Jangan undi BN untuk hentikan penipuan dan salahguna kuasa
Pilihan aku kerana wadah yang PAS bawa.
Duit: bisa membuat orang jual prinsip perjuangan
Semalam jam 9.30pm selepas tutup klinik aku hidupkan kereta. Ketika hendak keluar dari kawasan deretan kedai aku nampak beberapa nak-anak muda sedang memasang bendera BN berhampiran Medan Selera dan Balai Polis Durian Tunggal.
Aku turunkan cermin kereta dan berteriak pada mereka di seberang jalan: Hait?Engka orang baru nak pasang bendera ke?
Mereka senyum sambil mengangguk kepala. Aku: Hari tu saya dengar kata bilik gerakan dah tutup dan nak boikot. Apa sudah jadi?
Mamat pasang bendera: Kena pasang le doktor...bilik gerakan dah buka semula. Dah dapat duit jadi kena le buat kerja.
Aku: Oooo...dah dapat duit eh? Banyak ke?
Mamat pasang bendera: Ada lah sikit-sikit doktor. Lepas le nak minum nanti dan beli rokok.
Aku cuma angguk dan beredar.
Itu lah harga prinsip mereka. Dapat duit segala marah dan kekecewaan terus hilang.Calun yang mereka bangkang telah pun mereka terima dan sekarang membantunya berkempen.