Thursday, August 30, 2007

Pegorbanan Rakyat untuk Kerajaan? Biaq betoi.....

(Special notice- artikel kat sini minta ulasan anda.)


Pagi tadi aku baca posting saudara de_kerinchi tentang Pengorbanan Rakyat untuk Kerajaan?

Entry aku hari ini adalah sebagai continuation dari tulisan saudara de_kerinchi yang aku tulis ikhlas dari sanubari hati ini yang sedang membengkak. Pagi-pagi aku dah hangin.


Salam saudara de_kerinchi:

Saya lihat segmen tersebut dalam Berita jam 8 semalam. Saya jadi hairan dan teringatkan anggapan saya pada tahun lalu: Apa-apa pun tindakan kerajaan, yang akan menanggung beban ialah rakyat jelata.

Memanglah dalam sistem demokrasi Malaysia, kerajaan mewakili rakyat dan pada dasarnya(sepatutnya) sebarang tindakan kerajaan adalah tindakan dan kehendak rakyat. Tapi benarkah begitu pada hakikatnya? Benarkah kebanyakkan keputusan kerajaan di restui majoriti rakyat? kalau ikut jumlah undi mungkin lah. Tapi kalau kita lihat luahan rakyat di media bebas atau di warung2 kita tahu banyak tindakan kerajaan yg rakyat tidak bersetuju.

Kalau kita anggap tindakan kerajaan adalah tindakan rakyat, maka yang sebenarnya, pihak yg menaikkan harga barangan dan perkhidmatan adalah RAKYAT sendiri. Yang memberi projek mega kepada kroni pemimpin adalah RAKYAT sendiri. Yang membiarkan gejala RASUAH terus menjalar adalah RAKYAT sendiri. Yang membiarkan syarikat mewah negara di jual kepada Singapura adalah RAKYAT sendiri. Yang membiarkan penipuan ketika pilihanraya adalah RAKYAT sendiri. Yang membiarkan Parlimen menjadi sebuah sarkas adalah kita,RAKYAT Malaysia.

Kalau yang buat perkara-perkara tak senonoh dalam negara adalah kita, RAKYAT Malaysia, jadi mengapa perlu kita bising-bisng bila kerajaan nak naikkan itu dan nak naikkan ini ye? Kita buat sendiri ,lepas tu kita nak marah diri kita sendiri pula?

Does that make any sense at all?
It might make lots of cents(and ringgits) to the transportation industry, though.


Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

16 comments:

Anonymous said...

Salam Doc.,
Jangan angin satu badan, nanti naik pulak tekanan darah.
Sebenar kerajaan perlukan majoriti rakyat semasa pilihan raya je. Dah menang, rakayat jadi hamba mereka lah. Walaupun begitu mereka menag pun bukan majoritin yang pilih pun. Pada 2004, rakyat Malaysia, lebih 25.5 juta. Yang mengundi BN cuma 4.42 juta je. Tak sampai pun 20%. Majoriti apa? Betul tak semua dari 25.5 juta tu, yang layak mengundi, tetapi jumlah 4.42 juta tu tak sampai pun 45% dari yang telah mendaftar untuk mengundi. Kalau semua yang telah mendaftar tu datang mengundi mungkin boleh buat upset kali
ini kot?

Puteri said...

cakap byk2 pun tak guna klau tak buat..
kan?

tokasid said...

Pak zabs:

I doubt there is going any upset this time around. During campaigns there will be lots of scare tactics.
Ada taktik takut2kan pengundi ttg isu perkauman.
Ada taktik ttg akan kehilangan 'ketuanan Melayu'.
Ada taktik memomokkan undang2 Islam atau menakutkan org jika undang2 Islam terlaksana.
The list goes on and on...

tokasid said...

Puteri:
Tq. Care to elaborate about what you wrote? Its very vague la...

Unknown said...

Aku tak buat yang tu semua sebab aku tak undi depa. Yang menaikkan harga barang dan menghalalkan rasuah dan salah guna kuasa ialah rakyat yang undi depa. Phew!, nasib baik, aku buat pilihan yang bijak.

tokasid said...

Salam che'gu:

Ya tak ya no...Aku pun sama tak termasuk dalam kategori tu lah....tapi masuk tak masuk, beban kena tulong tanggung sama.

Aku ingat lepas ni mungkin, mungkin saja, PDRM akan buat rayuan supaya segala mala speedtrap di naikkan. Ini adalah supaya lepas ni perkhidmatan PDRM akan lebih baik lagi. Atau mungkin PDRM atau KASTAM atau JPJ akan buat rayuan supaya penyaman-penyaman dapat 20% dari saman,macam org yg dok ambek upah buat kutipan utk anak yatim,utk buat masjid etc. Jika di luluskan komisyen 20% aku yakin, PDRM,KASTAM dan JPJ akan teramatlah effisyen utk saman menyaman ni.

tokasid said...

Che'gu:

Hang tulong sms no hp kat aku. nak bagi kat bakaq penarik beca.

emel ke: marea915@yahoo.co.uk

salam.

de_kerinchi said...

Salam saudara dr. tok asid

Saya sebenar nya bosan bila balik-balik jalan penyelesaian nya pergi kepada rakyat. Bagai tiada satu solution yang lebih baik untuk diketengahkan...

Dalam negara Malaysia ini pegundi masih dihantui nostalgia lama dan yang paling penting masih ramai yang masih boleh makan walau pun terpaksa masuk melalui hidung. Perkara ini menyebabkan mereka malas nak pikir panjang dan mengikut apa kata keadaan keliling nya.

Mereka ini malas nak bersuara, sama malas nya hendak berpersatuan fasal itu bila tiap kali mesyuarat parti diadakan amat kurang sekali luahan bangkangan sebab yang penuh dok dalam mesyuarat parti tu kaki ampu dan pasti semua perkara dianggap akan ditanggung beres...

Hendak menyalahkan pengundi sepenuh nya, mungkin ada pro dan kontra, disini kita melihat adalah sangat tidak adil kepada mereka yang memang tak menyokong tetapi dipaksa menyokong...

Apapun pendapat saya, selagi penduduk Malaysia tidak tersepit selagi itulah sokongan akan terus mengikut tradisi, melainkan ada satu entiti yang lebih berpengaruh dan berwibawa muncul untuk membela nasib rakyat, maka senario ini akan berubah....

Mior Azhar said...

Salam tok doc:
Benda ni daaaaah lamaaaaa dah kan. Balik2 mcm tu jugak. Bila kata orang Malaysia (yang memilih depa la) bangang kang marah. Tapi memang bangang pun.
Bila tiba hari merdeka, macam-nmacam ada guna duit rakat, orang ramai pun seronok2 sampai lupa segala problem yang terpaksa ditanggung akibat untuk meningktkan perkhidmatan yang tak meningkat2. Bila time pilihanraya, lagi ramai yang lupa, sebab dapat kain batik sorang sehelai.
Now aku pulak angin satu badan

Daphne Ling said...

Hi Doc,

Nope, no sense bila cakap macam tu...They're taking the whole 'By the people, for the people' into dimensi lain...Thanks for showing me I sesat lar selama ini...=)

Happy Merdeka Sir!

Anonymous said...

Salam Doc,

Ni orang Alor Gajah singgah komen buat kali pertama, boleh ye.

Pengorbanan untuk kerajaan kini membawa erta baru untuk "for the people, by the people, to the people" - segalanya dibebankan pada rakyat. - cakapaje

tokasid said...

De_kerinchi;
Itu lah....bila orang kita nak sedar ye?

tokasid said...

Mior:

Tu yg aku hangin tu...pasai nya bila time kempen, segala apa yg di siar dalam TV dan akhbar ramai pakat percaya. Minta maaf cakap, kalau kat luarbandar lagi senang kena kelentong dek TV dan surat khabar ni.

Berbelanja sakan nak sambut merdeka pun boleh buat hangin jugak. Mana taknya, dengan keadaan masih ramai rakyat yg susah, ada yg kais pagi kais petang, kerajaan dok guna duit utk yg kurang faedah.
Conth : setiap tahun pertinjukkan bunga api(tahun ni sampai 5-6 malam kat Putrajaya). Itu purely bakar duit.Satu pembaziran.

tokasid said...

Daphne:

When I was much much younger in MU, I was sesat too. For me EVERYTHING the gomen did was right. Even when the rounded up oppositions in Ops Lalang and the Memali incident, I said that was right. At that time, I opinied that the gomen would do ANYTHING to protect or for the interest of the rakyat.

After working I realise I was wrong.The gomen would no ANYTHING to protect their leaders.Full stop!

tokasid said...

Cakaeje:

TQ for visiting. Am honoured.
Betpi tu. Makna asal telah di korupsikan.

Daphne Ling said...

Hmmm Doc,

Actually, I don't think all the gomen does is right...I just never thought that the whole 'By the people, for the people' also they can use to their advantage...Haih...