(Update: Ketika membaca entri ini sila dengar lagu ke 4 di bahagian Halwa telinga bertajuk Apa Erti Kemerdekaan, sebuah lagu dikir Barat nyanyian Cikgu Naim yang liriknya aku buat sebagai entri ini.)
Tahun ini Malaysia akan menyambut 50 tahun Kemerdekaan.Berbagai pihak samada kerajaan atau swasta sedang bertungkus lumus membuat persiapan untuk sambutan ini.
Kalau kita mahu lihat ke belakang(walaupun David Teoh dan Ahmad Idham kata "Jangan pandang Belakang")kita akan dapati memang setiap tahun sambutan Kemerdekaan disambut dengan meriah.Dengan banyak perbelanjaan besar.Kita di sajikan berbagai tembakan bunga api( aka pembakaran beratus ribu Ringgit) dan pelbagai jenis konsert raksasa di KLCC,Dataran Merdeka,Dataran Shah Alam,Tasik Anniversary dan lain-lain ibu negeri.Dalam erti kata orang kampong macam aku ni, satu pembaziran besar bila mana masih ramai rakyat yang kesempitan hidup.yang masih kais pagi makan pagi.
Apa sebenarnya yang ingin dan akan kita capai dengan perayaan mega sebegini?Adakah rakyat semakin cinta kepada negara hingga sanggup berkorban apa saja?Adakah kempen saban tahun ini membuat generasi muda semakin faham perjuangan pejuang2 kemerdekaan dulu?Adakah sambutan mega ini akan menaqikkan kualiti hidup majoriti rakyat?
Adakah rakyat faham erti kemerdekaan atau hanya faham kemerdekaan versi kerajaan sahaja?Atau kita sekadar faham kemerdekaan adalah masa untuk bersuka-ria secara percuma.Supaya anak-anak muda boleh mengauli sesama mereka hingga azan subuh di Masjid KLCC bergema?
Adakah rakyat sudah merdeka untuk memberi buah fikiran?Adakah rakyat sudah merdeka untuk memilih pemimpin atau kerajaan tanpa bimbang akan reperkasi jika melakukan sebaliknya?Adakah rakyat sudah merdeka untuk memilih wakil tanpa diugut itu ini?
Aku bukannya cendikiawan yang mempunyai jawaban bagi soalan aku sendiri.
Aku pernah mendengar sebuah dikir barat oleh Cikgu Naim tentang pandangan beliau apa itu kemerdekaan.Aku turunkan lirik lagu itu utk kita renungi.Lirik asal dalam loghat Kelantan tapi aku bakukan setakat yg aku faham.
Kalau kita mahu lihat ke belakang(walaupun David Teoh dan Ahmad Idham kata "Jangan pandang Belakang")kita akan dapati memang setiap tahun sambutan Kemerdekaan disambut dengan meriah.Dengan banyak perbelanjaan besar.Kita di sajikan berbagai tembakan bunga api( aka pembakaran beratus ribu Ringgit) dan pelbagai jenis konsert raksasa di KLCC,Dataran Merdeka,Dataran Shah Alam,Tasik Anniversary dan lain-lain ibu negeri.Dalam erti kata orang kampong macam aku ni, satu pembaziran besar bila mana masih ramai rakyat yang kesempitan hidup.yang masih kais pagi makan pagi.
Apa sebenarnya yang ingin dan akan kita capai dengan perayaan mega sebegini?Adakah rakyat semakin cinta kepada negara hingga sanggup berkorban apa saja?Adakah kempen saban tahun ini membuat generasi muda semakin faham perjuangan pejuang2 kemerdekaan dulu?Adakah sambutan mega ini akan menaqikkan kualiti hidup majoriti rakyat?
Adakah rakyat faham erti kemerdekaan atau hanya faham kemerdekaan versi kerajaan sahaja?Atau kita sekadar faham kemerdekaan adalah masa untuk bersuka-ria secara percuma.Supaya anak-anak muda boleh mengauli sesama mereka hingga azan subuh di Masjid KLCC bergema?
Adakah rakyat sudah merdeka untuk memberi buah fikiran?Adakah rakyat sudah merdeka untuk memilih pemimpin atau kerajaan tanpa bimbang akan reperkasi jika melakukan sebaliknya?Adakah rakyat sudah merdeka untuk memilih wakil tanpa diugut itu ini?
Aku bukannya cendikiawan yang mempunyai jawaban bagi soalan aku sendiri.
Aku pernah mendengar sebuah dikir barat oleh Cikgu Naim tentang pandangan beliau apa itu kemerdekaan.Aku turunkan lirik lagu itu utk kita renungi.Lirik asal dalam loghat Kelantan tapi aku bakukan setakat yg aku faham.
uncertainties
foto by tokasid
Apa erti kemerdekaan
Bagi umat Melayu kita
Tak boleh terima perubahan
Anak cucu berputih mata
Orang lain rebut peluang
Sanggupkah tengok saja
Masa tetap berjalan
sesaat tak tunggu kita
Dilema..
Dilema...
Dilema Melayu kita.
Bangsa lain hidup bersatu
Kita balah sama sekampung
Bangsa lain semakin maju
Bangsa kita masih mundur
Orang cakap percaya selalu
Hangguk kepala macam Jepun
Ikut stail dulu-dulu
Jadi katak bawah tempurung
Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita.
Rumah orang rumah batu
Rumah kita rumah atap
Rumah orang pagar batu
Rumah kita pagar kawat
Rumah orang karpet baldu
Rumah kita tikar berkarat
Masa pekwah nyambut menantu
Patah gelegar cabut tukar
Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita
Kereta orang kereta Mercedes
kereta kita Morris Minor
Kereta orang asap meniti
Kereta kita asap berbunga
Kereta orang hidup dengan suis
Kereta kita tolak sokmo
Beli baru pakai pitih
Beli gelap pun hutang sokmo
Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita
Anak orang naik kapalterbang
Anak kita naik teksi
Anak orang makan hotel
Anak kita kedai kopi
Anak orang jadi towkay
Anak kita jadi kuli
Habih pitih tengah bulan
Barang bini gadai lagi
Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita
Anak orang jadi peniaga
Anak kita jadi petani
Anak orang baju cap buaya
Anak kita baju guni
Anak orang bahagia
Anak kita makin dok pening
Jadi mangsa dadah ganja
Jadi mangsa budaya kuning
Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita
Anak orang baca buku
Anak kita duduk merap
Anak orang masuk U
Anak kita masuk lokap
Anak orang minum susu
Anak kitatogok ubat
Macamana kita nak maju
Kalau tak boleh berubah sikap
Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita
Anak orang dok masjid
Anak kita tepi jalan
Anak orang duduk beratib
Anak kita duduk gewey
Anak orang perangai baik
Anak kita serupa setan
Dok cari bala penyakit
Tok sah fikir fikir masa depan
Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita.
foto by tokasid
Dikir Barat: Apa Erti Kemerdekaan
Nyanyian :Cikgu Naim
Nyanyian :Cikgu Naim
Apa erti kemerdekaan
Bagi umat Melayu kita
Tak boleh terima perubahan
Anak cucu berputih mata
Orang lain rebut peluang
Sanggupkah tengok saja
Masa tetap berjalan
sesaat tak tunggu kita
Dilema..
Dilema...
Dilema Melayu kita.
Bangsa lain hidup bersatu
Kita balah sama sekampung
Bangsa lain semakin maju
Bangsa kita masih mundur
Orang cakap percaya selalu
Hangguk kepala macam Jepun
Ikut stail dulu-dulu
Jadi katak bawah tempurung
Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita.
Rumah orang rumah batu
Rumah kita rumah atap
Rumah orang pagar batu
Rumah kita pagar kawat
Rumah orang karpet baldu
Rumah kita tikar berkarat
Masa pekwah nyambut menantu
Patah gelegar cabut tukar
Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita
Kereta orang kereta Mercedes
kereta kita Morris Minor
Kereta orang asap meniti
Kereta kita asap berbunga
Kereta orang hidup dengan suis
Kereta kita tolak sokmo
Beli baru pakai pitih
Beli gelap pun hutang sokmo
Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita
Anak orang naik kapalterbang
Anak kita naik teksi
Anak orang makan hotel
Anak kita kedai kopi
Anak orang jadi towkay
Anak kita jadi kuli
Habih pitih tengah bulan
Barang bini gadai lagi
Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita
Anak orang jadi peniaga
Anak kita jadi petani
Anak orang baju cap buaya
Anak kita baju guni
Anak orang bahagia
Anak kita makin dok pening
Jadi mangsa dadah ganja
Jadi mangsa budaya kuning
Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita
Anak orang baca buku
Anak kita duduk merap
Anak orang masuk U
Anak kita masuk lokap
Anak orang minum susu
Anak kitatogok ubat
Macamana kita nak maju
Kalau tak boleh berubah sikap
Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita
Anak orang dok masjid
Anak kita tepi jalan
Anak orang duduk beratib
Anak kita duduk gewey
Anak orang perangai baik
Anak kita serupa setan
Dok cari bala penyakit
Tok sah fikir fikir masa depan
Dilema...
Dilema...
Dilema Melayu kita.
Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa
29 comments:
Dok TA,
Gambaq hang makin menyerlah. Boleh saya tanya kamera apa hang pakai? You know what the most difficult part of photography for me is bro'? It's the appreciation of art, and by extension, the beautiful contents of the Universe as created by Allah SWT... Itu yang susah tu, to open our eyes and see BEAUTY in the works of God... In my opinion, true artists (not me aar) are searching for ways to get closer to God. Itu pasal ada Tariqat and Sufi-ism etc. The appreciation of Art, The Written Word, Music etc as a means of appreciating God. Wallahu'alam. But those pictures you posted, certainly made me grateful... Salaam.
Salam to TA,
pandai demo tranlate, ambo ghaso delima..delima tu dilemma kot macam tajuk buku yang Che Det tulis tu, 'the malay dilemma'.
Btw bagus senikatanya , memang kena dengan Malay Dilemma.
Ambo beso tugaih kat spita Kote Baghu,Kelate,best tengok oghe Melayu kat sana kuat nega terutamanya yang mokcik mokcik...
maaf kalu kecek ambo tak betul...
Salam Tokasid,
Merdeka dalam erti kata sebenar dewasa ini, telah terhakis didalam sanubari anak-anak muda kita. Juga segelintir manusia matang yang hilang jati diri.
Yang mereka tahu, adalah merdeka dalam ertikata bersukaria & berpestapora....ini terjadi kerana generasi mereka hidup didalam keadaan aman dan tenteram...
Cuba kita buat, soalan rambang kepada generasi baru ini..agaknya berapa ramai yang tahu rukun negara dan tarikh kemerdekaan negara kita...? Sebenarnya generasi ini telah terkurung jiwanya dibumi yang merdeka ini...
p/s: belum tanyalagi bab mengucap dan basmalah....
MatSalo:
Aku pakai kamera chokia saja BenQ510 kot.Dok nak upgrade tapi tertunda saja.Ada saja nak kena bayar itu bayar ini. Aku pasai photography ni ilmu zero hang tau ka. Tapi aku minat tengok gambar yg orang dok amik.Yg dalam magazines and dalam flickers web tu. Esp yg from Indonesia. Aku bukannya reti pasai ISO ka,speed ka,exposure ka.Aku ada pakai SLR pak mentua aku tapi banyak membazir pasai jenuh nak cuci film and print tapi gambar tak menjadi. Tu yg teringin nak D40 bila nak upgrade.
Aku cuma selalu kebetulan berada at the right place and the right time to take photos. The 3 pics over here was within 3-4 days apart. Sebab cuaca sini dah haywired sikit tu yg boleh dpt macam2. The first photo was taken around 4pm masa tu cerah. The 2nd photo was taken lepas 2 hari at 6.50 pm kot.Both ambek kat kawasan rumah aku.The third tu ambik depan opis aku.Masa tu nak balik ada kawan bagitau aku..cuba tengk langit.Aku tengok dan terus ambik camera dalam kereta.
Yes ,hang betoi bro. Bila ambik gambar nature and plants or insects..you really appreciate ALLAH's works.Aku ada banyak shots masa kat highway PLUS somewhere near Bidor masa tu 5 pm ,ada matahari di belakang clouds and slowly but surely appearing.Bila tengok rays penetrating the clouds with diffrent tones and colours..MasyaALLAh bro!So beautiful.Kalau ada DSLR masa tu sure lagi cun gambar.Hang tau dak most of your photos are good.Dari segi art kita taram saja dulu bro.hak mana tak elok delete la.Kena banyak buat trial and error laa..Hang kena boh gambar2 kalimantan: the sceneries,the people and the cultures to us bro. You take care.
Drzeze:
Yes, it should be delimma not delima.Patut la masa dok type rasa ada yg tak kena.
saya amat suka dengaq dikir barat walaupun kadang2 tak paham.kalu wayang kulit Asun( etong,saniman nunuih) aku paham la.
de_kerinchi:
Alhamdulillah bro dah sihat.Dan streamyx bro pun dah sihat.Itu lah yg saya risaukan,perbelanjaan utk sambutan kemerdekaan setiap tahun amat besar tapi sekadar hiburan semata-mata.Kita pernah dengar saban tahun bila orang2 muda di interview TV banyak yg merapu tentang erti kemerdekaan.Maybe ada yg mempunyai idea yg lebih berkesan utk sambut kemerdekaan.
Siapa tak ingat lagu "Warisan", kononya lagu untuk mengingatkan dan menaikkan semangat orang Melayu?
Ianya dikarang oleh Dato Dr Nordin Kardi, BTN dan sering sesi motivasi terselit lagu ini untuk menuipkan roh kesedaran.
Ini yang saya dengar semasa diawal pemerintahan Pak Lah. Dia berkata "tak ada lagu lain". Kalau saya salah, yang salah dengar adalah orng2 kuat BTN sendiri dengar.
Kita mahu merdeka dan sama rata, tapi nampak gaya kita ni seperti zaman penjajah, dipersoal untuk hendak sama rata.
Keindahan tu ada di depan mata, hanya sedar tak kita yang di depan kita tu satu ciptaan agong Maha Esa. Orang yang sedar akan terus puko gamba (loghat kelantan sikit) yang tak nampak macam aku will let it pass by. Saya kalau composition guna bahasa tu buleh la skit2 tapi kalau composition seni visual tak buleh langsung. Tak ramai orang fail art dalam LCE, I was one of them.
Stu cadangan kat Tuan TA, bila buat insert lagu2 indah macam ni buleh tak sertakan liriknya sekali atau buat secara 'drop down' kalau buleh la. Aku dok 'nisyan' (khayal dlm loghat penang)lani dengaq lagu ni.
A voice:
Yes,Adakala rasa macam kita ni pendatang asing di tanah sendiri.Merdeka patut di kenang tapi bagi saya tak payah nak buang duit berjuta untuk tunjuk kita hebat.Duit berjuta tu boleh buat atau baiki prasarana utk rakyat.
Che'gu:
Aku ni baru-baru nak belajaq amek gambaq dan menulih.Mujoq ada blog boleh juga asah apa yg minat.
Memang pasai lagu ni nak buat macam-macam.Kalu buleh aku nak boh lagu dikir barat atau lagu rakyat tapi takdak time nak belajaq macamana nak boh.Ada cuba upload dikir barat tapi fail besar sangat pulak so tak dapat la. Nanti aku ghetiaq jugak cikgu.Hajat tu nak boh 3-4 lagu yg sapa2 boleh pilih hat mana depa nak dengaq.Che'gu hang dah sedia FA Cup final ka?Tapi kacang tak buleh arrr...nanti batu karang mai nanya.
merdeka?apa tu merdeka?klu merdeka tu bermakna budak2 mlayu dah pandai tindik idung..tindik tinga..pakai cutex...minum arak...buleh murtad...malaysia dah merdeka....semua ni dunia semata2..tak dak maknanya...BENQ tu kna tukaq D40X heh heh heh...baru ada betanjak....
Betoi ka kacang tak bagoih utk orang ada batu karang? Nak tau tak missus aku dulu operate batu dalam hempedu, depa bok kluag 69 biji batu. Aku dok simpan lagi.
Cuba try convert lagu2 tu guna MP3 TO ALL CONVERTER dulu. Aku cari di net. Aku dok ulang lagu ni bekali-kali hang tau.
Salam Tokasid
My late maternal grandmother, when she was still alive, used to regale us with stories of the Japanese occupation. She nearly became a statistic when a bomb exploded next to her when the family fled the kampong when they found out that the Japanese were coming. She had the scar to show for it. Ubi kayu was the staple back then.
50 years on, we are still eating ubi kayu cicah sambal tumis.
Japan no longer occupies us through war but doing it economically. Each and every Malaysian homes have got at least one Japanese household appliance.
Serupa seperti dahulu juga tapi tidak sama.
p/s by the way, gambar cantik bukan juga kerana kamera tapi the cameraman juga. When the cameraman has a good eye for detail, pakai camera on the phone pun akan cantik.
seronok dok baca your blog. cuba guna imeem tuk dapatkan lagi banyak lagu.
seronok baca your blog. good writing. cuba guna imeem tuk lagu. banyak lagu kat sana. kat blog saya, saya letak ebiet g ade nye lagu. mmg best
salam Dr
sedih apabila mengenangkan kemerdekaan ke 50 yang bakal menjelma. entah, apa ertinya ia kepada rakyat yg dibelenggu kemiskinan dalam semua segi...
Salam TA,
Merdeka tidak bertakhta di mata,beraja di hati.
Merdeka itu adalah amanah dalam hati.
Salam Tokasid
Personally, I am still trying to find what it means to me, to my generation and to that of my young nieces and nephews.
The leaders are not helping much. There's no depth in what they have said so far.
I've heard "Merdeka" being shouted out countless of times but it doesn't give me that euphoric feeling to celebrate.
Is it because Tunku did that in 1957 that the present leaders should do the same?
Simply put, Merdeka is another public holiday. Because it falls on a Friday, many people I know are going out of town.
Happy holidays then!
doc,
bagi saya erti kemerdekaan mudah je. secara peribadi, bila dah berjaya keluar dari kepompong depresi, mental yang lemah dan trauma dah kira bebas. Alhamdulillah dari segi itu saya dah merdeka tp mcm org lain jugak, erti kemerdekaan itu sendiri luas. bnyk yg perlu saya lakukan demi kebebasan dari sudut lain.
thank you.
salam Doc TA,
Kita ni MERDEKA takat zahiriah saja - tapi tak merdeka dari segi minda - rasanya datuk-nenek kita dulu lagi MERDEKA walaupun depa di bawah penjajah - sebab zaman tu rasanya tak ramai yang MURTAD kut.
Bila kita cakap lebih sikit pasal kaum -orang tuduh racist,cakap pandai sikit pasal agama depa kata extreamist...kenapa mesti lebel macam tu? Bagitau sapa yang tak racist? Rasanya ramai yang racist cuma tahapnya berbeza.Salam merdeka!!Sambutlah dengan cara kita. Tak payah lah membazir duit. Bagi kat mereka yang memerlukan. Tapi agak2 sapa nak dengar cakap kita. Tentulah orang akan dengar cakap "pembesar".
Afrar:
Aku pun selalu berfikir...kita merdeka secara fizikal sahaja. tetapi minda masih terjajah malah lebih hebar dari dijajah secara fizikal.
Adakala aku terfikir adakah orang kita sudah menjadi umpama Zombie?
Merdekakah kita jika takut untuk berfikir tentang cara pemerintahan negara.
Merdekakah kita jika takut memberi sedikit kritikan kepada pemerintah?
Merdekakah kita jika masih dipaksa untuk hadir program itu dan program ini?
Merdekakah kita jika masih ramai rakyat di jajah oleh ahli politik tempatan?
Sis Elviza;
Betul. Merdeka adalah amanah di hati.
Merdeka adalah bila kita di biar membuat pilihan politik tanpa takut di aniayai atau dizalimi.
Merdeka adalah bila tiada pilihkasih dan rasuah.
Fauziah:
I share yourv thought in this matter. Its just another public holiday where ppl can go to free concerts or sleep late and wake up the next afternoon.
And for ppl like me, had to pay triple for my staff for their OT. heh3...I never close on Merdeka day.
That how 'patriotic' I am.
Bro kerp:
Betul.The meaning of merdeka adalah luas dan amat subjektif.
Tapi bagi sebuah negara ,adakah cuma sekadar bebas dari pemerintahab penjajah? Sedangkan banyak perkara penjajah masih di ikuti by the book. Yang bagus memang patut di ikuti.
Bagaimana mahu saya katakan kita betul2 merdeka bila gejala rasuah bermaharajalela dan menjadi kudis di badan penghidap kencing manis? Bagaimana mahu saya katakan kita merdeka bila pilih kasih terutama berdasarkan parti atau kumpulan sokongan masih terjadi.
Merdekakah kita bila rakyat jelata di bezakan dari syarikat gergasi dan orang2 berpangkat? Bila ada double starndard dalam kes yg serupa( eg orang kampung lewat bayar bil letrik...kena potong.terpaksa guna lilin hingga ada yg rumah terbakar. sedangkan syarikat gergasi berhutang berjuta-juta kpd TNB tetapi ada kita dengar supply elektrik mereka di potong?)
Mariani/Waterlily:
Itu lah...secara zahir negara sudah merdeka dlm erti kata negara di perintah semula oleh orang tempatan dari pelbagai kaum , bangsa dan agama tetapi rakyat tempatan.
Cuma secara jiwanya, kita masih terjajah. Juga terjajah pemikiran.
Ramai yg berfikir apa saja tindakan pemerintah adalah benar belaka. Ramai yg berfikir tak mungkin pemerintah akan membuat sebarang kesilapan. Ramai yg beranggapan kepala pemerintah tidak mungkin akan berbuat salah ,tidak mungkin akan berlaku pilihkasih,tidak mungkin akan berlaku ketidakcekapan. Bagi orang ramai kepala pemerintah seolah-olah menghampiri darjat maksum.
Dari segi pengurusan atau aktiviti ekonomi juga kita masih dijajah dgn pemikiran orang kita sendiri tidak pandai berniaga. Malah kerana ini berlaku pilihkasih dlm pemberian sesuatu projek besar.Ini secara tidak langsung membuat kaum lain merasakan mereka tidak dilayan secara adil, walaupun ramai antara mereka mendapat layanan serupa dari pemerintah.
dari sudut agama.. ramai yg masih membelenggu diri dengan pemikiran taklik buta. ramai yang tidak mahu memajukan ilmu agama berdasarkan sumber2 al-Quran dan hadith2 yg senang di gapai. ramai yang masih mengikut tanpa bersoal kepada guru2 mereka walau di ajar(adakala) perkara yg tidak selari dgn dalil sahih dari al-Quran dan hadith. Ramai yg selesa dengan amalan bida'ah dan adat resam yg karut marut( dan menghampiri khurafat).
Sebenarnya , merdeka kita hanya fizikal.
Brother TA...Saya masih tak tahu apa lontaran suara hati saya tentang kemerdekaan...nak tulis dari segi literal meaning mmg bayak tapi rasanya itu bukan penghayatan kemerdekaan kan?
But what you wrote is so profound...so thought provoking...saya dah baca the Malay dilemma tu...yelah nampaknya kita bergerak ke arah situ balik
sesungguhnya banyak perihal kita yang masih belum selesai...
And about the photos...I have a shared appreciation with MatSalo jugak...tp saya bukan photographer pun...dah cuba memang takde flair...ambik angle manapun..semua tak jadi..hehehe
Salm TA,
Nampaknya kena tunggu 50 tahun lagi, baru boleh selesai Dilema Melayu Kita ke? Atau akan serupa hingga bila-bila. Maksud saya yang 80% tu lah yang 20% tu buat kita dalam delima adalah!
Raden:
Memang ramai yg tak mampu nak define erti kemerdekaan. Semua defination yg kita beri adalah berdasarkan pada citarasa dan pemikiran kita tersendiri. Dan dari apa yg kita mahu untuk negara ini.
Mungkin bagi pemerintah kerayaan sambuta kemerdekaan mesti gah utk menunjukkan kita sudah maju dan tidak terikat dengan mana-mana kuasa asing. maksud saya, pemerintah mahu membuat impression yg hebat utk dunia luar lihat.
Juga bila acara2 hiburan berlebihan di buat akan mampu membuai jiwa anak Melayu yg tak kunjung habis dahagakan hiburan dan glamour. Berilah banyak mana pun hiburan,anak Melayu muda pasti akan terus dahaga. bagi saya kerana ada kekosongan/void dalam jiwa anak2 Melayu yg tidak terisi. Sogoklah kepada mereka segala jenis acara, pasti akan terus kosong jiwa mereka.
Gambar tu saya pakai hentam saja. Cuma pada sesuatu objek saya akan ambil beberapa kali dari pelbagai sudut. kemudian pilih mana yang paling berkenan di hati.
Pak zabs:
Tu lah...tak tau berapa lama nak tunggu. takkan sampai kucing bertanduk kot(hadith Melayu).
Hah...yg 20% buat kita yg 80% jadi kecewa dan mcm lembu kena cucuk hidung.
Salam Tok:
Good topic nampaknya nih. I agree with you, asal ada peluang jer orang kita pun mesti buat pesta-pesta sana sini. Besar-2an lagi. Just a week or so ago, saya kena pi launching the stupid Bunga Api Competition kat Putrajaya. Tatau ler kenapa dibuat benda2 mcm tu. Kata nak menarik pelancung, tak nampak pun org asing kat situ.
Nak tengok cantik punya, kena pergi PICC, sbb kat situ ada muzik segala.
So I went there with my kids. Kita ni tak pe lar ada invitation boleh lar masuk. But my family kena beratur beli tiket. Beratur punya lama, bila tanya tiket berapa ringgit, depa kata tunggu tanya kat kaunter. Bila sampai kat depan, alih-alih tiket RM55 sorang, kids included. Mak aihh! Cekik darah ker apa. 4 org dah 200 lebih. Sudahnya depa gi depan courtyard PICC tu aje. Free. Yang sakit hati tu leapih tu kena dok dlm jam lebih 2 jam. Kat Putrajaya lak tu.
Anyways, your lirik is a masterpiece lar.
baguih lah anak anak muda kita sekarang nie... kalau bukan dilema aper dia.. sebab dilema lah kita anak muda jadik lagu ni... hah..
www.happyfuns2u.blogspot.com
mengapa tidak:)
Post a Comment