Kantoi 1: Orang bunian turun ikut bumbung.......
Kejadian ni lebih kurang 15 tahun dulu sewaktu aku bertugas di Hospital Melaka. Pada satu waktu ketika klinik sakitpuan, telah datang seorang remaja dengan bapak dia. Dia mengadu perut membesar.Bapak dan mak dia risau kalau2 ketumbuhan yang merbahaya. Jururawat di kaunter telah mengarahkan remaja ini berjumpa aku.
Setelah beberapa soalan aku lontarkan aku syak remaja ni( kita namakan A saja) sudah termengandung. Jadi aku arahkan nurse aku utk prepare A untuk ultrasound. Benarlah apa yang aku syak tu. Dalam rahim A dan ada janin yang cergas lebih kurang 20 minggu usianya.
Aku bagi tau A dia dah mengandung, dia buat muka steben( muka welfare) saja. Aku tanya sapa boyfriend dia dan dah berapa kali depa 'terlajak'. Dia nafikan ada boyfriend. Dia kata tu anak orang bunian. Dia kata sejak 6-7 bulan ada putera bunian turun ikut bumbung ke bilik dia dan ber'terlajak' dengan A. Bagus punya kelentong minah ni ye!
Aku panggil bapak dia masuk.Kita panggil bapak A sebagai Pakcik B. Aku bagitau pakcik B yg anak dia dah mengandung. Tapi pakcik B cool saja. Aku scan anak dia semula bagi dia tengok baru dia nampak ghopla sikit. Pakcik B pun story kat aku: Anak dia A ngadu selalu putera bunian turun ikut bumbung ke bilik A. Putera Bunian nak kahwin dengan A kata bapak dia. Depa dah jumpa 'tukang ubat'( bomoh lah tu) dan tukang ubat kata memang yang nak kawin dengan A tu Putera Bunian yang kaya.
Aku dah rasa 'hangin' bila A kelentong ,bapak dia percaya. Aku sound kat pak dia: "Pakcik! Yang saya tahu wanita mengandung tanpa bersuami dan tanpa persetubuhan hanyalah Mariam, ibu Nabi Isa a.s. jangan nak kelentong saya. Bunian adalah bangsa jin dari api. Kita ni manusia dari tanah. Sifat kita lain,sifat mereka lain. Tak ada dalil yang mengesahkan jin dan manusia boleh bersatu menghasilkan anak. Mustahil.Anak pakcik ni mengandung perbuatan Bunian kepala hitam."
Setelah aku asak beberapa kali, akhirnya A ngaku, dia terlanjur dengan boyfriend( yang bapak dia tak tahu) dan untuk elak dari kemarahan bapak dia,dia kelentong kata bunian. Bapak dia pula percaya dan pi jumpa bomoh yang seperti biasa akan mengiyakan kelentong A utk dapat fulus.
Tokasid; Kisah mengandung bunian ni selalu di gunakan utk cover line tentang zina anak-anak muda.
Kantoi 2: Anak kami kecik lagi laa......
Sepasang laki-bini( kes macam ni tak sesuai disebut suami isteri) baru-baru ni datang jumpa aku. Bila dah masuk, si laki kuit bini, si bini kuit laki. Bila macam ni aku dah agak ni mesti dah mengandung tapi tak mahu teruskan.( Selalu jenis macam ni itu lah gelagat mereka). Aku suruh duduk dulu.
TA: Hah...apa hal hari ni? Apa masaalahnya?
Bini: Errr...macam ni Tok, saya nak ubat bagi datang kotor le Tok( sambil jeling-jeling kat laki dia di sisi).
TA: Kotor dah lewat eh? Bila last period awak?( aku tanya bini tapi mata tengok si laki.Laki macam tersipu-sipu pulak)
Bini: Dah lewat 2 bulan Tok( masih dok jeling-jeling kat laki dia yang buat muka steben(welfare)).
TA: Okay kita test air kencing dulu ya. Kita tengok awak mengandung ke tidak.
Bini: Tok....saya kalau boleh tak nak mengandung dulu lah...anak saya kecik lagi. Baru setahun lebih. Tengah dok lasak.
TA: Tak apa, kita test dulu ( sambil aku arahkan dia ke tandas dan memberikan botol utk kutip air kencing.Dia bangun dan ke tandas.)
TA: ( cakap kat laki pulak): Apahal ni tak mahu mengandung? kalau tak mahu apasal tak guna pil perancang?
Laki: Anak kami kecik lagi lah Tok. Wife saya tak boleh tolerate pil perancang,dia jadi pening kepala Tok.
TA: Alahai kau ni...selain perancang kan ada IUCD. Ada juga yang macam susuk. Atau kau boleh gunakan kondom.
Laki: Kondom tak best la Tok....( kaedah lain dia tak bagi alasan).
Bila si bini dah letak spesimen aku pun buat ujian mengandung.Nyata dia memang mengandung.
TA: Hah...result ni positif. Awak memang mengandung. Alhamdulillah.
Bini: Tapi Tok......kami tak mahu lah yang ni. Tok bagi ubat untuk buang boleh tak?
Aku bila sampai peringkat ni memang 'hangin' satu badan. Memang laki-bini ni nak kena sembur dengan aku.
TA: Nak tanya sikit kat awak....Pernah baca tak kes-kes orang buang anak kat tong sampah, kat masjid,kat pondok bas?
Kedua-dua angguk kepala.
TA: Macam ni lah...kalau awak nak gugurkan kandungan ni, awak dua sama saja dengan orang yang buang anak tu.....Memang depa buang yang dah bersalin. Awak baru mengandung. Ini rezeki yang ALLAH kurniakan pada awak berdua. Tak kan awak nak tolak rezeki ALLAH?
Ini soal dosa pahala. Ini soal akibat kepada kita di akhirat nanti. Kita ni bukan nya banyak sangat pahala tapi dosa menimbun-nimbun. Awak berdua mungkin dah banyak pahala tu yang berani nak buang kandungan ini. Tapi saya dosa yang banyak,pahala tak tahu saya ada ke tak. saya tak mahu terlibat dan bersekongkol dengan tindakan awak berdua.
Kedua-dua senyap dan tunduk melihat lantai pejabat aku.Seolah-olah dok cari batu berlian yang jatuh lagaknya.
TA: Macam ni lah....Saya sarankan awak teruskan kandungan ini( kepada si bini). Selepas bersalin nanti, awak pasang IUCD kalau tak serasi makan pil perancang. Bertaubatlah dengan idea yang awak ada ni.
Laki: Emmm...tak apalah Tok. Kami balik dan fikir dulu.( aku lihat si bini jeling tajam kat laki dia, seolah-olah tak setuju saranan aku). terima kasih Tok.
TA: Sama-sama.Tapi fikirlah based on iman bukan nafsu okay!
Mereka keluar tanpa aku beri apa-apa ubat.
(Aku dapat tahu dari kawan aku yang buka Farmasi , kedua laki-bini ni singgah di tempat dia nak beli ubat utk turunkan darah.Aku cuma geleng kepala).
Kes sebegini memang sering aku temui.Aku tahu ramai lagi kawan2 yang buka klinik hadapi perkara serupa. Aku rasa para doktor Muslim perlu menasihati laki-bini sebegini tentang dosa pahala sekadar mungkin. jangan kita takut sebab kita 'sembur' mereka tak akan datang semula pada kita. seingat aku mereka akan datang kembali. Ada yang ikut nasihat kita dan terus mengandung.Ada yang degil dan berani,pergi membuat D & C. bagi aku biarlah kehilangan pesakit daripada terlibat melakukan jenayah dan maksiat kepada ALLAH.
Kantoi 3: Kami buat kenduri budak tu.....
Sejak aku menetap di Jebatville berbelas-belas tahun ni, kes sebegini semakin kerap aku lihat dan aku dengar. Terutama sejak 10 tahun kebelakangan ini. Aku kadang-kadang terfikir apa nak jadi dengan anak-anak Melayu. Dulu kes-kes bengini sering kita dengar berlaku di Lembah Kelang. Tapi sekarang dah bersepah-sepah macam pasar malam. Di Melaka, Alor Setar,Sg Petani,Seremban,Ipoh, Penang, keseluruhan Johor, Kuantan. Aku pernah juga dapat berita dari kawan2 di Kelantan dan Trengganu, mereka juga jumpa kes sebegini, mungkin tak sehabat di Pantai barat kot.
Satu hari seorang anak muda datang. Orangnya tegap dan ada rupa. Bekerja sebagai technician.
Aku sudah biasa rawat mamat ni. Dia duduk tapi ada riak muka malu-malu pada aku.
TA: Apa masaalah kau hari ni? Demam ke?
Mamat: Tok! Bila saya kencing sakit dan perit lah Tok. Dah tu ada keluar cecair pekat warna kuning. saya nak ubat le Tok.
TA: Dah berapa hari macam ni?
Mamat: Dah tiga hari Tok.Ingat boleh baik sendiri tapi makin teruk pulak nih...
TA: Pelacur mana engkau pergi ni Mamat?( aku tanya direct to the point)
Mamat: Ehh..Tak adalah Tok. Saya tak main pelacur pun. Dia kena sendiri nih.( amboi-amboi..ada hati nak kelentomh aku mamat ni rupanya)
TA: Mamat! Kau ingat saya ni jadi doktor baru sehari ke? Apa yang kau kena ni ialah Gonorrhoea. penyakit kelamin.VD tau tak??(aku naikkan suara sikit). Jangan nak kelentong kat sini okay! Pelacur kat mana yang kau bedal? Ke minah kau sendiri?
Mamat terdiam sebentar. Kemudian dia senyum dan tengok aku.
Mamat: Sebenarnya macam ni Tok. Hari Ahad lepas,ada kawan dari KL datang ke rumah sewaan kami( Mamat ni menyewa dengan 4 orang bujang yang lain). Dia kawan kepada housemate saya. Dia ada bawa awek bohsia sama dengan dia. Awek tu bukan minah dia tapi dia bawa sebab dia menang racing kereta kat Federal Highway. Jadi dia dapat pakai awek ni 2 hari 2 malam Tok.
Aku terkejut dengan pendedahan dia. Aku pernah dengar tapi tak tahu yang aku akan dengar confession begini.
Mamat: Awek bohsia tu lawa Tok. Kawan dari KL offer kami 5 orang kalau-kalau nak 'kendurikan' awek ni. kawan-kawan lain nak lah Tok. saya mula-mula tak nak, tapi bila dah tengok awek tu buka semua, jadi tenggelam punca saya Tok. Tu yang join sekali.
TA( sambil geleng kepala): Astaghfirullah..... kau buat kenduri awek tu? Apa nak jadi nih?
Mamat: Masa tu dah lupa dosa semua Tok. Kira nak syok saja. Barang cantik.Free pulak tu Tok. Dahsyat awek tu Tok. Dia suruh kita dua round dengan dia( ehh...mamat ni macam bangga pulak bila cerita part ni)
TA: Macam ni lah mamat. Tok nak beri injeksyen dan kau kena makan 3 jenis ubat selama 10 hari. Injeksyen ni sakit yang teramat sangat( ni aku saja auta mamat ni). Tak tau berepa hari kau tumbang lepas ni. tapi kalau kau nak elok semula, kau ikut arahan saya. kalau tak, saya takut "anu' kau reput nanti.
Mamat: Ehh...ni serius ke Tok?( mamat dah risau)
TA: Memang le serius. Silap haribulan kau boleh mandul. tentang dosa zina tu toksah cakap lah. Tok rasa kau jangan lagi dok terlibat benda-benda begini. Taubat Nasuhlah. jangan dok tinggalkan solat. Selalu kau kena istighfar tau.
Aku suruh dia baring dan beri suntikan antibiotik. Aku suruh dia ambil ubat di kaunter dan pesan supaya kawan-kawan dia juga dapatkan rawatan di mana-mana klinik.
Baru-baru ni ada sekoq lagi mamat macam ni. Aku panggil dia Panjang sebab dia tinggi lampai. Cuma dia tak buat kenduri ramai-ramai. Tapi MO mereka suka passing the baton budak-budak bohsia. Kebanyakkan akan kena Gonorrhoea.
Begitulah betapa progresifnya keruntuhan akhlak Melayu sekarang ni. Tak masuk lagi penagih dadah,mat rempit dan dok mencuri.
Semakin Malaysia maju, semakin rosak akhlak orang kita. Na'uzubillahi min zalik.
Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa
29 comments:
Wah, wah wah, aku sungguh bangga dengan bangsa aku yang sungguh progresif. Malaysia Boleh, Melayu Boleh. Tabik lah orang Melayu ni. Lain kali kalau mengandung kata orang bunian buat, hang kata kat depa memang banyak kes macam tu, lepas sebulan depa nanti gila. Sibetina tu tau la sebab dia dok bergomoi dengan jantan lain tapi biaq sibapak yang biol tu gelabah sikit. Atau hang kata ikut undang2 sapa yang kena hentam dengan orang bunian kena dimasukkan ke hospital bahagia. Kata yang tu undang2 biaq kecut sikit depa tu.
Salam Tokasid
Dah "ter" buat, "ter" sakit baru nak "ter"ingat. Dah terlambat!
Dear Doc TA,
Bagus lah you nih (read:padan muka diaorang!)
Bila I baca posting nih, I rasa nak kasi ceramah motivasi jer ... ish
tapi kelakar betol la tok, tergelak sensorang lagi2 terbaca kantoi no 1 dan 3. ada hati nak goreng seorang doktor.
kes no 3 tu yg patut diketengahkan lbh kerap lagi. mat2 rempit ni semua bukan suka membaca pon utk tau ttg STD. diorang tau main sondol je. kebiasaannya bila dah tau, selalu dah terlambat.
hmmm...
salam Dr
menarik kisah kantoi tiga tu. baguslah Dr, nasihat depa lagu tu. ada masanya kita kena pederaih suara. bukan apa, bagi tau kat pesakit yg 'aku hangat' ni dengan cerita kelentong hampa. tu baghu cerita bunian, dia tak kona lagi cerita mai dlm mimpi ka...apaka..
2.yg bapa pula masyaAllah. ka, saja buat mangkok ayun.
3.ada sesetengah Dr takut patient lari. dia ikut saja. top-up pula sikit harga. "undang-undang dah lah salah. tuhan dok tengok ni. nurse saya tau kalu, apa cita. saya pula tak besa dok buat kerja lagu ni. ini soal manusia. kita kesian" ha.. tak kantoi dua kali.
4.budak pompuan 8 taun. dia cuba kona kami kata bapa dia sudah tebok dia.cerita dia Dr, kalau dengak..fuiyo.. real habeh. bab dlm kelambu, kondom, jel, maajun -semua dia tau.rujuk pi kat pakar kanak-kanak - depa cek habeh. takdak pun kena tebok ka apa.. rupa-rupanya dia jadi ketagih blue-film. dok tengok selalu. bayang-bayangkan. at last, dia hammer kat pak dia. kesian kat pak, polis harong pi semalam. tapi padanmuka dia. dia yg dok bawa cd tu. siap bungkus dgn kertas surat khabak letak ataih peti ais.
minta jauhlah benda-benda lagu tu..
Che'gu:
Aku dok perati, orang Melayu ni suka guna alasan kena sampok lah, bunian lah etc sebagai alasan nak pelepas kesilapan atau ketidakcekapan sendiri. Memang aku tak nafi ada yang menggunakan syaitan dan jin sebagai 'suruhan' utk capai sesuatu hajat( tapi they don't realize sebenarnya mereka yg jadi khadan syaitan dan jin). Jadi bagi puak yg dah terlanjur ni, jin dan bunian lah alasan yg popular nak tutup silap dan salah.
Fauziah;
Memang terlalu banyak 'ter' yg berlaku dalam masyarakat kita. Sebabnya mak-ayah 'ter'takde masa utk guide anak-anak. mak-ayah sibuk kerja siang malam tinggal anak-anak di rumah tanpa kawalan. baru2 ni ada kes di Melaka juga, pelajar ponteng dan bawa kawan lelaki dan perempuan ke rumah masa mak-ayah tak ada. sambil merkok dok nonton porno vcd lagi...Mana tak 'ter' itu 'ter' ini.
Baru2 ni di Putrajaya pun kisah serupa, ada pelajar perempuan umur 13 dan 14 tahun dok buat macam pesta seks di rumah.
Elviza:
I think you should go ahead with the ceramah motivasi esp to schools.
Few years back, I was invited to officiate Hari PIBG dan Pemyampaian Hadiah at a secondary school sebab Pengetua tak mahu panggil orang politik. My opening speech lasted for an hour and I mentioned about all the local social issues. Most parents came to see me and thanked me for that. All this while no one wanted to talk about in in public.
Unfortunately, the school decided no more speeches from me. tak tahulah sebab content atau sebab panjang sangat.
PIBG should engege more on this matters with school authorities and NGOs.
Kerp:
tu lah...nak kelentong tak kena gaya.Over the years bila kes2 macam ni datang saya nak boleh agak cara mereka nak kelentong.
Sometimes parents yg kelentong sebab nak cover line. Banyaknya budak2 ni dah sakan tiba-tiba parents dapat tahu,...apalagi kelentong lah. Kadang2 tu kata kena rogol siap pi buat plis report. Dari segi undang2 memanglah statutuory rape( bawah umur) tetapi kebanyakkan yg saya hadapi adalah budak2 ni memang dah syok sebab influence pornographic material vcd,dvd dan internet streaming.
I notice gejala rempit di sini semakin menjadi-jadi. Begitu juga di kawasan Felda di Negeri Sembilan(Palong area). And they used budak2 bohsia as hadiah.Macam di KL jugak.
Sedih....
Afrar:
Aku rasa hang pun dah tengok macam2 kisah kantoi ni dalam kerja sosial yg hang buat. Aloq Setaq lani tak macam Aloq Setar masa aku di KSAH dulu. Sg Petani la ni pun lagu tu. Tu tak masuk geng black metal lagi.
Tok...
Alamak...seghiau baca all these stories. Nauzubillah..... Sedih pun ada baca kisah benar anak2 akhir zaman.
Does this 'kenduri' thingy happens to other races to? Ibu teringat a request to counsel one problematic young lady. Ingatkan problematic at work, rupanya 'minat' menjurus kepada sesama jenis. Borak punya borak, found out she was gang raped during her teen years (without consent) and couldn't trust men anymore. Masaalah nya, while dia ni boleh di bawak berbincang dan kalau boleh nak berubah, 'abang' dia (who was actually another female) was very persistent. She was a pretty girl of course.
Macam-macam....
Salam mamat...
As a doctor ..selalu kita jumpa orang cuba nak kelentong atau berlagak pandai...
Yang kena gonorrhoea paling muda i pernah jumpa ialah 12 tahun..bapa dan emak budak terkejut dan aggresif..ini kes dgn maknyah...saya mengarahkan bapa dia buat lapuran dgn polis...tapi enggan utk menjaga nama dan mengelak drp malu.
Yang paling tua ...berumur 72 tahun...ini mula tak mengaku..setelah di psycho barulah mengaku..ha ha at least ada jugak perasaan malu nya...
Salam TA,
Teringat satu joke tentang guna kondom ni. Seorang suami tu apabila mendapati isteri dia masih mengandung selepas dia guna kondom untuk bersama, pergi berjumpa doktornya semula. Doktor tanya macamana dia guna komdom tu, dia jawab macam doktor tunjuklah sarung di jari telunjuk saya semasa nak bersama.
Tentang kes ketiga tu ada pengalaman juga, tahun '85, semasa satu tugas di Teluk Intan. Seorang staff mengadu sakit seperti mamat tu, bila ditanya biasalah tak mahu mengaku. Katanya dia mungkin dapat pennyakit tu sebab dia ada pergi tandas di pekan tu, kotor sangat, dan tandas duduk pula. mungkit kuman tu berjangkit semasa dia duduk atas tandas tu. Apabila kami tak percaya, baru dia cerita ada pergi tempat maksiat di tempat lain semasa bercuti.
Semoga kita sentiasa berdoa agar kita dan keluarga kita dapat dijauhkan dari perkara2 mungkar begini. InsyaAllah.
Ibu;
Memang seghiau ibu. Apa lagi kita ada anak. Ada anak saudara.
Saya pun naik miong bila fikir macamana budak perempuan ni sanggup diri nya diperlakukan begitu oleh jantan-jantan setan. yang sanggup jadikan diri sebagai trophy utk lumba haram. Yang sanggup membiarkan diri di'kendurikan' ( thats the word mamat tu gunakan) oleh ramai jantan-jantan.
Ada kemungkinan kebanyakkan budak2 jadi macam ni(majoriti) datang dari rumah yg kurang perhatian kepada mereka.Mak-ayah sibuk dan mereka bebas tanpa panduan.Main ikut kawan2 maka terjebaklah.
Setakat ni ada satu dua kes lesbian yg saya tahu tapi yg pondan/bapuk/darai(daghai) memang bercambah. sampai naik geli geleman. Tg tu akan masuk dalam Kantoi part 2 kot.
Salam mamat:
Tu lah...dgn mudah nak dapat vcd/dvd porno ni kita dapati semakin ramai pelajar bawah umur melakukan sex rambang tanpa mengira risiko.
Aku dok ingat masa kita student dulu, dok curi2 hisap rokok dah kira jahat sangatlah. Rupa2nya ada yg budak2 sekarang buat ni kalau dibandingkan, apa yg kita buat dulu macam cerita kartun saja bagi mereka.
Pak zabs:
Betoi tu pak zabs. banyak juga saya diberi alasan terjangkit sebab guna tandas awam. Bila dgr alasan tu rasa macam nak sekeh-sekeh kepala depa tau pak zabs.
Ada yg nafikan pergi berpelacuran atau berbohsiaan. Bila saya kata: Jadi awak dapat ni dari isteri awak ke? baru dia ngaku.
kes2 STD mcm ni bagi yg dah berumahtangga leceh sikit. Kita sepatutnya mesti nak rawat isteri dia sama sebab selalunya dah pass-on kat isteri. tapi jantan-jantan ni mana mahu bawa isteri datang,takut rahsia bocor. Bila kita yakinkan bahawa kita pun tahu nak coverline utk dia supaya rumahtangga tak porak peranda baru mereka setuju. tapi ramai yg tak bawa semula isteri utk turut dirawat. Tu yang sering recurrent.
tok,
macamana gejala mat rempit ni tak men jadi2. org atas endorse, lg visible laa belang diorang.
diorang sedap tukar2 pompuan, sekali kena adik diorang ke, kakak diorang ke baru padan muka.
Doc, ni ceghita karut la. Ada satu mamat ni bawak bini dia pi bersalin. Lepas tunggu 6 jam doktor keluaq kata tahniah dia dapat anak jantan. Dia punya la seronok dan pelok doc tu. Dia tanya buleh dak jumpa bini dia? Doc kata nanti sat pasai anak sulong biasanya depa tughih sikit jadi lani depa dok jahit. Bila doktor tu nak masuk balik pintu labour room dia terdengaq mamat ni menjerit, "Doc bila jahit tu tinggai sikit kat saya, jangan jahit semua". Doc dah dengaq dah kot ceghita ni.
Dear TA,
Top Ten Excuses by patient for getting STD (sexual transmitted Dis) trying to convince the Dr that its not related to sex.
1. Toilet kotor ,am sure about it..blame the goverment
2.Pinjam Seluar dalam kawan...
3.Makan pisang banyak(to justify the yellow discharge)...blame on new dietary habit
4.Kencing atas Busut..ni Jinn marah la ni...Mak saya kata.Blame the unseen
5.Ni tanda2 kencing manis ke?..innocent question
6.Swimming pool kotor...blame everybody
7.Naik basikal x-country terhentak kut...blame the sport
8.Reflexology kuat sangat kut?Blame the blind masseur
9.Penyakit prostate(usually affecting oldman) penyakit keturunan ke?Blame the father and mother
the best...
10.Silap sabun kut? The normal soap used was pink Lux as compared to the current one Dettol which is yellowish tinge in color...Running out of people and things to blame
TokMudin Mobile
Aduss...sedih lah dengar next generation macam nie. Macam mana agaknya negara nanti if the future generation are lost...
Takut bila dengar cerita gini... especially kita ada anak-anak kecik yang membesar...
Rasanya balik Malaysia kami culture shock kot...
Nak tambah sikit...
Yang bestnye dia orang nie nak tipu doktor...hahahaha...
Kerp:
You got it right bro. Now mat rempit telah di glamourised kan oleh Putera. If I remember correctly, Putera ada buat konvoi by mat rempits di Perak( Sebelah2 Kg Gajag,Pasir Salak or Telik Intan area) yg mana beratus mat rempit( some with pasangan) dah buat kurang ajar di masjid yg mereka berhenti. It was in the news.
Sekarang mat-mat rempit semakin berani,bukan setakat illegal racing,tapi ada yg dah jadi road bullies. Ada kes2 di sebelah BM dan terbaru kes wanita Cina yg mati di Puchong setelah accident dgn Mat Rempit.It was also in the news.
Tak tahu lepas ni golongan mana pulak nak di 'iktiraf'.
Che'gu:
Kah3...lawak ceghita che'gu ni....rasa2 pernah dengar masa student dulu masa dok buat posting di wad bersalin. Masa housemanship di Tepeng pun ada midwife yg pernah buat lawak ni kat doktor2 yg baru di situ.
Tok Mudim Mobile:
Mak oi...banyaknya idea depa ni noo.... Alasan 1,2 dan 4 pernah saya dengar tapi yang lain tak pernah lagi.
Budak2 muda yg dok kena STD ni memang tak serik.Dah baik, ada yg pi cari lagi minah-minah bohsia.
Lepas ni tak tahu berapa banyak lagi alasan depa nak bagi.
k.d.:
Keadaan belum lagi menjadi terlalu teruk tapi memang menjurus ke arah tersebut. Perkara2 negatif ni dah menular ke kawasan luar bandar dan pinggir bandar.I'm practicing kat kawasan luar bandar tapi ada parents datang ngadu dan minta pandangan macamana nak buat dengan anak bujang yg sering ponteng sekolah dan keluar lepas maghrib dan balik dinihari. Ada yg ngadu anak perempuan belasan tahun dah merajuk dan lari dari rumah, pergi tinggal di rumah sewaan kawan2 yg kerja kilang.
Memang, saya rasa setiap kali k.d. balik ke Malaysia k.d. akan dengar dan lihat bermacam-macam kisah tentang orang kita.
Moga-moga, usaha dan semangat tokasid tertanam dalam diri kita. Problemnya, kita melihat tapi berdiam diri. Contohnya, 7-Eleven kat perumahan orang Melayu, botol-botol araknya tersusun rapi. Nak mabuk sekarang senang, maksiat pun terbuka luas.
Salam Asli:
TQ kerana sudi singgah dan tinggalkan komentar anda.
Kat tempat saya ni ada jugak 7-Eleven. Kawasan majoriti Melayu 70%.Tapi 7-Eleven ada jual arak.
saya pernah tanya seorang pekerja 7-Eleven, katanya selepas jam 10mlm ramai budak2 remaja Melayu( yg sekolah menengah) datang naik motor atau basikal dan beli beer atau arak setin sorang.
Saya adukan kepada beberapa Tok Sidang dan seorang orang kuat Wakil Rakyat sini. Mereka nafikan perkara itu.Malah ada yg nafikan ada arak di jual. Saya cabar mereka masuk 7-Eleven dan lihat sendiri.
Bila saya jumpa orang kuat YB saya akan tanya dia, macamnana masaalah arak di 7-Eleven, dia cuma diam saja. saya kata jgn diam dan biarkan.Saya telah lakukan tanggungjawab saya melapurkan pada awak dan lain-lain wakil YB.
Saya nak pakat dgn dua-tiga rakan2 nak buat kain rentang macam penduduk BB Bangi semasa mereka boikot 7-Eleven. Dan uasaha mereka berjaya.
Salam tokasid,
Tu baru kat Jebatville. Kat KL ntah macam mana pulak.
Mute:
Ini menunjukkan bahawa Jebatville,Aloq Setaq, Sg Petani,Kuantan,BM,kawasan-kawasan Felda juga sudah maju seperti KL.
Post a Comment