Showing posts with label sosial. Show all posts
Showing posts with label sosial. Show all posts

Friday, December 5, 2008

To my friends: Thank you

Salam to all.

First it was a streamyx problem. Then the modem sulked on me.Now the CPU is dying on me.
Gotta get a new CPU tomorrow. And they will take 2 working days to do whatever they have to do.
And I can't write about the bloggers luncheon anymore.It will be like stale food after a week of the gathering.

What a gathering that was. Finally got to meet Che'gu KTN(and his family),Nuraina and Tok Mommy,Fauziah Ismail, Wan Dhana and hubby,Baiti,Melvin, Mat BangkaiJeejah Mantra,Zam Bungga Telur,Al Husseyn,Zainal and Azizul.Not to forget Pi Bani. So was the presence of Datuk Syed Idid,Kadir Jasin and Khalid Samad.

And was delighted to see MS,Shah,Kerp,Raden Galoh with Mambang Hijau,Elviza( always gila-gila),Elena with Lan,Muteaudio,Anu,Pokku,Pak Idrus and A Voice again.

And the next night some of us had a wonderful supper at Halim's Ayam Golek.( Kesian Elviza....she was not told about it for if she came who will look after Luke?)

Here's something to describe my feeling after we said our goodbyes.


Wednesday, May 14, 2008

Sayu hati ku....


Monday.12th May 2008. 5.00 pm.

My staff gave me the clinic card before calling the patient in.I stopped her from doing so.
The card was registered under the name of NS bt J. In bracket my staff wrote: Dah meninggal dunia.

Below that was written the patient who's gonna see me.NURUL IMAN.
"Okay!Panggil patient masuk"
"NURUL IMAN!"

An lady in her mid-50's came in.Carrying an infant.Thats Nurul Iman. 6 weeks old.

Nurul Iman was asleep while in her grandma's arms.Peaceful face.Beautiful face.Full of innocence.

She is the first child for her mum.But her mum is no more with her.Mum died 2 weeks after giving birth to Nurul Iman.Thats about a month ago.

I couldn't help but felt pity for Nurul Iman. At such a very young age she is an orphan.
She still has a father but daddy is not in Melaka.Daddy is in Port Dickson working and most probably drowning his sorrow,having lost a wife.

"Bila mak dia meninggal ni kakak?" I have to know. My eyes again fell on Nurul Iman.
"Dah dekat sebulan doktor....masa tu 2 minggu dalam pantang". Grandma's eyes were getting soaky.I can see her lower eyelid becoming slightly swollen and tears starts collecting upon its border and corners. The eye whites are slowly turning tinge of redness. A dam might burst anytime now. But we ca blame her.She is still grieving.

"Dia bersalin biasa atau kena bedah kak?"
"Bersalin biasa doktor.Tapi lepas 2 minggu dalam pantang dia sakit perut kuat sangat.Kena masuk wad tapi meninggal...."

"Apa pihak hospital kata?"

"Hospital pun tak tahu apa sebab,jadi dia orang buat post mortem.kata doktor dalam saluran darah di perut arwah ada ketulan darah beku...macam yang orang sakit jantung tersumbat tu....Dah ajal dia doktor"

"Jadi cucu kak ni kakak yang bela ke?".Nurul Iman was still sleeping.maybe having a beautiful dream about her mum.maybe.

"Ye doktor....saya bagitau menantu saya biarlah saya jaga.Menantu saya balik seminggu sekali jengah dak Nurul ni"

"Alhamdulillah kak.Kak jaga lah dia baik-baik.Saya rasa kakak bela dia lagi baik dari upah org jaga."

Grandma smiled and threw an eye on Nurul Iman. I am sure she will take care of Nurul well.its her own blood. her daughter's child.

"Doktor tolong check tengok dak Nurul ni...demam pulak."

Thursday, November 15, 2007

Kantoi.....part 2: Auuwww.....I tak rela you!



The previous kantoi story is here.


Kantoi : Boleh lah bang......

( I have updated this story at the bottom of this entry)

Aku ni selalu jumpa golongan pondan. Nama lain yang popular bagi golongan ini ialah Maknyah dan Bapok. Di Kedah mereka di panggil Daghai(darai) atau kadang-kadang Kakdon( ni aku tak tahu mai mana istilah kakdon). Ada juga gelar mereka sebagai siLembut. Ada yang kata Geng Auww...Ada gelar mereka sotong. Sesiapa yang tahu istilah lain untuk golongan ini boleh bagitahu.

Pondan/maknyah/daghai/bapok ni adalah satu golongan yg confuse. Depa pun confuse.Masyarakat pun confuse terhadap mereka. Mereka ini claim jiwa wanita mereka terperangkap dalam tubuh lelaki. Aku boleh la faham sikit terhadap sesetengah mereka tetapi naik meluat dan melugai( bahasa Utagha untuk meloya) pada sebahagian besar dari mereka.

Aku simpati kepada yang betul2 genuine pondan. Tapi kepada majoriti yang lebih lajak dari laju dan lebih gedik dari lembut memang aku 'hangin'. Masa aku belajar kat UM dulu memang ada juga kami belajar tentang golongan ni, jadi kami adalah faham serba sedikit sifat pondan genuine.Masa tu kat IPTA tak banyak sangat golongan ni tapi la ni dengaq kata dah jenuh kat IPTA dan IPTS.

Tapi yang dok nampak selalu ialah pondan jadian(macam rimau jadian lah, mana sama dengan rimau kat hutan atau zoo atau sarkas). Mereka yang masa kecil memang anak jantan sejati yang rajin terjun sungai dan main lastik dan main guli , main getah gundu,main gambar dan curi buah moktan dan mempelam jiran.

Bila masuk sekolah menengah masih jantan. Tapi lepas PMR atau SPM tiba-tiba jadi lembut dan gemalai umpama sotong. Yang ada misai dah cukur atau cabut. Rambut simpan panjang dan gaya berjalan berubah.Kalau itek gembo-gembo lihatpun mungkin itek boleh pengsan.


Sesekali adalah sorang dua daghai ni datang jumpa aku. Selalunya mereka nak hormon untuk menambah kepondanan mereka. Selalunya tujuan nak 'membuahkan' dada mereka yang pada asalnya tak berbuah.

Mula-mula dulu aku cukup takut geng-geng jadian ni.Mana tak nya, cakap lemah lembut gemalai lontaran suara tetapi malangnya tone suara dan pitching tak bagus. Mungkin depa rasa depa bercakap macam Siti Nurhaliza, tapi aku dengar sora(suara) depa macam Papa Rock Ramli Sarip.( sorry eh Papa Rock...lu jangan saman gua pulak)

Selain lontaran sora yang gemalai, tangan dan jari jemari mereka memang umpama sotong. Kuit sana kuit sini jari lentik depa kat aku. Depa bukan kira di mana. Pernah sekali tu kat kedai nasi ayam, si daghai ni siap cuit-cuit aku dan dok menyendel-nyendel kat aku. Naik geli geleman aku. Hati cuak jugak...sebab I tak rela di goda U....

Kita dok ingat puak-puak ni sama saja, rupanya tidak. Yang aku noticed pondan genuine ni cukup tak suka dengan pondan jadi-jadian. Kata pondan ori, pondan jadi-jadian ni kebanyakkannya tak senonoh perangai dan memalukan kaum pondan saja. Pondan jadi-jadian ni yang sering buat kerja tak senonoh,yang dok belakang mati. Yang ori ni selalunya tak macam tu.Yang ori ni selalunya akan jadi hair dresser atau make-up artist atau mak andam( ka nak kata pak andam). Itu kata mereka . Aku tak tahu sejauh mana kebenaran statement itu.

Mereka juga seperti remaja lelaki dan perempuan yang lain. Mahu mencinta dan di cintai. Malah sikap cemburu mereka amat kuat. Kalau mereka berebut pak we sesama mereka...mak datok....depa punya maki hamun power habis. Aku rasa kalau ada pertandingan memaki hamun pasti mereka jadi johan. Naib johan akan jatuh kepada ahli politik.

Dulu-dulu in the 80s masa kat kampus, bila weekend kawan2 yang ada kereta akan bawa kami budak-budak kampung untuk tengok KL nitelife. Mana lagi kalau bukan depan Collesium/Tivoli di Jalan TAR. Kat situ kaum pondan ni cantik-cantik sungguh. Kalau dia tak bercakap memang kita ingat perempuan. Seronok ngusik pondan-pondan ni tapi jangan sampai depa naik angin. kalau depa dah marah depa akan belasah macam orang jantan belasah.

Masa aku houseman kat Tepen pun kadang2 ramai-ramai naik moto ke Taman Tasek sebelah Lakeview. Situ tempat port pondan Taiping. Kawasan situ gelap dan kita akan nampak pondan2 ni cantik2 belaka. Kalau ajak gi bawah lampu jalan depa tak mahu sebab akan nampak halkum kat leher dan nampaklah mekap yang tebal. Pernah ada kejadian di Taiping mungkin dan 15 tahun kot, ada serbuan pencegah maksiat di Taman tasik Taiping. Pakat bercemperalah pondan2 ni lari sampai ada yang terjun ke dalam tasik. Nak jadi malang, ada seorang pondan ni tak reti berenang, tapi dia terjun juga sebab takutdi tangkap. Mati lemas dia malam tu.

Berbalik pada pondan-pondan yang dulu sering datang jumpa aku sebab nak membuahkan dada masing-masing. Mereka akan datang in 2s or 3s dan akan demand nak hormon tu dan hormon ni. Aku memang tak simpan benda-benda yang merekla nak , tapi depa ingat aku sengaja tak mahu jual to them. Mula lah depa go into pujuk and gedik mode: Alaa...boleh la bang...( kena sengaukan suara)..boleh la bang eh?? Abang tolong le order untuk kita orang ye bang eh? Kalau abang order nanti kita boleh urut badan abang...FOC lagi bang...

Aku selalunya akan nasihatkan mereka terutama yang jadi-jadian ni. Macam2 alasan yang depa berikan untuk justify kepondanan depa kat aku....

Aku sebenarnya kesian kat mak bapak pondan jadia-jadian ni. They just don't know what to do.


Update:
Masa aku di SAHC Aloq Staq, aku dan kawan-kawan sering jumpa daghai/kakdon( term used in Kedah) when we go for our weekend outing. especially during Form 4 and 5. Our hostel,(Hostel B) is very near the railway station. Our back fence is adjacent to the railway track.
Eventhough when going out for outing we have to use the school's frontgate, we still have to walk nearby the Railway Station( about 100m or so.).
Now this particular station is a famous nightspot for daghai/kakdon and their customers. At night there'll be taxis and beca and motocycles in that vicinity. People say this is where the bargaining takes place before the happy couple(!) took off on becas or motocycles or taxis( prebet sapu too in those days).

I personally haven't been to this particular nightspot, for I was a very discipline pupil back then( I never 'panjat pagar' to sneak out at night for a cigarette or for sepiring mee Tonggek). But friends who frequently sneaked out tell us of the stories whereby a daghai got into a quarrel with a jantan. The reason for the quarrel, mt friends didn't know. but verbal abuses changed to exchanging punches. Guess who won? Teett....wrong answer, not the jantan. Its the daghai who won hands down. The jantan just pick up his ego and his bicycle and sped off into darkness.
This story and others made me fear the daghais of Aloq Staq, and I never venture into the nitelife of Aloq Staq.

Aku terjumpa blog pondan kat sini. Hah3...

Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Wednesday, October 31, 2007

Hoi!! TNB..apa ni ??


(UPDATE 1 Nov 2007 at 12.59pm: Betul-betul macam celaka!! TNB ni macam nak suruh aku mencarut macam MP Jerai tu ka?? Baru seminit tadi orang gaji telifon aku: " Pak! Listrik ngak ada semula macam siang kemarin. Nanti petang bila pulang pak tengok2 kolam ikan ya...Pump nya sudah berhenti. Aku kata: Apa! Blackout lagi? Bibik tolong telifon 15454.
Cuba you all semua tengok. Justify tak kalau aku marah? Dalam 24jam dua kali blackout. So, sapa-sapa di luar sana...tolong berikan aku selori chainsaw dan satu tong drum petrol. memang aku nak tebang tiang elektrik di depan Bangunan TNB Melaka)


BLACKOUT lagi........
Aku cukup marah dengan TNB. Bukan sekadar marah. Aku juga menyampah dengan TNB.
Aik? Tentu ada yang bertanya, mengapa marah dan menyampah dengan TNB? Kan TNB lah satu-satunya tukang supply bekalan elektrik kepada kita semua. Kepada seluruh rakyat Malaysia.Termasuk aku,tokasid!

Ya lah...aku tahu tentang hal tu.Kalau tak dak TNB aku susah juga. Semua orang akan susah.
Tapi macamana aku tak marah dan menyampah. Dan setiap sebulan atau dua bulan aku pasti akan marah dan menyampah.






Lain dan tak bukan sebab BLACKOUT. Ini blackout bukan sebarang blackout. Ini blackout yang sering berulang sampai 2-3 kali dalam tempuh 2 bulan. Dan tu blackout lama pulak tu. Kadang-kadang sampai 3-4 jam. Jadi kalau begini siapa lah yang tak marah dan menyampah.
Barangan dalam peti sejuk mula mencair. Ketul ais cair.Aiskrim cair. Pump dalam kolam dan akuarium stop, sampai ikan-ikan naik pucat dan panik.

Gate elektrik tak boleh di buka dan di tutup. Jenuh dan kena tolak atau tarik lah pulak. Mana tak sakit pinggang kalau macam ni?

Dan bila blackout ni bukan dia kira masa. Siang ka malam ka tiba-tiba elektrik boleh kata bye-bye. Kalau siang boleh tahan sikit. Kalau malam, jenuh nak pasang lilin. Nak pasang kipas tak boleh.Nak pasang aircond tak boleh,nak tengok TV tak boleh. Dah la malam bila tak dak api, gulap gulitalah rumah. Nyamuk pun macam dah bermesyuarat. Bila blackout saja, pakat serbu masuk rumah macam kapal terbang Jepun serang Pearl Harbour dulu. Sungguh! Bukan aku reka-reka.

Bila kita talifon TNB Aduan di talian 15454 , mamat atau minah yang kendalikan line tersebut akan tanya the usual stuff. Encik nama apa. Apa no talidon rumah encik. Tiang lampu yang dekat rumah encik nombor berapa? Rumah jiran-jiran blackout ka tidak? Last-last depa akan kata: Kami akan lapurkan kepada yang berkenaan. Mungkin akan mengambil beberapa jam untuk pulih semula.

Bab itu aku boleh terima hakikatnya.
Tapi yang aku hangin satu badan, mengapa kawasan Bukit Katil, negeri Melaka Bandaraya Babi Bersejarah, selalu sangat blackout? bagitau kami mengapa? Apa masaalahnya? Adakah ini cara TNB nak sabotaj ex- Pengurus TNB Melaka yang lakinya MP tu?( depa tinggal dekat rumah aku). Dengan rate elektrik yang tinggi, kami sebagai pengguna nak tahu mengapa kawasan kami sering berlaku blackout?

Mentang-mentang TNB monopoli bekalan elektrik negara, hangpa boleh buat kami macam ini kah?Kalau ada syarikat lain dah tentu kami yang tak puas hati akan tukar syarikat lain.
Tapi kami tak punya pilihan. Suka tak suka we are stuck with TNB.
Aku tahu lah kadangkala ada masaalah yg boleh sebabkan blackout. tapi kalau selalu sangat...apa masaalah nya yang tak boleh nak selesai-selesai ni?

Tolonglah TNB. Buck-up. Do something sebelum aku teramat marah dan pi tebang tiang TNB yang depan rumah Pengerusi TNB. Atau rumah Presiden/CEO TNB.


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Thursday, October 4, 2007

Kalau lah......Part II

Broken
foto by tokasid(RnR Ayer Keroh)


Ini sambungan dari kisah Kalau lah....

Tadi selepas solat zohor( Selasa lalu) di masjid DT aku pulang ke klinik bersama Pak Karim.
Dapat juga kami iktikaf sebentar selepas zohor tadi. Alhamdulillah.

Bila sampai klinik aku bayarkan gaji bulan September pada staff, lewat 2 hari bulan ni. Tak apalah sekali-sekala lewat sikit. Dah ada 4 orang menunggu aku. Aku suruh staff panggil satu persatu, Bila selesai ada orang mengetuk pintu kamar aku.

Aku baru saja nak blog jumping. Aku buka pintu dan berdiri tersengih-sengih depan aku si Adnan sang jurutera kilang.

Aku jawab salamnya dan jabat tangan kanan dia.
Apahal si Adnan ni tak pergi kerja hari ni?, tanya aku pada diri sendiri. Si Adnan masih dok tersengih dan terkernyeh macam kerang busuk masuk lalu duduk di kerusi.

Aku bertanyakan khabar dan dia kata sihat.Betul. Nampak terlebih happy saja mamat ni petang ni. Dia ponteng posa ka? fikir aku. Heh...tak kan kot. Dah 40an takkan nak ponteng posa kan?

TA:" Hah...Kau tak kerja ke hari ni Nan? dan ni yang dok kersing kernyeh macam kerang busuk ni apa ceritanya? Hang tak posa ka....Mana lah tau kot-kot hang uzur kot..."
Adnan: "Heh3..Tok ni jangan la buat lawak kat saya. saya hari ni ambil EL(Emergency leave). Hari saya posa la Tok..tapi hari ni saya happy sangat."
TA: "EL? Apa hal yang kau ambik EL? Kambing kau nak beranak ke Nan? Tak pernah-pernah kau ambil EL. Kau kena loteri ke?"

Adnan: "Astaghfirullah Tok...Takkan lah saya nak beli loteri pulak. Dah tu bulan posa pulak tu..Tak baik Tok kata macam tu kat saya. Tapi sungguh Tok! Hari ni saya rasa happy sungguh"


Where's the Jinn
foto by tokasid(at home)

Aku cuma angguk dan sambil-sambil tu menjeling ke monitor PC. Adnan masih kersin kernyeh di sebelah aku.Bila dia tengok aku buat tak kisah dia ulang:

Adnan: "Tok!Hari ni saya sungguh bahagia."
Aku aleh pandangan ke muka Adnan dan senyum kat dia.

TA: "Awat yang bahagia sangat Nan? Bini hang mengandung sorang lagi ka? Atau hang dapat naik gaji ka?"
Adnan: "Tak lah macam tu Tok...Pagi tadi lepas Subuh saya ada mimpi special Tok."
TA: "Mimpi special? Ni hang dah mandi junub ke dak lagi?". sambil aku senyum kat Adnan.
Adnan: "Bukan mimpi yang tu lah Tok. Ni mimpi lagi best. Best in the world!"

TA: "Okay, aku tahu kau datang ni sebab nak cerita kat aku. Hah apadia mimpi best in the world special kau tu??"

Adnan: "Tok ingat tak dulu saya cerita pasal R? R yang masa kat U dulu saya syok tapi tak berani nak ngorat dia tu? Yang saya jumpa masa ada kursus 3-4 bulan dulu tu?"

Aku angguk tanda aku ingat. Ya kalau tak silap bulan Mei dulu Adnan ada cerita pada aku tentang pertemuannya dengan 'cinta rahsia' zaman muda dulu. R yang Adnan sangat suka tapi kelu bila nak tegur sapa. Aku pula yang kersin dan kernyeh kali ni.

TA: " Aku ingat sapa R tu. Jadi apa halnya mimpi hang ngan R ni?"
Adnan: "Begini Tok. Lepas Subuh tadi saya baring sekejap tapi langsung terlelap. Masa tu lah saya mimpi jumpa R, Tok. Ntah tempat tu nampak macam combination bangunan kat kampus kat shopping komplek dan stesen Puduraya je...
Dalam mimpi tu saya terserempak dengan R bersama anak dia. Bila nampak dia tegur saya dan kata dia nak kawin ngan saya. Dia nak ceraikan husband dia sebab husband dia tak pandai cakap orang puteh. Tapi Tok, yang peliknya laki dia dalam mimpi tu bukan laki dia yang sebenar kat luar mimpi. Dalam mimpi tu yang jadi husband ialah coursemate kami dulu. Memang toya mamat ni.Memang mamat ni tak reti nak cakap omputeh Tok. Pas tu, R cium dahi saya dan kata suruh saya tunggu sampai dia selesai bercerai, dia nak saya kawin dia. Masa tu memang syok habih Tok!"

Aku cuma angguk saja dengar cerita mimpi Adnan.

Adnan: "Tapi masa mimpi tu Tok,saya jadi panik sebab anak sulong saya ada kat sebelah saya dan dia dengar R bagitahu nak kawin saya. Haru betul Tok. Macamana kalau anak saya bagi tau kat isteri saya Tok? Habislah saya. melepas la saya nak kawin ngan R Tok!"
TA: " Eh..eh leh...kau ni Nan! Tu kan mimpi saja. Benda dalam mimpi mana anak kau boleh tahu.."

Adnan: "Ya la Tok...tapi masa dalam mimpi dan masa baru terjaga tu, saya betul2 panik. Takut kalau-kalau isteri saya tahu....Tapi bila dah hilang mamai..saya dapat fikir semula . Tu yang saya happy sangat ni Tok!"

TA: "Happy sebab R nak kawin ngan kau atau happy sebab bini kau tak akan tau kau mimpi R nak ajak kau kawin?"
Adnan: " Dua-dua Tok. Dua-dua....".

Adnan masih di lamun mimpi bahagianya. Aku ajak dia keluar dan beli sedikit makanan untuk berbuka puasa nanti.

Kami sama-sama keluar. Adnan masih kersin kernyeh. harap-harap isteri dia tak notice kebahagian suaminya tentang mimpikan R.



Kompleks Budaya Melaka(sunset)
foto by tokasid(Ayer Keroh Melaka)

Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Tuesday, September 18, 2007

He abused me during Ramadhan

Teratai
foto by tokasid


When I arrived this morning,they were in the waiting room. The three of them. Sisters. They just sit on the chairs silently. Three pairs of eyes focusing on the floor. Or are they scrutinising my floor? Whatever.

I gave salam to an elderly couple. The husband raised up his head and nodded. A gentle smile came about his old mouth and he answered my salam: "Wa'alaikumussalam doktor..."

I went in, put my sling bag down, switch on my PC and feed the fishes. At least all of my fishes are still alive and swimming in both aquariums. The Ikan Semilai( fighting fish) was extremely graceful today.

Then I asked my staff to call the first patient.The three of them came in. The sisters. I let them take a seat each. The one who wanted to see me sat near my table on my right. The 2 sisters sat across by table,facing me. Gloomy faces,the three of them. Sad faces.Anxious faces. Angry faces. Fearfull faces. All these expressions these sisters have.

Sister 1. My patient, seated on my right.Her name is FA. I didn't get sister 2 and sister 3's names.

Sister3: Doc, tolong cek kakak saya satu badan.

I looked at FA. There was sadness and fear in her eyes.
TA: Apa kena dengan awak?

FA kept quite but took out a piece of paper from her handbag and handed it to me. I unfolded it.
It was a police report. While I was going through the report, FA poured out:
"Doktor.....Sabtu lalu suami saya pukul dan cekik saya".

My eyes was still on the report but my ears picked up every single word she said. Yes its written in the report, which she made in Putrajaya yesterday. Her husband( 8 years younger than she is) allegedly had slapped her, choked her with both hands and kicked her in the butt.

TA: Boleh cerita pada saya ?

FA noded and continued:" Hari sabtu lalu, 15 haribulan,malam...suami saya marah dan maki hamun saya macam-macam. Kemudian depan mak dia dia tampar muka saya dan cekik leher saya doktor. Mak dia marah-marah dan kata dia anak tak guna masa tu. Di lepaskan leher saya dan tendang saya kat punggong. Esok pagi dia terus maki hamun saya lagi. Saya tak tahan dah doktor. Saya terus pergi ke airport dan balik ke semenanjung..."

TA: "Balik semenanjung? Dia pukul awak ni di mana?"

FA: " Kami tinggal di Sabah doktor. Lepas kahwin saya pindah ke Sabah ikut dia. Ni bukan kali pertama di pukul saya doktor. Dah selalu sangat tapi saya masih bertahan. Kat kaki dan paha saya banyak parut sebab di simbah air panas. Kat paha kiri ada parut di buat saya dengan sterika panas. masa tu kami bertunang baru..."

She showed me those scars. Yes,there was a triangular scar similat to the tip of a hot iron.

FA: "Saya terus balik ke Melaka jumpa keluarga saya. Semalam saya dah pergi buat polis report di Putrajaya. dan semalam adik saya bagitahu dia datang ke rumah mak saya doktor. Saya takut sangat ni..."

Sister1: "Memang doktor...dia datang semalam. Jahat dan ganas betul laki adik saya ni. Dia orang Bugis"

I looked up to Sister 1 and told her: " Dia buat macam ni bukan sebab dia orang Bugis. Tak elok awak kata macam tu. Orang Melayu,orang Jawa, orang Minang, orang Cina,India pun ada yang macam ni"

Sister 1: " Tak doktor.....err...kami pun orang Bugis jugak..". She was apologetic now.

TA:" Perkara ni berlaku kerana dia memang jenis panas baran. Mungkin sejak kecil dia dok tengok perkara suami pukul isteri ni selalu sangat...Dia ni ada sakit jiwa sikit ni...satu lagi dia ni tak faham apa tanggungjawab dia sebagai suami.kalau dia faham dia tak akan buat begini pada isteri dia"

I then continued to examine her. I look for any signs of recent abuse and old scars and documented. She was having her menses,so she's not pregnant.
FA wanted me to write a medical report. She wanted to make an official report to the Pejabat Agama. She had decided to file for fasakh. She knew she had taken so much abuse from him and she refuse any of it anymore. And she is also asking for an immediate transfer to teach back in semenanjung.

I wrote the report and took some photo to go along with the report.
I never ask her what was it that made him became abusive to her.



Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Sunday, September 2, 2007

Ingat Lagi Kg Berembang ,Ampang??

UPDATE: Sambungan tulisan Cakapaje di sini tentang Kg Melayu Sentosa ,Sg Buloh, Selangor yang bakal mengalami nasib yang sama.
Just read cakapsaje of Talk Only latest entry. Bro Talk Only had an account of his visit to Kg Berembang here.

Their temporary shelters. Werethey hit by an earthquake or Tsunami?


You can read reports about the demolitions of Kg Berembang kat sini , tang ni, here .


MPAJ- Just doing their job.Kami yang menurut perintah.



Here to protect. Protect whom from whom?


All emotions flared up. Where are we gonna stay?







The aftermath...........victims in your own homeland



Over here, describing who are the people behind Kg Berembang's incident.

As we celebrated our Mega Merdeka, Kg Berembang folks( 10 km from KLCC) still put up in tents.



Hundred of thousands 'burnt'


Gemilang, cemerlang terbilang. But for Kg Berembang its Temberang
"Kg Berembang? Never heard of it before...."

And Ramadhon is just around the corner with 'Eidul Fitri lurking too.

Kg Berembang.....they have dentist there or not ah?


Can Kg Berembang folks claim they had MERDEKA?

Saudara Cakapaje memperjelaskan hari ini( 3 September 2007):-

Penghuni telah dijanjikan perumahan. Namun, kerana jaraknya 30km jauh ke Puchong, bagaimana harus mereka menerimanya?

Bayangkan anak yang bersekolah di Ampang dan juga ibubapa yang ramainya samada berkenderaan awam atau bermotosikal, bagaimana mereka hendak berulang balik setiap hari?

Selain dari kos kehidupan yang meningkat, kos harian mereka turut bersama sedangkan pendapatan mereka tidak seberapa.


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Monday, August 13, 2007

Kantoi hanya kerana sebuah Kapchai....


Anda mungkin tak akan percaya. Tapi percaya lah. Percayalah 100%. Anda mungkin akan bertanya: Apa pasal kena percaya? Kerana ini kisah benar. Bukan aku reka bukan aku cipta. Bukan aku dapat ilham. Cuma tiba-tiba aku teringat dan bila teringat aku terfikir. Fikir bahawa ianya relevan dalam kehidupan kita. Kehidupan berkeluarga. Tak kiralah samada Melayu,Cina atau India.

Kisah ni berlaku pada tahun 1989. Ya. 1989. Ketika itu aku bertugas di Hospital Taiping. Bertugas di Medical ward. Waktu itu kebanyakan Hospital amat kekurangan doktor. jadi keraplah kena buat on-call. Apa lagi sebagai houseman(intern). Lagi lah kerap kena on-call. Kadang kala selang sehari(bila ada kawan bercuti). Kalau selang dua hari dah kira nikmat besar. Kalau kena on-call kami akan bermula seawal 7.00 am hingga ke 5.oopm keesokannya. Minimum 34 hours in a stretch! Dulu-dulu mana ada day-off selepas on-call. Masa dulu bila on-call kena jaga all the medical wards. 2 ward lelaki dan 2 ward wanita.

Paling melecehkan bila ada kematian. Semua kelamkabut. Nak kena pergi resuscitate dan buat report dan buat death cert, nak kena inform family members. Lagi leceh kalau ada 2-3 kematian in one night. Silap hari bulan doktor bertugas pun boleh mati.( aku pernah ada 3 deaths in one night. Rasa perit sangat sebab hari tu dari pagi sampai ke tengah malam teramat sibuk with lots of admissions. baru nak makan at 1 am( dinner!) tiba2 nurse panggil sebab ada patient collapse. Lepas tu berturut-turut sampai 6 am. Masa tu rasa nak quit sebab dah terlalu letih sangat).

Kisah ni ialah tentang bagaimana seorang remaja kantoi di sebabkan hanya sebuah kapchai.

Ada satu hari ketika aku on-call. malam tu adalah antara malam=malam yang rare bagi kami.Malam yg tak sibuk. After 7.00 pm tak banyak admission. Kebanyakan admission waktu siang telah rakan-rakan lain clerk dan examine( temubual dan pemeriksaan fizikal). Jadi malam tu masa maghrib aku sempat balik ke kuarters dan mandi serta solat. Lebih kurang jam 8.30 malam nurse talipon ke bilik dan memberitahu ada satu new admission. Aku terus ke ward.

Bila sampai aku dengar ada suara mengerang di selang-seli suara meraung wanita. dalam kepala aku : Hah! Apahal pulak ni? Aku bila ada family members dok meraung-raung ni cukup tak gemar. Bukan apa, pesakit lain yang dah sedia ada jadi tension.

Aku ke kaunter jururawat dan staff nurse memberi pada aku case sheet pesakit baru tu. Seorang remaja India berusia 17 tahun dari kawasan Trong. Admitted kerana: Minum racun rumput rampai.

Patutlah dengar suara wanita meraung. Mak dan kakak remaja ni yang meraung.
Aku ke katil dan introduce diri aku kat remaja tu dan mak bapak dia. Aku minta ahli keluarga dia tunggu di koridor dan pesan supaya jgn bising sangat.

Budak tu nama dia Arumugam. 17 tahun. Berbadan kecil tapi tegap. Dia nampak mencungap. Nurse telah kenakan saluran oksigen ke hidung dia.
Aku mula bertanya soalan dan selepas itu buat pemeriksaan. Di wad kecemasan tadi dia telah di beri minum air tanah( Fuller's earth) untuk neutralize kan racun yang dia minum. Jika sedikit yang di minum, ada harapan. Kalau banyak memang sukar.

Dari apa yang aku gather dia minum setengah cawan Paraquat. MasyaALLAH! banyak nya. Aku pernah tengok yang satu sip pun bleh membawa maut. Aku tahu budak ni tak lama. Paling kuat 3 hari lagi dia akan mati. Pemeriksaan fizikal pun dah menunjukkan sistem pernafasan dia sudah di compromised. Aku mengambil sample darah untuk monitor sistem liver dan kidneys dia.

Dari temubual aku, dia minum Paraquat pada jam 6.00 petang tu. Alasan kerana frust bapak dia tak mahu beli motor kapchai baru utk dia. Ada kawan dia dapat kapchai baru jadi dia minta kat bapak dia. Bapak dia kata sekarang mana ada duit( bapak kerja estet). Jadi kata dia dia minum racun tu sebab nak acah bapak dengan mak dia saja. Dia tak tau boleh jadi macam ni.

Aku kemudian jumpa bapak dan mak dia. Aku panggil ke bilik dan temubual mereka.

TA: Uncle...Aunty....ini apahal Aru bikin ini macam? Bila tahu dia sudah minum itu racun?

Mak: Ayooyoo...dokter...itu saya punya anak ada boleh idup ka? Dokter kasi tolong sama dia jangan kasi mati. Ayoyo...kadivalle....

TA: Aunty...dengar sini. saya akan tolong anak Aunty okay. Tapi saya mau tanya aunty sikit ,boleh?

Mak: ( Mengangguk sambil masih menangis): Wokey dokter..boleh..tapi dokter kasi janji itu saya anak tak mau kasi mati...ayoyo...Aru...Aru....

TA: Aunty...kasi cerita sama saya apasal Aru boleh itu minum itu racun. Dia ada gaduh ka? Ada marah sama sapa ka?

Mak: Ayoyo...itu saya anak mau dia bapak beli motor baru la dokter...Sudah lama dia ada minta dia bapak bili. Itu dia kawan ada motor juga jadi Aru jugak mau motor. Dia bapa cakap dulu sama dia, kalau mau itu motor, dia misti mau tolong potong susu jugak. Kalau duit ada cukup boleh sendiri bili....Saya juga ada cakap sama Aru..kita miskin jugak. Dia adik lagi mahu sekolah ampat orang. Dia sendiri sekolah itu Form 3 juga dokter...Kadang2 ada tolong potong susu. Kadang2 ada kirja kontrak bikin jalan. Dia cakap mau itu motor sebab mau ikut kirja kontrak senang.

Bapak: saya ini anak banyak keras kapla juga dokter. Dia sudah tau kita miskin juga lagi mahu motor juga. Saya sindri basikal jugak. Tapi ini muda orang susah. Itu basikal tarak standard juga ka? saya ada cakap, kita angkat motor second hand juga tapi dia tak mau. baru jugak mau. banyak keras kapla ini budak.

Mak: (Cakap Tamil macam marah-marah kat bapak Aru. Bapa dia balas balik dalam tamil. Aku rasa macam dok tengok wayang Tamil saja.)

TA: Uncle..Aunty...Sudah-sudah! Tak mau gaduh-gaduh okay. Anak sudah ini macam tarak baik. Pukul brapa tadi tau Aru minum racun.

Bapak: Sori dokter...ini dia punya mak kata saya punya pasal dia anak minum racun. Sebab saya tarak bili motor. Sekarang dia mahu saya bili baru punya motor kasi sama dia anak! Cit! Busuk punya pompuan! saya ada salah ka dokter?

TA: Sudah lah tu... Aunty..kita tengok dulu kalau Aru sudah okay baru beli motor okay. Sekarang sudah malam kedai pun tarak buka .

Mak: Wokey..wokey...tai saya mau dia bapa bili baru motor esok jugak. Ini Aru kita ingat , itu jam 4 .30 petang ada pirgi bola main. Tarak lama dia ada balik kasi bising2 mau itu motor baru jugak. Dia punya pak baru balik banyak penat...marah sama dia. Dia bapak cakap itu motor kasi tunggu ada duit dulu la...Aru bising2 kata dia bapak sama saya tarak sayang sama dia lagi. mau motor tarak mau kasi...Dia kawan ada dapat motor baru...Habis dia bapak cakap kalu Aru tarak diam dia bapak mau hantam sama kayu. Aru cakap ,tengok semua sudah tarak sayang sama dia. Dia ada keluar. tarak sampai 10 minit dia masuk bawak itu cawan ada racun Parakuat ...ayoyo....kita sudah tau ini tarak baik. terus dia bapak minta tolong ada orang Melayu ada kreta hantar hospital doktor....(Kemudian dia cakap tamil pada suami nya macam marah2)

Aku arahkan jururawat teruskan arahan aku.kalau apa-apa bagitau aku. Rupanya kes Arumugam adalah last kes yang masuk. Sampai ke subuh aku dapat tidur nyenyak kat bilik on-call. Nurse kejutkan aku dan lepas subuh, aku mula mengambil darah pesakit-pesakit serta memberi suntikan kepada yang perlu. By 7.00 am selesai dan aku balik sekejap utuk mandi. Aku lihat Aru masih macam tu tapi nafas makin dalam dan panjang.

Selesai mandi dan tukar pakaian, aku bergegas semula ke ward. Aku kena review pesakit di bahagian aku(termasuk Aru di bahagian aku) sebelum bos datang untuk ward rounds. Kebanyakkan pesakit aku stabil. Ada 2-3 orang yang aku nak discaj pagi tu tapi kena tunggu wardrounds dulu. Bila habis yang lain, aku review Aru. Bibirnya kering dan mengelupas kesan dari Paraquat. Dia sudah mula batuk-batuk dan paru-parunya sudah mula mempunyai tanda-tanda internal injuries.Ini yang kami risaukan. Bila aku raba dada Aru, terasa crepitus di bawah kulit. rasa seperti kita menggenggam kertas di tangan Ini bukan pertanda yang baik. kahak Aru sudah berdarah. Dia berbisik pada aku: Dokter...jangan kasi saya mati dokter...Dokter kasi tau sama bapa saya...itu motor saya tarak mau lagi...saya tak mau mati. Saya mau jadi anak baik dokter....Saya tarak tau itu minum sikit boleh jadi ini macam. Saya badan sakit nafas banyak susah dokter. Tolong sama saya dokter...tolong.....

Aku cuma mengangguk dan suruh dia jangan susah hati. Aku akan bantu dia.
Sebelum pakar masuk aku panggil mak Aru dan beri dia bercakap berdua. Aru bagitau maknya dia tidak mahu lagi motor itu. Mak dia menangis tak berhenti-henti hingga pakar masuk ke dalam ward.

Setelah ward rounds selesai aku ke klinik untuk pesakit rawatan susulan. Lebih kurang jam 1.30 pm baru kami selesai. Aku pergi ke kantin( masa tu tak dipanggil cafeteria lagi) dan had lunch. Lepas Zuhur ke klinik semula untuk kes-kes susulan yang tak selesai pagi tadi.

4.30 selepas klinik aku terus ke ward semula. nak tengok apa-apa kes baru yang di admit ke bahagian aku. Ada 2 orang. Kedua-dua kes asthma dan sudah di rawat oleh doktor yang on-call hari ni. Aku ke cubicle Aru. Aku lihat ramai saudara mara dan kawan2 dia di situ. Mak dan bapak dia serta dua tiga orang tua sedang menangis. Aru juga aku lihat ada air mata meleleh di pipi. tapi dia susah nak bercakap. Nafasnya pun sesak. Aku minta izin keluarga untuk examine Aru sekejap. Aku dapati crepitus semakin banyak keseluruh depan dada.

Selesai, mak dia beritahu aku: Dokter...kasi saya anak selamat...Dia punya bapak sudah bili baru motor tadi jigak. Itu motor bawah ada( ditempat parking sebelah ward)

Aku terkejut. Bapak dia beli motor? Mana dia dapat duit?
Aku tanya bapak dia dan dia kata dia pinjam duit tokey estate tempat dia menoreh. Dia kata dia dah beritahu Aru dia dah beli motor untuk Aru.

Bapa: Dokter....tolong kasi Aru tarak mati...tolong dokter....tolong lah...saya mau dia esok ka lusa ka...minggu depan ka...naik iti motor. saya mau dia tau kita sumua sayang sama dia...Kita tarak mau dia mati dokter......

TA:.....Uncle....kita boleh cuba saja. Tengok satu dua hari apa macam okey....Saya mahu balik dulu. nanti malam pukul 8 saya mari tengok Aru.

Aku ke kaunter dan beritahu jururawat yang aku akan datang review pesakit aku jam 8 nanti. Kalau apa-apa berlaku beritahu aku. Aku pulang ke bilik. Dah berjanji dengan kawan2 jam 9.30 nak pergi makan di stesen Keretapi Taiping(sambil nonton wrestling).

Jam 7.00 jururawat telifon ke bilik aku. Aru sudah meninggal dunia.


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Tuesday, August 7, 2007

Kantoi.....

( Apa yang aku tulis ini adalah kes-kes yang pernah aku temui sepanjang menjadi TokMoh. Cuma nama pelakunya telah aku palsukan . Ini bukan nak 'aibkan sesiapa tetapi sebagai paparan betapa celarunya orang Melayu dan sebagai sempadan untuk kita elakkan. Bukan aku nak memandai nasihatkan orang sebab aku pun bukan nya elok sangat. Cuma mungkin boleh kita buat sesuatu dalam sebarang kapasiti yang kita ada.Wallahu'alam.)

Kantoi 1: Orang bunian turun ikut bumbung.......

Kejadian ni lebih kurang 15 tahun dulu sewaktu aku bertugas di Hospital Melaka. Pada satu waktu ketika klinik sakitpuan, telah datang seorang remaja dengan bapak dia. Dia mengadu perut membesar.Bapak dan mak dia risau kalau2 ketumbuhan yang merbahaya. Jururawat di kaunter telah mengarahkan remaja ini berjumpa aku.

Setelah beberapa soalan aku lontarkan aku syak remaja ni( kita namakan A saja) sudah termengandung. Jadi aku arahkan nurse aku utk prepare A untuk ultrasound. Benarlah apa yang aku syak tu. Dalam rahim A dan ada janin yang cergas lebih kurang 20 minggu usianya.
Aku bagi tau A dia dah mengandung, dia buat muka steben( muka welfare) saja. Aku tanya sapa boyfriend dia dan dah berapa kali depa 'terlajak'. Dia nafikan ada boyfriend. Dia kata tu anak orang bunian. Dia kata sejak 6-7 bulan ada putera bunian turun ikut bumbung ke bilik dia dan ber'terlajak' dengan A. Bagus punya kelentong minah ni ye!

Aku panggil bapak dia masuk.Kita panggil bapak A sebagai Pakcik B. Aku bagitau pakcik B yg anak dia dah mengandung. Tapi pakcik B cool saja. Aku scan anak dia semula bagi dia tengok baru dia nampak ghopla sikit. Pakcik B pun story kat aku: Anak dia A ngadu selalu putera bunian turun ikut bumbung ke bilik A. Putera Bunian nak kahwin dengan A kata bapak dia. Depa dah jumpa 'tukang ubat'( bomoh lah tu) dan tukang ubat kata memang yang nak kawin dengan A tu Putera Bunian yang kaya.

Aku dah rasa 'hangin' bila A kelentong ,bapak dia percaya. Aku sound kat pak dia: "Pakcik! Yang saya tahu wanita mengandung tanpa bersuami dan tanpa persetubuhan hanyalah Mariam, ibu Nabi Isa a.s. jangan nak kelentong saya. Bunian adalah bangsa jin dari api. Kita ni manusia dari tanah. Sifat kita lain,sifat mereka lain. Tak ada dalil yang mengesahkan jin dan manusia boleh bersatu menghasilkan anak. Mustahil.Anak pakcik ni mengandung perbuatan Bunian kepala hitam."

Setelah aku asak beberapa kali, akhirnya A ngaku, dia terlanjur dengan boyfriend( yang bapak dia tak tahu) dan untuk elak dari kemarahan bapak dia,dia kelentong kata bunian. Bapak dia pula percaya dan pi jumpa bomoh yang seperti biasa akan mengiyakan kelentong A utk dapat fulus.

Tokasid; Kisah mengandung bunian ni selalu di gunakan utk cover line tentang zina anak-anak muda.

Kantoi 2: Anak kami kecik lagi laa......

Sepasang laki-bini( kes macam ni tak sesuai disebut suami isteri) baru-baru ni datang jumpa aku. Bila dah masuk, si laki kuit bini, si bini kuit laki. Bila macam ni aku dah agak ni mesti dah mengandung tapi tak mahu teruskan.( Selalu jenis macam ni itu lah gelagat mereka). Aku suruh duduk dulu.

TA: Hah...apa hal hari ni? Apa masaalahnya?

Bini: Errr...macam ni Tok, saya nak ubat bagi datang kotor le Tok( sambil jeling-jeling kat laki dia di sisi).

TA: Kotor dah lewat eh? Bila last period awak?( aku tanya bini tapi mata tengok si laki.Laki macam tersipu-sipu pulak)

Bini: Dah lewat 2 bulan Tok( masih dok jeling-jeling kat laki dia yang buat muka steben(welfare)).

TA: Okay kita test air kencing dulu ya. Kita tengok awak mengandung ke tidak.

Bini: Tok....saya kalau boleh tak nak mengandung dulu lah...anak saya kecik lagi. Baru setahun lebih. Tengah dok lasak.

TA: Tak apa, kita test dulu ( sambil aku arahkan dia ke tandas dan memberikan botol utk kutip air kencing.Dia bangun dan ke tandas.)

TA: ( cakap kat laki pulak): Apahal ni tak mahu mengandung? kalau tak mahu apasal tak guna pil perancang?

Laki: Anak kami kecik lagi lah Tok. Wife saya tak boleh tolerate pil perancang,dia jadi pening kepala Tok.

TA: Alahai kau ni...selain perancang kan ada IUCD. Ada juga yang macam susuk. Atau kau boleh gunakan kondom.

Laki: Kondom tak best la Tok....( kaedah lain dia tak bagi alasan).

Bila si bini dah letak spesimen aku pun buat ujian mengandung.Nyata dia memang mengandung.

TA: Hah...result ni positif. Awak memang mengandung. Alhamdulillah.

Bini: Tapi Tok......kami tak mahu lah yang ni. Tok bagi ubat untuk buang boleh tak?

Aku bila sampai peringkat ni memang 'hangin' satu badan. Memang laki-bini ni nak kena sembur dengan aku.

TA: Nak tanya sikit kat awak....Pernah baca tak kes-kes orang buang anak kat tong sampah, kat masjid,kat pondok bas?

Kedua-dua angguk kepala.

TA: Macam ni lah...kalau awak nak gugurkan kandungan ni, awak dua sama saja dengan orang yang buang anak tu.....Memang depa buang yang dah bersalin. Awak baru mengandung. Ini rezeki yang ALLAH kurniakan pada awak berdua. Tak kan awak nak tolak rezeki ALLAH?
Ini soal dosa pahala. Ini soal akibat kepada kita di akhirat nanti. Kita ni bukan nya banyak sangat pahala tapi dosa menimbun-nimbun. Awak berdua mungkin dah banyak pahala tu yang berani nak buang kandungan ini. Tapi saya dosa yang banyak,pahala tak tahu saya ada ke tak. saya tak mahu terlibat dan bersekongkol dengan tindakan awak berdua.

Kedua-dua senyap dan tunduk melihat lantai pejabat aku.Seolah-olah dok cari batu berlian yang jatuh lagaknya.

TA: Macam ni lah....Saya sarankan awak teruskan kandungan ini( kepada si bini). Selepas bersalin nanti, awak pasang IUCD kalau tak serasi makan pil perancang. Bertaubatlah dengan idea yang awak ada ni.

Laki: Emmm...tak apalah Tok. Kami balik dan fikir dulu.( aku lihat si bini jeling tajam kat laki dia, seolah-olah tak setuju saranan aku). terima kasih Tok.

TA: Sama-sama.Tapi fikirlah based on iman bukan nafsu okay!

Mereka keluar tanpa aku beri apa-apa ubat.
(Aku dapat tahu dari kawan aku yang buka Farmasi , kedua laki-bini ni singgah di tempat dia nak beli ubat utk turunkan darah.Aku cuma geleng kepala).

Kes sebegini memang sering aku temui.Aku tahu ramai lagi kawan2 yang buka klinik hadapi perkara serupa. Aku rasa para doktor Muslim perlu menasihati laki-bini sebegini tentang dosa pahala sekadar mungkin. jangan kita takut sebab kita 'sembur' mereka tak akan datang semula pada kita. seingat aku mereka akan datang kembali. Ada yang ikut nasihat kita dan terus mengandung.Ada yang degil dan berani,pergi membuat D & C. bagi aku biarlah kehilangan pesakit daripada terlibat melakukan jenayah dan maksiat kepada ALLAH.

Kantoi 3: Kami buat kenduri budak tu.....

Sejak aku menetap di Jebatville berbelas-belas tahun ni, kes sebegini semakin kerap aku lihat dan aku dengar. Terutama sejak 10 tahun kebelakangan ini. Aku kadang-kadang terfikir apa nak jadi dengan anak-anak Melayu. Dulu kes-kes bengini sering kita dengar berlaku di Lembah Kelang. Tapi sekarang dah bersepah-sepah macam pasar malam. Di Melaka, Alor Setar,Sg Petani,Seremban,Ipoh, Penang, keseluruhan Johor, Kuantan. Aku pernah juga dapat berita dari kawan2 di Kelantan dan Trengganu, mereka juga jumpa kes sebegini, mungkin tak sehabat di Pantai barat kot.

Satu hari seorang anak muda datang. Orangnya tegap dan ada rupa. Bekerja sebagai technician.
Aku sudah biasa rawat mamat ni. Dia duduk tapi ada riak muka malu-malu pada aku.

TA: Apa masaalah kau hari ni? Demam ke?

Mamat: Tok! Bila saya kencing sakit dan perit lah Tok. Dah tu ada keluar cecair pekat warna kuning. saya nak ubat le Tok.

TA: Dah berapa hari macam ni?

Mamat: Dah tiga hari Tok.Ingat boleh baik sendiri tapi makin teruk pulak nih...

TA: Pelacur mana engkau pergi ni Mamat?( aku tanya direct to the point)

Mamat: Ehh..Tak adalah Tok. Saya tak main pelacur pun. Dia kena sendiri nih.( amboi-amboi..ada hati nak kelentomh aku mamat ni rupanya)

TA: Mamat! Kau ingat saya ni jadi doktor baru sehari ke? Apa yang kau kena ni ialah Gonorrhoea. penyakit kelamin.VD tau tak??(aku naikkan suara sikit). Jangan nak kelentong kat sini okay! Pelacur kat mana yang kau bedal? Ke minah kau sendiri?

Mamat terdiam sebentar. Kemudian dia senyum dan tengok aku.

Mamat: Sebenarnya macam ni Tok. Hari Ahad lepas,ada kawan dari KL datang ke rumah sewaan kami( Mamat ni menyewa dengan 4 orang bujang yang lain). Dia kawan kepada housemate saya. Dia ada bawa awek bohsia sama dengan dia. Awek tu bukan minah dia tapi dia bawa sebab dia menang racing kereta kat Federal Highway. Jadi dia dapat pakai awek ni 2 hari 2 malam Tok.

Aku terkejut dengan pendedahan dia. Aku pernah dengar tapi tak tahu yang aku akan dengar confession begini.

Mamat: Awek bohsia tu lawa Tok. Kawan dari KL offer kami 5 orang kalau-kalau nak 'kendurikan' awek ni. kawan-kawan lain nak lah Tok. saya mula-mula tak nak, tapi bila dah tengok awek tu buka semua, jadi tenggelam punca saya Tok. Tu yang join sekali.

TA( sambil geleng kepala): Astaghfirullah..... kau buat kenduri awek tu? Apa nak jadi nih?

Mamat: Masa tu dah lupa dosa semua Tok. Kira nak syok saja. Barang cantik.Free pulak tu Tok. Dahsyat awek tu Tok. Dia suruh kita dua round dengan dia( ehh...mamat ni macam bangga pulak bila cerita part ni)

TA: Macam ni lah mamat. Tok nak beri injeksyen dan kau kena makan 3 jenis ubat selama 10 hari. Injeksyen ni sakit yang teramat sangat( ni aku saja auta mamat ni). Tak tau berepa hari kau tumbang lepas ni. tapi kalau kau nak elok semula, kau ikut arahan saya. kalau tak, saya takut "anu' kau reput nanti.

Mamat: Ehh...ni serius ke Tok?( mamat dah risau)

TA: Memang le serius. Silap haribulan kau boleh mandul. tentang dosa zina tu toksah cakap lah. Tok rasa kau jangan lagi dok terlibat benda-benda begini. Taubat Nasuhlah. jangan dok tinggalkan solat. Selalu kau kena istighfar tau.

Aku suruh dia baring dan beri suntikan antibiotik. Aku suruh dia ambil ubat di kaunter dan pesan supaya kawan-kawan dia juga dapatkan rawatan di mana-mana klinik.

Baru-baru ni ada sekoq lagi mamat macam ni. Aku panggil dia Panjang sebab dia tinggi lampai. Cuma dia tak buat kenduri ramai-ramai. Tapi MO mereka suka passing the baton budak-budak bohsia. Kebanyakkan akan kena Gonorrhoea.

Begitulah betapa progresifnya keruntuhan akhlak Melayu sekarang ni. Tak masuk lagi penagih dadah,mat rempit dan dok mencuri.

Semakin Malaysia maju, semakin rosak akhlak orang kita. Na'uzubillahi min zalik.



Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa