Friday, August 3, 2007

Yang membatalkan Islam(Bahagian 4):Apa kesan batal aqidah.






4-Kesannya besar daripada batal solat.

Akibat daripada orang Islam tidak memahami aqidah Islam yang sebenar,kadangkala mereka melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan Islam mereka,sedangkan dalam masa yang sama mereka tidak faham ataupun mereka tidak tahu.


Maka kita dapati dalam masyarakat kita,sekalipun ramai orang yang mengetahui apa itu perkara yang membatalkan wudhu',apa yang membatalkan solat,apa yang membatalkan haji,apa yang membatalkan puasa,tetapi malangnya mereka tidak tahu apakah perkara yang membatalkan dua kalimah syahadah yang telah mereka ucapkan,ataupun membatalkan Islam itu sendiri.



Jika dilihat dari segi aturan-haji,zakat,puasa,solat,semuanya itu berada selepas daripada ucapan syahadah(Rukun Islam). Bagaimana mungkin seorang Muslim memahami perkara-perkara yang membatalkan solat,zakat,puasa dan haji tetapi dalam masa yang sama tidak mempelajari apakah perkara yang membatalkan dua kalimah syahadahnya,yang sekaligus boleh menyebabkan terbatalnya keseluruhan Islamnya.

Inilah penjajahan pemikiran yang diterima oleh kita.Di masjid dan surau,guru-guru lebih menumpukan kepada soal fiqah,soal-soal batalnya ibadah khusus(solat,puasa,zakat dan haji),sehingga kadangkala mereka terlupa untuk mengajar murid-murid(jemaah) mereka ataupun orang ramai apakah perkara yang boleh membatalkan Islam seseorang.

Dan kesan batalnya Islam itu lebih besar daripada batalnya solat atau puasa,kerana batalnya solat dan puasa boleh diganti(qada),tetapi batalnya Islam akan menyebabkan seseorang itu murtad dan terkeluar daripada Islam.

Ramai para pemikir Islam memikirkan hal ini,sehingga maulana Abul Hassan 'Ali An-Nadwi menulis sebuah buku atau risalah,yang mengingatkan orang Islam,sehingga beliau menamakan risalah itu sebagai Riddah la Aba Bakrin laha ("Murtad yang tidak ada Abu Bakar menghadapinya").

Pada zaman dahulu,apabila berlakunya murtad ALLAH SWT telah membangkitkan Abu Bakar as-Siddiq,yang merupakan khalifah Rasulullah s.a.w.,yang bertanggungjawab menghadapi golongan murtad.pada zaman ini ramai orang Islam yang murtad,dan tidak ada sesiapa pun peduli.Bahkan murtad itu dilakukan secara terang-terangan.

Apabila kita menyedari hal ini,maka semua para ulama dan semua kita yang sedar hendaklah berusaha memahami aqidah Islam.Saya begitu tertarik dengan apa yang dilakukan oleh bekas Mufti Arab Saudi,iaitu Sheikh Abd Aziz Abdillah bin Baz(rahimahullah) yang sudahpun meninggal.

Apabila mereka mengeluarkan risalah untuk jemaah haji dan umrah, yang dinamakan sebagai Dalilul hajj wal-mu'tamir ("Panduan Haji dan Umrah"), beliau memasukkan didalam risalah ini terlebih dahulu perkara-perkara yang membatalkan Islam,kerana menyedari bahawasanya seseorang apabila menunaikan haji,sedangkan Islamnya terbatal,hajinya tidak memberi menafaat kepadanya.


Kerana syarat kepada kesahihan amalan ataupun syarat diterimanya sesuatu amal soleh,yang pertama hendaklah betul aqidahnya; kedua,ikhlas kapada ALLAH;dan ketiga,menepati apa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.('ittiba')

Akan datang: 10 perkara membatalkan Islam.





Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

No comments: