Showing posts with label PRU 12. Show all posts
Showing posts with label PRU 12. Show all posts

Saturday, March 8, 2008

PRU 12,Malaysia.



8 March 2008.

PRU ke-12, Malaysia.


(Update pada 12 March 2008) ~ selepas modem sudah sihat!

9 March 2008: satu perubahan besar berlaku dalam senario politik tanahair.
BN masih kekal sebagai kerajaan pusat tetapi mengalami kehilangan banyak kerusi Parlimen.
Malah ramai heavyweights BN yang tersungkur.

Nama-nama yang dulu besar(dan diperbesarkan oleh media dan para penyokong setia mereka) kalah teruk.Antara yang tersungkur teruk adalah barisan Gerakan di Pulau Pinang yang di ketuai oleh Dr. Koh Tsu Koon. Samy Vellu sebagai Presiden MIC serta Timbalam Presiden MIC, Setiausaha MIC ,ketua Wanita dan Ketua Pemuda MIC turut jatuh.

Gambaran yang di tunjukkan ialah orang India sudah reject MIC kali ini.Atau reject Samy Vellu!
MCA dan UMNO juga mengalami banyak casualty kepada pembesar-pembesar mereka. MCA hanya mampu mempertahankan 15 Parlimen dari 40 yang mereka tandingi.

UMNO juga mengalami kekalahan terutama di Kedah,Perak dan Selangor.

Yang paling mengejutkan ialah, selain Kelantan yang kekal di tangan PAS, Kedah,Pulau Pinang,Perak dan Selangor telah jatuh ke tangan pembangkang. Kedah di perintah oleh PAS manakala Pulau Pinang di perintah oleh DAP. Perak dan Selangor akan mempunyai kerajaan campuran DAP-PKR-PAS.

Kerusi-kerusi di Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga banyak di menangi oleh DAP-PKR-PAS. BN hanya mampu bertahan di Setiawangsa sahaja.

PRU 12 ini menunjukkan rakyat benar-benar berani mengubah kerajaan. Rakyat menghantar mesej bahawa rakyat jangan lagi di perkotak-katek oleh parti pemerintah BN.Rakyat menolak kebobrokkan pemimpin yang melakukan atau membiarkan rasuah, membiarkan kepincangan sistem kehakiman, mempergunakan pelbagai jentera kerajaan untuk kerja-kerja dan kempen parti BN serta kegagalan BN mengawal kos hidup yang semakin meningkat.

Tahniah buat yang menang.Kepada yang kalah dan kehilangan kuasa, bersabarlah. Muhasabbah lah diri dan parti.Perbaiki kelemahan dan buangkan sifat-sifat sombong dan menunjuk-nunjuk oleh YB-YB dahulu.

Hormatilah pilihan rakyat dan jangan di zalimi dengan membalas dendam sebagai mana yang sering di lakukan dahulu.

Malaysia telah berubah.

Funduscopy PRU 12: Pilih lah dengan betul berdasar amanah dan keupayaan.



(Artikel ini adalah dari tulisan dan pandangan UZAR. Aku dapati hujah yang di berikan berserta dalil-dalil amat baik sebagai panduan.Secara ringkas:-
1- Menjadi tanggungjawab kita semua untuk memilih pemimpin yang mempunyai amanah dan kebolehan.
2-pemilihan kita bukan sekadar bercirikan kebendaan/material atau aqal semata-mata tetapi mesti juga di cirikan dengan iman.
3-Peribadi calun bercirikan kefahaman agama beliau,pemikiran dan perjuangan.
4-Pilihlah calun yang boleh membawa kita ke arah kebaikan dan bukan kepada kemaksiatan. Dalam memilih kita memberi bai'ah.Jika kebaikan(kpd agama) yang pemimpin lakukan insyaALLAh ganjaran yang kita dapat adalah sebagaimana yang pemimpin lakukan. Jika kemaksiatan dan kezaliman yang pemimpin lakukan kita juga mempunyai saham dalam kemaksiatan dan kezaliman tersebut.
5- Jangan kita menang undi tetapi iman kita tergadai.
Jika ada masa ambillah peluang membaca artikel ini.Semoga kita memperolehi manafaat)


Isu Undi, PIlihanraya & Wakil Rakyat :

Pandangan Ringkas

Oleh : Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin. net


Pilihanraya adalah suatu proses meraih sokongan dan keyakinanan
rakyat bagi membolehkan seseorang calon dipilih mengetuai sesebuah
kawasan-kawasan tertentu atau organisasi-organisa si tertentu,
dengannya juga dipilih pimpinan sesebuah negara.

Adakah proses ini terdapat di zaman Nabi s.a.w ? Yang nyata, bentuk
yang ada hari ini sememangnya tiada terdapat di waktu pemerintahan
Baginda Rasululallah s.a.w.

Namun begitu, ini tidak semestinya menjadikannya sebagai haram, Islam
melihat perkara ini kepada maqasid atau maksud sesuatu pelaksanaan
itu dibuat.

Ia berbeza dengan hal ehwal ibadat yang tidak perlu dikaji hikmah
tersirat bagi sesuatu pergerakan ibadah. Undi dan pilihanraya adalah
tergolong dalam bab muamalat ( urusan hubungan manusia dengan
manusia ) yang diberikan kelonggaran di dalam Islam yang mana
penentuan hukumnya adalah berdasarkan hikmah dan objektif yang ingin
dicapai.

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitab beliau "Fiqh Awlawiyyat fi
Dhaw Al-Quran wa AS-Sunnah" pernah menegaskan kepentingan untuk
memahami Maqasid berbanding hanya terikat dan memegang buta kepada
nas zohir semata-mata. (rujuk bab Kepentingan Maqasid atas
Zohir ).

Pilihanraya

Lalu dalam hal ini, maksud pilihanraya dan undi yang utama adalah
proses melantik pimpinan yang diyakini rakyat, dipercayai dan
disenangi rakyat untuk diberi tugasan dan amanah pentadbiran kawasan
dan negara.

Sikap Islam dalam hal ini adalah jelas membolehkannya kerana ia
hanyalah bentuk-bentuk dan alat bagi mencapai Maqasid as-Shariah,
iaitu Negara yang mempunyai pemimpin, bukankah mempunyai pemimpin itu
satu kewajiban.

Manifesto & Kempen

Rasulullah s.a.w semasa di permulaan dakwah juga melakukan kempen
bagi menerangkan kepada rakyat Mekah malah luar Mekah agar meyakini
baginda dan seterusnya menganut Islam. Justeru proses kempen adalah
diterima dalam Islam selagi mana ia tidak berbohong melaluinya. Di
zaman ini, amat perlu bagi rakyat untuk meneliti manifesto dan bukan
hanya terpesona dengan rupa wajah calon bertanding serta kandungan
percakapannya semasa kempen.

Manifesto sepatutnya menjadi penentu utama samada kita diharuskan
untuk mengundi seseorang calon itu atau tidak. Ia ibarat perlembagaan
calon dan parti yang bertanding. Mungkin kita menemui manifesto yang
menawan hati namun selepas itu track record serta kemampuan peribadi
calon perlu diperhatikan pula.

Tidak wajar juga, untuk kita hanya menilai manifesto serta calon
berdasarkan penilaian aqal serta material semata. Kerana sesuatu yang
baik di sisi aqal dan mata kita kemungkinan sahaja tidak baik di sisi
Allah swt, demikian sebaliknya. Bukalah hati dan iman bagi berperanan
menentukan pilihan kita yang amat penting ini.

Memang benar, calon yang berkualiti perlu dititik beratkan, namun
dalam konteks Malaysia hari ini, kehebatan calon sahaja tidak cukup
untuknya berperanan, kerana ia akan terikat dengan manifesto
partinya. Kerana itu, manifesto serta dasar parti perlu dilihat
selain kemampuan calon.

Perlu diingat bahawa Islam meletakkan pertimbangan utama undian atau
kesaksian tidak boleh kerana selain dari Allah swt sebagaimana firman
Allah :

Ertinya : ...persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu karena Allah. Demikianlah diberi pengajaran dengan itu orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. ( At-Talaq : 2)

Selain itu, tidak boleh pula rakyat tidak keluar mengundi sedangkan
ia berkemampuan sebagaimana tidak harus saksi-saksi enggan memberikan
penyaksian sebagaimana firman Allah terutamanya apabila diminta
untuk membantu proses keadilan dan kebaikan.

Ertinya : ...dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan persaksian. Dan barang siapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya; dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan."

Amat jelas serta terang lagi nyata, sikap Islam terhadap penyaksian
dalam hal hutang dan lain-lain isu yang berkaitan urusan muamalat
sesama manusia (yang meliputi undian dan pilihanraya) adalah HARUS
malah mungkin sampai ke tahap wajib menyertainya dan keluar mengundi
apabila keengganan itu boleh menyebabkan ketewasan calon yang membawa
manifesto yang menjurus ke arah kejayaan dunia dan akhirat.

Penentu peribadi bagi calon sudah tentulah agama, pemikiran dan perjuangan seseorang calon itu. Kita tidak mahu bertanggung jawab kelak di akhirat kerana menaikkan calon yang menyukai kemaksiatan dan kederhakaan kepada Allah s.w.t.

Nabi s.a.w menyebut :-

Ertinya : "Orang yang menunjukkan (membawakan) ke jalan kebaikan akan mendapat pahala sebagaimana orang yang melakukannya"
Demikian juga hadis :-

Dari Abu Hurairah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w : Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk maka baginya dari pahala sama seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangkan dari pahala orang yang mengikutinya sedikit pun, barangsiapa yang mengajak kepada kejahatan maka keatasnya dosa sama seperti orang yang mengikutinya tanpa mengurangkan sedikit pun dosa orang yang mengikutinya.

Undi kita termasuk dalam kategori hadis ini, jika kita mengundi calon
baik dan dasar baik, hasilnya mereka mampu melakukan yang baik, maka
kita turut mendapat keberkatan dan hasil pahalanya. Jika sebaliknya,
kita juga menanggung akibatnya di barzakh dan akhirat. Berhati-
hatilah saudara dan saudari, jangan sampai kita mendapat DIVIDEN DOSA
berterusan akibat tindakan kita sendiri, iaitu undi.

Saksi

Oleh kerana kita yang mengundi dianggap sedang menjadi saksi terhadap
calon atau parti calon dan manifesto calon. Justeru sebagai saksi
kita tidak boleh mengundi secara sembrono, kita WAJIB menjadi saksi
yang adil lagi amanah. Bagaimana caranya?

Jawapnya, kita wajib menilai apa yang terdapat disekeliling kita
mengikut neraca Islam pertamanya dan realiti keduanya. Cuba
perhatikan samada LIMA (5) asas utama yang perlu dijaga telah dijaga,
iaitu Agama, Nyawa, Maruah dan keturunan, Harta. Perhatikannya dari
sudut kehendak Allah swt, kerana itulah yang bakal ditanya di alam
barzakh dan akhirat kita. Bukan penilaian dari kacata mata yang sama
seperti George Bush.

Selepas penilaian, kita ibarat di mahkamah untuk 'testify against'
atau 'support'. Saya hanyamemberikan panduan umum, keputusan di
tangan anda.

Undi

Kaedah mengundi bagi urusan pilihanraya, adalah diterima oleh Islam
memandangkan ia merupakan satu perkara baru dalam hal keduniaan serta
tiada nas qat'ie yang melarang.

Selagi lagi diingatkan kaedah yang disebut oleh Imam As-Syatibi
ertinya :

"Asal dalam urusan mualamat dan adat adalah merujuk kepada ma'ani
(maqasid)". (Rujuk Al-Muwafaqat : 2/302).

Maka urusan hubungan politik seperti pilihanraya ini perlulah dilihat
kepada maqasid juga, bukan sekadar berhujjah bahawa ia tiada di zaman
Nabi ini.

Boleh dikatakan secara ringkas, bahawa Islam tiada masalah dalam
menerima kaedah baru ini apatah lagi ia tergolong dalam perkara
KESAKSIAN. Firman Allah :

Mafhum : "Bersaksilah dengan mereka yang adil dari kalangan kamu"

Undi merupakan satu kesaksian rakyat terhadap pemerintah yang dipilihnya untuk kebaikan diri mereka di dunia dan akhirat.

Walaupun sistem undian wakil rakyat ini boleh diteruskan, namun bagi
memastikan ia menepati kehendak Islam ia perlu diletakkan beberapa
syarat dan panduan, agar ia bertepatan dengan Islam sepenuhnya.

Ahli Parlimen & konsep `Al-Hakimiah Lillah' sewajarnya hanya
bertindak seorang pimpinan seumpama gabenor wilayah di zaman khilafah
Islam.

Dalam konteks zaman ini, ahli parlimen berkumpul di Dewan Rakyat bagi
mewakili rakyat dalam beberapa perkara:

i. Menggubal dan memperbahaskan undang-undang baru.

ii.Mengawasi undang-undang yang digubal.Kedua- dua perkara tersebut
adalah termasuk didalam tugas pemerintah di bawah sebuah kerajaan
Islam.

Sudah tentu gabenor-gabenor wilayah akan bertindak sebagai `ahli al
halli wal aqd' iaitu kabinet utama khalifah. Tugasnya juga sama iaitu
menggubal undang-undang baru yang tidak ditentukan oleh Allah secara
qa'tie dan juga mengawasi undang-undang iaitu amar makruf nahi
mungkar.

Cuma titik perbezaan ketara yang WAJIB DIFAHAMI ADALAH, ahli parlimen
yang ada hari ini mungkin boleh bertindak menafikan `al-Hakimiyah
Lillah' iaitu menafikan kuasa perundangan utama dan asas iaitu hak
ALLAH. Sistem inilah yang menyebabkan terdapat para ulama semasa yang
mengharamkan penyertaan pilihanraya.

Bagaimanapun Al-Qaradhawi berijtihad menyatakan harus menyertainya
bahkan wajib jika dengannya boleh mengurangkan mudharat terhadap
Islam.. DENGAN SYARAT HANYA MENGAMBILNYA SEBAGAI ALAT, TANPA REDHA DENGAN SISTEM INI, DAN SENTIASA BERUSAHA AGAR DAPAT MENGUASAI SUASANA PARLIMEN AGAR TIDAK MENAFIKAN HAK PERUNDANGAN MILIK ALLAH. [Min Fiqh
Ad-dawlah Fil Islam, Al-Qaradawi)

Jangan Menang Undi, Iman Tergadai

Selamat menggunakan seluruh pancaindera kita, terutamanya hati, iman,
aqal dan minda dalam menentukan pilihan kita, pilihan kita juga
adalah untuk menentukan bentuk Negara di masa akan datang serta untuk
anak-anak kita yang tercinta.

Akhirnya, sekali lagi saya mengingatkan, jauhilah rasuah semasa
pilihanraya. Kita tidak mahu musim pilihanraya menjadi asbab
seseorang itu terhumban di dalam neraka dengan lebih lama. Disebabkan
setiap kali pilihanraya rasuah diberi dan diterima, fitnah menjadi
mainan, bomoh dirujuk bagi mendapatkan `kuasa luar biasa'.

Hasilnya setiap kali pilihanraya berapa ramai yang jatuh syirik,
menempah bilik neraka lebih lama dan menjauhkan diri dari Syurga.
janganlah jual iman dan nilai diri hanya dengan beberapa ratus
ringgit. Fikirkanlah. ...

Sekian

www.zaharuddin. net
18 Feb 2008

Wednesday, March 5, 2008

Dakwat oh dakwat...


Rashid SPR dan Musa Hassan KPN kata menggunaan dakwat utk PRU 12 di batalkan kerana ada 4 lapuran polis KONON-KONOnya ada kumpulan( sapa lagi maksud depa kalau bukan pembangkang) dah beli dakwat dari luar negara( dari Siam ka?) dan nak tipu pengundi yang tak faham tentang penggunaan dakwat.

Aku nak kata macam ni: Rashid dan Musa kalau nak kelentong rakyat,kelentong lah secara bijaksana. Jangan lah jadi ngong.Jangan lah bangap.

Kalau lah benar dakwaan Rashid dan Musa( dua orang ni memang susah nak di percayai), tak boleh kah di educatekan rakyat?

Begini caranya nak educate rakyat:
Buat satu clip tentang penggunaan dakwat. Suruh Yasmin Ahmad buat. Sheih kickdafella pun boleh. Muteaudia pun boleh. Jangan suruh Finas saja becoz if you ask Finas you Finis.

Bila dah siap, setiap kali ada waktu iklan di TV, siarkan saja. Tak boleh ka macam tu?Awat tak boleh pulak?

Yang seminggu ni semua stesen TV dok tunjuk BN itu BN ini setiap kali ada break iklan tu apa? Awat yang tu boleh?

Ohh...pasai kalau ajar rakyat tentang dakwat hangpa susah nak tipu lah masa PRU nanti? Susahlah pengundi hantu interstate dan mengundi 2 kali macam 2004 dulu ya?

Sebab kalau bukan sebab nak bela pengundi hantu aku tak nampak alasan mengapa dakwat tak boleh di gunakan.

PAk Lah hang pun tak payah nak bagitahu kami kata SPR ubah itu ini bukan sebab tekanan politik BN. Poorah!!!Jadi selama ni SPR dan Rashid saja-saja syok tukar segala peraturan pasai nak bagi semua parti gabra? kalau sebab tu,awat yang hang pi sambung kontrak dia dan pinda perlembagaan sebab nak bagi dia jaga SPR?

Monday, March 3, 2008

Funduscopy PRU 12: Campaign tidbits










Dalam seminggu apa yang aku lihat dan yang sahabat2 yang aku percayai beritahu:

1- Minggu lalu(Khamis 28 Feb 2008) di JAPERUN Durian Tunggal di adakan acara penyampaian bantuan kepada rakyat miskin. Kali terakhir acara ini ialah pada PRU ke 11 tahun 2004. Kalau bukan rasuah undi tak tahu lah apa nak kata. Kalau beri bantuan mengapa ketika waktu kempen pilihanraya sahaja? Adakah sekampit beras cukup untuk 4 tahun bagi satu keluarga?

2-Sekumpulan kanak-kanak sekolah berbasikal di upah untuk mengedar flyers berbau perkauman yang kononnya di buat oleh parti-parti pembangkang di Melaka. Flyers ini di buboh lambang PAS,PKR dan DAP dan di edarkan di DUN Asahan(yg bertanding PAS-BN/MIC).Flyers-flyers ini di masukkan ke peti surat atau di letakkan di pagar-pagar rumah di Felda Bukit Senggeh Melaka.Aku sedang berusaha untuk mendapatkan salinan flyers supaya dapat di scan dan di masukkan ke blog.

3-Pagi semalam sengaja aku memandu di DUN Ayer Molek dan DUN Bukit Baru dalam Parlimen Bukit Katil. Di Kg Pengkalan Minyak Ayer Molek, sekumpulam mat rempit sedang bersiap-siap memasang bendera BN di motorsikal masing-masing.Pada petangnya mereka membuat rondaan sambil membuntikan hon berterusan di Kg Bukit Katil.

4-Semalam Ahad 2 mac 2008,di adakan perkampungan Hadhari di perkarangan Masjid Bukit Katil. banyak bas-bas sekolah yang membawa pelajar2 pasukan beruniform dari Melaka,Alor Gajah dan Masjid Tanah. Kawasan itu penuh dgn bendera BN dan PAS( kerana dekat dgn Markas PAS). Banyak kereta-kereta berjenama mewah yang di tampal Kami Sayang Pak Lah ada di situ(kesemuanya berplate Wilayah Persekutuan) dan semua pulang selepas jam 2.oo ptg.Ketika masuk waktu solat Zohur, ada yang naik ke masjid untuk solat tapi ramai jugak yang buat tak kisah saja. Rugilah kerana tak ambil fadhilat berjemaah di masjid.

5- Dapat maklumat semalam bahawa Pemuda dan Putera Ameno mengupah golongan Mat rempit untuk memasang bendera PAS dan PKR di motorsikal masing-masing dan membuat rondaan bising di sekitar bandar Melaka dan Ayer Keroh.Di khabarkan 'kekecohan' ini akan di rakam oleh wakil-wakil TV dan di siarkan. Pada malam jam 11.30 malam sekumpulan motorsikal lalu di depan rumah dgn berbuat bising.Aku keluar untuk melihat tapi sebab keadaan gelap tak perasan apa bendera yang mereka bawa.

6- Mingguan Malaysia semalam Ahad 2 Mac '08 melapurkan para imam di kelantan akan di beri elaun bilanan sebanyak RM1,000 jika BN kembali memerintah. Adakah ini termasuk umpan pilihanraya? mengapa imam-imam di negeri lain tak di offer sebegitu?




Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Wednesday, February 27, 2008

Hakikatnya.....

Lets change for the better





I got this in my mail today and am gonna share it yer'all out there.


Since everyone is now talking about politics, a little boy goes to his father and asks, "What is politics, Abah?"

Father says, "Well son, let me try to explain it this way:
..1. I'm the head of the family, so call me the Prime Minister
..2. Your mother is the administrator of the money, so we call her the Government.
..3. We're here to take care of your needs, so we'll call you the Rakyat.
..4. Bibik, we'll consider her the Worker or the Taxpayer.
..5. And your baby brother, we'll call him the future.
Now think about that and see if it makes sense."

So, the little boy goes off to bed thinking about what Abah has said.

Later that night, he hears his baby brother crying, so he gets up to check on him. He finds that the baby has severely soiled his diaper So, the little boy goes to his parents' room and finds his mother sound asleep. Not wanting to wake her, he goes to Bibik's room.

Finding the door locked, he looks in the peephole and sees his father in bed with Bibik.

He gives up and goes back to bed.

The next morning, the little boy says to his father, "Abah, I think I understand the concept of politics now".

The father says "Good, son, tell me in your own words what you think politics is all about".

The little boy replies, "The Prime Minister is screwing the taxpayer, while the government is sound asleep. The rakyat are being ignored and the Future is in deep $hit".




Selamat Mengundi!

Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Tuesday, February 26, 2008

Funduscopy PRU 12 : Ada duit semua di maafkan.....

Jangan undi BN untuk hentikan penipuan dan salahguna kuasa



Pilihan aku kerana wadah yang PAS bawa.



Duit: bisa membuat orang jual prinsip perjuangan

Semalam jam 9.30pm selepas tutup klinik aku hidupkan kereta. Ketika hendak keluar dari kawasan deretan kedai aku nampak beberapa nak-anak muda sedang memasang bendera BN berhampiran Medan Selera dan Balai Polis Durian Tunggal.

Aku turunkan cermin kereta dan berteriak pada mereka di seberang jalan: Hait?Engka orang baru nak pasang bendera ke?

Mereka senyum sambil mengangguk kepala.
Aku: Hari tu saya dengar kata bilik gerakan dah tutup dan nak boikot. Apa sudah jadi?

Mamat pasang bendera: Kena pasang le doktor...bilik gerakan dah buka semula. Dah dapat duit jadi kena le buat kerja.

Aku: Oooo...dah dapat duit eh? Banyak ke?

Mamat pasang bendera: Ada lah sikit-sikit doktor. Lepas le nak minum nanti dan beli rokok.

Aku cuma angguk dan beredar.

Itu lah harga prinsip mereka. Dapat duit segala marah dan kekecewaan terus hilang.Calun yang mereka bangkang telah pun mereka terima dan sekarang membantunya berkempen.

Begitulah kuasa duit.




Hattan: Duit( rakaman semula. OA Kembara)




Duit bercakap.

Monday, February 25, 2008

Funduscopy PRU 12: SPR berperangai munafiq dan bangsat






SPR: Cekap dan Telus! Poodah!!

Suruhanjaya Piliharaya(SPR) sekali lagi dengan nyata bertindak secara tidak adil. baru beberapa hari lalu SPR cuba 'menyusahkan' pembangkang dengan mewajibkan duty stamping terhadap borang-borang pencalunan 3 hari sebelum penamaan calon( 21 hb Februari 2008).
Namun pada pagi hari penamaan calon arahan mewajibkan stamping duty di tarik balik .

Ini kerana ada calon2 BN yang tidak sempat mematikan duti stem mereka contohnya di Parlimen Titiwangsa.

Selain dari hal duti stem, SPR juga telah mengubah arahan tentang penggunaan dakwat di kuku ketika hari pengundian nanti. Kini ia tidak wajib lagi hanya pilihan/optional. Setelah mendapat pandangan Majlis fatwa dan memberitahu seluruh warga pengundi akan kegunaan dakwat, SPR mengubah arahan mereka sendiri. Mengapa? Mungkin takut kehilangan pengundi-pengundi hantu atau upahan bagi negeri Kelantan dan Trengganu(seperti yang berlaku tahun 2004).

Di Penggerang, Azalina Othman menang tanpa bertanding kerana calon pembangkang ada masaalah teknikal pada borangnya( penyokong tidak tanda tangan).Namun di Cempaka bantahan PAS terhadap borang calon UMNO yang tidak di tandatangan lain pulak jadinya. Borang di terima dan calon UMNO akan melawan TG Nik Aziz di cempaka.


Lihat lapuran tak perlu stem duti di sini.

dan jugak kat sini.

Tentang penggunaan dakwat yang tidak di wajibkan lagi lihat apa kata Bersih.

Pengurusi SPR: perangai macam munafiq


Memang nyata dan jelas dan saheh,SPR akan lakukan apa sahaja untuk berpihak kepada BN.
SPR dan barisan pimpinan SPR benar-benar bersifat munafiq dan berjiwa bangsat. Kononnya Telus dan Cekap.Itu lah slogan SPR.

Namun apa yang SPR tunjukkan adalah semata-mata SPR telah menjadi satu badan barua yang mengikut telunjuk BN semata-mata.

Amanah telah SPR buangkan ke tingkap. Halal dan haram sudah tidak di pedulikan.Pembohongan sudah tidak menjadi satu kesalahan bagi SPR.

memang benarlah. SPR berperangai Munafiq dan bangsat.
Dakwat yang sudah tidak wajib

Thursday, February 21, 2008

Funduscopy Pilihanraya: Pergolakan di Melaka




(Updates:1- This morning while having breakfast, a UMNO friend told me that the 3 bilik gerakan in Telok Mas were re-opened. The price? RM one thousand per bilik gerakan. Muraj sangat prinsip di telok Mas.(mesti YB yang kena dropped lagi bengang sebab anak buah kena beli balik).
2- As for Durian Tunggal till now none of the 10 bilik gerakan re-open. And at a main junction near DT masjid, there is a banner which says: Selamat 1 orang KM korbankan 8000 orang.
If its still there I'll take the photo of that banner and post it here)


When the mainstream media exposed and claimed that there were problems in DAP especially in Penang and Perak certain BN leaders said that how can DAP wrest power and rule when its own(DAP) house is in disoder.

And the media overkill of the so called DAP problem does have its effect on the Barisan Alternatif's image and capability.

Is the BN really stable? Isn't there any internal bickering in BN or UMNO? If you read the mainstream news and you only watch the local TV you'd say that there is nothing wrong in BN. Everything is calm.

But I am sceptical about this matter. There is and underground war going on in Penang Gerakan with Dr Koh's decision to go national and become a federal minister.

And as I have mentioned in my last posting, there is very little activity in BN's bilik gerakan in Bukit Katil and Durian Tunggal,Melaka.

This morning I got my answer.

This morning a young man came to see me. He is an UMNO member. He looks tired and haggard.Apparently he and a group of UMNO members from DUN DT went to see Ali Rustam last night at 11.00pm.They waited till 3 am before Ali came back(from a Chap Goh Mei festival).
There was also another group from Jasin UMNO.

When Ali announced the list of candidates for melaka BN, a few names that was in the list given to Ali(by the respective bahagians) were not picked. In Duran Tunggal for example, 3 names were given(there were voted during the Bahagian meeting), one was the incumbent Datuk Hamden, another was Datok Kadir(ex YB for DT) and the 3rd one is a newcomer but well known(not necessary liked)in DT En Ismail ,the penghulu. Of these 3 names the penghulu is the favourite. But when Ali announced, all three were not picked but a person by the name of Wahab who was from Sri Pengkalan UMNO.

On top of that, a newcomer for DUN Rembia is from Wanita UMNO who also happen to be the chief for Sri Pengkalan UMNO branch. 2 candidate from 1 cawangan.

This disgrunted group was whisked off by Ali. Now these gropu are very upset the way Ali treated them. As of this morning they have closed down all 10 bilik gerakan UMNO in DUN Durian Tunggal. I passed by 2 bilik gerakan and it really were closed. Some were padlocked.

This guy said, they might open back if one of the names submitted is choosen or if they are paid RM10k for each bilik gerakan( they will open it but not necessary will be active).

With this development most probably there will be less BN flags or banners and bunting in DT. In pekan DT, PAS had few flags on but no BN flags yet.



Only PAS flag in Pekan DT
tokasid Nokia

In another similar development, Parlimen Bukit Katil will have a newcomer too. YB Prof Dr Ruddin had been dropped after 1 term. And he was the Parliamentary secretary of a ministry!
But we saw it coming t him since he won the last GE. After a year or so, his wife who was TNB's boss in Melaka was transfered to the Klang Valley after there was some 'problems' with some new factories. Ali had intervined to 'settle' the problem and Ali had criticised TNB Melaka. So the Datin got her transfer 24 hours notice.

Ironically, it was Ali who brought back Ruddin from UTM to form KUTKM which was recently upgraded into a university and renamed UTeM. During the last GE Ruddin stood as a candidate(even Ali wasn't happy about that for they had apolitical fall-out when it was said Ruddin became too ambitious in politics) and won. They were childhood friends for the came from the same kampong,kg Bukit Katil. from then onwards (and the wife's transfer) Ruddin political life dwindled. His local programmes was not well received by local UMNO( some said because of Ali's directions, wallahu'alam). Finally Ruddin met his fate yesterday. I am wondering what will he do now? He quit university life to be a politician but that too is shortlived.

And interesting part of this drama,Ali picked up his most loyal man Mat Sirat as the candidate. Mat Sirat was Ali's polsec for many years. He was appointed as the Mayor( before datuk Zaini) which caused a lot of hoo-haa in Melaka. It was during his tenure as the mayor that DAP alleged the MBMB wasted of public funds. And there were lots of noise on how could Mat Sirat 'bought' a piece of expensive plot in Melaka Perdana and built a huge bungalow.


Bilik gerakan BN di tutup
tokasid Nokia

I am hearing more news in Melaka but I have to verify before writing it up.
Now we know all is not well with BN in Melaka.


And another one
tokasid Nokia









Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa

Saturday, February 16, 2008

Memilih pemimpin: Apa ciri-ciri yang perlu.







Kelayakan Dalam
Kepimpinan
Oleh: Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya:
"Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ianya pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya." *1

Dalam riwayat al-Imam Muslim yang lain : Daripada Abu Zar, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Wahai Abu Zar, sesungguhnya aku melihat engkau seorang yang lemah, sesungguhnya aku suka untuk engkau apa aku suka untuk diriku. Maka jangan engkau menjadi ketua ke atas dua orang dan jangan engkau uruskan harta anak yatim."
---------------------------------------
Huraian :

Dalam hadith ini Rasulullah s.a.w. tidak memberikan jawatan sekalipun kepada Abu Zar, seorang sahabat yang sangat dikasihi baginda, apabila dilihat ciri-ciri kelayak tidak wujud sepenuh. Abu Zar adalah seorang sahabi yang soleh lagi warak dan zuhud. Namun begitu, amanah jawatan dan politik berhajat ciri-ciri yang yang lebih dari itu, yang bukan semua individu memilikinya. Justeru itu tidak semua sahabah layak mengendalikan urusan siyasah atau politik seperti al-Khulafa ar-Rasyidun. Demikian juga bukan semua mereka kuat agama boleh mengendalikan urusan politik.

Juga hadith ini menonjolkan sikap yang terpuji Abu Zar r.a. yang meriwayatkan ucapan Nabi s.a.w, sekalipun inti kandungannya menyatakan kelemahan dirinya dalam kepimpinan. Ini amanah ilmu dan kejujuran para sahabah yang menyampaikan ajaran Rasulullah s.a.w kepada umat.

Berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, maka para ulama ahli sunnah yang silam seperti Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) telah membahaskan persoalan ini. Dengan itu umat Islam tidak sepatutnya hilang garisan dalam perlantikan dan pemberian kuasa terutamanya dalam hal politik.

Hadith ini juga menjelaskan besarnya tanggungjawab kepimpinan dan pengurusan di dalam Islam dan bukan sebarangan individu yang benar-benar mampu memikulnya.

Justeru itu memberikannya kepada seseorang yang tidak memiliki keahlian atau kelayakan adalah punca kerosakan masyarakat dan umat. Kerosakan sistem masyarakat menatijahkan kerosakan individu keseluruhannya. Nabi s.a.w. sering memberi amaran tentang kemusnahan hidup apabila amanah dikhianati.

Sabda Nabi s.a.w. Maksudnya:

"Daripada Abu Hurairah dia berkata: “Ketika Nabi s.a.w. di dalam suatu majlis berbicara dengan orang ramai maka datang seorang `arab badawi lalu bertanya: "Bilakah hari kiamat?". Rasulullah s.a.w. meneruskan ucapannya. Ada yang berkata "Baginda dengar (apa yang ditanya) tetapi baginda tidak suka apa yang ditanya". Sementara yang lain pula berkata "Bahkan baginda tidak mendengar". Apabila telah selesai ucapannya, bagida bertanya: "Manakah orang yang menyoal". Jawab (badawi tersebut): "Saya di sini wahai Rasulullah". Baginda bersabda: "Apabila dihilangkan amanah maka tunggulah kiamat". Tanya badawi tersebut: "Bagaimanakah menghilangkan amanah itu". Sabda baginda: "Apabila diserahkan urusan kepada bukan ahlinya maka tunggulah kiamat". *2

Firman Allah (maksudnya) :"Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia hendaklah kamu berhukum dengana `adil." *3

Kata al-Imam al-Qurtubi : "Ayat ini adalah pusat segala hukum-hakam yang mengandungi seluruh isi agama dan syara'." Katanya juga: "Yang sebenarnya ayat ini adalah umum untuk semua manusia, ianya menyentuh para pemerintah mengenai amanah yang mereka tanggung dalam membahagikan harta-harta, menolak segala kezaliman dan adil dalam pemerintahan. Demikian juga, ayat ini juga menyentuh golongan yang selain mereka.." *4

Itulah titah perintah Allah, agar posisi penting di dalam kepimpinan umat hanya diberikan kepada yang benar-benar layak menyendalikannya sehingga tidak berlakunya kepincangan, kecacatan dan kezaliman. Persoalan amanah merangkumi setiap aspek hidup, terutamanya persoalan kenegaraan. Termasuk dalam rangkaian amanah persoalan pentadbiran rumahtangga, pejabat, kampung, sekolah dan seumpamanya. Namun huraian para ulama banyak tertumpu kepada persoalan sistem politik dan negara kerana natijah kerosakan adalah besar jika amanah mengenainya diabaikan. Sekiranya pemimpin yang dipilih berkelayakan maka sejahteralah seluruh rangkaian di bawahnya. Sekiranya cacat maka cacatlah seluruh rangkaian dibawahnya.

Di atas nama amanah maka seseorang dituntut membuat pemilihan dan perlantikan yang tepat dengan tuntutan jawatan yang ada. Sekiranya tidak, maka dia dianggap pengkhianat. Apakah ciri-ciri yang jika seseorang melandasinya maka dia tidak dianggap khianat dalam perlantikan?
Ciri-ciri pemimpin yang perlu di pilih:

Secara umumnya pemilihan yang bertanggungjawab berteraskan dua ciri asas yang mesti ada pada tokoh yang bakal dipilih iaitu ciri al-Quwwah dan al-Amanah.

Allah menyebut di dalam al-Quran menceritakan kisah Musa a.s.:

(maksudnya) "Sesungguhnya sebaik-baik orang yang hendak engkau ambil bekerja ialah yang kuat (berkemampuan) dan amanah (dipercayai)." *5

Maka tugasan yang diberikan kepada seseorang wajar dilihat pada dua ciri utama yang disebut di dalam nas di atas. Ini seperti yang dihuraikan oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah di dalam as-Siyasah asy-Syar`iyyah fi Islah ar-Ra`i wa ar-Ra`iyyah iaitu:

Pertama: Al-Quwwah iaitu kekuatan, kemampuan dan kemahiran menjalankan tugas.

Ciri-ciri al-Quwwah atau kemampuan merujuk bidang tugas yang diberikan. Contohnya, jika jawatan berkenaan berkaitan ekonomi konsep al-Quwwah merujuk kepada kemahirannya dalam pengurusan ekonomi. Bagi bidang kehakiman maka al-Quwwah merujuk kepada pengetahuan dalam persoalan hukum-hakam. Dalam bidang ketenteraan merujuk kepada persoalan kepakaran medan perang, semangat juang dan keberanian.

Kedua: Al-Amanah iaitu bersikap amanah atau bertanggungjawab.

Ini merujuk kepada tiga perkara utama iaitu: Takutkan Allah, Tidak menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah untuk mendapat habuan dunia dan tidak takutkan manusia.

Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah: "Hendak dipastikan orang yang terbaik bagi setiap jawatan, kerana sesungguhnya kepimpinan itu mempunyai dua rukun iaitu al-Quwwah dan al-Amanah.
Ini seperti yang Allah firmankan: (maksudnya) "Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah."

Kata Raja Mesir kepada Yusuf a.s. : (maksudnya) "Sesungguhnya kamu hari ini menjadi orang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai" *6

Firman Allah dalam menyifatkan Jibril:

(maksudnya) "Sesungguhnya al-Quran itu benar-benar firman (Allah yang dibawa oleh) utusan yang mulia (Jibril). Yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi (Allah) yang mempunyai `arsy. Yang ditaati (di alam malaikat) lagi dipercayai) *7

Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah lagi: "Al-Quwwah dinilai pada setiap kepimpinan berdasarkan keadaannya. al-Quwwah dalam mengetuai peperangan merujuk kepada keberanian hati, pengalaman dalam peperangan, tipu daya peperangan kerana peperangan itu adalah tipu daya dan kemampuan dalam berbagai jenis peperangan. ...
al-Quwwah dalam kehakiman manusia merujuk kepada ilmu mengenai keadilan seperti yang ditunjukkan oleh al-Quran dan as-Sunnah dan kepada kemampuan melaksanakan hukum. Dan amanah pula merujuk kepada perasaan takutkan Allah, tidak menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah dan tidak takutkan manusia.


Inilah tiga ciri yang ditetapkan Allah bagi setiap yang memerintah manusia, firman Allah: (maksudnya):

"Kerana itu janganlah kamu takutkan manusia
(tetapi) takutlah Aku, jangan kamu membeli ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit. Barang siap yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah maka mereka itulah orang-orang kafir) [Surah al-Maidah: ayat 44] *8
Oleh itu sesiapa yang melantik atau memilih seseorang bagi mengendalikan sesuatu urusan yang berkait dengan umat tanpa diteliti persoalan al-Quwwah dan al-Amanah atau persoalan kemampuan dan amanah bererti telah menyerahkan urusan bukan kepada ahlinya. Perbuatan itu mengundang kemurkaan Allah.

Timbangan yang telah digariskan oleh al-Quran dan dihuraikan as-Sunnah serta dibahaskan oleh sarjana-sarjana atau para ulama Islam yang seperti Ibn Taimiyyah, dapat dimanfaatkan oleh setiap individu dalam mengatur urusan pentadbiran dan kehidupan dalam semua aspek. Di mana pun posisi seseorang, sama ada pemimpin negara di peringkat negara atau negeri atau apa sahaja, maka setiap tugasan yang bakal diserahkan kepadanya berpandukan konsep al-Quwwah iaitu kemampuan untuk melaksanakan dan al-Amanah iaitu perasaan
takutkan Allah dari melakukan pengkhianatan atau kecuaian. Sekiranya dua perkara ini dipastikan, maka sudah tentu tanggungjawab kepimpinan tidak akan dicemari, kekusutan masyarakat tidak akan timbul.

Kadangkala kita mungkin bertembung dengan satu masalah iaitu ketandusan tokoh untuk sesuatu jawatan melainkan dua orang atau jenis kelompok sahaja, seorang atau satunya daripadanya memiliki al-Quwwah atau kekuatan dan kemampuan tetapi kurang amanah, sementara seorang lagi satu kelopok lagi memiliki ciri amanah iaitu solih dan bertanggungjawab tetapi lemah atau tidak berkemampuan, siapakah yang patut dipilih?

Dalam hal ini maka para `ulama al-siyasah al-syar`iyyah menyatakan pemilihan dalam keadaan sebegini hendaklah dilihat kepada jenis atau keadaan jawatan yang hendak diserahkan, kemudian menilai siapakah yang paling boleh memberi manfaat dan paling kurang mudharatnya apabila menduduki jawatan tersebut. Sekiranya jawatan berkenaan berteraskan kepada kekuatan seperti medan peperangan maka hendaklah didahulukan yang memiliki kekuatan dan keberanian walaupun kurang solih ataupun tidak baik peribadinya. Sekiranya jawatan berhajat kepada amanah yang lebih seperti mengendalikan kewangan maka hendaklah didahulukan yang amanah walaupun ada kelemahan dalam pengurusannya.

Di atas sebab ini maka Rasulullah s.a.w. memilih Khalid bin al-Walid r.a. mengepalai tentera Islam dan menggelarnya sebagai pedang Allah walaupun ada para sahabah yang lebih besar kedudukannya di sisi Nabi s.a.w. Ini kerana kemampuan yang dimiliki Khalid tidak dimiliki oleh mereka. Sekalipun Rasulullah s.a.w. pernah menegur beberapa tindakan Khalid yang tidak disetujui oleh baginda.



Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah: [i]"Apabila dua orang lelaki, salah seorangnya lebih amanah dan seorang lagi lebih kuat (mampu) maka hendaklah didahulukan yang lebih bermanfaat untuk jawatan berkenaaan dan paling kurang mudharatnya bagi jawatan tersebut. Maka dalam mengepalai peperangan, lelaki yang kuat dan berani walaupun padanya ada kejahatan diutamakan dari lelaki yang lemah dan tidak berkemampuan walaupun dia seorang yang amanah.
Ini seperti yang ditanya kepada al-Imam Ahmad: Mengenai dua lelaki yang menjadi ketua di dalam peperangan, salah seorangnya kuat tetapi jahat dan seorang lagi solih tetapi lemah, siapakah yang layak berperang? Jawab al-Imam Ahmad: "Yang kuat dan jahat, kekuatan untuk kepentingan orang Islam, kejahatannya untuk dirinya sendiri adapun yang solih tetapi lemah maka kesolihannya untuk dirinya tetapi kelemahannya merugikan orang Islam" *9

Maka dalam perlaksanaan pembahagian tugas atau perlantikan jawatan, hendaklah dipastikan perkara berikut:

Pertama: Melantik individu atau tokoh yang memenuhi ciri al-Quwwah dan al-Amanah,

Kedua: Sekiranya berlaku kekurangan tokoh yang berlayakan melainkan setiap orang memiliki kecacatannya yang tersendiri, maka hendak dibandingkan kelemahan yang ada dengan tugas yang bakal dipikul. Ini dilihat siapakah yang paling bermanfaat dan paling kurang mudarat untuk tugasan tersebut.

Oleh itu usaha untuk mewujudkan kelompok manusia yang memiliki dengan sempurna
kedua-dua ciri ini adalah tanggungjawab besar umat agar terpeliharanya kita daripada golongan yang khianat dan merosakkan masyarakat. Perlu disedari, apa ertinya jika generasi pakar teknologi atau ilmu-ilmu lain yang tanpa amanah atau dalam kata lain perasaan takutkan Allah yang akan menyebabkan mereka menggunakan kepintaran dan kecekapan untuk merosakkan tanggungjawab, melanggar hukum-hakam Allah sekaligus merosakkan umat. Pun begitu kita juga tidak mahu menyerahkan tugasan kepimpinan umat kepada suatu kelompok manusia yang baik, salih atau pandai agama tetapi jahil tentang selok belok pentadbiran dan perlaksanaannya sehingga mudah ditipu oleh golongan musuh dan pengkhianat yang menyebabkan kelemahan dan kelembapan perjalanan urusan umat.
Maka menjadi tanggungjawab umat mencari pemimpin yang solih lagi takutkan Allah dengan melaksanakan seluruh arahan dan meninggalkan seluruh tegahanNya di samping pakar dan cekap dalam mengendalikan pentakbiran dan urusan.

---------
*1 Riwayat Muslim dalam Sahihnya, kitab al-Imarah..
*2 Riwayat al-Bukhari.
*3 Surah an-Nisa': ayat 58
*4 Al-Jami` li Ahkam al-Quran, 5/256, cetakan Dar al-Fikr, Beirut
*5 Surah al-Qasas ayat: 26
*6 Surah Yusuf: ayat 54
*7Surah al-Takwir ayat 19-21
*8Al-Siyasah al-Syar`iyyah fi Islah ar-Ra`i wa ar- Ra`iyyah,m.s.27-28. Ctk. Dar al-Arqam, Kuwait
*9 Ibid, m.s.29