: tokasid

Keteladanan dan Sikap Lemah Lembut Suami

Rasulullah saw. bersabda:

"Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya dan paling lemah lembut terhadap keluarganya. " (HR Bukhari Muslim)

"Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik kepada isterinya" (HR Tirmidzi)

Para suami sepatutnya benar-benar menyedari bahawa dalam pandangan Islam sebaik-baik lelaki adalah lelaki yang paling lemah lembut dan paling baik sikapnya kepada isteri, keluarga serta anak-anaknya. Jadi, jika seorang suami bersikap kebengisan, garang atau kasar, walaupun mempunyai pangkat dan jabatan yang tinggi, memiliki ilmu yang banyak, menyandang gelaran dari anugerah Sultan, sebetulnya belum menjadi lelaki yang baik.

Memang, boleh jadi kerana satu dan lain hal, isteri terkadang membuat jengkel atau sulit mentaati suami. Namun, sebenarnya yang paling penting untuk difikirkan adalah keperibadian sang suami itu sendiri. Mengapa?

Kerana, seorang suami akan sulit untuk mengubah isteri atau anak-anaknya kearah yang lebih baik, jika si suami sendiri belum mengubah perilakunya menjadi baik. Padahal dalam Al Qur’an surat at-Tahrim : 6 dikatakan:

"Jagalah dirimu dan keluargamu dari siksa api neraka"

Ertinya, yang menjadi keutamaan seharusnya adalah menjaga diri dan keluarga. Pokoknya kalau kita ingin berbuat sesuatu, sesudah kita memperbaiki diri, selamatkan keluarga. Banyak pemimpin yang jatuh gara-gara keluarganya. Kemungkinan akibat dari isterinya, dari anaknya, atau sebaliknya.

Ironisnya, kadang-kadang suami lebih banyak menuntut dan menyalahkan isteri apabila ada hal-hal yang dianggapnya tidak baik. Misalnya, ketika sang anak malas belajar atau beribadah, suami sibuk menyalahkan isteri. Isteri dianggap tidak mampu memperhatikan anak, tidak mampu mendidik, dan sebagainya. Padahal, persoalan mendidik anak bukan semata-mata tanggung jawab isteri.

Tidak sedikit rumah tangga yang menganggap pendidikan anak hanya pekerjaan ibu, sementara suami lebih sibuk mencari nafkah. Padahal sosok ibu hanya sebahagian daripada potensi rumah tangga.

Memang mencari nafkah bagi suami adalah kewajiban bahkan ibadah. Namun sesungguhnya, kewajiban suami itu bukan hanya mencari wang atau mencari nafkah lahir, tetapi seorang suami juga mempunyai kewajiban untuk menanamkan visi dalam rumah tangga. Perkiraannya, hendak dibawa kemana rumah tangganya nanti?Senja Mahkota Parade
foto:tokasid

Disamping itu selayaknya seorang suami dapat menjadi suri tauladan bagi isteri dan anak-anaknya, serta mampu mengawal moral keluarganya agar tetap terpelihara. .


Orang tua harus lebih serius menjadi figur suri tauladan bagi anak-anaknya. Jangan sampai anak kecewa pada figur orang tuanya. Misalnya, sudah suami jarang pulang, ketika pulang ragamnya hanya marah-marah.
Bersikap kurang sopan dihadapan anak, memperlakukan isteri tidak baik dihadapan anak. Ketika figur ayah tidak mencerminkan akhlakul karimah, terus bagaimana anak boleh termotivasi untuk berakhlak baik? Disinilah kebanggan anak pada figur ayah boleh pudar begitu saja. Anak tidak lagi melihat contoh konkrit dari figur moral.

Oleh kerana itu, seorang suami hendaknya bukan hanya bangga kerana mampu membuatkan rumah untuk keluarga, jangan hanya bangga kerana mampu membelikan kereta, perabot cantik, dan sebagainya, namun seorang suami seharusnya berusaha semaksima mungkin untuk membangun keluarga yang bermoral, bermartabat, dengan ikut memperhatikan pendidikan moral dan akhlak anaknya sebaik mungkin.


Sehingga akhlaknya kelak jauh lebih baik dari orang tuanya. Itulah prestasi, jangan bangga mempunyai anak yang belajar di luar negeri, namun kelakuannya buruk. Itulah tanda kegagalan menjadi orang tua. Bagaimanapun anak akan melihat sikap dan perilaku kedua orang tuanya. Kegigihan orang tua yang dengan serius membuat program suri tauladan bagi anak-anaknya adalah pendidikan yang tidak ternilai.

Singkatnya, apa yang diinginkan dari si anak, mulailah dari diri sendiri.
Ingin anak rajin, jadilah orang tua yang rajin.
Ingin anak pintar mengaji, jadilah orang tua yang juga rajin mengaji.
Ingin anak ramah dan lembut, mulailah dulu dari orang tuanya.

Suami pun memiliki kewajiban untuk menitikberatkan kesempurnaan ibadah, serta kebaikan akhlak dan moral keluarganya.
Dalam hadits diatas, akhlak yang baik serta perilaku lemah lembut dari seorang suami memang sangat ditekankan.

Tentu saja, Rasulullah Muhammad SAW teramat patut untuk dijadikan sebagai suri teladan kepada sang suami yang ideal. Nabi Muhammad SAW begitu halus dan lemah lembut sikapnya kepada isteri-isteri Baginda.


Baginda tidak pernah marah dengan kata-kata kasar. Kalaupun baginda marah, baginda hanya akan mendiamkan saja. Dan, itupun adalah sebahagian dari pendidikan yang baginda berikan kepada isterinya. Bahkan, suatu ketika diriwayatkan bahawa saat Rasul pulang larut malam, ternyata Siti Aisyah sudah tertidur. Rasulullah tidak mengetuk pintu lalu marah-marah. Begitu lembutnya beliau kepada isteri, Rasulullah yang mulia pun tidur di hadapan pintu rumah tanpa membangunkan Siti Aisyah. Disini berkali-kali disebutkan tentang kelembutan.
Sebab walau bagaimanapun, seorang suami adalah pemimpin dalam keluarga. Dan kalau tidak hati-hati, seseorang yang merasa dirinya sebagai pemimpin, dalam skala apapun, cenderung menggunakan kekasaran.

Hal inilah yang tampaknya patut diperhatikan secara mendalam dan serius.


"….Dan bergaullah dengan mereka (isteri) secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak." (QS.. An-Nisaa’ ayat 19)
Apabila isteri tidak taat kepada suami, kemungkinan juga suaminya belum layak ditaati. Suami harus berani mengevaluasi diri.. Ibarat ada bisul terus dibelai, tentu orang menjadi marah bukan kerana belaiannya, tapi kerana bisulnya. Kekerasan itu bukanlah alternatif yang sangat penting, melainkan lemah lembutlah yang mampu mengendur kekerasan.


Aspek-aspek lain yang juga harus diperhatikan oleh seorang suami ketika mendidik keluarga adalah perkataan yang harus terjamin kebenarannya. Jangan sampai seorang suami berbohong sedikitpun kepada anak dan isterinya, kecuali untuk hal-hal positif yang hanya ditujukan untuk menyenangkan hati mereka, seperti memuji masakan atau dandanannya.

Selanjutnya, bila memperingatkan sesuatu harus tepat situasi dan keadaan. Jangan sampai ketika bicara tidak tepat situasiya, kerana orang yang sedih dengan orang yang gembira itu berbeza situasi hatinya.

Lalu, jika berbicara jangan sampai menyusahkan.
Suami yang baik,kata-katanya itu harus yang enak. Jangan bicara yang membuat isteri semakin tertekan.
Misalnya, isteri mempunyai kekurangan pada tubuhnya, jangan disebut-sebut. Isteri yang mempunyai kisah masa lampau, jangan diungkit-ungkit. Isteri mempunyai orang tua yang memiliki suatu kekurangan, jangan sekali-kali dibeberkan. Jangan membuat orang susah perasaannya.

Dan terakhir, seorang suami yang baik itu, kalau berbicara dapat memberi manfaat.
Nabi Muhammad SAW sangat memuliakan sekali isteri-isterinya. Di rumah membantu pekerjaan isteri-isterinya. Bahkan, Rasulullah SAW memanggil isterinya dengan panggilan kesayangan. Beliau benar-benar senang berkasih sayang dengan keluarganya. Anak isteri beliau dibahagiakan dan dimuliakan dengan bimbingan ukhrawi.

Yang paling penting dari semua itu adalah selain suami harus berlemah lembut, mampu menjadi contoh/tauladan dan mampu mendidik, adalah bagaimana suami mendidik anak-anaknya agar mampu mengharungi hidup ini di jalan Allah.

Tidak cukup hanya membawa wang, tetapi anak harus tahu bagaimana mensyukuri wang, bagaimana menafkahkan wang di jalan Allah.
Kehormatan seorang suami bukan kerana gelar, pangkat, kedudukan, harta, jabatan atau populariti. Yang namanya kemuliaan itu kalau kita mempunyai kemampuan untuk jujur pada diri sendiri dan senantiasa memperbaiki diri agar tidak menyimpang dari jalan Allah. Sehingga walaupun dia tidak dikenal, dia pekerja yang memungut sampah, dia seorang pembantu di rumah, tapi boleh jadi lebih bagus daripada majikannya yang mempunyai status jabatan yang lebih tinggi. Kerana dia mampu membimbing keluarganya menuju redha Illahi. Allah tidak memandang kemuliaan seseorang dari kebendaan duniawi melainkan keindahan akhlak dan budi pekerti. Wallahu’alam

http://usrahkeluarg a.blogspot. com/


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Friday, June 8, 2007

Apa jenih punya jantan?

Kantoi mamat ni..

Seorang lelaki,suami dan ayah. Mempunyai syarikat perniagaan sendiri yang suam-suam kuku sahaja. Adakala berniaga okay adakala kureng.Nak kata kaya sangat tak juga. Nak kata papa kedana pula jauh sekali. Nak kata kacak tidaklah sangat.Perut pun memboyak sudah.Rambut bersilver sudah. Nak kata tidak hensem tak lah juga sebab masa dia muda-muda dulu wajah "bolehlah" kata orang. Tu masa dia muda lah.


Dalam berniaga adalah dia menggaji beberapa pekerja wanita. Ada yang dah menjadi isteri orang dan ada yang menjadi tunangan orang. Yang menjanda tak adalah pulak.Masing-masing ada rupa tersendiri ada yang tembam ada yang cengkung ada yang pendek ada yang tinggi menggalah. Ada yang sentiasa bad mood walau depan boss ada yang macam biskut sekejap hangin sekejap sunyi ada yang rajin buat kerja tanpa disuruh dan kebanyakkannya malas sampai nak kena suruh baru buat kerja. Pendek kata atau panjang kata pekerja ni ada macam-macam ragam.


Nak dijadikan kisah(dan tauladan atau sempadan) boss jantan ni sudah ada suka sikit( yes sikit) pada sorang staff dia. Tapi dia tak berani nak ngorat all out pasai staff ni isteri dan mak orang lain. Tapi dasar ulat bulu ni dia cuba try tokai tengok usik-usik staff ni. Tapi malangnya no response yang dia dapat.Jadi dia pun tak lah berapa kesah sangat sebab dia pun bukannya all out nak ngorat. Sekadar syok dan suka ataupun dasar nak menggatai. Kadang-kadang dia hantar sms masa kerja untuk tanya itu ini tentang tugasan kerja kat staff ni(staff ni handle bahagian akaun syarikat). Kadang-kadang dia nak hantar sms kat wife dia tetapi terhantar kat staff ni maklumlah nama wife dan staff hampir-hampir sama bunyi phoneticnya.


Satu hari nak dijadikan cerita( kalau tak jadi mana ada cerita kan?) mamat sekoq ni dah kantoi. Di sebabkan matanya yang semakin rabun tapi malas nak pakai cermin mata dan selalu lupa cermin mata tu letak di mana mamat ni telah melakukan kesalahan besar yang telah menyebabkan meletusnya gunung Merapi dan tsunami melanda hidup dia.


Cerita tu macam ni: Satu hari mamat ni nak bagitau kerani akaun dia bahawa buku cek ada pada dia kerana baru di ambil buku baru di bank. jadi mamat ni pun typekan sms yang berbunyi "Syg buku cek ada kat bawah". Lepas tu mamat pun tekan send untuk hantar sms pada kerani yang di syok ni kerani yang memang isteri orang dan punyai anak satu.


Tak sampai 5 minit phone mamat ni bunyi menandakan ada mesej sms masuk. Dia pun tekan nak baca sms yang di hantar oleh isteri dia sendiri. Bila dia buka mesej tu berbaca(takkan berbunyi kot): Please explain which sayang yang abang maksudkan?

Mamat ni pun hairan. Apa yang wife dia maksudkan? Bila masa aku sms kat bini aku hari ni? Jadi dia pun sms balik kat bini dia nak tau apa yg bini dia maksudkan. Bila bini dia sms semula kat dia mesej yang dia sms awal-awal tu baru mamat ni sedar. Dia pun cek sentbox kat handphone. Mak datuk! Memang ada mesej tu dan di hantar kat wife dia dan bukan kat kerani akaun. Habih terKantoi lah dia. Dia tau memang perang besar menunggu.



Lebih kurang 10 minit kerani akaun call mamat ni: Tuan, isteri tuan telifon saya kata nak jumpa saya di ofis. Macam dia marah je tuan. Apa yang saya buat tuan?
Lalu mamat ni pun explain kat kerani tentang apa yang di buat dari sms hingga silap tekan send sebab mata rabun hingga sms yang bini dia hantar dan seterusnya. Bermeter-meter juga explaination dia.

kereta perang dah datang

Tak sampai setengah jam wife mamat ni call dia dan kata: Abang tolong naik ke ofis jap! Mamat dengan penuh tawwadhuk dan kepala melentok sampai dagu cecah dada pelan-pelan naik ke pejabat. Wife dah dok cekak pinggang berdiri di tepi puan kerani yang nampak celaru dan keliru serta haru biru. Mamat ni dengan slow and steady despite terkantoi tadi masuk dan duduk kat kerusi menunggu tropedo dari isterinya. KAABOOOOM!!

KAABOOMMM!!
Perang tercetus.

Bom pertama: Ooooo...abang dah pandai nak bercinta dengan bini orang ye! Tak tau malu ke abang ni? Kalau bercakap berdegar-degar mengalahkan ustaz.
(Mamat tunduk senyap sunyi dan sepi)

Bom kedua: Dulu abang selalu condemn sapa yang dok ngorat bini orang.La ni abang sendiri buat benda tu. Apa yang abang kata pada orang dah kena batang hidung abang.

Bom ketiga: Sejak bila abang dok hantar sms sayang kat kerani ni? Awat yang dah gatai sangat.(sambil tengok kerani) Sejak bila jantan ni dok panggil awak sayang? Dia dah usong awak pergi mana hah?
Kerani: saya tak dapat pun sms yang puan tunjukkan tadi tu. Dulu-dulu pernah saya dapat sms sayang tapi saya ingat tuan hantar kat puan sebab waktu tu waktu lunch. Saya tak layan le sebab saya rasa tuan salah hantar.Lagi pun saya dah ada suami dan anak buat apa saya nak layan tuan.
( setakat tu cerita yang diluluskan oleh Lembaga Penapis untuk di siarkan. Dialog yang lebihnya di kira boleh mengaibkan ramai yang terlibat)

Jadi dari kisah di atas apa yang kita dapat pelajari?
1-Suami cuba-cuba bermain api dengan bini orang yang juga pekerjanya.Belum api terbakar tangan dah hangus.
2- Adakah ini dikira sebagai sexual harrassment oleh majikan?
3-Isteri telah kecewa yang amat sangat. Patutkah suami bangap di maafkan walau sudah hilang kepercayaan terhadap mamat bangap tu?
4- Bolehkah isteri menerima mamat ni semula? Atau bolehkan suami begini dipetisejukkan buat beberapa lama.
5-Kerani kena berhenti instantly, bolehkah dia reportke Pejabat Buruh?
6-Selain dari minta mahap banyak2 kat wife apa yang patut mamat bangap kantoi ni buat? Expalin to his wife dah tentu. Explain to laki kerani yang kena pecat tu?

So apa pendapat anda semua tentang mamat sekoq ni? Tiada hadiah untuk pendapat terbaik.


Sepi gencatan senjata


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Tuesday, June 5, 2007

Apa yang kita mahu dari pasangan masing-masing?

Sunset highway
(selepas Gua Tempurung PLUS)
foto by tokasid

Hidup berumahtangga memang banyak asam-garamnya.( tak masuk lagi ajinomoto,rempah ratus dan kas-kas nya).Tiada rumahtangga yang tidak digoncang angin.Cuma bezanya ada yang dapat angin sepoi-sepoi bahasa, ada dapat tengkujuh,ada dapat ribut greg atau ribut Katrina.Ada yg takda ribut terus dapat rempuhan Tsunami.

Itulah ujian berumahtangga.

Sememangnya bukan itu yang kita impikan ketika berakad nikah. Ketika juru nikah sengaja menggenggam tangan kita erat bagai hendak ber-hand wrestling lagaknya.Ketika badan berpeluh walau dalam kamar aircond.Ketika si-loyar buruk menjadi bisu.Bukan itu.

Yang kita dambakan satu rumahtangga yang aman sentosa sepanjang masa.Yang smooth sailing.Yang happy ever after.

Namun realitnya bukan begitu. Pengongsian dua individu yang berlainan karektor dan personaliti yang berlainan minat dan selera.Yang berlainan didikan dan berlainan environment ketika membesar.Yang berlainan fi'il dan berlainan tujuan dalam hidup. Pokoknya memang berlainan.Dan mereka di satukan dalam ikatan suci di sisi ALLAH Azza Wa Jalla.Mereka menyahut seruan Baginda Rasulullah s.a.w. agar bernikah. Alhamdulillah.

Tetapi lambat laun, mungkin kerana alpa dan leka,mungkin kerana berasa di comfort zone, mungkin kerana berasa tidak di pedulikan...retak mula muncul dalam alam rumahtangga.
kalau tidak di atasi segera mungkin bakal runtuh masjid yang dibina.Mungkin akan berlaku perkara halal yang paling ALLAH benci.

Jadi bagaimana ya jika ini berlaku? Apa boleh cuba di atasi ujian pergolakkan begini?
Siapa dalam alam ini yang tidak melakukan kesilapan? Adakah tiada peluang kesilapan itu di perbetulkan semula? Apa tidak mungkin peluang seterusnya untuk diperbetulkan?

Mari kita halusi nukilan seterusnya ...agar menjadi guide bagi diri kita masing-masing.InsyaALLAH.


Oh teratai bunga indah.....
foto by tokasid

Buat Suami-isteri( dan yang bakal mendirikan rumahtangga)

Untuk suami(renungkanlah):
Pernikahan atau perkawinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah r.a.
tidaklah setaqwa Aisyah r.a.
pun tidak setabah Fatimah r.a.
Justru isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita cita menjadi solehah...


Pernikahan atau perkawinan mengajar kita kewajiban bersama
isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
isteri adalah murid kamu gurunya
isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya. .

Pernikahan atau perkawinan menginsyafkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
karena memiliki isteri yang tak sehebat mana
justru kamu akan tersentak dari alpa kamu
bukanlah Rasulullah saw.
pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
cuma suami akhir zaman
yang berusaha menjadi soleh... amin...

Ketenangan
foto by tokasid


Untuk isteri(renungkanlah):

Pernikahan atau perkawinan membuka tabir rahasia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.
tidaklah setaqwa Ibrahim alaihissalam
pun tidak setabah Ayyub alaihissalam
atau pun segagah Musa alaihissalam
apalagi setampan Yusuf alaihissalam
Justru suamimu hanyalah pria akhir zaman
yang punya cita cita membangun keturunan yang soleh...

Pernikahan atau perkawinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya
suami adalah nahkoda kapal kamu navigatornya
suami bagaikan balita yang nakal kamu adalah penuntun kenakalannya
saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
seketika suami menjadi bisa kamulah penawar obatnya
seandainya suami masinis yang lancang sabarlah memperingatkannya. .


Pernikahan ataupun perkawinanmengajarkan kita
perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah Azza Wa Jalla
kerana memiliki suami yang tak segagah mana
justru kamu akan tersentak dari alpa
kamu bukanlah Khadijah r.a.
yang begitu sempurna didalam menjaga
pun bukanlah Hajar
yang begitu setia dalam sengsara
cuma wanita akhir zaman
yang berusaha menjadi solehah...
Amin ya Rabbal 'alamin


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Thursday, May 24, 2007

Banyak untung kalau kenal lelaki

Senja gerbang Melaka
Foto by tokasid


(Artikel ini aku terjumpa dalam sebuah majalah.Saja nak kongsi bersama)

Banyak untung kalau kenal lelaki (oleh DR. HM TUAH )


Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan.
Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya.

Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan,berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan.Anda melakukan begitu untuk meraih simpati.

Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadi ianya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya.

Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.

Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran,berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yangsuka dan berasa tenang bersama keluarga?

Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna-menyempurnakan lengkap-melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri. Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan,sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata. Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan.

Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan. Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah,akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yangmeminta maaf.

Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas.Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan. Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya.

Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yangmenekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda. Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri.

Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?

Kecantikan Lelaki Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-


1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad s.a.w. adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi padaKekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

(Malangnya aku lelaki yang mengecewakan....)

Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Friday, May 18, 2007

Tazkirah Jumaat:Pesanan buat Suami dan Isteri

Dapat tulisan ini dalam inbox beberapa minggu lalu.Kata yg menghantar ianya dari ringkasan sebuah kitab tapi tak di sebut kitab apa.Cuma aku rasa ini boleh memberi peringatan kepada kita semua yang telah berumahtangga.

WAHAI PARA SUAMI,


Apakah membebanimu wahai hamba Allah, untuk tersenyum di hadapan isterimu dikala anda masuk bertemu isteri tercinta, agar anda meraih pahala dari Allah?!!


Apakah membebanimu untuk berwajah yang berseri-seri tatkala anda melihat anak dan isterimu?!!


Apakah menyulitkanmu wahai hamba Allah, untuk merangkul isterimu, mencium pipinya serta bercumbu disaat anda menghampiri dirinya?!!


Apakah memberatkanmu untuk mengangkat sesuap nasi dan meletakkannya di mulut isterimu, agar anda mendapat pahala?!!


Apakah termasuk susah, kalau anda masuk rumah sambil mengucapkan salam dengan lengkap agar anda meraih 30 kebaikan?!!


Apa yang membebanimu, jika anda menuturkan untaian kata-kata yang baik yang disenangi kekasihmu, walaupun agak terpaksa, dan mengandungi pembohong yang dibolehkan?!! Tanyalah keadaan isterimu di saat anda masuk rumah!!


Apakah memberatkanmu, jika anda menuturkan kepada isterimu di saat masuk rumah

"Duhai kekasihku, semenjak Kanda keluar dari sisimu, dari pagi sampai sekarang, serasa bagaikan setahun".


Sesungguhnya, jika anda betul-betul mengharapkan pahala dari Allah walau anda letih dan lelah, anda mendekati sang isteri tercinta dan menjimaknya, maka anda mendapatkan pahala dari Allah, karena Rasulullah bersabda: "Dan di air mani seseorang kalian ada sedekah".


Apakah melelahkanmu wahai hamba Allah, jika anda berdoa dan berkata: "Ya Allah perbaikilah isteriku dan berkatilah daku pada dirinya".


* Ucapan baik adalah sedekah.


* Wajah yang berseri dan senyum yang manis di hadapan isteri adalah sedekah.


* Mengucapkan salam mengandungi beberapa kebaikan.


* Berjabat tangan mengugurkan dosa-dosa.


* Berhubungan badan mendapatkan pahala.






B) KETAHUILAH WAHAI WANITA

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


1. Sekiranya anda menyediakan minuman untuk diminum oleh suamimu, maka pahalanya seperti berpuasa sunat selama setahun.


2. Sekiranya anda menyedia dan menyiapkan makanan untuk dimakan oleh suamimu, pahala haji dan umrah.


3. Perkhidmatan yang baik yang engkau berikan kepada suamimu, pahalanya tidak putus ganjaran dari Allah.


4. Sekiranya anda hamil, pahalanya shahid.


5. Sekiranya anda mandi junub kerana bersetubuh dengan suamimu, pahalanya seperti anda bersedekah 1,000 ekor kambing kepada fakir miskin.


6. Sekiranya anda memElihara anak dengan baik, ianya menjadi benteng daripada api neraka.


7. Sekiranya anda memandang suamimu dengan pandangan harmonis, pahalanya seperti anda berzikir kepada Allah.


8. Seandainya anda mati dalam keadaan suamimu redha kepadamu, maka syurgalah tempatmu.



Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa