Tuesday, August 14, 2007

Yang membatalkan Islam(Bahagian5): 10 perkara membatalkan Islam.







(UPDATE: Sahabat mokk bertanya tentang tawassul. Sila klik sini untuk huraian tawassul)


B. Sepuluh perkara membatalkan Islam.
Akan diberikan sepintas lalu perkara-perkara yang menjadi penyebeb utama di zaman ini, yang menyebabkan seseorang batal Islamnya,yang dinamakan sebagai nawaidiqul Islam (perkara-perkara yang membatalkan Islam). Sepuluh perkara tersebut adalah:


1-Syirik
2-Perantara
3-Enggan mengkafirkan
4-Yakin yang lain
5-Membenci syariat
6-Mempersendakan Islam
7-Sihir
8-Bantu kafir memusuhi Islam
9-Kecualikan dari Syariat
10-Berpaling dari agama.


1-SYIRIK:


Perkara yang pertama ialah syirik,iaitu mempersekutukan ALLAH di dalam ibadah.ALLAH SWT menyebut dalam( Surah An-Nisa' 4:48):
Bermaksud:"

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa(pendustaan dan pembohongan) yang besar. "


Maka sesiapa yang melakukan perbuatan syirik(yang akan dijelaskan nanti dengan lebih terperinci),maka bererti dia telah membatalkan Islamnya.Dalam bahasa yang lebih jelas: dia telah menjadi murtad ataupun telah terkeluar daripada Islam. Na'uzubillahi min zalik.


2- Perantara.


Perkara yang kedua ialah menjadikan sesuatu sebagai perantara(intermediate) di antara dirinya dengan ALLAH SWT. Meminta doa dan syafaat serta berserah diri dan bertawakal kepada perantara tersebut.Orang yang melakukan perkara tersebut,menurut sepakat ulama Islam, adalah menjadi kafir.


Yakni dia tidak terus berdoa kepada ALLAH.Berbagai teori ditimbulkannya,seperti orang-orang Quraisy, mereka menyatakan bahawasanya mereka dan ALLAH begitu jauh.


ALLAH rakamkan dalam Surah Az-Zumar 39:3~


"Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya", - sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik). "


Sesetengah golongan yang melampau dari ajaran sesat,menyembah wali.Samada ia menamakan wali apapun,Abdul Qadir al-Jilani,Wali Songo atau apa sahaja yang disembah selain dari ALLAH,walau mereka orang yang baik-baik,maka penyembahnya telah menjadi syirik.Sama seperti mereka yang menyembah Nabi Isa a.s. Walau Nabi Isa a.s. seorang rasul,tetapi dia bukan untuk disembah.

Sesiapa yang menganggap di antara dirinya dan ALLAH mesti ada perantaraan,maka ia telah mengeluarkan dirinya dari Islam.


(Ada yang minta pertolongan dari jin untuk tujuan tertentu.Ini juga termasuk syirik)


....next: 3) Enggan mengkafirkan 4)Yakin pada yang lain.



Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

28 comments:

Kerp (Ph.D) said...

salam doc,

mintak maaf la sbb dok mengganggu je lately ni. kebtulan subject ada je yg kena mengena. begini...

masa awal2 accident dulu ramai tok2 bomoh kami jumpa dgn tunjuan nak berubat, tp ada la satu-dua tu dia kata urut batin, kononnya ada makhluk yg buat urutan tu, dia cuma pakai keris dan sentuh kaki keatas kebwh sbg syarat katanya. tp dia kata pakai ayat2 suci Al-Quran. soalan saya, ni kira camna doc? perantara jugak ke?

tokasid said...

Kerp:

Tak apa aih, mana ada ganggu bro.

Saya telah bertanya beberapa orang yg agak berilmu tentang perkara yg kerp tanya tu sebelum ini sebab telah amat common di kalangan kita pergi berbomoh.

Secara am jawapan yg saya dapat: rawtan-rawatan perubatan( sakit fizikal) sepatutnya di rawat mengikut kaedah-kaedah yang ada. Sebab itu waktu dulu, antara yg memajukan ilmu perubatan adalah ilmuan Islam spt Ibn Sina dan ramai lagi. Mereka menggunakan kaedah yg sepertimana di gunakan oleh doktor zaman sekarang. Tiada menulisan mereka menggunakan bantuan makhluk halus atau jin.Nabi s.a.w. sendiri pun bila sakit memanggil tabib utk berubat dan menggunakan beberapa bahan tumbuhan sebagai ubat.Sebab itu Saidatina Aishah r.a. amat bijak dalam bidang perubatan kerana beliau yang akan prepare ubat sepertimana yg di arahkan oleh tabib yg merawat Nabi s.a.w. atau para sahabat.

Bila kita menggunakan kaedah yg tidak logik dgn penyakit spt guna jin utk urut, ini menyalahi dgn kaedah Islam sendiri. Memang ramai bomoh claim guna ayat Quran, tetapi ramai juga yg mencampur aduk ayat-ayat Quran dan ada yg menterbalikkan nya kerana itu lah kaedah syaitan atau jin bila nak 'berubat'. Contohnya ada bomoh baca : 'Auzubillahi minash syaitonirrahim! Atau atau yg ubah basmallah jadi Bismillahirrahmanirrojiim!

Kita pulak( at least saya) tak hafal Quran, asal dia baca bunyi macam Quran saja kita pun rasa mmg benarlah dia baca Quran.

Saya kalau perlu berubat dgn faith healer( memang ada yg saya rujukkan pun) biasanya jika saya rasa masaalah org tu bukan masaalah medical dan orang tukang ubat tu saya pastikan akhlak nya baik, dan dia orang yg faham agama, kita tahu dia menjaga solatnya.

de_kerinchi said...

salam saudara dr.tokasid

Kesimpulan nya yang membatalkan islam adalah "syirik", makna yang lain tu lebih kepada perbuatan yang menuju kearah syirik...

Kalau kita merasa riak,juga ada ciri-ciri syirik..kerana percaya dirinya lebih dari kepercayaan kepada Allah s.w.t.

Semoga kita dijauhi dari syirik kecil dan syirik besar...

Anonymous said...

Salam TA,
Dulu kat kampong masa pada tahun 60an dulu ada juga lah juga pergi jumpa dukun untuk dapatkan ubat untuk demam panas dan sebagainya. Dukun tu terkenal alim jugalah dia guna ayat Quran untuk doakan air penawar untuk buat minum dan mandi. Dia juga guna cara yang tak logiklah untuk tengokkan apa jenis sakit yang dihidapi. Masa tu tak rasa pelik pun, kerana ramai orang kampong yang percayakankan cara dia. Apa pandangan Tuan Doktor?

Accia said...

salam doc,
masa arwah afifah sakit,saya pernah membawanya pergi berubat. yang saya suka mengenai perubatan ini adalah, kita sendiri akan membaca ayat-ayat tertentu dari AlQuran dan mendoa. tiada bayaran tertentu yang dikenakan, hanya sebuah kotak tabung untuk yang sudi bersedekah.
http://www.syifa-alhidayah.com

tokasid said...

Saudara de_kerinchi:

Yes. Yg paling teruk sebab akhirnya semua itu menuju ke arah SYIRIK.

Saya ingat lagi 3-4 siri akan sampai pada bahagian khusus utk syirik( dah simpan as draft tngu nak publish.

tokasid said...

Pak zabs:

Semoga ALLAH merahmati tukang ubat itu jika tiada dia menggunakan yg terlarang.

Secara am, kita orang Melayu telah dibesarkan dalam suasana begitu. Kita di besarkan dengan orang berubat dgn tukang ubat dan bomoh. Waktu itu kita tak berapa kenal klinik terutama di luar bandar dan waktu itu tak ramai ustaz yang ada ilmu tentang perubatan.

Saya semasa kecil sehingga darjah 6, pernah dgn sendiri melihat cara-cara rawatan begini( bila ada jiran dirasuk etc...bapak berpenyakit lelah jadi saya sering jadi wakil keluarga utk ziarah jiran). Saya telah melihat perubahan perwatakan dan suara mangsa dan bomoh. Perubahan cara berjalan dan pelbagai samada mangsa atau bomoh.

Pada ketika itu secara am nya orang Melayu Islam tidak dapat membezakan mana yg boleh mana yg tak boleh oleh Islam. Sebab itu berleluasa amalan khurafaat dan unsur syirik dalam perubatan(dan kehidupan kita, hingga hari ini).

Sebab itu saya ringkaskan kuliah Dr MAZA ini kerana bila sudah ada sekelumit ilmu ttg pembatalan syahadah, nak saya kongsikan.

Kepada cara bomoh dukun berubat: kalau dia benar2 menggunakan al-Quran(tanpa modification) Alhamdulillah. Cuma bila dia menggunakan 'sahabat' makhluk halus saya sedikit risau sebab kita tidak tahu 'sahabat' itu yg Islam atau yg kafir tapi menipu bomoh sbg yg Islam.
kalau tak silap saya ada hadith menyatakan orang yg boleh tengok the past( bila barang hilang, sapa ambil barang) dan future( nombor apa nak naik etc) adalah di kira sebagai tenung nasib yg telah ALLAH haramkan.

Semoga ALLAH ampunkan dosa2 kita yg lalu yg kita lakukan tanpa kesedaran dan ilmu dan semoga ALLAH melindungi kita dari berbuat semula.

Risau bila ada majalah dan akhbar yg seolah mempromosi kisah2 ajaib bomoh2 ini dan ramai para artis dan ahli politik pergi berbomoh dan bersusuk.

tokasid said...

Salam Accia:

Ya, saya lebih selesa jika terpaksa berubat atau cadangkan pada pesakit saya utk ke darul syifa' di bangi.

Di Melaka saya mengenali 3 orang yang akan menyuruh pesakit utk meningkatkan solat, agar amalkan selawat dan zikir yang lima( Subhanallah, Alhamdulillah, ALLAHu Akbar, La ilaha illallah dan La hawla wala .....) dan menyuruh kita amalkan ayatul kursi serta 2 Qul sesudah subuh dan sebelim maghrib dan sebelum tidur. Mereka membaca ayat ketika berubat dengan terang dan jelas dapat kita dengar( tak lah soksek soksek yg kita tak tahu hujung pangkal).

Ramai orang beranggapan tidak apa jika berbomoh sebab kita ni 'ikhtiar'. That phrase is very dangerous apalagi jika melibatkan syahadah kita. Kita boleh berikhtiar tetapi mestilah kaedahnya bersesuaian dgn firman ALLAH dan sabda Nabi s.a.w.

Kerp (Ph.D) said...

doc,

terima kasih atas penjelasan doc. sebenarnya saya sekeluarga bukan percaya sngt dgn tok2 bomoh ni. cuma ikhtiar je, sbb org ramai nak tolong. so diorang pon rekomen la bomoh tu ngam, bomoh ni hebat.

last2 kami pegi darul syifa' kat bangi dan bukanlah kata mujarab sampai buleh jalan, tak. tapi pulih dari segi semangat, emosi dan mental. Alhamdulillah la jugak.

*tak pasti darul syifa' yg saya sebut sama dgn syifa-alhidayah yg disebut pn accia tu.

tokasid said...

Kerp:

Memang betul bila kita kena musibah, ramai saudara mara dan jiran nak bantu kita sedaya yang boleh. Mereka akan rekomen sanasini sebab mereka sayangkan kita. bagi mereka itu satu usaha dan ikhtiar. Kadang2 mereka tak tahu bomoh ni berubat macamana jadi mereka rekemen pada kita.

Saya juga sering ke darul syifa' bangi sebelah rumah dato' harun din. Rasanya tak sama dgn yg Accia kata kot.

Saya pernah pergi ke Tanjung Sepat Kota Tinggi untuk melihat orang berubat, konon nya hebat dan guna ayat Quran( kata kenalan saya). Jadi satu hari minggu saya ikut sama nak tengok.

Bomohnya orang muda dalam lewat 30an. Bila berubat siap keluarkan kain kuning dan keris.Perasap kemeyan dan minta bawa garam dan lada hitam dan tembakau dan pulut hitam. nanti dia mandikan pesakit(kalau wanita wife dia mandikan). Lepas tu pesan selepas seminggu datang utk putus ubat, kena bawa ayam masak merah, telur rebus dan udang galah.

saya tengok saya dah tau ni mengarut. Ada unsur syirik dan khurafaat. Yang teruknya tu..bila azan dia buat tak tau saja. kami sampai sebelum zuhur jadi gi solat di masjid dekat rumah dia. Selesai dah masuk asar( org ramai) dia tak berenti pun utk solat zuhur.

Yang datang berubat ada yg sampai dari Selangor dan Spore( at least Spore dekat je). So sebenarnya, kepercayaan orang Melayu pada bomoh masih pekat di sanubari.

Ini merisaukan saya.

mokk said...

Salam Mamat...

How about bertawasul? Ada kah ini berperantara?

Sebelum berdoa ada yang bertawasul dgn nabi-nabi,para wali ../

Accia said...

salam tokasid dan kerp,
syifa alhidayah tak sama dengan darul syifa. masa berubatkan arwah afifah, kedua-duanya saya pergi. perubatan di darul syifa lah yang last sekali pergi, dan arwah afifah meninggal sehari selepas tu.

tokasid said...

Mokk:

Mamat. Bertawassul tidak boleh kepada insan yg telah wafat/mati samada Nabi s.a.w. atau para wali.
Bertawassul boleh melalui:
1- Nama-nama ALLAH Azza Wa Jalla.
2- Orang alim yang masih hidup( tok guru ka ustaz ka)
3- Amal kebaikan ikhlas yg pernah kita lakukan.

Ada satu atsar, selepas Nabi s.a.w. wafat, pernah terjadi kemarau di Madinah semasa Umar menjadi khalifah. Umar meminta Abbas r.a. berdoa agar ALLAH menurunkan hujan. Umar tidak pergi ke maqam Nabi s.a.w. dan berdoa di maqam. Bermakna Umar minta Abbas r.a. yg masih hidup utk berdoa dan tidak bertawassul kepada Nabi s.a.w. yg telah tiada,

Juga ada riwayat tentang 3 orang yg terperangkap dalam gua( yg mulut gua runtuh. Mereka bertiga berdoa dan bertawassul dgn amalan ikhlas yg mereka lakukan, dan dgn izin ALLAH pintu gua terbuka sedikit demi sedikit sehingga mereka dapat keluar.

Jadi awas, kerana masih ramai bertawassul dgn nama-nama para wali. Kalau hang tgk ayat az-Zumar ayat 3( yg aku higjlight dgn merah)- puak musyrikin( dulu dan skrg) berdoa menggunakan perantaraan batu/pokok kayu /busut etc kerana bertawassul dgn benda-benda itu.

Dalam surah al-Fatihah, kita mengakui hanya pada ALLAH kita beribadah dan hanya pada ALLAH kita meminta pertolongan.

Dan ALLAH menyatakan hambaKu dekat pada Ku ketika mereka sujud.

Elok bila berdoa kita minta sendiri. Kalau tak boleh dalam bahasa Arab, guna saja Bahasa Melayu atau English.

Wallahu'alam.

tokasid said...

Accia:

Syifa' alhidayah tu kat mana?
TQ

Fauziah Ismail said...

Salam Tokasid
First choice would always be the medical doctors. Only when medical doctors tell us to seek other means, only then we'll do that.
Saya pernah ke Darul Syifa di Bangi, ikut kawan yang perlukan alternative medication for his mother.
At one visit, I saw a young lad being treated for santau. Sememangnya ada "penyakit" yang memerlukan pengubatan seperti ini.
Cuma kita kena pastikan bahwa cara perubatannya tidak bercanggah dengan akidah dan pegangan agama kita.

AFRAR YUNUS said...

salam Dr
yg membatalkan Islam. pada hemat aku la Dr, bomoh di malaysia ni, ramai yg jeneh kantoi. perubatan islam sebenarnya hebat tetapi bagi aku lah, di negara kita, kasihan, ramai pesakit ditipu. wudu' tiada, solat terutama sekali waktu pendek spt maghrib juga tidak, rokok dimulut, baju tak pakai, lepaih ti boh pengkeraih RM80.00, ada yg sampai RM4444.44 sen. ada satu kes breast cancer, kes aku dulu. kami nasihat dia pi hospital kah atau jumpa dr harun din ka.. tapi dok pi kat "boh-mau"(bomoh)- at last diuntil-until sebelah lagi dgn macam-macam hrpn yg diberikan. sudahnya wanita tu meninggal. ialah, adatkata umok dah sampai, tapi cara "boh(berapa duit pun)"mau" buat, tak kena.
salam.

Mior Azhar said...

Tok,
many many years ago, like six years ago, I once followed this jemaah. Masa tu ligan searching for Islam la konon. This jemaah dipimpin oleh sorang Tok Guru and dia ada beberapa orang anak murid. Mostly budak2 kilang dr area Sunway and Shah Alam. Apparently masa join tu ramai anak murid dah tak ikut dia dah. Kalau weekdays, masa maghrib this Ustaz (arwah dah pun)akan pi mengajar kuliah maghrib kat masjid2 sekitar Subang ni ler.Anak-anak murid ikut sekali. Malam minggu pulak ada pengajian kat rumah dia. Lepas Isyak. Open to all. Rumah dia pun corner lot so lapang lar nak buat pengajian. Bila Ustaz ni mengajark memang kita tertarik. Seronok kita yang baru nak kembali rapat ngan Islam.
Selalunya lepaih tu anak-anak murid yang dah lama akan stay back tidoq kat rumah dia sebab dlm kul 3 ker ada qiamullail. After awhile, aku pun join sekali. Maklumla nak buat sorang2 kat rumah bukannya senang. Kena pulak bila subuh ada kuliah subuh lagi. Eh, rasa memang berbaloi.

Tapi tak berapa lama lepas tu, ada sekali, tu masa kuliah subuh Ustaz ni announced dgn rasa gembiranya bahawa malam td lepas qiam , tok guru dia mai dtg melawat. Dari langit ker apa tah. Setahu aku, tok guru dia dah lama meninggal. Siap jampi botol madu yang ada kat dlm bilik dia.
Malangnya botol madu lebah ada enam jer, jadi anak murid yang ada kena cabut undi - sapa naik undi boleh beli botol madu tu harga RM100 lagi. Sapa dapat madu tu dan minum my ustaz kata insyaallah senang hidup.

Masa tu tak tau kenapa tapi macam percaya. Macam kena pengaruh tak tentu pasai je. Tak boleh dengarq reasoning org lain. Ustaz tu jer yang betul. Heran sungguh. Nasib baik sikit2 terbuka mata ngan hati to see the real truth tak lam lepas tu...

What do you think? (Aiih sorry panjang ler pulak)

Anonymous said...

doc,
dulu masa arwahnya sakit, syifa al hidayah kat bukit antarabangsa KL. now dah pindah ke No. 1, Jalan Bestari Indah, Sungai Pusu, Gombak.

tokasid said...

Fauziah:

You are right. Saya pernah mendengar beberapa orang guru memberitahu(ketika kuliah): Ketika Nabi s.a.w. sakit sebelum kewafatan Baginda s.a.w. ramai perwakilan kabilah2 Arab menziarahi Baginda berserta tabib-tabib mereka. Mereka cuba merawat Nabi s.a.w. dan Aisyah menyediakan ubat-ubatan yg mereka sarankan.
Di sini menunjukkan Nabi s.a.w. yang pasti doanya akan ALLAH makbulkan, mendapar rawatan dari tabib dan bukan hanya melalui doa semata-mata. Isyaratnya kepada kita ialah bila berubat(atau melakukan sesuatu) mestilah dengan kaedah yang berilmu.

Dalam bidang saya dan mokk ni, kadang2 sedih bila kes2 macam confirmed cancer- to avoid surgery or chemotherapy mereka pergi ke bomoh. Bomoh kata buatan itu dan ini. Kita tahu kalau dirawat dgn betul ada harapan utk sembuh dan jalani hidup berkualiti. Tapi mereka percaya kata-kata bomoh dan bila dah teruk dan tidak boleh dirawat lagi baru datang semula pada kita...but dah terlambat.

tokasid said...

Afrar:

Memang sedih bila jadi lagu tu.

Ini lah masaalah besar yg aku tengok yang masih melekat di jiwa kebanyakan orang Melayu.

Dekat kawasan klinik aku ni ada hampir 10 orang bomoh. Yang seorang tu pelanggan kebanyakkan dari Spore dan according to him dalam sehari busuk-busuk dia dapat RM 1 ribu. Kalau weekend boleh cecah RM 5 ribu sebab p[elanggan dia 'sedekah' in Sing dollar.Dia beli Toyota Wish pakai cash!

Dia jenih ada menurun sikit. Meratib dan jampi kemeyan. Yang sedih solat sering tak sempat.

Satu lagi bila orang pergi bomoh yg aku lihat akan berlaku permusuhan antara 'pesakit' dan saudara mara atau jiran. Bomoh akan kata dia sakit sebab buatan org itu, jiran ini etc.

Yang paling bahaya: tanpa di sedari mereka telah syirik kepada ALLAH.

tokasid said...

Mior:

Memang ramai juga 'ustaz' yang ambil kesempatankepada anak murid yang ingin nak dalami Islam semula. Pada awal mereka nampak dan ajar okay saja, tapi bila dia tengok dah boleh 'makan' kita, mulalah dia keluarkan modal mimpi jumpa tok guru lah, jumpa wali itu wali ini.

Pendekatan saya mudah, saya mencari guru yang bila mengajar mereka gunakan Quran dan hadith. Kalau waktu mengajar mereka ada Quran dan kitab hadith di depan sebagai rujukan itu yang saya paling suka. Bila mengajar mereka berikan kita ini dari ayat mana dan kalau hadith apa taraf hadithnya dan siapa yg riwayatkannya. Dengan cara itu saya tiada ragu-ragu bila belajar.

Satu perkara mesti kita ingat: Islam diturunkan melalui wahyu( al-Quran dan hadith2) bukan melalui mimpi ustaz atau mimpi para tok guru atau ulamak.

tokasid said...

Accia:

Jazakallah khair for the info.

Anonymous said...

Na'uzubillah...Takutnya membaca peringatan ini...Takut perbuatan dan amal yang menjurus ke arah perkara...perkara tersebut...

Ya Allah, pandanglah aku, pimpinlah aku, jangan Kau palingkan mukaMu dariku...tetapkan pendirianku, imanku...sesungguhnya hidupku, matiku, ibadatku hanya untukMu...Amin.

Thank you for always being the one to offer a good reminder... Semoga Allah merahmati Doc...Amin.

tokasid said...

Salam Raden:

Alhamdulillah Raden dah selamat sampai ke tanahair selepas selesai menunaikan umrah.

Raden teruskan segala amalan yg rajin buat di sana.

Bila dengar rakan taulan nak pergi umrah dan balik umrah rasa amat rindu utk ke sana semula. InsyaALLAH.

Anonymous said...

Pasal syirik ni lah, nak tanya skit. Saya ada sorang kawan, sekarang tengah kemaruk dengan sorang janda. Dia ada gi jumpa sorang bomoh ni tuk tilik tangan dia. Bomoh tu cakap dia ngan wife dia sekarang tak serasi tapi ngan janda tu memang sesuai.

Persoalan saya, menilik tu syirik. Adakah ia syirik besar ataupun syirik kecik. Dah tu

1. Apa status dia sebagai muslim, perlukah dia bertaubat dan mengucap?

2. Kiranya dia terkeluar dari Islam, apa pula status dia dengan isteri dia.

3. Kiranya dia mengucap balik, adakah automatik dia halal dengan isteri dia?

tokasid said...

Salam wear-

TQ wear kerana sudi singgah di sini.Saya bukan seorang ahli agama atau ustaz atau mempunyai ilmu tentang agama. Saya boleh jelaskan serba sedikit yang saya faham melaui apa yang pernah saya baca,dengar dan bertanya kepada beberapa orang yang lebih berilmu.Jika ada jawaban atau penjelasan saya tidak betul(pemahaman saya) sesiapa saja, tolong betul kan.

Wear: memang sekarang ni ramai sangat suami yang tergila-gilakan perempuan lain samada janda atau anak dara ,malah ada yg tergilakan isteri orang lain. Ini adalah kemyataan yang tak boleh kita nafikan. Ia pernah berlaku,sedang berlaku dan akan berlaku.
Kalau saudara kata kemaruk, saya assume kira sampai dah nak kahwin le kan? Kalau sampai pergi jumpa bomoh, ni kira suami ni nak kawin satu lagi tapi takut kat isteri yang ada di rumah.

Saya tidak rasa tujuan dia jumpa bomoh semata-mata nak tengok keserasian dia dgn isteri atau janda. Saya rasa lebih dari itu, mungkin bertujuan nak 'menundukkan' isteri supaya di beri izin kawin lain. Ini anggapan saya. Mungkin saya silap interprate.

Dengan berjumpa bomoh untuk menilik nasib atau masa depan memang dah jelas syirik dan jika dia benar2 yakin dengan tilikan bomoh tu ianya memang syirik besar.Na'uzubillahi min zalik.

1-Jika dia tidak tahu perbuatan tersebut adalah menyalahi Islam, dia hendaklah segera bertaubat nasuha dan menghentikan perbuatan bomoh-membomoh ini.
tetapi jika dia meneruskan perbuatan dan kepercayaan itu, dia sesungguhnya menempa diri dalam yang membahayakan masa depannya(di akhirat)

2-Jika dia sedar dan bertaubat, kedudukan sebagai suami isteri tidak terjejas( akan saya tanya kepada yang lebih mengetahui). Jika dia tidak bertaubat, dan isteri tahu akan hal tersebut, elok isteri lapurkan kepada Pejabat Kadhi untuk khidmat nasihat dan pandangan.

(Dalam hal sebegini, contohnya jika pasangan bukan Islam memeluk Islam,mereka tidak di nikahkan semula.)

Saya cadangkan ,rakan wear bersemuka dengan isteri dan beritahu yg dia nak kawin seorang lagi dn janda tu. dari bergelumang maksiat dan syirik, lebih baik berterus terang kepada isteri.

Wallahu'alam.

September 26, 2007

Anonymous said...

Terimakasih atas feedback yang diberikan. Diakui sekarang ni memang banyak kes orang bercinta dengan sesiapa sahaja, termasuk isteri atau suami orang lain.

Bagi persoalan yang berbangkit, iya, memang kemaruk tahap nak kahwin dan kisah dia dengan janda tu memang diketahui oleh si isteri dan juga ahli keluarga kedua-dua pihak.

Menurutnya dia berjumpa bomoh tu untuk mengetahui samada dia telah dibomohkan oleh perempuan itu, namun saya yakin dia berjumpa bomoh tersebut untuk membuatkan dia yakin bahawa segala apa yang dia buat adalah betul, lebih pada nak cari alasan untuk tinggalkan isterinya. Ini bermakna, ada kemungkinan dia yakin pada apa yang dikatakan oleh bomoh tu. Dia ada mengucap bebaru ni setelah dinasihatkan. Tang taubat nasuha tu, wallahualam.

Saya difahamkan mereka ada bertemu kaunselor di pejabat agama bebaru ni. Setelah nasihat yang panjang lebar diberikan pada dia, saya nampak sama je kawan ni.

Lily Abdullah said...

Salam Doc TA,
Hari ini dalam akhbar ada cerita pasal fenomemena "histeria". Boleh tak Doc tulis serba sedikit menengenainya. Apakah pandangan pakar perubatan dan pandangan agama berkenaan masalah ini? Sorry Doc out of topic sikit. Kut2 Doc ada petua macam mana nak elakkan perkara2 buruk macam ni.