Friday, August 24, 2007

Yang membatalkan Islam(Bahagian 8): 10 perkara






B. Sepuluh perkara membatalkan Islam.
7- SIHIR

Yang ketujuh ialah satu perkara yang banyak orang Melayu melibatkan diri dengannya,sehingga di kalangan golongan cerdikpandai pun terlibat,iaitu sihir atau ilmu guna-guna.(dalam hal ini pelbagai nama digunakan mengikut jenis sihir atau lokaliti amalan dipraktiskan)
Sesiapa yang mengamalkan sihir atau ilmu sharf,yang mengubah kecintaan suami/isteri terhadap pasangannya, samada menjadi benci atau bertambah kasihnya; ataupun membuat seseorang mencintai sesuatu yang tidak disukainya dengan cara-cara syaitan.Mereka yang melakukan ini menjadi kafir.
Dan sesiapa yang mendatangi tukang sihir(juga dalam pelbagai nama dan gelaran) dan membenarkannya( meng-iyakan /mempercayai kata-kata tukang sihir) dia juga terkeluar dari Islam dan menjadi kafir. dalam bahasa kita(Melayu): orang-orang yang mempercayai bomoh-bomoh yang khurafat,menjadi murtad kerana mempercayai ataupun mengamalkan sihir.
Dalam Surah al-Baqarah ayat 102 , ALLAH menyebut tentang Harut dan Marut, ALLAH menyatakan:


"Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

Maka ini menunjukkan perbuatan sihir menjadikan seseorang itu kufur dan terkeluar dari Islam.

(Kita boleh melindungi diri dari perbuatan sihir dengan amalan begini)


8-Bantu kafir memusuhi Islam.


Kelapan ialah membantu/menolong golongan musyrikin untuk memusuhi kaum Muslimin.ALLAH SWT berfirman dalam surah Al-Maidah 5:51~

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari(termasuk ke dalam) golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim
Maka perbuatan menolong golongan kafir untuk menyerang masyarakat Islam atau memusuhi umat Islam, berpakat dengan golongan kuffar adalah perbuatan yang murtad atau riddah yang menjadikan pelakunya menjadi murtad.

Fenomena ini sangat serius jika kita lihat apa yang sedang berlaku di dalam dunia Islam, apabila adanya umat Islam yang boleh membiarkan musuh menyerang tanahair Islam sedangkan perbuatan itu menjadikan mereka terkeluar daripada agama.




9-Kecualikan dari Syariat.

Kesembilan,berkeyakinan bahawa seseorang individu dibolehkan untuk tidak mengikut syariat Nabi Muhammad s.a.w. Orang yang melakukan demikian menjadi kafir kerana ALLAH telah menyebut dalam Surah Aali Imran 3:85 iaitu ; "Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi."


Ini seperti iqtiqad dan keyakinan sebahagian golongan yang menganggap bahawasanya guru mereka atau syeikh mereka ataupun orang-orang tertentu tidak perlu mengikut syariat kerana sudah sampai kepada maqam tertentu.

Seperti golongan tarekat kesufian yang melampau(bukan semua kumpulan tarekat) dan ajaran-ajaran sesat yang mernganggap manusia-manusia istimewa yang tidak memakai ilmu syariat bahkan ada ilmu hakikat,ma'rifat dan seumpamanya.

10-Berpaling dari agama.

Yang kesepuluh,ialah berpaling daripada agama ALLAH atau berpaling dari perkara yang menjadi syarat sah sebagai muslim,tanpa mempelajarinya dan tanpa melaksanakannya.

ALLAH Azza Wa Jalla menjelaskan kebencianNya kepada orang yg menjadi kufur( dan berkekalan) dalam Surah Aali-'Imran 3:32 yang bermaksud:-


"Katakanlah (wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. "



.....next: Empat punca rosak aqidah.


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

6 comments:

Kerp (Ph.D) said...

salam doc,

tadi saya tgk tv rancangan expose mistik, tentang 'keajaiban batu'.

jadi mcm biasalah, kalo dah bab batu ni, yg melayu percaya dgn batu serai. mcm2 upacara dilakukan utk ambik batu2 ni. tapi yg membuatkan saya kagum, mmg bnyk batu2 yg cantek pelbagai warna diorang jumpa. bukan nak percaya sgt doc, tapi apa yg disiarkan dilihat dgn mata kepala saya sendiri.

menurut kata tok bomoh yg jadi ketua, kena buat upacara yg betul sbb batu2 tu dijaga dek jin. jin tanah la kot.

saya yg kurang berpengetahuan agama ni kalo nak diikutkan percaya je. Alhamdulillah lah takde nak pecaya bulat2.

mintak sikit la pandangan doc. what say you?

thank you.

tokasid said...

salam bro kerp:

One thing yang kita mesti ingat(tak boleh lupa-lupa langsung), ialah, segala sesuatu yg berlaku hanyalah dengan izin ALLAH semata-mata. Dan apa yg berlaku samada baik atau tidak ke atas kita adalah sebagai ujian samada kita akan bersabar,bersyukur, bertambah iman atau bertambah sesat.

Kita di berikan ilmu dan akal fikiran utk memikirkannya. memang banyak perkara yg kita lihat dan dengar amat mengkagumkan. malah ada yg mind boggling.kalau kita nonton filem skrg yg penuh dgn SFX pun kita dah kagum macamana mereka boleh buat SFX begitu.Tai kita sebenarnya harus kagum kepada Pencipta yg telah mencipta manusia yg boleh lakukan banyak kehebatan di dunia ini.

Berbalik kepada batu serai...saya tidak pasti samada batu-batu tersebut ada penunggu jin atau tidak. tetapi memang jin suka tinggal di kawasan hutan dan berbukit, tempat2 kotor seperti pembuangan sampaah, tandas , rumah yg lama ditinggalkan etc.

Kalau nak kira ajaib, saya rasa batu permata dan jade dll lebih ajaib sebab m3mpunyai harga yg tinggi. tak pernah pulak dengar orang beli batu serai.

Cuma ada bomoh yang di perkudakan oleh jin akan meminta jin melakukan sesuatu pekerjaan yg mustahil dibuat oleh manusia.Ini yg dikatakan sihir. dalam entry ini telah di jelaskan akan Harut dan Marut dan amaran mereka tentang perbuatan sihir.

Bagi saya amat mudah.Perkara-perkara miracles/mukjizat hanya ALLAH berikan kepada para Nabi dan rasul sahaja. Selain dari itu kebanyakkannya, apa lagi zaman sekarang, adalah sihir. Dan sihir akan terus di amalkan oleh manusia hingga akhir zaman kerana terpesong dgn ajakan syaitan.

Pangamal sihir di Nusantara sering membaca mentera yg kalau kita dengar sepintas lalu seolah-olah membaca ayat Quran. Tetapi ada ramai yang memutar belitka bacaan. Contohnya Bismillah di tukar menjadi Bismillahirrahmaanirrojim.

Ta'awuz di tukar kepada A'uzubillahiminashyaitoonirrohim.

Rancangan seumpama expose mistik atau misteri Nusantara bagi saya hanya sebagai hiburan dan informasi saja yg tidak memberi menafaat kpd kebanyakaan penonton, malah boleh menjadi bahaya kerana kita bimbang jika ada yg menerima bulat-bulat tanpa tapisan aqidah sehingga percaya bulat2 akan kekuasaan bomoh atau objek atau jin. Na'uzubillahi min zalik.

mariannie said...

Salam Doc,
Saya benar2 tak faham kenapa Tv kita suka sangat siar program macam tu...contohnya "SEEKER" . Apa faedahnya program macam tu - rating tinggi kut?Buat la program2 yang lebih berfaedah sikit. Macam Medik Tv tu ke...atau apa2 saja yang boleh menjana ilmu pengetahuan & info yang berguna.

tokasid said...

Mariani/Waterlily:

Itu lah masaalah besar dgn stesen TV kita. Banyak sangat program dan cerita tahyul di siarkan.
Saya perhatikan, program dan siri begini ada kesan negatif terutama kepada anak-anak yg sedang membesar.

Berapa ramai mak-ayah yg akan pesan pada anak2 mereka bila menonton: "Abang...adik...ni semua cerita khayal tau. semua ni tipu saja untuk tujuan hiburan dan penerbit buat duit. Ni semua kalau kita percaya boleh rosakkan aqidah kita ye anak-anak...".

Agak2 ada tak? Saya ragui.
Saya masih ingat semasa darjah tiga ada seorang kawan dalam kelas saya pernah kata: "Aku besar nanti ingat nak masuk Kistian(Kristian) lah... dapat cium pompuan macam kat TV tu.."

Bayangkan, seorang kanak3 umur sembilan tahun boleh terpengaruh dgn adegan mencium wanita, sehingga ada cita-cita nak jadi Kristian! Alhamdulillah sampai sekarang dia tetap seorang Muslim.

Orang yg tidak terkena akan memberi pelbagai alasan bahawa program tahyul tidak menjejaskan anak2 atau remaja.

Tapi apa yg kita nampak dgn keruntuhan akhlak dan iman anak remaja kita menunjukkan sebaliknya.

kalau nak siarpun, apa salahnya jika di buat disclaimer pada awal dan hujung rancangan:
" Rancangan ini adalah tahyul dan khurafat serta mempunyai ciri-ciri syirik. Ibu bapa dinasihatkan mengingatkan anak-anak mereka agar tidak rosak aqidah."

Kerp (Ph.D) said...

Thanks doc for the explaination.

‘Pangamal sihir di Nusantara sering membaca mentera yg kalau kita dengar sepintas lalu seolah-olah membaca ayat Quran. Tetapi ada ramai yang memutar belitka bacaan. Contohnya Bismillah di tukar menjadi Bismillahirrahmaanirrojim.

Ta'awuz di tukar kepada A'uzubillahiminashyaitoonirrohim.’

Tak silap saya mmg doc ada explain the above before. Tok2 bomoh ni can be very cunning lar. And they wont even think twice about abusing ayat2 suci Al-Quran for personal gain.

Imagine org yg kurang ttg pengetahuan agama. Percaya bulat2, lagi2 from TV. Their typical parting words like ‘terserah pada penonton utk percaya atau tidak’ can leave one to wonder if its really happening.

Hmm…ntahlah.

Terima kasih lagi skali doc.

tokasid said...

Bro kerp:

Sebab perkara ni rampant yg buat saya jadi risau dan gelisah.