Apa yang dikatakan rosaknya aqidah disebabkan perkataan?
Ianya apabila seseorang mengucapkan perkataan yang mengandungi makna syirik atau makna yang menghina atau memperlekehkan ALLAH dan RasulNya s.a.w.( masih ingat kes Salman Rushdie yang menghina ALLAH dan Nabi s.a.w. melalui novel beliau?)
Seperti dia mempersekutukan ALLAH.( eg. "You tahu tak?Bomoh kat Batu Cave tu dia ada power bagi orang lumpah berjalan semula)
Atau dia menyebut bagi ALLAH SWT perkataan-perkataan yang lain daripada ALLAH Taala.
( eg. You know what? Actually Tuhan ada anak tau..)
Ataupun dia mencerca apa yang ALLAH sebutkan dalam al-Quran atau dia mencerca apa yang Rasulullah s.a.w. sebutkan dalam sunnah-sunnah Baginda s.a.w..
( eg:dalam bab hukum Hudud: " Kalau sesiapa nak makan sup tangan sila lah ke negeri.....
Atau : " Kalau nak buat hukum rejam sampai mati pada orang zina, nanti takdak lah batu kita nak buat highway")
Atau dia menghina al-Quran seperti menyatakan: "ini buku yang lapuk," atau "ini pandangan yang mundur atau ketinggalan zaman" ataupun " Syariat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. tidak sesuai untuk kita/zaman kita."
( eg "Kalau kita semua nak ikut Quran dengan sunnah...sampai bila kita nak maju. yang dua tu sesuai utk zaman dulu saja. zaman dulu-dulu boleh lah pakai)
Setelah ia disyariatkan oleh Rasul s.a.w. untuk sekelian manusia, dia berkata: .."ini adalah sesuatu yang lekeh." ( eg. Hang tau kah..sebenarnya zina dan arak tu tak haram,kita sekarang zaman moden lah...)
Atau dia mempertikaikan atau memperlekehkan dengan perkataan yang mengandungi makna yang menghina atau mempersendakan.
( eg. " Apa sunnah-sunnah ni...? Kalau hang nak ikut sunnah sangat hang naik unta la..toksah naik kereta)
Sesiapa yang melakukan hal demikian maka dia menjadi kafir.
Next: perbuatan sebagai punca rosak aqidah.
Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa
2 comments:
Salam Tokasid
The danger of making jokes is that it could tantamount to being blasphemous but some people don’t quite realize that because, to them, it is all in the name of fun. They thrive on laughter, the louder the better.
My friends and I have this fear: the louder the laughter, the hotter it gets in hell. And that is a place that we don’t want to be.
We have been extremely careful not to mock our own religion, neither do we mock other people’s beliefs.
Fauziah;
Yes, at times while joking ( esp extremely joking with superhuge laughters all around) we get carried away and said things to up everyones jokes and them...Wham!! Suddenly someone made a joke or ridicule about Islam.
And indee, ALLAH had forbidden Muslims from mocking others beliefs
because that will give a reason for others to mock Islam.
Post a Comment