B. Sepuluh perkara yang membatalkan Islam.
3-Enggan mengkafirkan(orang kafir).
Yang ketiga ialah tidak mengkafirkan orang yang musyrik,atau ragu-ragu terhadap kekufuran mereka,atau membenarkan(mengiyakan) fahaman mereka.Sesiapa yang melakukan demikian maka dia menjadi kafir. Na'uzubillahi min zalik.
Secara ringkas, orang yang terang-terang kafir,tetapi ada orang Muslim yang enggan mengatakannya."Saya tidak mahu mengatakan Hindu itu kafir.Dia ada cara dia sendiri.Kita mengiktiraf semua agama" atau "Saya tak mahu kata orang Buddha itu kafir.Dia ada cara sendiri.Saya anggap semua agama sama." Sesiapa yang melakukan demikian,atau mengucapkan demikian,maka dirinya menjadi kafir.
Ini kerana mereka telah dikafirkan oleh ALLAH SWT,telah dihukum kufur oleh ALLAH dan RasulNya.Tiba-tiba apabila seseorang enggan menyatakan mereka bersalah,seakan-akan mengganggap perbuatan mereka betul; maka dia telah keluar daripada Islam kerana telah membantah ataupun telah menyalahkan ALLAH dan RasulNya.
4-Yakin yang lain.
Keempat,berkeyakinan bahawa pertunjuk yang lain daripada petunjuk Nabi s.a.w. adalah lebih baik atau lebih sempurna.Atau berkeyakinan bahawa hukuman yang lain daripada hukum Nabi s.a.w. lebih baik,seperti mereka mengutamakan hukuman thoghut(iaitu hukuman golongan yang melampaui batas) yang menyimpang dari hukuman ALLAH dan mengenepikan hukuman Rasulullah s.a.w.. Mereka yang seperti ini terkeluar daripada Islam.
Sama juga golongan yang menganggap peraturan Islam adalah lapuk dan tidak sesuai di zaman modern ini.Ataupun mereka menganggap Islam punca kepada kemunduran kaum Muslimin. sesiapa yang melakukan demikian atau beriqtiqad demikian atau mengucapkan hal sedemikian, maka dia telah membatalkan Islamnya.Dia telah keluar dari daerah Islam kepada daerah kufur.
...next: 5)Membenci syariat 6)Mempersenda Islam.
Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa
6 comments:
Salam Jumaat TA,
Semoga hidup kita di dalam Iman(Islam), mati di dalam Iman dan dimasukkan ke Sorga bersama Iman. Ameen
salam Dr
dewasa ini ramai 'ulama' pula memberikan pandangan bahawa kita tidak dibenarkan mengatakan orang itu kafir ke orang ini bukan berakidah ke. berserabut juga kita bila orang berautoriti bercakap begitu.
Pak zabs:
Ameen Ya Rabb.
TQ pak.
Afrar:
Tu lah salah satu masaalah Malaysia ni.
Dalam hal ini, kalau dah nyata kafir, kafir lah dia. Tak payah nak jaga hati mereka lagi. Dah memang kafir. Dan tak payah nak kata semua agama itu sama . Tidak sama sekali. Firman ALLAH menyatakan hanya Islam yg akan ALLAH terima. Itu kata ALLAH. Yang mangkuk hayun kata semua agama sama tu ,dia ingat dia sapa?
Dalam masaalah murtad. harus ingat seoseorang itu bukan murtad bila di Mykad tukar nama atau agama. Murtad dia jika dia berfikir untuk menjadi murtad. Murtad dia bila dia kata semua agama adalah sama. Murtad dia bila dia rasa hukum ALLAH dan Nabi s.a.w. tak sesuai atau dah lapuk.
Silap haribulan jika nak jaga hati orang2 kafir, kita dapat murtad free-free saja,Na'uzubillahi min zalik.
Bila 'mangkuk' berkuasa cakap begitu, saya risau kenyataan dia akan menyesatkan berpuluh ribu umat Islam di malaysia( yang menggunakan hukum rasional semata-mata utk kehidupan). Tidak sedikit yang pernah saya temui menggunakan hujjah ' mangkuk-mangkuk' ini. Jadi kita perjelaskan supaya mereka faham dan alhamdulillah mereka faham kesilapan dan bertaubat.
Itulah pentingnya ilmu aqidah yang jitu dan tidak di innovasikan.
Hi Tokasid,
You know, I find this BM version very hard to understand, to be honest...I found two tools which help me, a non-Muslim read/understand the Quran (a wee wee wee wee weee weeeee little bit of it!). No harm in learning more about other religions, right?
1) The A-Z Guide to the Quran, which I go to Borders Bookstore and look up when I have a question. It's red in colour and lists everything in alphabetical order!
2) Www.altafsir.com, which I learned off from MarinaM. Unfortunately, I have no idea how to search in Arabic!
daphne:
TQ for leaving a comment for this N3.
I'm zero with Arabic too. And not very good in writing certain topics in English.
Maybe the Quran translation in English by Yusuf Ali will help you. Some of my teachers said, the word that Yusuf Ali used are better than the one translated in BM or bahasa Indonesia.
Post a Comment