Showing posts with label jampi. Show all posts
Showing posts with label jampi. Show all posts

Friday, November 2, 2007

Perkara yang membatalkan Islam(Bahagian 17);Tangkal dan Mentera.

Running water
foto by tokasid
lokasi: RnR Gua Tempurung(south bound)








(b) Syirik pada Amalan.

# 4- Tangkal dan Mentera.

Apakah yang dimaksudkan dengan amalan syirik? Ia adalah amalan atau perbuatan yang menyamakan kedaulatan ALLAH SWT dengan selain ALLAH.
Umpamanya, bila mengatakan bahawa dengan memakai tangkal atau mengamalkan bacaan mantera boleh memberi kesan dengan sendirinya atau boleh menunaikan hajat.

Contoh: Bila seseorang yang memakai tangkal atau mengamalkan mantera tiba-tiba terselamat dari kecelakaan lalu di tanya rakannya tentang hal itu.
Penanya: Macamana kaun boleh selamat dalam accident tu ya?

Pengamal tangkal/mantera: "Ni aku nak bagi tahu pada kau, selagi aku ada pakai tangkal ni di badan aku, aku gerenti selamat" atau
" Aku selagi mana dok amalkan bacaan mantera yang guru aku ajar tu, selagi tu aku gerenti selamat dari bahaya atau dapat apa aku hajat".

Jika dia percaya tangkal atau mantera itu yang memberi kesan, maka sudah jelas dia menyekutukan ALLAH, kerana ini sudah bertentangan dengan firman ALLAH dalan Surah Al-Ikhlas 112: 2 -"Allaahus somad" - Hanya ALLAH tempat bergantung.

Apabila ini berlaku,orang itu telah syirik dan keadaan ini Syirik Akbar(syirik besar). Dia telahpun murtad.

Tetapi, jikalau dia memakai tangkal( sepertimana kebiasaan sesetangah orang di Malaysia) atau apabila lahir anak lalu dipakaikan tangal hitam/benang hitam pada tangan bayi itu.
Bila kita tanya kenapa berbuat begini. mereka akan jawab: " Kita ikhtiar saja...ALLAH SWT juga yang menyelamatkan. Ini hanya usaha saja..."

Dalam keadaan ini( anggap tangkal sebagai ikhtiar semata-mata dan hanya ALLAH yang menentukan), sedangkan ALLAH dan RasulNya tidak menyatakan tangkal atau benang hitam sebagai sebab-musabah untuk menyelamatkan, maka orang ini telah melakukan Syirik Asghar( syirik kecil). Sekalipun tidak murtad dia menghampiri daerah-daerah yang boleh mengeluarkan dia daripada Islam. Dia telah melakukan dosa besar dalam hal ini.

Salah satu sebab dosa besar ialah kerana dia telah berdusta kepada ALLAH. Bilakah ALLAH Taala berjanji bahawa jika seseorang memakai tangkal atau benang hitam (di tangan anak),maka ALLAH akan menyelamatkan anak itu?

( nota: memakai tangkal/benang hitam pada anak-anak kecil adalah amalan Hindu,tetapi seolah-olah menjadi perkara biasa dalam masyarakat melayu Nusantara. Jelaslah walaupun sudah hampir 500 tahun Islam diamalkan oleh orang Melayu tetapi pengaruh Hindu masih tidak dapat dibuang dari adat-adat kita. Dan kita cipta pula pepatah Biar mati anak jangan mati adat. Bila di tegur ramai yang berkata adat mesti dipertahankan. Mengapa tidak kita pertahankan aqidah yang bakal menyelamatkan kita. Bukan adat yang akan selamatkan kita.))
Tidak pernah ALLAH berjanji di dalam al-Quran atau Nabi saw menjelaskan dalam Sunnah baginda saw. Malah Nabi saw menegaskan Man 'allaqa faqad asyrak. " "Sesiapa yang menggantungkan maka dia melakukan syirik.

Walau pun dia tidak melakukan syirik besar yang mengeluarkan dari daerah Islam, tetapi dia telah berdusta kepada ALLAH( dengan membuat pembohongan kononnya dengan memakai tangkal tersebut ALLAH akan selamatkan dirinya atau diri anaknya).

Memang benar semua yang berlaku adalah dengan izin ALLAH. Tetapi mendakwa bahawa dengan membuat perbuatan tertentu akan menyebabkan ALLAH menolong,sedangkan tidak ada nas,maka itu adalah pembohongan kepada ALLAH.

Jika dia kata berdoa dan ALLAH akan tolong,itu adalah benar kerana ada nas di dalam al-Quran dan hadith.

Tetapi Quran tidak pernah menyebut dengan memakai tangkal benang hitam di tangan akan dapat selamatkan anak dari penyakit atau gangguan syaitan. (Perbuatan ini masih di amalkan oleh orang Melayu).

Yang boleh membantu ialah bacaan atau sebutan yang menyeru nama-nama ALLAH SWT yang meminta dilindungi seseorang dari bahaya atau gangguan jin atau syaitan.

Artikel berkaitan tajuk ini:

1-Amalan perbomohan dan Jampi dalam masyarakat(Dr MAZA)

2-Hukum rawatan guna jampi serapah( Darussyifa')

3-Umat Islam: Virus Aqidah dan skim cepat kaya( Ust Zaharuddin)

4-Hukum jampi dan tangkal (book review by Hafiz firdaus)


(TA :Dalam hal sebegini tentu ada yang bertanya, bagaimana pulak dengan rawatan perubatan yang diberikan di hospital-hospital sekarang ini? Akan mereka kata mana ada nas dalam Quran suruh pergi hospital? Dalam hal ini kita mesti merujuk kepada Sunnah Nabi saw. Baginda ketika sakit sebelum wafat, telah mendapat khidmat rawatan terkini dari tabib-tabib di kalangan kabilah-kabilah yang datang menziarahi Baginda saw. Itulah dalilnya untuk mendapat rawatan perubatan dari doktor)

Next: Sujud kepada selain dari ALLAH.

Kandungan posting mungkin ada kena mengena atau tidak dengan makhluk yang hidup atau yang telah tiada.Kalau sapa-sapa terasa nak buat macamana kan. Sapa makan cabai melaka dia pedaih laa