Anda mungkin tak akan percaya. Tapi percaya lah. Percayalah 100%. Anda mungkin akan bertanya: Apa pasal kena percaya? Kerana ini kisah benar. Bukan aku reka bukan aku cipta. Bukan aku dapat ilham. Cuma tiba-tiba aku teringat dan bila teringat aku terfikir. Fikir bahawa ianya relevan dalam kehidupan kita. Kehidupan berkeluarga. Tak kiralah samada Melayu,Cina atau India.
Kisah ni berlaku pada tahun 1989. Ya. 1989. Ketika itu aku bertugas di Hospital Taiping. Bertugas di Medical ward. Waktu itu kebanyakan Hospital amat kekurangan doktor. jadi keraplah kena buat on-call. Apa lagi sebagai houseman(intern). Lagi lah kerap kena on-call. Kadang kala selang sehari(bila ada kawan bercuti). Kalau selang dua hari dah kira nikmat besar. Kalau kena on-call kami akan bermula seawal 7.00 am hingga ke 5.oopm keesokannya. Minimum 34 hours in a stretch! Dulu-dulu mana ada day-off selepas on-call. Masa dulu bila on-call kena jaga all the medical wards. 2 ward lelaki dan 2 ward wanita.
Paling melecehkan bila ada kematian. Semua kelamkabut. Nak kena pergi resuscitate dan buat report dan buat death cert, nak kena inform family members. Lagi leceh kalau ada 2-3 kematian in one night. Silap hari bulan doktor bertugas pun boleh mati.( aku pernah ada 3 deaths in one night. Rasa perit sangat sebab hari tu dari pagi sampai ke tengah malam teramat sibuk with lots of admissions. baru nak makan at 1 am( dinner!) tiba2 nurse panggil sebab ada patient collapse. Lepas tu berturut-turut sampai 6 am. Masa tu rasa nak quit sebab dah terlalu letih sangat).
Kisah ni ialah tentang bagaimana seorang remaja kantoi di sebabkan hanya sebuah kapchai.
Ada satu hari ketika aku on-call. malam tu adalah antara malam=malam yang rare bagi kami.Malam yg tak sibuk. After 7.00 pm tak banyak admission. Kebanyakan admission waktu siang telah rakan-rakan lain clerk dan examine( temubual dan pemeriksaan fizikal). Jadi malam tu masa maghrib aku sempat balik ke kuarters dan mandi serta solat. Lebih kurang jam 8.30 malam nurse talipon ke bilik dan memberitahu ada satu new admission. Aku terus ke ward.
Bila sampai aku dengar ada suara mengerang di selang-seli suara meraung wanita. dalam kepala aku : Hah! Apahal pulak ni? Aku bila ada family members dok meraung-raung ni cukup tak gemar. Bukan apa, pesakit lain yang dah sedia ada jadi tension.
Aku ke kaunter jururawat dan staff nurse memberi pada aku case sheet pesakit baru tu. Seorang remaja India berusia 17 tahun dari kawasan Trong. Admitted kerana: Minum racun rumput rampai.
Patutlah dengar suara wanita meraung. Mak dan kakak remaja ni yang meraung.
Aku ke katil dan introduce diri aku kat remaja tu dan mak bapak dia. Aku minta ahli keluarga dia tunggu di koridor dan pesan supaya jgn bising sangat.
Budak tu nama dia Arumugam. 17 tahun. Berbadan kecil tapi tegap. Dia nampak mencungap. Nurse telah kenakan saluran oksigen ke hidung dia.
Aku mula bertanya soalan dan selepas itu buat pemeriksaan. Di wad kecemasan tadi dia telah di beri minum air tanah( Fuller's earth) untuk neutralize kan racun yang dia minum. Jika sedikit yang di minum, ada harapan. Kalau banyak memang sukar.
Dari apa yang aku gather dia minum setengah cawan Paraquat. MasyaALLAH! banyak nya. Aku pernah tengok yang satu sip pun bleh membawa maut. Aku tahu budak ni tak lama. Paling kuat 3 hari lagi dia akan mati. Pemeriksaan fizikal pun dah menunjukkan sistem pernafasan dia sudah di compromised. Aku mengambil sample darah untuk monitor sistem liver dan kidneys dia.
Dari temubual aku, dia minum Paraquat pada jam 6.00 petang tu. Alasan kerana frust bapak dia tak mahu beli motor kapchai baru utk dia. Ada kawan dia dapat kapchai baru jadi dia minta kat bapak dia. Bapak dia kata sekarang mana ada duit( bapak kerja estet). Jadi kata dia dia minum racun tu sebab nak acah bapak dengan mak dia saja. Dia tak tau boleh jadi macam ni.
Aku kemudian jumpa bapak dan mak dia. Aku panggil ke bilik dan temubual mereka.
TA: Uncle...Aunty....ini apahal Aru bikin ini macam? Bila tahu dia sudah minum itu racun?
Mak: Ayooyoo...dokter...itu saya punya anak ada boleh idup ka? Dokter kasi tolong sama dia jangan kasi mati. Ayoyo...kadivalle....
TA: Aunty...dengar sini. saya akan tolong anak Aunty okay. Tapi saya mau tanya aunty sikit ,boleh?
Mak: ( Mengangguk sambil masih menangis): Wokey dokter..boleh..tapi dokter kasi janji itu saya anak tak mau kasi mati...ayoyo...Aru...Aru....
TA: Aunty...kasi cerita sama saya apasal Aru boleh itu minum itu racun. Dia ada gaduh ka? Ada marah sama sapa ka?
Mak: Ayoyo...itu saya anak mau dia bapak beli motor baru la dokter...Sudah lama dia ada minta dia bapak bili. Itu dia kawan ada motor juga jadi Aru jugak mau motor. Dia bapa cakap dulu sama dia, kalau mau itu motor, dia misti mau tolong potong susu jugak. Kalau duit ada cukup boleh sendiri bili....Saya juga ada cakap sama Aru..kita miskin jugak. Dia adik lagi mahu sekolah ampat orang. Dia sendiri sekolah itu Form 3 juga dokter...Kadang2 ada tolong potong susu. Kadang2 ada kirja kontrak bikin jalan. Dia cakap mau itu motor sebab mau ikut kirja kontrak senang.
Bapak: saya ini anak banyak keras kapla juga dokter. Dia sudah tau kita miskin juga lagi mahu motor juga. Saya sindri basikal jugak. Tapi ini muda orang susah. Itu basikal tarak standard juga ka? saya ada cakap, kita angkat motor second hand juga tapi dia tak mau. baru jugak mau. banyak keras kapla ini budak.
Mak: (Cakap Tamil macam marah-marah kat bapak Aru. Bapa dia balas balik dalam tamil. Aku rasa macam dok tengok wayang Tamil saja.)
TA: Uncle..Aunty...Sudah-sudah! Tak mau gaduh-gaduh okay. Anak sudah ini macam tarak baik. Pukul brapa tadi tau Aru minum racun.
Bapak: Sori dokter...ini dia punya mak kata saya punya pasal dia anak minum racun. Sebab saya tarak bili motor. Sekarang dia mahu saya bili baru punya motor kasi sama dia anak! Cit! Busuk punya pompuan! saya ada salah ka dokter?
TA: Sudah lah tu... Aunty..kita tengok dulu kalau Aru sudah okay baru beli motor okay. Sekarang sudah malam kedai pun tarak buka .
Mak: Wokey..wokey...tai saya mau dia bapa bili baru motor esok jugak. Ini Aru kita ingat , itu jam 4 .30 petang ada pirgi bola main. Tarak lama dia ada balik kasi bising2 mau itu motor baru jugak. Dia punya pak baru balik banyak penat...marah sama dia. Dia bapak cakap itu motor kasi tunggu ada duit dulu la...Aru bising2 kata dia bapak sama saya tarak sayang sama dia lagi. mau motor tarak mau kasi...Dia kawan ada dapat motor baru...Habis dia bapak cakap kalu Aru tarak diam dia bapak mau hantam sama kayu. Aru cakap ,tengok semua sudah tarak sayang sama dia. Dia ada keluar. tarak sampai 10 minit dia masuk bawak itu cawan ada racun Parakuat ...ayoyo....kita sudah tau ini tarak baik. terus dia bapak minta tolong ada orang Melayu ada kreta hantar hospital doktor....(Kemudian dia cakap tamil pada suami nya macam marah2)
Aku arahkan jururawat teruskan arahan aku.kalau apa-apa bagitau aku. Rupanya kes Arumugam adalah last kes yang masuk. Sampai ke subuh aku dapat tidur nyenyak kat bilik on-call. Nurse kejutkan aku dan lepas subuh, aku mula mengambil darah pesakit-pesakit serta memberi suntikan kepada yang perlu. By 7.00 am selesai dan aku balik sekejap utuk mandi. Aku lihat Aru masih macam tu tapi nafas makin dalam dan panjang.
Selesai mandi dan tukar pakaian, aku bergegas semula ke ward. Aku kena review pesakit di bahagian aku(termasuk Aru di bahagian aku) sebelum bos datang untuk ward rounds. Kebanyakkan pesakit aku stabil. Ada 2-3 orang yang aku nak discaj pagi tu tapi kena tunggu wardrounds dulu. Bila habis yang lain, aku review Aru. Bibirnya kering dan mengelupas kesan dari Paraquat. Dia sudah mula batuk-batuk dan paru-parunya sudah mula mempunyai tanda-tanda internal injuries.Ini yang kami risaukan. Bila aku raba dada Aru, terasa crepitus di bawah kulit. rasa seperti kita menggenggam kertas di tangan Ini bukan pertanda yang baik. kahak Aru sudah berdarah. Dia berbisik pada aku: Dokter...jangan kasi saya mati dokter...Dokter kasi tau sama bapa saya...itu motor saya tarak mau lagi...saya tak mau mati. Saya mau jadi anak baik dokter....Saya tarak tau itu minum sikit boleh jadi ini macam. Saya badan sakit nafas banyak susah dokter. Tolong sama saya dokter...tolong.....
Aku cuma mengangguk dan suruh dia jangan susah hati. Aku akan bantu dia.
Sebelum pakar masuk aku panggil mak Aru dan beri dia bercakap berdua. Aru bagitau maknya dia tidak mahu lagi motor itu. Mak dia menangis tak berhenti-henti hingga pakar masuk ke dalam ward.
Setelah ward rounds selesai aku ke klinik untuk pesakit rawatan susulan. Lebih kurang jam 1.30 pm baru kami selesai. Aku pergi ke kantin( masa tu tak dipanggil cafeteria lagi) dan had lunch. Lepas Zuhur ke klinik semula untuk kes-kes susulan yang tak selesai pagi tadi.
4.30 selepas klinik aku terus ke ward semula. nak tengok apa-apa kes baru yang di admit ke bahagian aku. Ada 2 orang. Kedua-dua kes asthma dan sudah di rawat oleh doktor yang on-call hari ni. Aku ke cubicle Aru. Aku lihat ramai saudara mara dan kawan2 dia di situ. Mak dan bapak dia serta dua tiga orang tua sedang menangis. Aru juga aku lihat ada air mata meleleh di pipi. tapi dia susah nak bercakap. Nafasnya pun sesak. Aku minta izin keluarga untuk examine Aru sekejap. Aku dapati crepitus semakin banyak keseluruh depan dada.
Selesai, mak dia beritahu aku: Dokter...kasi saya anak selamat...Dia punya bapak sudah bili baru motor tadi jigak. Itu motor bawah ada( ditempat parking sebelah ward)
Aku terkejut. Bapak dia beli motor? Mana dia dapat duit?
Aku tanya bapak dia dan dia kata dia pinjam duit tokey estate tempat dia menoreh. Dia kata dia dah beritahu Aru dia dah beli motor untuk Aru.
Bapa: Dokter....tolong kasi Aru tarak mati...tolong dokter....tolong lah...saya mau dia esok ka lusa ka...minggu depan ka...naik iti motor. saya mau dia tau kita sumua sayang sama dia...Kita tarak mau dia mati dokter......
TA:.....Uncle....kita boleh cuba saja. Tengok satu dua hari apa macam okey....Saya mahu balik dulu. nanti malam pukul 8 saya mari tengok Aru.
Aku ke kaunter dan beritahu jururawat yang aku akan datang review pesakit aku jam 8 nanti. Kalau apa-apa berlaku beritahu aku. Aku pulang ke bilik. Dah berjanji dengan kawan2 jam 9.30 nak pergi makan di stesen Keretapi Taiping(sambil nonton wrestling).
Jam 7.00 jururawat telifon ke bilik aku. Aru sudah meninggal dunia.
Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa
28 comments:
alahai tok, sedih pulak membacanya. without making a mockery out of this story, its a perfect father's day material. a classic example kasih bapak tak kenal batasan.
Hi Doc,
Haih...Macam tulah...Ini orang muda sikarang ar, semua ingat ada bili balang-balang mahal baru sayang oh...Tarak bili, tarak sayang oh...
Hah...
Aih, medical wards are real casualty areas. In some ones, people die like flies, which is very disturbing...
3 deaths? When I was in the hospital (working/visiting), there were up to 5-7 deaths in a day!
Once, this old man even after being tied down, managed to untie himself (No idea how) and climbed out of his bed (His bed got the palang naik tinggi like children's ward one)...He fell, and died...I saw the nurses tryng many times to keep him in bed, and many a time, he tried to climb out...Finally, they tied him...
It's dead depressing (pun not intended) when people keep dying like that...The families barely have time to grieve, and then the body is moved already...What's worse, less than two hours later, the bed is occupied again...
As for the on-calls, now still same lar...
Except ped's (I think), where the on-calls go from 7am today till 2m om tomorrow...The rest, till 5pm lor...
Thanks for sharing this story, 'real' or not...=)
Kerp:
Yes, Aru's case was shocking to me. Most of the paraquat cases that we saw during those time were mainly dur to husband and wife squabbles. Wife attempted suicide when husaband too violent or kaki botol. Or husband attempted suicide when wife too 'noisy' becoz of his bad habits. Aru was the only teenager that I came across. His purpose was to 'scare' the hell out of his father. He didn't know the effects of paraquat poisoning. When he knew it was too late.
Daphne:
Aru's case was 19 years ago. And he was from the estate.Not used of being pampered with expensive toys.
It was unfortunate that he didn't realise that his dad couldn't afford a motorbike for him.
Working in high mortality wards ...very stressful. I remember on my fourth day of working, he did my first on-call. It was on Sunday. I came in at 8.00am. In the women ward, a patient died at 7.30 am. The houseman on-call the previous night told the nurses to call me to handle that death. He refuse to pronounce the death( he wants to avoid the paperworks). When I came in I had to attend that case. Just imagine, my first call and the first case I got was to deal with the dead.
That was a bad day for me. I had almost 30 admissions that day and 2 more deaths, and 3 heart attacks. Felt like crying.
For the long hours, it is unfortunate if this still happens. Personally, on a busy day in the medical,paeds or labour room call, 12 hours is max. After that you become very tired and sometimes monotomous, which is not good if you have lots of serious admissions.
I remember when I was on gynae-labour room on-call, I had 11 caesereans from 9.00 am- 6.00 am the next day and 2 ectopics. The next day I was like a zombie in the clinic.
doc, but i wouldnt blame his dad. its just fated that aru didnt think twice before doing something silly.
yo daph,
when i was in ICU, i too, had to deal with death every single night, some as late(early) as 4am. sounds of their loved ones weeping was a nightly affair. what made it even worse was the fact that i was struggling with my own life.
Salam Doc,
Dulu saya pernah jumpa kes macam ni(kes telan racun. Tapi yang ni lagi best - bini telan racun sebab laki dia kawin lain. Aduii...malunya saya jadi muslimah. Sebab yang buat ni orang kita. Mudah-mudahan Allah ampunkan dosanya(nasib baik tak mati) Lepas tu, saya bertemu pula dengan kes seorang lelaki( orang kita juga)telan racun sebab tak tahan diseranah bini2nya(kes kawin lebih juga). Yang akhir sekali saya jumpa seorang gadis India - telan racun sebab sakit hati dengan boyfren. Saya bukan doktor,misi,pembantu hospital - tapi kerja saya ialah menjaga mak & abah(allahyarham)yang seing keluar masuk hospital. Hospital tu bukan besar pun,cuma hospital daerah saja. Parahh...masyarakat kita semakin hilang arah.
Kerp:
You are right there. Its not his dad's fault. It would say Aru was somehow influenced by his friend(indirectly)
Waterlily:
TQ for dropping by and leaving a comment.
In Melaka,I have seen many young Malay girls who did this using Panadols( sekali telan 30-40 tablets) or overdose of sleeping pills. Selalu sebab frust dgn boyfriend. Ada yg cuba nak toreh wrist tapi tak dalam sebab bukan nak bunuh diri tapi nak attention. Kes-kes begini kalau sampai pada saya, selepas mereka dah stabil, memang akan panas telinga lah mereka. Saya akan ceritakan tentang neraka saja.....
This is heavy stuff. Sedih jugak bila baca. I don't blame the poor dad, living in an estate, getting the kind of pay he got and with many children. Aru was just like any other teenager who could only see their own needs.
Saya cuba bagi apa yang termampu kepada anak2 saya. Kadang2 saya hold back sebab mau depa rasa perasaan bila apa yang depa mau depa tak dapat. So far okay la.
Che'gu:
Betoi che'gu. Budak2 macam Aru makin ramai walau tak ramai yg dok minum racun. Tapi yg demanding macam Aru rasanya ramai. Kat Melaka ni ada kenai 2-3 mak bapak yg anak nak motor, nak kereta ....budak2 ni bukan nak kerja. Most are SPM leavers dan dok lepak. Petang2 minta duit kat mak pak.Kalau tak dapat, dia selok poket seluaq pak dia. Dapat duit, start mutu pi cari kawan2. Ada yg pi cari ganja, ada yg pi beli beer dalam tin(kat 7-Eleven) ada yg pi cari budak bohsia.
Bila saya tanya mak pak awat dok beli mutu dan bagi duit, depa jawab: Kalau tak bagi anak ugut nak lari tak mau balik rumah.
Hari tu ada satu budak accident moto (2 kali in 3 months), pasai mak dia lambat wak balik rokok kat dia. Budak ni haram lesen pun tak dak. Aku semboq budak ni depan mak pak dia. Anak hamput pasai dia kata nak lari rumah. Aku cabar dia kalau berani sangat pi lari jangan dok balik2 lagi. Balik pun menyusahkan orang tua saja, buat contoh tak elok kat adik2 saja. Budak ni boleh tereyak depan aku ngan mak pak dia. Minta ma'oh kat mak dia sampai peluk2. La ni perangai dia elok lah sikit. Ada la mau tulong kat gerai daging pak dia dah.
salam tok,
Selain daripada rawat orang, saya rasa tok ada bakat utk 'lecture' org.
Saya lari sikit topik, but masih tentang doktor jugak. Masa kat Bosnia saya sempat pi hospital kat Sarajevo & Gorazde. Dpt bersembang dgn doktor kat sana. Macam2 cerita ada. Sebelum ni cuma dengar dlm berita. Kali ni dpt tengok gambar, tanda kena serang & jugak pesakit (cedera akibat perang) yg masih lagi berulang pi hospital.
Huh! Mak aiiii!
Masa sekolah, saya ada sorang kawan.. telan panadol 16 biji.. pasai FRUST! Nasib baik tak mati..! HAMPEH!
Mute:
Kat Bosnia, apa yg jadi di sana mintak jgn lah jadi kat kita. Memang kita tak mampu menghadapi keadaan itu. Tapi aku tabik spring kat rakyat Bosnia. Lepas apa yg berlaku depa boleh bangun semula untuk meneruskan hidup walaupun tahu mereka tetap di kelilingi musuh yang sentiasa tunggu peluang nak hentam mereka semula.
Hasrul:
hang mau jumpa mamat tu lagi, hang kena tanya dia, awat yg bodo sangat pasai frust pi telan panadol? Apa class telan panadol habaq kat dia. kalau terer telan la kulit dereyan ka, biji dereyan ka...
mangkuk betoi budak tu.
Salam Waterlily:
Saya telah lawati blog saudari . Cantik susunannya. Pilihan lagu M Nasir dan Ebiet G Ade memang saya suka. Best bangat. Tapi apasal tak activate utk ruang comments? I think you should do that.
You should visit kerp's blog( another OKU) dan Pi Bani serta daphne ling- insan yg banyak buat kerja2 sukarela.
have a nice day.
waterlily,
saya setuju sangat dgn pandangan dr tokasid. saya surf around blog saudari and being another OKU, there's atleast a couple of subjects that i can relate to. sbg contoh, wang EPC.
elok saudari activate kan ruangan comment dan manalah tau boleh berbincang sesama kita. mcm doc kata, volunteer pon ramai dlm dunia blog ni.
Bro kerp:
waterlily ada satu lagi blog, yang boleh kita beri komen. You can visit her here:
http://mariannie-missycat.blogspot.com/index.html
Tok, the power of peer pressure. That was in 1989, sekarang lagi lah parah perangai budak2 sekarang.
Assalamualaikum saudara dr. tok Asid
Zaman sekarang ni jangan kata bangsa lain tapi yang membimbangkan bangsa kita sendiri dah boleh buat keputusan macam orang takder agama..entahlah susah nak cakap...
Nak tanya dr. tu bagaimana nak describe air tanah tu..adakah air campur tanah..atau lain lain..bolehkah digunakan untuk perkara emegerncy dirumah..kalau boleh berapa sukatan nya..hehehe terima kasih Doc...
Salam Doc.,
Satu pengalaman yang amat baik dan terima kasih kerana dikongsi. Saya sebenarnya tak pernah pun ada motor sampai sekarang. Saya dan isteri juga tak galakkan anak2 guna motosikal. Ada sorang yang cuba nak minta belikan, tetapi melihat response kami yang negatif, takdalah nak minta lagi, sampai sekarang.
Mior:
Tu la...18 tahun dulu dah mcm tu. tapi memang saya noticed makin lama makin tak senonoh. Yg sedih mak pak boleh turut kehendak budak2 ni. Kalau takat nak mainan ka buku cerita ka okay lah. Tapi kalau umur belum boleh amek lesen dah minta motor,minta kereta. bawa sampai accident cederakan orang lain ,kan dah melampau kan....
Saudara de_kerinchi:
Fuller's earth ni dah siap di prepare. Macam clay sikit.
:full·er's earth (flrz)
n.
A highly absorbent claylike substance consisting of hydrated aluminum silicates, applied moistened with water as a poultice.
Tak tau mungkin tanah liat boleh kot kalau emergency sebelum bawa ke hospital.
pak zabs-
Tak penah ada motor?
Saya beli motor hanya pada tahun 2000 beli Jaguh. Pas tu tukar beli karisma pas tu skrg honda kapchai. Itu pun pakai berkongsi dgn pak mentua buat gi kedai runcit atau nak beli surat khabar hari minggu. kadang2 bonceng Mrs TA ronda-ronda kat kampung tapi tak merempit lah.
"Tapi apasal tak activate utk ruang comments? I think you should do that."
Salam doc & kerp,
Thanks for visited my blog..sebenarnya sbelum ni saya activated ruang tu. X tau macam mana jadinya - baru-baru ni saya modified sket blog saya tu.Tetiba ruang tu hilang. Maklum la blogger baru,pengguna IT baru. Saya bekas pelajar PLPP. Sebelum datang datang ke pusat tu -kat mana nak on computer pun cek tak tau. Tambahan pula keterbatasan(limitation) untuk memahami Bahasa Inggeris(failed masa SPM)Sejak bekerja & sambung belajar saya berusaha keras untuk itu. :)
Salam Tokasid
A threat that didn't work in his favour. Kalau ya pun nak gertak bapa dia into buying him the bike, why go for the real thing?
Incidentally, paraquat is synonymous with Indians who want to kill themselves.
My respect to all doctors who deal with death on a daily basis.
I certainly don't have the strength to do it.
Waterlily:
Nanti saya semak setting macamana nak on-kan bahagian komen dan bagitahu.
Saya pun bukan nya reti sangat,banyak trial and error saja.
Fauziah;
Yes, gertak punya gertak sendiri terima akibat. From what I ingat, Aru tahu sikit sangat ttg bahaya Paraquat, dia tak tahu sampai boleh bawa maut dgn cepat. Memang Paraquat sering di kaitkan dgn attempted suicide by Indians yg datang dari estate. From what I gather, Paraquat is the best racun rumpai dan antara yg termurah masa tu( after many years dgr kata dah di ban , tetapi akhir2 ni dah di izinkan semula.) Mungkin kerana mereka tiada konsep dosa besar bagi perbuatan bunuh diri atau terpengaruh dgn film Tamil... kami sering terima kes2 begini.
Masa kat Taiping dulu, bila ada kes Paraquat poisoning nurse akan call doctor on-call dan beritahu: Doctor, ada kes minum kopi O masuk.
Because the liquid is as black as coffee...kes paraquat di sebut kes minum kopi O.
Handling death ni is part of the job. Dari masa student lagi dah biasa hadapi kes kematian. Kalau kes2 yg dah teruk sangat tak begitu ralat. Tapi kalau kes-kes yg secara logik boleh di selamatkan, memang frust( kalau tak masuk bab ajal) sebab ada kes tu kalau bertindak segera memang boleh di selamatkan. Tapi bila kita tahu sudah ajal buat apa pun akan mati juga waktu itu hati tak ralat sangat.
Sedihnya....
Post a Comment